SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, April 12, 2011

NAJIB PULANG AWAL?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata generasi muda perlu bekerjasama dengan pemimpin sedia ada supaya proses peralihan kuasa di Sarawak kelak dapat dilaksanakan secara teratur. Beliau meminta golongan berkenaan supaya tidak membuat sesuatu tanpa memikirkan dengan sedalam-dalamnya akan akibatnya agar tidak menggadai masa depan mereka.

“Jangan kita dengar hasutan daripada pihak lain. Pilihlah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang akan memimpin sebaik-baiknya untuk masa depan kita bersama,” katanya pada acara Malam 1Malaysia di Padang Merdeka di sini malam Isnin.

Beliau berharap acara itu, yang diadakan untuk menghimpunkan para belia, khususnya yang berada di bandar raya Kuching Selatan, Utara dan Padawan, memberi ruang kepada mereka untuk berinteraksi dan menjalin hubungan dengan pemimpin.

Terdahulu, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika menyentuh isu yang sama meminta generasi muda menyokong dan menyambut baik pemimpin baru yang bakal menggantikan beliau.

“Masa anda akan tiba. Bila saya berhenti nanti, saya ingin menyerahkan kepada generasi awaklah yang akan menyokong pemimpin (baru) yang akan terus memajukan Sarawak,” katanya.



Taib, yang berulang kali menyuarakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri, yang disandangnya sejak 1981, berkata rakyat patut bersikap matang dalam politik.

Semalam, Najib berkata peralihan kepimpinan negeri bakal dilakukan pada waktu yang sesuai dan telah dipersetujui Taib bagi memastikan ia berjalan lancar.

Lebih 1,000 orang terutama golongan belia hadir pada acara malam ini, yang dimeriahkan dengan persembahan beberapa artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Annuar Zain, Hafiz AF7 dan beberapa artis lain.

Najib berlepas pulang ke ibu negara malam Isnin selepas acara itu. Tindakan beliau pulang ke ibu negara menggemparkan semua kerana di dalam jadualnya, Najib dijangkakan berada di Sarawak sehingga Jumaat ini. Namun begitu, Najib dijangka akan turun semula sekali lagi sebelum hari mengundi bermula seawal-awalnya esok.

Ada yang memerhatikan Najib dilaporkan kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang dikatakan tidak bertolak ansur untuk berundur dari politik Sarawak sebagai Ketua Menteri atau Pengerusi BN Sarawak selepas Taib mengumumkan akan memegang jawatan tersebut untuk beberapa tahun lagi semalam.

Najib sebelum ini telah berjanji kepada pengundi-pengundi semasa kempennya di beberapa penempatan kaum Cina dan Iban/Dayak sejak dua hari berada di Sarawak bahawa pelan peralihan kuasa akan dilaksanakan tidak lama lagi. Kenyataan Taib yang terbaru itu disifatkan sebagai tamparan kepada janji Najib sendiri.

kl today

WAJAH JURUTERBANG YANG MENINGGAL DUNIA


SIBU 11 April – Seorang juruterbang yang cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari meninggal dunia pada pukul 8.36 malam tadi.

Insiden itu berlaku sebaik sahaja mangsa menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Juruterbang, Kapten Sahimi Razali, 38, mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut melawat Sahimi yang menjalani pembedahan di Hospital Sibu kira-kira pukul 4 petang.

Muhyiddin yang menghabiskan kira-kira 15 minit di luar dewan pembedahan turut menyaksikan proses pembedahan yang dijalankan.

48 tahun memerintah, BN masih gagal sedia kemudahan asas


TEBUAN: Selepas 48 tahun mentadbir, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menyediakan prasarana dan infrastruktur yang sempurna di Sarawak, menyebabkan penduduk di Kampung Sorak Melayu dalam DUN Tebedu, hidup dalam risiko dan bahaya.

Mereka terpaksa merentasi jambatan gantung sepanjang kira-kira 50 meter untuk ke pekan Serian yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung tersebut.

Bahkan, setiap hari anak-anak di kampung tersebut berhadapan dengan risiko jatuh ke dalam sungai kerana keadaan jambatan gantung yang uzur dan usianya yang sudah menjangkau 20 tahun.

“Kalau saya jadi orang kampung ini, satu undi pun saya tak beri kepada Barisan Nasional.

“Anak-anak muda kampung ini kena sedar. Selagi mana kita tak lawan, selagi itulah mereka memperkecilkan kita,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lawatannya ke kampung tersebut, petang tadi.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang ditemui KeadilanDaily berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih gagal membekalkan bekalan air bersih ke kawasan itu.

Mereka terpaksa menggunakan air sungai atau menadah air gunung yang terletak agak jauh dari kampung mereka bagi meneruskan kehidupan sehari-hari.

Terdahulu sebelum itu, Anwar dalam program ceramah kelompok dan ramah mesra bersama pengundi di Kampung Sorak Sumpung. Turut hadir ialah calon bagi kawasan DUN N 18 Tebedu, Dr Christopher Anak Kiyui.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11204

Monday, April 11, 2011

Petanda BN gagal raih 2/3 DUN Sarawak?


Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak. Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.
“Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang,” tulis laporan itu.

Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem “Hantu Mak Limah balek Kampong”.

Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya.

“Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

“Bak kata orang-orang bae (bintulu) “ yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur” ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur),” katanya.

Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.

Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.

Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.

Usaha Najib tekan Taib gagal

Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib.

Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.

Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.

“Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja,” kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.

“Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak,” tambah beliau yang enggan namanya disiarkan.

20 belia Kampung Jepak dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis mereka bersama dengan PAS Cawangan Kampung Jepak 6 April lepas.

Borang-borang itu diserahkan kepada Setiausaha PAS Kawasan Bintulu yang turut hadir dalam majlis itu.

Ekoran penyatuan antara belia dan PAS Cawangan itu, satu pasukan Futsal Kampung Jepak ditubuhkan.

Di majlis barbeku PAS Cawangan Jepak, anak-anak muda kampung itu berjaya dikumpulkan bersama dengan aktivis PAS.

CALON PAS DI UGUT

BN Sarawak terus menunjukkan sikap terdesak apabila mengugut pemilik permit rumah tumpangan dan rumah persendirian yang menyewakannya kepada petugas PAS. Perkara ini berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.
Menurut ketua petugas PAS Johor di Dun tersebut, Onn Jaafar, kali pertama mereka diarah keluar ialah sewaktu menyewa di rumah tumpangan di Sementan.

Setelah empat hari menyewa di situ, mereka diarahkan keluar kerana pemiliknya memberitahu, mereka diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS.



Pemiliknya sedikitpun tidak menunjukkan rasa tidak senang malah menyatakan sokongan kepada calon PAS dan bersedia membawa petugas menyelami masalah penduduk di kawasan sekitar.

“Esoknya kami dipanggil dan setelah berbincang, mereka menyuruh kami keluar kerana takut dengan ugutan daripada pihak BN.Tapi mereka minta maaf kerana terpaksa arahkan kami keluar,” cerita Onn ketika dihubungi hari ini.

Setelah diarah keluar, mereka menyewa di sebuah rumah persendirian yang juga di Sementan.

Pemiliknya juga tahu mereka daripada PAS dan tidak menunjukkan sebarang masalah.

Namun pada malamnya, mereka sekali lagi diarah keluar kerana pemiliknya turut menerima ugutan lesen perniagaannya akan ditarik kerana bekerjasama dengan PAS.

Sehubungan itu, mereka terpaksa menumpang di bilik gerakan kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi kerana difahamkan pihak BN sentiasa memantau penduduk kawasan tersebut.

Namun begitu, kejadian ‘dihalau’ ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat petugas PAS untuk terus berkempen sehingga hari membuang undi 16 April ini.

Beliau sebaliknya hanya menyifatkan kejadian ini sebagai cabaran kecil yang harus ditempuh oleh petugas-petugas apatah lagi jika ‘masuk ke tempat orang’.

Seramai 13 orang petugas dari Johor berkampung di Tanjung Datu sehingga hari mengundi.

PAS meletakkan calon wanita, Nani Sahari (gambar atas, bercermin mata bertudung hijau gelap dan memegang beg tangan) untuk merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.

Sebelum ini juga, PAS membuat satu laporan polis ekoran Nani yang didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu. Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Sunday, April 10, 2011

Saturday, April 9, 2011

Baru Bian KM Sarawak jika Pakatan Rakyat menang

Saiz Teks: A A A
Baru Bian KM Sarawak jika Pakatan Rakyat menang
KUCHING: Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini.

Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang ‘Ketuanan Rakyat’.

Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.

“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chong.

Mengikut MalaysiaKini, Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri.

Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.

Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba’Kelalan di bahagian timur Sarawak. Baru dijangka me