SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, March 12, 2010

KHABAR DARI KELAMBU PEJABAT PEGUAM

Baru berkomunikasi dengan 'seseorang' dari Jabatan Peguam Negara. Banyak yang diceritakan apa yang berlaku dalam pejabat itu. Akhirnya sedikit maklumat dari email 'seseorang itu, che'GuBard perturunkan di sini untuk bacaan dan komen semua.

Cuma ini sahaja dahulu yang dikongsi...tetapi banyak lagi yang diceritakan.

Menurut satu sumber dari Pejabat Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden merupakan manusia paling bijak di Jabatan Peguam Negara sehingga Tan Sri Ghani Patail tidak senang dan takut dengan dia. Menurut sumber tersebut Yusof dikatakan hafal M.L.J

Yusof dikatakan pada satu peringkat sudah bosan dengan pertembungan beliau dengan Ghani dimana pada ketika itu (di hujung era pemerintahan Abdullah) beliau telah menghantar surat letak jawatan. Pada ketika itu Najib ketakutan kerana tanpa Yusof tidak mungkin ada pendakwaraya lain mampu meneruskan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim. Malangnya untuk menolak terus perletakkan jawatan Dato Yusof tidak mungkin kerana Tun Abdul Majid Tun Hamzah (ketua team pendakwa kes Altantuya) yang menjadi orang kuat Ghani sudah pun menduduki bilik Yusof dengan siap membuat renovation sebaik sahaja Yusof menghantar surat perletakan jawatan. Najib tak boleh kata apa pada Tun Majid kerana banyak rahsia misteri yang Tun Majid tahu. Hanya ada satu jalan iaitu Yusof perlu dinaikkan pangkat tetapi hanya satu pangkat iaitu Yusof menggantikan Ghani. Itu lebih mustahil berlaku. Maka kabinet telah bersidang dan melantik Yusof sebagai pegawai turus dua dengan jawatan Peguam Cara Negara II iaitu satu jawatan yang sebelum ini tidak wujud dan diwujudkan semata – mata untuk Yusof oleh Najib untuk menyelamatkan keadaan. Sebagai balasan Yusof setuju mengetuai team pendakwaan Anwar.

Najib benar – benar tidak punya sesiapa lagi yang mampu dan sanggup untuk mengetuai team pendakwaan kes Anwar Ibrahim. Pertama sebab dalam Jabatan Peguam Negara ramai peguam yang berpotensi telah dipancung oleh Ghani, yang kedua tak ramai yang sanggup bekerjasama dalam mendakwa kes yang sememangnya sejak dari awal penuh dengan 'rekaan'. Maka Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang baru dilantik di jawatan yang direka khas untuknya -Peguam Cara Negara II dinamakan sebagai ketua team pendakwaan walaupun dia terlibat terlibat dalam 'pemalsuan bukti' kes mata lebam tahun 1998 dan ini akan menjejaskan kredibiliti kes pendakwaan kes Anwar di mata umum dan dunia.

Seorang lagi pendakwaraya, Hanafiah bin Hj Zakariah dikatakan sedang hangat bercinta dengan kakitangan kontrak di Jabatan peguam Negara sehinggakan perempuan itu mendapat keistemewaan meletakkan kereta di parking lot yang dikhaskan untuk pendakwaraya kanan. Isteri Hanafiah yang juga merupakan kakitangan AG chambers tentu tidak tahan. Pernah berlaku isteri Hanafiah menyerang perempuan tersebut tetapi Hanafiah mempertahankan perempuan tersebut dengan menyalahkan isterinya di depan umum. Dikatakan isteri Hanafiah sedang dalam proses memfailkan kes rumahtangganya ke mahkamah syariah. Hanafiah kononya telah berjanji dengan staff kontrak di pejabat AG itu untuk mengahwininya selepas menceraikan isteri tua yang mana perkahwinan mereka tidak ada anak. Hanafiah bercita – cita besar namun krisis rumah tangga/masalah peribadi yang 'meletup' di pejabat telah menggugat kedudukan. Maka dengan menyatakan kesanggupan untuk bersama dalam mendakwa Kes Anwar Ibrahim maka sedikit memberikan nafas semula kepada dia dengan harapan jasa besarnya akan dibalas dengan mengenepikan persoalan kekecohan di pejabat.

Hanafiah juga terlibat dalam kes pemalsuan bukti mata lebam Anwar 1998.

CHEGUBARD

No comments: