LABIS, 24 Jan — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.
Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.
Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.
“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.
“Kalau tahu tapi buat-buat tidak tahu itu menghina Islam namanya... saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.
“Jadi beliau perlu minta maaf kerana menghina orang Islam,” kata Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Normala, seorang bekas guru juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS pusat.
Menurut Harussani, sebagai seorang wanita yang beragama Islam sudah menjadi kewajiban beliau untuk menjaga adab termasuk dari aspek bersalam.
“Barangkali beliau (Dr Chua) tidak tahu, beliau tak tahu apa itu hukum Islam.
“Kalau lelaki dan wanita itu bukan muhrim maka mereka tidak boleh bersalam, itu haram namanya.
“(Dr) Chua kena tahu itu adalah hukum agama, bagi orang Islam yang beriman tindakan itu adalah betul kerana agama jelaskan katakan ia haram,” katanya.
Dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider semalam, Normala menyifatkan Umno telah gagal membantu MCA memahami konsep Islam yang sebenar sehingga menyebabkan parti komponen BN itu tidak dapat menghormati nilai dan tertib orang Islam khususnya kaum wanita.
Beliau juga meminta MCA memahami adat dan tatatertib orang Islam terutamanya wanita Islam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi.
Menurut Normala, sepatutnya setelah 53 tahun merdeka MCA sepatutnya sudah memahami tertib seorang wanita Islam.
Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini. Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.
Dalam pada itu, Harussani turut menyifatkan tindakan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengeluarkan “fatwa” baru sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
“Beliau (Nizar) tidak boleh gunakan ajaran agama sewenang-wenangnya, kalau tiada dalam tuntutan (agama) tidak boleh kata haram.
“Kalau nak keluarkan (fatwa) mesti ada nas-nas, jangan main cakap sahaja.
“Kalau tiba-tiba kata haram ia melebihi Tuhan, melebihi Tuhan adalah syirik,” katanya.
Beliau juga menggesa mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan agama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.
“Jadi jangan gunakan agama sewenang-wenangnya, jangan kerana politik agama dipolitikkan.
Saya tidak sebelah mana-mana, apa yang saya cakap berdasarkan agama Islam,” katanya. -TMI
Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Monday, January 24, 2011
Saturday, January 22, 2011
UMNO LABIS BERKOCAK DAN BAKAL BERKECAI

Pemilihan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang calon PAS Normala Sudirman dalam pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor, dilaporkan menimbulkan banyak persoalan dikalangan ahli-ahli Umno sendiri.
Tidak kurang yang bersedih dan kecewa kerana tindakan tersebut telah mengenepikan dan menghina Umno Bahagian Labis sendiri
"Sedih hati bukan kepalang. Sebagai orang yang lama bergerak aktif dalam Umno di Bahagian Labis, rata-rata kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hilang kepercayaan kepada seluruh kepimpinan Umno bahagian ini,"kata seorang ahli Umno Labis yang tidak mahu dikenali.
Walaupun media arus perdana memutarkan cerita-cerita yang 'sedap didengar' namun di arus bawah, sikap pemimpin tertinggi Umno memilih Mohd Azahar yang bukan dari kalangan kepimpinan Umno Labis amat dikesali.
"Buruk sangatkah kepimpinan Umno Labis? Apakah tiada seorang pun dari kalangan pemimpin Umno Bahagian Labis yang layak ditonjolkan sebagai calon mewakili Umno dalam PRK Tenang ini?
"Nampaknya, pucuk pimpinan parti sekarang ini tidak mahu langsung mendengar kehendak orang bawah. Mereka memilih calon ikut kehendak mereka dan ahli-ahli Umno yang “membajak sawah, menebas hutan dan membuang onak duri” hanya dijadikan kerbau bajak tetapi yang menuai hasil tetap mereka yang datang dari istana,"kata ahli Umno berkenaan,
Oleh itu, beliau mencadangkan agar anak-anak peneroka dalam DUN Tenang beralih dan menyokong PAS kerana menurutnya amalan Feudalisma, memilih anak bangsawan dan juga anak beranak serta waris-waris (kronisme) sebagai pemimpin dalam Umno
"Eloklah, anak-anak peneroka beralih arah dari menyokong Umno kepada menyokong parti pembangkang. Ini kerana Umno lebih melihat kepada anak bangsawan dari anak peneroka dan anak petani,"jelasnya dan menyenaraikan bagaimana Feudalisme sedang berlaku dalam Umno.
"Najib sendiri anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Datuk Mukhriz Mahathir anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Tenang, pemilihan Mohd Azahar Ibrahim kerana dia anak kepada Allahyarham Ibrahim Daud, bekas Senator, bekas ADUN Tenang dan bekas Ketua Umno Bahagian Labis.
"Begitu juga ADUN Parit Jawa, Dr. Robiah Kosai yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor yang pernah terpilih menjadi Ahli Parlimen Muar dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi adalah anak kepada bekas wakil rakyat Muar, Allahyarham Datuk Kosai,"ujarnya.
Selain itu menurutnya, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Zainab Bon Abu Bakar juga adalah anak kepada bekas wakil rakyat yang lebih tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Tebrau. Mohd Tawfek Tun Dr. Ismail pula pernah dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut kerana beliau anak kepada Allahyarma Tun Dr Ismail Abdul Rahman.
Begitu juga Tan Sri Syed Hamid Albar pula adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar sudah mewakili Parlimen Kota Tinggi lebih dari lima penggal. Datuk Abd Hamid Abd Rahman, ADUN Renggam merupakan menantu kepada Allahyarham Datuk Fatimah Salim, bekas Ketua Umno Bahagian Sungai Benut.
Hari ini Datuk Senator Sharifah Azizah Syed Zain pula muncul sebagai salah seorang pemimpin wanita dari Johor kerana beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain bekas ADUN Parit Raja dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.
Sama seperti Datuk Nurjazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.
"Rata-rata anak pemimpin, menantu pemimpin dan adik beradik pemimpin Umno terpilih menjadi wakil rakyat, walaupun kelulusan mereka tidak seberapa tetapi mereka yang merupakan cikgu sekolah, peniaga dan orang biasa diketepikan sahaja oleh Umno kerana ‘bukan darah bangsawan’,"katanya kesal.
Secara totok beliau mendedahkan, di Johor kini, ada dua ADUN adik beradik, seorang bernama Osman Safian merupakan ADUN Kempas dan seorang lagi Datuk Aziz Safian, ADUN Nusa Jaya dan merupakan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.
Justeru beliau menyeru seluruh Umno Labis dan seluruh kepimpinan Umno Labis memprotes tindakan pemimpin atasan.
"Mesej yang keras perlu dihantar kepada Najib dan Ghani supaya jangan sesuka hati memilih calon yang berada di luar dari “kotak kepimpinan Umno bahagian” sendiri,"tambahnya.
NORMALA MENDAHULUI CALON BN DALAM KEDUDUKAN KERTAS UNDI

LABIS: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertandingan satu lawan satu, antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.
BN menurunkan bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, sebagai calon menggalas misi besar bagi mengekalkan penguasaan BN yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 lalu.
Pada masa sama, PAS meletakkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.
Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon yang akan bertanding.
"Mohd Azahar menyerahkan borang pada jam 9.02 pagi dan Normala pada jam 9.10 pagi. Tiga bantahan diterima dan selepas masa bantahan tamat, tiada calon ditolak.
"Oleh itu, calon-calon yang disahkan bertanding bagi DUN Tenang ialah Normala Sudirman dari PAS dan Mohd Azahar Ibrahim dari BN," katanya.
Nama calon Pakatan Rakyat, Normala Sudirman akan mendahului nama calon BN dalam kertas undi.
Friday, January 21, 2011
NAJIB PUJI KITA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengalu-alukan penubuhan secara rasmi parti Kesejanteraan Insan Tanah Air (Kita) yang mana ini boleh menafsirkan dengan penubuhan parti baru yang tiada masalah untuk dilakukan kerana tahap demokrasi di negara ini masih subur.
KITA dilancarkan pada Rabu lepas oleh Datuk Zaid Ibrahim yang menjanjikan perjuangan parti tersebut yang diakuinya sebagai sekular ke arah membawa pelan transformasi politik ke negara ini dan membangkitkan semangat kekitaan dan kemerdekaan sebagaimana yang digariskan kepada kita oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Zaid yang sebelum ini pernah menganggotai Umno dan pernah menjadi ahli Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya umum 2004 dan pernah menyertai PKR sebentar sebelum keluar menyertai parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) gara-gara masalah dalam semasa pemilihan parti PKR tahun lepas.
Kini, parti KITA yang dipimpin oleh Zaid dilihat sebagai satu masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR) yang mana undi terkumpul kepada PR selama ini nampaknya sedikit tersasar kepada KITA yang mampu memberi keputusan berbeza pada pilihanraya akan datang.
Bagi Najib, BN tidak mempunyai masalah untuk menerima KITA sebagai saingan di dalam pilihanraya akan datang. Menurut Najib lagi, apa yang zahir pada hari ini semangat demokrasi di dalam negara ini masih aktif dan segar tanpa halangan kerajaan.
“Sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti di negara ini dan ia mestilah dilakukan dalam ruang lingkup undang-undang yang ada dan kemudian menyertai pilihanraya sebagai calon”, kata Najib semasa sidang media di Kuala Lumpur selepas merasmikan program Dana Belia 1 Malaysia di sebuah hotel lima bintang.
Malah, Najib ketika ditanya mengenai kehadiran Presiden PPP, Datuk M. Kayveas semasa pelancarannya Rabu lepas, beliau menyatakan perkara itu tidak sepatutnya menjadi masalah kerana BN terbuka di dalam usaha sebegini.
Zaid semasa majlis pelancaran KITA minggu lepas ada menyebut Najib adalah pemimpin terbaik untuk mengemudi Umno dan negara ini. Tetapi malangnya, Najib dikelilingi oleh pemimpin Umno yang bersikap ekstremis.
-KLToday.com
KITA dilancarkan pada Rabu lepas oleh Datuk Zaid Ibrahim yang menjanjikan perjuangan parti tersebut yang diakuinya sebagai sekular ke arah membawa pelan transformasi politik ke negara ini dan membangkitkan semangat kekitaan dan kemerdekaan sebagaimana yang digariskan kepada kita oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Zaid yang sebelum ini pernah menganggotai Umno dan pernah menjadi ahli Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya umum 2004 dan pernah menyertai PKR sebentar sebelum keluar menyertai parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) gara-gara masalah dalam semasa pemilihan parti PKR tahun lepas.
Kini, parti KITA yang dipimpin oleh Zaid dilihat sebagai satu masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR) yang mana undi terkumpul kepada PR selama ini nampaknya sedikit tersasar kepada KITA yang mampu memberi keputusan berbeza pada pilihanraya akan datang.
Bagi Najib, BN tidak mempunyai masalah untuk menerima KITA sebagai saingan di dalam pilihanraya akan datang. Menurut Najib lagi, apa yang zahir pada hari ini semangat demokrasi di dalam negara ini masih aktif dan segar tanpa halangan kerajaan.
“Sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti di negara ini dan ia mestilah dilakukan dalam ruang lingkup undang-undang yang ada dan kemudian menyertai pilihanraya sebagai calon”, kata Najib semasa sidang media di Kuala Lumpur selepas merasmikan program Dana Belia 1 Malaysia di sebuah hotel lima bintang.
Malah, Najib ketika ditanya mengenai kehadiran Presiden PPP, Datuk M. Kayveas semasa pelancarannya Rabu lepas, beliau menyatakan perkara itu tidak sepatutnya menjadi masalah kerana BN terbuka di dalam usaha sebegini.
