Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Wednesday, August 6, 2008
PMTG PAUH
Di saat kita semua akan menumpukan perhatian kepada pilihanraya kecil PARLIMEN PERMATANG PAUH akan ada cerita yang akan mencuri tumpuan seluruh MALAYSIA iaitu kemungkinan ada yang akan mengistiharkan keluar daripada PARTI KEADILAN RAKYAT secara beramai2,walaupun fenomena itu selalu berlaku di dalam keadaan pilihanraya kecil tetapi kejadian yang akan berlaku ini amat dekat dengan kita semua.Pengemuman ini bakal menggegarkan MALAYSIA dan memberi faedah kepada KERAJAAN terutama di dalam menghadapi pilihanraya dan juga merampas kerusi PERMATANG PAUH.Sikap manusia yang tidak kenal erti kesabaran dan tamak menyebabkan sifat balas dendam menjadi agenda utama walaupun akan memberi kesan kepada PARTI KEADILAN RAKYAT.Saya nyatakan lebih awal kerana mahu perkara ini dapat di atasi dengan segera dan juga mengusir kumpulan2 yang merosakkan parti KEADILAN RAKYAT,ini perkara serius dan tidak boleh di pandang ia perkara biasa apabila ada pilihanraya kecil tetapi dari sudut moral penyokong dan juga petugas akan terganggu dengan pengemuman keluar parti yang bakal di lakukan di dalam tempoh kempen pilihanraya kecil PERMATANG PAUH tidak lama lagi.Orang yang bakal mengumumkan keluar parti iaitu di kepalai oleh seorang tua yang tinggal tidak jauh dari PARLIMEN PERMATANG PAUH dan juga orang tua ini tinggal didalam parlimen yang sangat hampir dengan PMTG PAUH tetapi di dalam negeri KEDAH.Secara peribadi sememangnya saya tidak mahu perkara ini berlaku tetapi perancangan rapi di jalankan MUNGKIN jua deposit telah di ambil untuk melakukan tindakan mengistiharkan keluardari KEADILAN.Sejauh mana kebenaran tidak dapat di pastikan cuma dari sumber yang saya ketahui kemungkinan WAKIL RAKYAT ada terlibat di dalam perancangan ini.Mungkin wakil rakyat tersebut terlalu sakit hati kepada kerajaan negeri ataupun tidak mendapat keistimewaan ynag secukupnya dari kerajaan negeri menyebabkan wakil rakyat tersebut mengambil jalan mudah untuk berkuasa, wakil rakyat tersebut dengan cara yang kotor juga untuk menjadi calon untuk pakatan rakyat di dalam PRU 8 MAC yang lalu, nasib wakil rakyat itu baik menang dengan mejoroti besar sehingga mengatasi majeroti yang di menangi calon parlimen di KEDAH.Kebenaran tetap akan terserlah walaupun mengambil masa yang lama tetapi kebenaran tetap kebenaran.Kini wakil rakyat tersebut telah takut turun ke kawasan kerana bimbang akan cemuhan dari penduduk yang telah mengundi beliau,sikap sombong dan tidak turun kawasan menyebabkan rakyat di kawasan beliau semakin hari semakin benci akan wakil rakyat jika wakil rakyat dari BEE END tak apa lah tetapi dari pakatan rakyat parti mata.Biar masa menentukan siapa yang betul siapa yang tidak betul.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment