SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, March 26, 2010

JENAZAH DATUK ZAINAL ABIDIN SELAMAT DI KEBUMIKAN

Jenazah ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Melaka, Jalan Cheras.

Bekas timbalan menteri besar Selangor itu meninggal dunia jam 9.27 malam tadi akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Hadir menziarahi jenazah Allahyarham ialah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali; timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar; naib presiden PKR, Azmin Ali dan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

JENG JENG PRK HULU SELANGOR.......


Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.
Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

Asal sebagai cikgu
Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.


Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada tahun 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Beliau turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Kerusi jadi rebutan

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G.Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

Mengikut
peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC.

Wednesday, March 17, 2010

DEMONTRASI KHUSUS UNTUK ZUL NORDIN

DEMONTRASI MENDESAK MP KULIM BANDAR BHARU LETAK JAWATAN..

TARIKH:20 HB MAC 2010

WAKTU: 9 PAGI

TEMPAT:BERHADAPAN MASJID SERDANG KEDAH

PARA DEMONTRANS AKAN BERARAK DARIPADA MASJID SERDANG HINGA KE MARKAS PAS KAWASAN KULIM BB

ANJURAN:PKR CABANG KULIM BB DAN PAS KULIM BB

SEMUA MEDIA CETAK DAN ELEKTRONIK DI JEMPUT HADIR MEMBUAT LIPUTAN...ADIOS

Friday, March 12, 2010

BEREHAT SEBENTAR BERSAMA ZUL4KULIM KEKEKEK

KHABAR DARI KELAMBU PEJABAT PEGUAM

Baru berkomunikasi dengan 'seseorang' dari Jabatan Peguam Negara. Banyak yang diceritakan apa yang berlaku dalam pejabat itu. Akhirnya sedikit maklumat dari email 'seseorang itu, che'GuBard perturunkan di sini untuk bacaan dan komen semua.

Cuma ini sahaja dahulu yang dikongsi...tetapi banyak lagi yang diceritakan.

Menurut satu sumber dari Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden merupakan manusia paling bijak di Jabatan Peguam Negara sehingga Tan Sri Ghani Patail tidak senang dan takut dengan dia. Menurut sumber tersebut Yusof dikatakan hafal M.L.J

Yusof dikatakan pada satu peringkat sudah bosan dengan pertembungan beliau dengan Ghani dimana pada ketika itu (di hujung era pemerintahan Abdullah) beliau telah menghantar surat letak jawatan. Pada ketika itu Najib ketakutan kerana tanpa Yusof tidak mungkin ada pendakwaraya lain mampu meneruskan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim. Malangnya untuk menolak terus perletakkan jawatan Dato Yusof tidak mungkin kerana Tun Abdul Majid Tun Hamzah (ketua team pendakwa kes Altantuya) yang menjadi orang kuat Ghani sudah pun menduduki bilik Yusof dengan siap membuat renovation sebaik sahaja Yusof menghantar surat perletakan jawatan. Najib tak boleh kata apa pada Tun Majid kerana banyak rahsia misteri yang Tun Majid tahu. Hanya ada satu jalan iaitu Yusof perlu dinaikkan pangkat tetapi hanya satu pangkat iaitu Yusof menggantikan Ghani. Itu lebih mustahil berlaku. Maka kabinet telah bersidang dan melantik Yusof sebagai pegawai turus dua dengan jawatan Peguam Cara Negara II iaitu satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dan diwujudkan semata – mata untuk Yusof oleh Najib untuk menyelamatkan keadaan. Sebagai balasan Yusof setuju mengetuai team pendakwaan Anwar.

Najib benar – benar tidak punya sesiapa lagi yang mampu dan sanggup untuk mengetuai team pendakwaan kes Anwar Ibrahim. Pertama sebab dalam Jabatan Peguam Negara ramai peguam yang berpotensi telah dipancung oleh Ghani, yang kedua tak ramai yang sanggup bekerjasama dalam mendakwa kes yang sememangnya sejak dari awal penuh dengan 'rekaan'. Maka Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang baru dilantik di jawatan yang direka khas untuknya -Peguam Cara Negara II dinamakan sebagai ketua team pendakwaan walaupun dia terlibat terlibat dalam 'pemalsuan bukti' kes mata lebam tahun 1998 dan ini akan menjejaskan kredibiliti kes pendakwaan kes Anwar di mata umum dan dunia.

Seorang lagi pendakwaraya, Hanafiah bin Hj Zakariah dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakitangan kontrak di Jabatan peguam Negara sehinggakan perempuan itu mendapat keistemewaan meletakkan kereta di parking lot yang dikhaskan untuk pendakwaraya kanan. Isteri Hanafiah yang juga merupakan kakitangan AG chambers tentu tidak tahan. Pernah berlaku isteri Hanafiah menyerang perempuan tersebut tetapi Hanafiah mempertahankan perempuan tersebut dengan menyalahkan isterinya di depan umum. Dikatakan isteri Hanafiah sedang dalam proses memfailkan kes rumahtangganya ke mahkamah syariah. Hanafiah kononya telah berjanji dengan staff kontrak di pejabat AG itu untuk mengahwininya selepas menceraikan isteri tua yang mana perkahwinan mereka tidak ada anak. Hanafiah bercita – cita besar namun krisis rumah tangga/masalah peribadi yang 'meletup' di pejabat telah menggugat kedudukan. Maka dengan menyatakan kesanggupan untuk bersama dalam mendakwa Kes Anwar Ibrahim maka sedikit memberikan nafas semula kepada dia dengan harapan jasa besarnya akan dibalas dengan mengenepikan persoalan kekecohan di pejabat.

Hanafiah juga terlibat dalam kes pemalsuan bukti mata lebam Anwar 1998.

CHEGUBARD

Thursday, March 11, 2010

TAHNIAH YB TAN CHU KANG


Tahniah YB TAN CHU KANG,sebab di lantik sebagai EXCO KERAJAN NEGERI KEDAH.Walaupun tak berpendidikan tinggi mcm IR@USTAZ RADZI SALLEH(ADUN KATAK LUNAS) tetapi ia tetap teguh di dalam perjuangan.Janganlah dok jadi mcm YB2 YANG LAIN KEMARUK NAK JADI EXCO,bila tak dapat jadi EXCO KERAJAAN NEGERI nak keluar parti dan bermacam-macam lagi.Memang benar PKR silap di dalam memilih calon ketika PRU 12 yang lalu,tetapi boleh diperbetulkan di masa hadapan serta harus di jadikan pengajaran.Kepada yang ingin membuat cable(kroni) SUDAH-SUDAH LA.Apabila berlaku siri lompatan parti juga yang di cemuh dan di tuduh PKR pembiak katak.Biar apa pun orang berkata kita perlu terus berjuang sehingga UMNO dan BN di kuburkan di belakang masjid.

Selamat bertugas YB TAN CHU KANG,gunalah kereta EXCO YANG ADA,jangan kalut nak tukar TOYOTA CAMRY pulak....

KHALID SAMAD CABAR ZUL4KULIM DEBAT


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar Zulkifli Noordin berdebat bagi mencari kebenaran dan membuktikan hujah siapa yang bertepatan dengan pandangan agama berhubung isu kalimah Allah yang mempertembungkan mereka berdua.


Zulkifli yang membuat laporan polis terhadap Khalid berhubung isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam - telah dipecat daripada PKR Sabtu lalu.


Khalid berkata, beliau bersedia berdepan dengan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu ini di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.


“ Sediakan sahaja tempat serta waktunya dan panggil Astro Awani atau Hujjah TV9, kita berdebat secara siaran langsung demi mencari kebenaran,” tulis Khalid dalam blognya.


“Kemudian lihat sahaja siapa yang berhujah di atas kekuatan nas dan siapa yang bertindak di atas dasar sentimen semata.


“Sekiranya ada di antara apa yang saya fahami tidak tepat, tersasar dan tidak berlandaskan syariat, maka saya sedia diperbetulkan dan demikian jugalah saya harapkan sebaliknya,” tulis Khalid lagi.


Khalid turut mengulas pemecatan Zulkifli dengan memuji tindakan tegas PKR memecat ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu ekoran laporan polis terhadapnya.

“Walaupun mereka sedar bahawa pemecatan Zul (Zulkifli) akan menyebabkan PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen; dan DAP akan mempunyai satu kerusi lebih dari PKR, namun mereka terus bertindak tegas. Syabas!

“Tindakan tegas ini memberi mesej yang jelas berhubung komitmen PKR terhadap Pakatan Rakyat,” katanya.


Bagaimanapun, sepanjang 'perang mulut' antaranya Zulkifli dan pemimpin kanan partinya sendiri sebelum ini, Khalid hanya berdiam diri dan dilaporkan hanya menyifkan tindakan tersebut sebagai “hak dia”.


Khalid berkata, tindakan PKR itu telah melegakan penyokong PKR dan membuktikan ketegasan parti itu terhadap setiakawan dalam Pakatan, walaupun ia mengurangkan satu kerusi parlimennya.


“Tindakan (pemecatan) ini juga secara zahirnya bercanggah dengan kepentingan parti sendiri,” katanya yang juga sedang menjalani hukuman gantung jawatan oleh partinya sendiri.


Khalid turut mengucapkan tahniah kepada DAP yang “berjiwa besar” kerana sedia mengekalkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang walaupun kini mendominasi jumlah kerusi Pakatan di parlimen.


“Ini yang dikatakan pengorbanan demi menjaga kepentingan pakatan dan PR itu sendiri.