Zaid semasa majlis pelancaran KITA minggu lepas ada menyebut Najib adalah pemimpin terbaik untuk mengemudi Umno dan negara ini. Tetapi malangnya, Najib dikelilingi oleh pemimpin Umno yang bersikap ekstremis.
-KLToday.com
GOBALA BERHADAPAN RISIKO DI PECAT

Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan (gambar berbaju putih)berhadapan dengan risiko masa depan politiknya dalam PKR sementara lembaga disiplin dijangka bersidang dalam waktu terdekat ekoran kegagalan beliau menjawab surat tunjuk sebab berhubung tindakannnya mengecam teruk kepimpinan parti. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa langkah seterusnya ialah lembaga disiplin bersidang untuk mendengar kes Gobalakrishnan yang gagal membalas surat tunjuk sebab sebelum 17 Januari lalu.
Wakil rakyat penggal pertama itu diberi surat tunjuk sebab pada 31 Disember lalu.
“Beliau enggan memberi respons kepada surat daripada kami meskipun kami menghantar surat kedua awal bulan ini dan melanjutkan tarikh untuk beliau menjawab,” katanya.
Kepimpinan parti pada awalnya memberikan masa selama seminggu untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab 45 muka surat yang difaks ke pejabatnya pada 4 Januari lalu.
Ekoran aduan bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menjawab, parti kemudian menghantar surat kedua bertarikh 10 Januari yang memaklumkan perlu menjawab sebelum 17 Januari.
Bagaimanapun kelmarin, wakil rakyat itu mengadu bahawa Saifuddin telah gagal menjalankan tugasnya sebagai setiausaha agung memandangkan surat kedua hanya diterima pada 17 Januari.
“Bagaimana mereka boleh mengharapkan saya menjawab surat pada 17 Januari sedangkan surat hanya tiba kepada saya pada 17 Januari,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran parti Kita yang diketuai Datuk Zaid Ibrahim.
Gobalakrishnan kemudian mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan menjawab surat itu, tindakan yang dilihat akan membawa kesan ke atas beliau.
Susulan komen itu, Gobalakrishnan terus membidas kepimpinan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali menerusi Twitter.
Saifuddin menafikan beliau telah gagal untuk melanjutkan tarikh bagi Gobalakrishnan menjawab surat tunjuk sebab.
Kata beliau, pihaknya menggunakan kesemua saluran untuk memastikan Gobalakrishnan menerima notis berkenaan.
“Kami menghantar (notis) menerusi e-mel dan juga Daftar AR,” kata beliau.
PKR pernah memecat seorang ahli Parlimennya awal tahun lepas selepas kesnya didengar oleh lembaga disiplin.
“Beliau seorang celik IT, lihat beliau dalam Twitter … jadi saya sangat pasti beliau telah menerima surat kami pada masanya,” kata beliau.
Saifuddin menambah, selaku ahli politik senior Gobalakrishnan seharusnya menerima tindakan susulan berhubung kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini.
“Bagi parti, kami hanya mengikut prosedur,” kata beliau.
“Sekarang beliau enggan dan telah gagal untuk membalas surat, jadi langkah seterusnya ialah beliau berhadapan dengan lembaga disiplin,” kata beliau lagi.
Lembaga disiplin menurut Saifuddin, akan menentukan masa dan tarikh untuk bersidang lalu mendengar kes Gobalakrishnan.
Gobalakrishnan merupakan salah seorang calon naib presiden yang kalah dalam pemilihan PKR yang baru berakhir.
Akhir bulan lalu, Gobalakrishnan meningkatkan kecaman dan kritikan ke atas Anwar dan Azmin serta menjawab ulasan pelbagai pihak tetapi menafikan akan keluar parti.
Ia membawa kepada andaian sesetengah pihak bahawa Gobalakrishnan juga akan keluar PKR mengikut beberapa bekas wakil rakyat parti itu.
“Mengapa mesti saya keluar parti, ini parti reformasi, kita mesti melakukan reformasi. Saya berada sejak awal penubuhan parti.
“Kami baru mengadakan pemilihan, saya memberi panduan kepada pemimpin-pemimpin yang baru … saya memberikan pandangan ikhlas, itu sahaja,” katanya.
Dalam salah satu mesej Twitter bulan lalu, Gobalakrishnan berkata, “semua pimpinan PKR harus sedar saya tidak kecam parti, malah pimpinan yang tidak telus dan juga mereka yang tidak hormati rakyat.”
Satu lagi mesej pula berbunyi, “Anwar boleh pecat saya, mengkhianati saya, malah menghantar saya ke neraka. Tiada mengapa. Tolong buka (laluan ke) Kuil Siva (di Bukit Gasing, Petaling Jaya), yang dia tutup,” katanya.
Gobalakrishnan menambah, “saya telah melalui laluan yang ranjau, tetapi hasilnya hanya pengkhianatan Anwar (yang saya terima).”
Pada majlis pelancaran Kita kelmarin, Gobalakrishnan memuji tindakan Zaid, seorang lagi pemimpin yang meninggalkan PKR akhir tahun lalu.
Zaid bertanding jawatan timbalan presiden tetapi memutuskan untuk menarik diri di separuh perjalanan atas alasan proses pengundian cacat dan menyeleweng.
Gobalakrishnan menggambarkan Kita sebagai “parti yang cantik”, tetapi menegaskan akan kekal dalam PKR.
-Malaysian Insider
Thursday, January 20, 2011
CALON BN TAK 'COOL'

Terjawab sudah segala teka-teki siapakan calon BN,andaian bahawa UMNO akan mengenengahkan CALON WANITA meleset sama sekali.Kini perbezaan GENDER jelas menhiasi kempen PRK TENANG yang tidak berapa hari lagi.Sebelum ini di khabarkan KETUA WANITA LABIS akan di namakan sebagai calon tetapi AZAHAR IBRAHIM akhirnya di umumkan sebagai CALON UMNO mewakili BARISAN NASIONAL.
Hingga ke saat ini belum ada andaian mahupun ulasan tentang calon BN tersebut.Pada pendapat pada peringkat awal ini menunjukkan BN TELAH menamakan calon yang kekurangan PAKEJ.Maksudnya disini BN telah meletakkan calon yang tak berapa sihat dari segi luaran,badan agak berlebih berat ideal dan tidak 'cool' berbanding CG MALA yang kelihatan segar dan 'cool'.Faktor luaran calon sememangnya di titik beratkan,berbeza ketika PRU 12 yang lalu CALON YANG BERTANDING tidak memilik pakej pun boleh menang,kerana ketika itu rakyat hanya ingin MENOLAK BN.Letak 'TONGKOL KAYU' pun PR menang di sebabkan rakyat akan mengundi calon yang bukan daripada BN.Kini elemen-elemen luaran CALON itu memberi sedikit kelebihan dan faktor kemenangan selain isu-isu panas.
Sebagai CONTOH,PRK GALLAS PAS meletakkan CALON YANG AGAK OBES,berbanding BN yang meletakkan CALON kelihatan AGAK SIHAT.Untuk mudah di fahami CALON SEMESTINYA kelihatan MENARIK dan CUN,terutama untuk pengundi MUDA yang mengimpikan CALON YANG SEGAR dan KELIHATAN MENARIK di mata mereka.Dilema PENGUNDI MUDA di PARLIMEN LEMBAH PANTAI boleh di jadikan contoh mudah.DUA CALON WANITA yang mempunyai perbezaan dari segi umur dan perewatakkan.Siapakah yang menjadi pilihan pengundi muda LEMBAH PANTAI?jawapannya sudah di ketahui umum....
SELAMAT MAJU JAYA CG MALA....
HIDUP HARAPAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
