Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Thursday, October 4, 2012
YB SAIFUDIN NASUTION AKAN BERADA DI PADANG SERAI
CERAMAH POLITIK
TARIKH ; 6 OKT 2012
HARI ; SABTU
LOKASI ; TAMAN KERANJI (DEPAN ESSO)
WAKTU ; 9 MALAM
PENCERAMAH; YB DATO SAIFUDIN NASUTION
AZMAN NASRUDIN
N SURENDREN
...SIMON OII
ANJURAN AMK PDG SERAI DAN PENYELARAS DUN LUNAS
Wednesday, October 3, 2012
PRO M UIA SAPU BERSIH
Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa.
Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu.
Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti.
Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa.
UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa.
Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -mk
BUKAN TALIFON PINTAR YANG ANAK MUDA MAHU.....
Anak muda hari ini di lihat seperti lubuk emas oleh UMNO,dahulu anak muda langsung tidak di pandang oleh umno sehinggakan satu ketika anak muda di lihat ekstrem dan juga memberontak.Kini keadaan sudah berubah,apabila umno hampir habis nyawa barulah umno perasan bahawa anak muda perlu untuk memenangkan mereka.Tapi sayang,semuanya sudah terlambat bagi umno sebab orang muda rata2 sudah condong kepada PR yang di lihat sebagai KERAJAAN BARU bakal mengagantikan KERAJAAN BARISAN NASIONAL
UMNO berusaha untuk memenangkan hati orang muda, sehinggakan BAJET 2013 yang di bentangkn oleh NAJIB RAZAK memberi keutaman kepada orang muda.Pada mulanya rasa seperti tidak percaya tetapi realitinya UMNO baru sedar dari mimpi.Anak muda di gula2kan dengan rebet rm200 untuk pembelian talifon pintar dan juga BRIM RM 250 kepada ank muda yang belum berkahwin tetapi semuanya akan di mulakan tahun depan.
Dari luar memanglah di lihat baik kepada orang muda tetapi apa yang di berikan hanyalah retorik politik pancing undi yg sama sekali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada ank muda.Untuk talifon pintar berapakah harganya?semestinya rm1000 ke atas,jika rebet rm200 anak muda masih perlu mengeluarkan paling sedikit rm 800..berapa ramai anak muda yang mampu beli talifon pintar?selepas itu pula bukan semua kedai yang di benarkn untuk menguruskan rebet tersebut dan bukan semua talifon pintar boleh di beli di kedai-kedai biasa malah kerajaan akan menetapkan kedai yang tertentu untuk berurusan pembelian.Maksudnya talifon pintar perlu di beli daripada kedai tertentu dan bukan semua kedai talifon di malaysia,pakej paksaaan adalah anak muda perlu melanggan talian tetap,prabayar tidak di terima.
Siapa yang untung dalam keadaan ini?pihak yang untung semestinya kedai talifon dan syarikat telekomunikasi,ia boleh meningkatkan hasil jualan,namun siapa yang bersusah payah mengeluarkan duit?berapa ramai anak muda yang mampu mengeluarkan rm800 untuk beli talifon pintar?
UMNO gagal mengetahui apakan yang ANK MUDA mahukan....
Apa yang ank muda mahukan?anak muda mahukan peluang pekerjaan yang banyak bukannya di kuasai warga asing,lihat berapa ramai graduan yang masih gagal mendapat pekerjaan yang sesuai dan tidak kurang juga yang menganggur.Anak muda perlu rumah apabila sudah berumah tangga,lihat sekarang harga rumah semakin hari semakin meningkat.Semestinya anak muda akan rasa terbeban apabila gagal membeli rumah.Anak muda mahukan harga kereta di turunkn supaya mereka mampu untuk membeli kereta yang berkualiti.
NAJIB terlalu lemah zahir dan batin untuk menyelesaikan masalah anak muda.Mungkin umno sengaja buat-buat tidak faham masalah orang muda.Anak muda adalah cermin masa depan sesebuah negara.Negara itu akan berjaya jika anak mudanya berjaya namun sebaliknya negara itu akan musnah juga kerana anak muda
HIDUP ANAK MUDA
HIDUP HARAPAN
Tuesday, October 2, 2012
TURUNKN HARGA KERETA
Bermula 24 Ogos 2012, pasukan “Turunkan Harga Kereta” dari KEADILAN akan mula menjelajah tempat-tempat terpilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian dari Jelajah Turunkan Harga Kereta. Selain mengedarkan risalah dan pelekat kereta kempen di tempat-tempat ini, pimpinan KEADILAN akan turut sama menaiki kereta rasmi ini dan menyampaikan penerangan kaedah menurunkan harga kereta yang dicadangkan KEADILAN.
KEADILAN juga akan mengadakan forum “Turunkan Harga Kereta” yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 2 September 2012 untuk menerangkan dengan lebih terperinci mekanisme menurunkan harga kereta. Maklumat lanjut bagi setiap forum akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook kempen.
KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah satu tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia.
Logo kempen yang dipilih dipastikan tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat.
Kami menyeru semua rakyat Malaysia membantu promosi kempen ini dengan menghiasi laman Facebook dan Twitter mereka dengan logo “Turunkan Harga Kereta” bermula hari ini.
YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN
NAJIB KECUT SEMALAM
Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu.
"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan.
Hendak debat (dia) tak berani.
Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi.
Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu.
Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara.
Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan.
"Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya.
Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi.
"Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk
Sunday, May 27, 2012
BILA PROGRAM TAK BERKAT INI JADINYA............
Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.
Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan.
Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.
Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan.
Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut.
Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini.
Dengan menyindir aktiviti Perhimpunan BERSIH, Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang ‘demo crazy’ (gila berdemonstrasi).
Sekarang Najib perlu jawab apa yang berlaku? Sekarang hukum kebenaran membuktikan siapa yang sebenarnya "crazy" sehingga secara terang dan nyata, berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah?
HARGA KERETA AKAN MURAH JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA...
Bercakap soal dasar automatif negara saelalaunya kita akan membayangkan harga kereta yang mahal dan harga alat ganti yang melambung naik.Ini berikutan kegagalan kerajaan di dalam mengurus dsar automatif negara dengan baik.Walaupun negara kita mempunyai kereta nasional namaun ia hanya indah khabar dari rupa..Ketika DR MAHATHIR melancarkan proton saga,gegak gempita negara dengan terhasilnya proton saga.Pernah terbaca majalah GILA GILA,ada satu ruangan menunjukkan kereta PROTON SAGA menggunakan tin milo sememaangnya lucu dan saya ingat hingga hari ini majalah GILA-GILA.
Hari ini harga kenderaaan di MALAYSIA jauh lebih mahal berbanding harga kenderaan di negara jiran,janganlah di bandingkan dengan harga di negara teluk seperti oman dan lain-lain.Sakit jiwa rakyat MALAYSIA jika semua mengetahui betapa mahalnya harga kenderaaan di MALAYSIA ketika ini.
Cukai eksais di kenakan cukup tinggi oleh kerajaan.Malaysia menjual sebuah kereta PERODUA VIVA dengan nilai RM30K lebih dan tidak termasuk PERODUA VIVA yang aksesorinya lebih mungkin meningkat lagi 4k.Dasar automotif kerajan yang membebankan rakyat menyebabkn rakyat tiada pilihan walaupun harga kenderaan itu tinggi.Cukai sehingga 80 peratus di kenakan ke atas sesebuah kenderaan menyebabkn rakyt terdesak untuk memiliki kenderaan dan akhirnya rakyat terpaksa beli kenderaaan dengan harga yang menyiksakan.
Bayangkan jika sebuah kenderaan ansuran bulanannya rm350 sebulan dan perjanjian 9 tahun dengan pihak bank sudah pasti rakyt yang berpendapatan rm1500 sebulan gagal untuk memiliki kenderaan tersebut,Jika memilik kereta tersebut nescaya kehidupan menjadi susah kerana gaji tidak mencukupi.Itu tidak termasuk kerosakkan kereta tersebut dan akhirnya kereta tidak dapat di baiki dengan baik kerana ansuran mahal boleh menyebabkan kemalangan.Bayangkan sebuah perodua viva SEBELUM DI KENAKAN CUKAI LEH KERAJAAN HANYA BERHARGA SEKITAR RM20K LEBIH SAHAJA..apabila di campur dengan cukai yang di kenakan harganya meningkat naik sehingga 80 pertus dari harga asal.Rakyat yang sepit untuk memenuhi keperluan keluarga terpaksa membeli kereta dengan harga yang gila,kerajaan untung atas angin rakyat menderita.
Di antara menifesto PR pada pru 13 yang akan datang,PR akan menitik beratkan dasar automotif untuk kebaikan kepada rakyat.KERAJAAN PR akan pastikan cukai eksais ataupun harga AP di kurangkan agar rakyat dapt menikmati harga kereta yang murah dan tidak terbeban.Kerajaan PR akan kaji sistem cukai kenderaaan agar rakyat terbanyak dapat memiliki kereta sekurang-kurangnya PERODUA VIVA YANG BERILAI RM25K dan ansuran bulan serendah rm200 sahaja setiap bulan.Ini bukan angan-angan kosong kerana ia juga dapat membantu pasangan yang baru berumah tangga untuk membeli kereta dan menikmati keselesaaan hidup.Inilah di antara menifesto KERAJAAN PR jika di berikan peluang untuk memerintah MALAYSIA,,tak termasuk turn harga petrol serta merta mahupun menghapuskan TOL.
Dasar ini yang di impikan oleh rakyt dan bukannya dasar yang mengkayakn kroni tertentu sahaja.Apa pun ABU...
HIDUP HARAPAN...
Subscribe to:
Posts (Atom)

