Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Sunday, March 30, 2008
AUKU
Adakah AUKU(AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ)patut di kekalkan?pada pendapat saya ada beberapa faktor memerlukan akta ini perlu di mansuhkan.Sebab yang asas bagi saya bertujuan mematangkan pelajar serta mendedahkan mereka kepada arus semasa yang sedang berlaku.Kita sendiri dapat lihat betapa takutnya sesetangah pelajar untuk mengambil tahu tentang politik,ini memberi suatu gambaran yang kurang sihat untuk generasi hadapan bagi memimpin negara pada masa yng akan datang.Apabila AUKU di mansuhkan menyebabkan para pelajar dapat mendekatkan diri dengan acara persatuan dengan secara tak langsung dapat mendekatkan mereka dengan arus politik semasa tanah air,inilah pewaris kita untuk membela negara di mata dunia,adakah kita menghasilkan pelajar yang kurang pengetahuan tentang arus semasa?bagi saya ini amat merugikan kita dan juga negara khususnya.Minda seorang pelajar perlu kreatif dan kritis untuk berhadapan dunia yang global pada masa kini memerlukan ketahanan dari segi minda dan kefahaman tentang arus semasa di malaysia dan di dunia.Saya tak terkejut sekiranya ada pelajar yang tak tahu siapakah perdana menteri AUSTRALIA,saya tak terkrjut sekiranya ada pelajar tak tahu apakah fungsi badan dunia seperti UNESCO atau PBB(pertubuhan bangsa-bangsa bersatu)ini menghadkan pengetahuan dan cara mereka berfikir.Bagi saya AUKU ini perlu di kaji perlaksanaannya atau memansuhkan sahaja akta AUKU untuk kebebasan pelajar dan mengajar menjadi seorang yang berprinsip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment