SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, January 31, 2011

DOWN MUBARAK


Sekumpulan NGO dan parti pembangkang pagi ini mengadakan bantahan di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Mubarak turun dari tampuk kuasa.

Berarak sedikit daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ, mereka melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.

Thursday, January 27, 2011

BOM KE 2 DI TENANG

26 JANUARI 2011
Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin

Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.

Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.

En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.

Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :

1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?

2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?

3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?

4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?

5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?

6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?

7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?

8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?


SUHAIZAN BIN KAIAT
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

Wednesday, January 26, 2011

ANAK ALLAHYARHAM TAN SRI KHIR JOHARI SERTAI DAP


Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari menyertai DAP baru-baru ini.

Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd, berkata: “Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.”

Bapanya, yang tleah meninggal dunia empat tahun lalu, telah berkhidmat di dalam kabinet di bawah tiga perdana menteri – Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Zairil said: "Bapa saya tidak pernah memaksa saya menyertai mana-mana parti politik. Hanya nasihat beliau agar saya melakukan perkara yang betul."

Beliau menambah keluarganya, termasuk adiknya 22 tahun dan ibunya telah memberi restu kepadanya untuk menyertai DAP.

Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini. Sewaktu bapanya menyertai Umno dahulu iaitu sewaktu pra-merdeka, perjuangannya ialah untuk membebaskan negara dari penjajahan British. Sekarang setelah lebih 50 tahun BN berkuasa, apa yang berlaku ialah rakyat terjajah, ditekan oleh bangsanya sendiri, kita tidak miliki kebebasan.

Zairil menegaskan jika ayahnya masih hidup dan sama dengan usianya kini, pasti ayahnya juga tidak akan menyertai UMNO.

Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973).

Tuesday, January 25, 2011

DOK BEREBUT APA PULAK


Meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka, namun perebutan kerusi itu di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat semakin hangat.

Pemuda PAS hari ini dilaporkan oleh Bernama - mahu hak parti itu untuk bertanding dikekalkan dan dihormati rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi.

Menurutnya, perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Rakyat kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004 ia ditandingi PKR. Sebelum itu, kerusi berkenaan ditandingi Semangat 46 pada 1995.

"Saya juga tidak suka tindakan yang di luar musyawarah (berunding) kerana ini akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan proses menentukan siapa yang patut bertanding," katanya ketika dihubungi Bernama.

Nasrudin berkata, tindakan meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti oleh mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat itu perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti.

Ketua pemuda PAS itu mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa PKR Melaka akan menawarkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan.

Ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin (atas, kiri) dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan itu mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Keadaan hampir sama juga pernah berlaku sebelum ini pada 2009 apabila PKR meminta meletakkan calonnya di kerusi yang dikuasai PAS selama tiga penggal di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lalu akibat serangan jantung.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa ia akan bermesyuarat pada Jumaat ini bagi membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil DUN tersebut

MERLIMAU JUMAAT INI

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan bermesyuarat pada Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lalu berhubung kekosongan kerusi itu.

Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.

"Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media," katanya dalam satu kenyataan

MKINI

LEPAS GO..MUS PULAK

Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub hari ini mengesahkan bahawa beliau menerima satu surat tunjuk sebab daripada parti itu, dipercayai berkaitan tindakannya mempertikaikan proses pemilihan parti.

Ketika dihubungi, Mustaffa berkata beliau bagaimanapun masih belum memutuskan sama ada akan menjawab surat yang ditandatangani setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution.

Beliau memberi alasan, tempoh selama sepuluh hari yang ditetapkan dalam surat tarikh bertarikh 13 Januari itu telahpun berakhir.

Sedangkan, beliau hanya menerima surat berdaftar itu di rumahnya di Kota Damansara semalam, katanya lagi.

"Saya sedang pertimbang apa langkah yang saya patut buat sebab tempoh dah tamat. Saya belum buat keputusan sama ada untuk jawab atau tidak," katanya lagi.

Ketika ditanya, Mustaffa bagaimanapun enggan menjelaskan butiran lanjut dalam surat yang salinannya turut dihantar kepada ketua umum, presiden, dan naib presiden parti.

"Tak tahulah saya, tapi nampak macam bersungguh-sungguh sangat (kandungan surat itu).

"(Kandungan surat) itu saya tak mahu sebutlah. Tapi saya agak ada kaitan dengan proses pemilihan parti," kata bekas calon timbalan presiden itu lagi.

Mustaffa merupakan pemimpin PKR kedua yang dikenakan tindakan disiplin selepas N Gobalakrishnan, calon naib presiden yang turut tewas dalam perebutan jawatan naib presiden.

Gobalakrishnan dalam tulisannya berkata Anwar mahu "menamatkan" Mustaffa dengan melantik bekas pengerusi PKR Perak itu ke jawatan ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.

Mustaffa sebelum ini telah menimbulkan isu berhubung kedudukan jawatankuasa pemilihan parti (JPP) itu dalam menjalankan pemilihan berkenaan.

Beliau antara lainnya berkata, pemisahan tanggungjawab antara badan itu dengan sekretariat parti masih tidak jelas memandangkan masih terdapat persepsi bahawa JPP tiada kuasa autonomi.

Dalam satu sidang media pada 12 November lalu, Mustaffa memberi contoh tindakan beberapa ahli JPP yang kelihatan memakai lencana beberapa calon yang bertanding ketika menjalankan pemilihan parti.

Beliau turut mendakwa, sesetengah aduan semasa pemilihan cabang yang berakhir bulan lalu tidak dipandang serius oleh JPP mahupun sekretariat PKR sendiri.

Gobalakrishnan pula menerima tindakan itu berikutan tindakannya menyerang pemimpin parti itu termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui tulisan di laman Twitter selepas tewas dalam pemilihan tersebut.

Dilaporkan, Gobalakrishnan antara lainnya menulis bahawa beliau tidak terkejut dengan keputusan parti itu dalam menentukan kedudukan untuk Mustaffa Kamil Ayub yang turut kecundang dalam pemilihan itu.

CHEGUBARD KEADILAN,KEADILAN CHEGUBARD


Pemilihan PKR 2010 telah melabuhkan tirai dengan bermacam masalah di katakan timbul.Ada yang cakap masalah timbul boleh mematangkan ahli parti.Ada pula yang cakap apabila masalah timbul menunjukkan bahawa parti ini mempunyai ruang demokrasi yang luas dan terbuka dan bermacam-macam lagi pendapat yang kita temui.Mahu tidak mahu PEMILIHAN 2010 telah berakhir dengan keputusan yang seram sejuk dan ada keputusan yang mengejutkan.Contoh yang mengejutkan seperti MUSTAFA KAMIL tewas di CABANGNYA SENDIRI.Mungkin tafsiran 'mengejutkan'itu mengikut keadaan dan suasana politik masing-masing.

Saya ingin menyentuh isu PEMILIHAN AMK PUSAT yang sudah di ketahui umum di katakn bermasalah dan kontroversi,ia di sensasikan lagi oleh ahli-ahli PKR sendiri yang senentiasa menanti jawapan SU AGUNG PKR SAIFUDIN NASUTION ISMAIL.Ada yang berpendapat SAIFUDIN tidak menjawab dan ada pula yang berkata SAIFUDIN telah menjawab tapi ada yang tidak nampak.Akibat daripada polimik ini maka timbullah perang di FACEBOOK sesama kawan-kawan,ada yang di hentam seolah-seolah kita berlainan parti,mungkin ini asam garam berpolitik dan kita terima keadaan ini.

Dua watak yang menawarkan diri sebagai KETUA AMK MALAYSIA iaitu SAM dan CHEGUBARD,dua watak yang langsung tidak mempunyai persamaan.Secara asasnya kedua2nya dari PKR.Masing2 mengetengahkan idea masing-masing dan di edarkan menifesto seluruh malaysia sehingga BATU SAPI dan LIBARAN.Tanpa di sedari juga MASING-MASING punya dokongan daripada CALON TIMBALAN PRESIDEN.Di sini peranan kempen manager untuk menentukan ke kiri atau ke kanan.Sudah diketahui UMUM CHEGUBARD kelihatan condong terhadap ZAID IBRAHIM dan SAM BERSAMA AZMIN.Mungkin ini keadaan normal di dalam suasana pemilihan sesebuah parti politik.Di sini timbul persoalan yang agak janggal dari saya,kenapa perlu untuk menentukan timbalan mana yang kita sokong?inilah perseoalan yang timbul selepas ia di hebahkan bahawa CHEGUBARD sokong ZAID,sejauh mana kebenarnnya kita pun tidak pasti tetapi KELIHATAN MESRA itu MUNGKIN ada.

Setelah masalah-masalah yang di timbulkan di pihak yang tewas maka kelihatan ada third force di wujudkan.Kumpulan pendesak ini memperlihatkan satu wajah baru anak muda yang di gelar SAAM(SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA).Penubuhannya kelihatan mempunyai meseg yang jelas dan baik,cuma kebelangan ini sering menimbulkan konflik imej.Rakyat mungkin keliru kenapa SAAM wujud?mungkin SAAM bagus untuk anak muda?SAAM dari keadilan ka?SAAM terlibat dalam PRK?sokong parti mana?pas ka?umno ka? semua ini berlegar di minda rakyat yang tidak faham apa itu SAAM.SAAM memang kelihatan HEBAT tetapi adakalanya anggotanya membuat tindakakn yang tidak wajar.CHEGUBARD boleh di jadikan ikon anak muda,cuma CHEGUBARD juga perlukan pembantu yang hebat dan bijak di dalam membuat keputusan.Bukannya keputusan menentukan calon mana yang SAAM nak sokong.Jesteru itu mengapa SAAM perlu mengumumkan PARTI MANA YANG HENDAK DI SOKONG?bukannya rakyat melihat CHEGUBARD KEADILAN dan KEADILAN CHEGUBARD.Semestinya rakyat keliru dengan keadaan ini.Minda rakyat MALAYSIA tidak setahap minda orang barat yang boleh menerima perubahan secara drastik.

Persoalan demi persoalan akan timbul selepas ini,iaitu kenapa CHEGUBARD tak jalan guna nama PKR?kenapa harus menggunakan nama SAAM?CHEGUBARD bukan ahli PKR?Bukankah CHEGUBARD KETUA CABANG PKR REMBAU?.Saya sebagai orang luar melihat cita-cita SAAM memang unik dan baik sekali,cuma SAAM perlu lebih jelas di dalam menterjemahkan idea mereka.Terdapat juga AHLI SAAM yang mencemuh DSAI dan pimpinan lain nampaknya ia satu perkara yang tidak sihat dan perlu di perbaiki agar ia tidak di salah ertikan kerana ada pihak sedang menanti untuk mengambil kesempatan.Ahli SAAM perlu akui bahawa DSAI adalah kereta kebal yang mampu merempuh BARISAN NASIONAL.Belajarlah untuk beradap jika berkomunikasi kerana semua orang melihatnya.

CHEGUBARD telah berada di kemuncak tetapi sayang kerana kiri dan kanan salah sifir politik CHEGUBARD di takdirkan tewas dalam pemilihan KETUA AKK MALAYSIA.Peranan penasihat memeg cukup memberi kesan di dalam setiap tindak tanduk seseorang.Jika tersalah penasihat salahlah langkah kita,jika betul untunglah kita.Di dalam hidup tidak semua perkara yang kita hendak ia menjadi,kita merancang tuhan juga merancang untuk kita dan percayalah janji tuhan tetap pasti

HIDUP HARAPAN