SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, April 11, 2011

Petanda BN gagal raih 2/3 DUN Sarawak?


Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak. Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.
“Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang,” tulis laporan itu.

Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem “Hantu Mak Limah balek Kampong”.

Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya.

“Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

“Bak kata orang-orang bae (bintulu) “ yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur” ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur),” katanya.

Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.

Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.

Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.

Usaha Najib tekan Taib gagal

Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib.

Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.

Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.

“Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja,” kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.

“Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak,” tambah beliau yang enggan namanya disiarkan.

20 belia Kampung Jepak dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis mereka bersama dengan PAS Cawangan Kampung Jepak 6 April lepas.

Borang-borang itu diserahkan kepada Setiausaha PAS Kawasan Bintulu yang turut hadir dalam majlis itu.

Ekoran penyatuan antara belia dan PAS Cawangan itu, satu pasukan Futsal Kampung Jepak ditubuhkan.

Di majlis barbeku PAS Cawangan Jepak, anak-anak muda kampung itu berjaya dikumpulkan bersama dengan aktivis PAS.

1 comment:

Anonymous said...

Tanpa Nama berkata...
11 April 2011 3:25 PM
baru bian berbangsa lunbawang seorang aktivist kristian berhaluan kiri....beliau merupakan ahli gereja sedunia dan bertanggungjawap dldlm aktivity penyebaran agama kristian dimalaysia...beliau juga adalah org yg paling vokal dlm menentang keputusan penggunaan kalimah allah dan beliau lah antara yg menyaman kerajaan atas isu ini.....isu melayu murtad? Di PJ dan Kl dan selangor amnya yg diberitakan mencecah ratusan ribu....tanya PAS ..,mereka ada statistik....siapa bertanggung jwp?...kita tanya BARU BIAN bakal CM sarawak......apa peranan beliau dlm isu tersebut....sila lihat nama beliau dlm senarai mubaligh mubaligh kristian dimalaysia.....ini kristian Specis TOTOK...Sebakan maklumat ini nescaya islam selamat....selamatkan dunia islam di sarawak dari anasir PKR yg pluralism dan komunis DAP serta puak kristian totok mcm Baru Bian....