SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, April 20, 2010

JADUAL PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

MAKLUMAN MEDIA

Tarikh: 19 April 2010

Saudara dan saudari,

Sukacita dimaklumkan YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor menjemput saudara/saudari ke program-program berikut dan kehadiran saudara/saudari akan memeriahkan lagi majlis.

1. MAJLIS PERASMIAN LADANG DOLE SEBIRO OLEH Y.A.B TAN SRI DATO’ SERI ABD KHALID IBRAHIM DATO’MENTERI BESAR SELANGOR

Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)

Masa: 2.30 Petang – 6.00 Petang

Tempat: Di Laman 9, PKNS Bernam Jaya, Hulu Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bersama YAB Dato’ Menteri Besar akan membuat lawatan kerja ke Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Dole Sebiro adalah wakil pengeluar tunggal tempatan yang dipilih oleh Dole Inc yang merupakan syarikat pengeluar pisang dan buah-buahan terbesar di dunia yang menguasai saluran pasaran dan tekonologi pertanian .

Majlis dianjurkan untuk melancarkan dan meraikan hasil tuaian pertama Ladang Pisang Dole Sebiro yang merupakan ladang pisang terbesar di Malaysia. Majlis akan menghimpunkan pekerja-pekerja Ladang Dole serta rakyat tempatan yang dijangkakan seramai 2,000 orang akan hadir.

Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.

2. MAJLIS PERHIMPUNAN PIMPINAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Masa: 9 pagi
Tempat: : Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama, Batang Kali, Hulu Selangor

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menyampaikan ucaptama dalam menjana ekonomi melalui inovasi pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan turut menerima memorandum dari pimpinan PBT yang menyenaraikan masalah utama PBT untuk diberi tumpuan khas oleh Kerajaan Negeri selepas ini.

Majlis ini akan dihadiri oleh 300 jemputan terdiri daripada Pimpinan Tertinggi Majlis Daerah/Perbandaran/Bandaraya serta Ahli-ali Majlis Pihak Berkuasa Tempatan daripada seluruh Negeri Selangor.

Kit media akan diedarkan kepada pihak media sebaik sebelum majlis bermula.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

No comments: