Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Sunday, April 6, 2008
PAKATAN RAKYAT
PAKATAN RAKYAT yang menggabungkan tiga parti politik iaitu PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR),PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK(DAP) dan PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS).Ketiga tiga parti ini mempunyai satu matlamat walaupun berbeza idelogi memang di akui pemimpin2 utama ketiga tiga parti tersebut.Pengalaman penggabungan pada era 2001 patut di ambil pengajaran untuk memantapkan pakatan kali ini,sejarah telah terpalit perbalahan antara PAS dan DAP ketika mana ANWAR IBRAHIM masih di dalam penjara menyebabkan rakyat sangsi dengan pakatan kali ini.Berbeza ketika itu ANWAR IBRAHIM masih di dalam perjara menyebabkan tiada ketua hendak mengemudi pakatan BARISAN ALTENATIF(BA)ketika itu.Berbeda dengan keadaan sekarang,tetapi sejarah tetap menjadi sejarah namun pergeseran antara PAS dan DAP masih ada dengan beberapa kenyataan yang kurang senang di dengar di keluarkan oleh pihak PAS.Parti yang di tengah2 adalah PKR menjadi jambatan antara dua parti yang lain menyebabkan penyatuan kembali terjadi untuk kali kedua.Kenyataan daripada TIMBALAM MENTERI BESAR KELANTAN untuk meletakkan PARTI PAS sebagai parti tunjang di dalam PAKATAN RAKYAT,sudah semestinya mendapat kritikan dari pihak DAP dan PKR.Di sini pihak mana yang selalu buat silap mengeluarkan kenyataan?jawapannya PARTI PAS acap kali mengeluarkan kenyataan yang sebegini rupa.Bagi saya tak patut mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa kerana mengganggu senseviti ahli parti lain,pihak PARTI PAS perlu menjaga apabila membuat kenyataan,kesalahan yang di anggap ringan akan menjadi masalah besar.Kejayaan bersama itu penting tetapi perlu ada toleransi dan perancangan untuk melakukan sesuatu perubahan,walaupun kadang kadang kita lihat perubahan itu memihak kepada sesuatu kumpulan tetapi kita harus menjaga kumpulan yang lain untuk melancarkan agenda kumpulan kita(perumpamaannya la)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment