Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengalu-alukan penubuhan secara rasmi parti Kesejanteraan Insan Tanah Air (Kita) yang mana ini boleh menafsirkan dengan penubuhan parti baru yang tiada masalah untuk dilakukan kerana tahap demokrasi di negara ini masih subur.
KITA dilancarkan pada Rabu lepas oleh Datuk Zaid Ibrahim yang menjanjikan perjuangan parti tersebut yang diakuinya sebagai sekular ke arah membawa pelan transformasi politik ke negara ini dan membangkitkan semangat kekitaan dan kemerdekaan sebagaimana yang digariskan kepada kita oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Zaid yang sebelum ini pernah menganggotai Umno dan pernah menjadi ahli Parlimen Kota Bharu pada pilihanraya umum 2004 dan pernah menyertai PKR sebentar sebelum keluar menyertai parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) gara-gara masalah dalam semasa pemilihan parti PKR tahun lepas.
Kini, parti KITA yang dipimpin oleh Zaid dilihat sebagai satu masalah besar kepada Pakatan Rakyat (PR) yang mana undi terkumpul kepada PR selama ini nampaknya sedikit tersasar kepada KITA yang mampu memberi keputusan berbeza pada pilihanraya akan datang.
Bagi Najib, BN tidak mempunyai masalah untuk menerima KITA sebagai saingan di dalam pilihanraya akan datang. Menurut Najib lagi, apa yang zahir pada hari ini semangat demokrasi di dalam negara ini masih aktif dan segar tanpa halangan kerajaan.
“Sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti di negara ini dan ia mestilah dilakukan dalam ruang lingkup undang-undang yang ada dan kemudian menyertai pilihanraya sebagai calon”, kata Najib semasa sidang media di Kuala Lumpur selepas merasmikan program Dana Belia 1 Malaysia di sebuah hotel lima bintang.
Malah, Najib ketika ditanya mengenai kehadiran Presiden PPP, Datuk M. Kayveas semasa pelancarannya Rabu lepas, beliau menyatakan perkara itu tidak sepatutnya menjadi masalah kerana BN terbuka di dalam usaha sebegini.
Zaid semasa majlis pelancaran KITA minggu lepas ada menyebut Najib adalah pemimpin terbaik untuk mengemudi Umno dan negara ini. Tetapi malangnya, Najib dikelilingi oleh pemimpin Umno yang bersikap ekstremis.
-KLToday.com
No comments:
Post a Comment