SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, April 30, 2009

PRM DI PENANTI



PRM(PARTI RAKYAT MALAYSIA)di khabarkan akan bertanding di PRK PENANTI.Ini menjadikan susana politik di PENANTI kian menarik.Kita sedia maklum BN tidak akan membiarkan PKR menang percuma.Contoh sudah ada bagaimana 13 CALON BEBAS di PRK BUKIT SELAMBAU telah bungkus bersama wang deposit masing-masing.Ada kemungkinan BEKAS BEKAS BEKAS KETUA WANITA PKR PULAU PINANG tetap akan bertanding di PRK PENANTI.Jika BN tidak meletakkan calon maka dua pihak ini akan menjadi taruhan BN untuk memalukan PKR di PRK PENANTI.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Saya akan terus memberi beberapa pendapat yang dirasakan membantu kita semua memikul Amanah Allah ini. Setelah 8 Mac, angin perubahan yang dinanti tiba dengan keadaan yang bagi saya bukan mengejut tetapi telah dirancang oleh Allah s.w.t, namun memang terdapat YB-YB yang menang dengan perasaan terkejut sebab masa hendak bertanding dulu pun tunggu dipujuk dan dibangunkan keyakinannya. Apa yang terbuku di pemikiran saya selama ini tidak kesampaian dan tidak nampak ia akan dilaksanakan berdasarkan maklumat yang diterima mungkin juga tidak sampai kepada saya. Saya tuntut perubahan ini.

Pertama: Dasar kerajaan Negeri perlu jelas, diperjelaskan melalui pelaksanaan dan perangkaan yang kemas. Dasar-dasar kerajaan negeri lama masih terpapar di dada web rasmi Kerajaan Negeri Selangor perlu dibuang dan digantikan dengan wawasan dan dasar baru yang perlu diisi serta diterangkan kerangka pelaksanaan termasuk garis tuju serta pembatuan kerja. Apa pentingnya dasar-dasar ini diubah, bagi memberi pandangan perbezaan antara kita dan kerajaan terdahulu. Memberi wawasan dan harapan baru kepada Kakitangan Awam bagi merealisasikan perjuangan rakyat negeri Selangor, dan sebagai titik mula angin perubahan serta halatuju baru bagi mengelak perbezaaan paradigma.

Kedua: Membersihkan tingkat 21 dengan kumpulan pelaksana yang baru yang dikenalpasti akan kesetiaan mereka terhadap kerajaan baru Pakatan Rakyat, sebolehnya dengan struktur pentadbiran yang baru, pengisian penambahan atau perubahan kedudukan serta peranan baru bagi menyokong kehendak dan hasrat dasar-dasar baru yang ditetapkan di resolusi Pertama. Ini bagi mengelak penyaluran maklumat penting kerajaan, unsur sabotaj, kelewatan pelaksanaan, mengelak prejudis berpanjangan, dan pembahagian kerja yang lancar, sekaligus memberi ruang kepada kakitangan bertugas dengan penuh amanah tanpa rasa mereka diawasi. Sudah tentu kakitangan ini akan lebih produktif dan tenteram menjalankan amanah yang diberikan.

Ketiga: Mengubah struktur sokongan, kerajaan negeri Kerajaan Tempatan terutama GLC serta agen-agen kerajaan negeri yang selari dengan resolusi pertama yakni dasar yang akan diperkenalkan. Agak janggal resolusi ini dikeluarkan setelah lebih 6 bulan tiada sebarang perubahan dasar dibuat. Apa yang dilaksanakan sekarang cuma pelaksanan janji pilihanraya atau manifesto. Kerajaan negeri mesti mempunyai kerangka utama yang selari dengan manifesto bagi merangka masa depan Kerajaan Negeri Selangor Baharu. Kerajaan Tempatan perlu distruktur atau diubah dengan mengelak agen-agen kerajaan lama bertapak, Little Napoleon dibasmi. Bukan kerajaan yang ada menjadi agen kepada agen-agen lama ini. Sehingga kini tiada YDP atau sebahagian Kerajaan Tempatan yang bermasalah dirombak walau ada alasan kukuh, perlantikan persekutuan juga perlu dikaji akan keperluannya, jika tiada peranan dan kerjasama yang dapat diadakan antara persekutuan dan negeri kenapa perlu kita mengekalkan kedudukan mereka dinegeri?

Keempat: Memberi ruang dan peluang kepada “orang politik” dilandasan yang berbeza, menghormati pendapat dan pandangan mereka sebagai asas kepada pengubalan sebarang dasar dan perubahan yang perlu digariskan di resolusi pertama, Perhubungan Negeri menjadi medan menjana idea baru dan cadangan baru yang dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat dan seterusnya dibincangkan di peringkat mesyuarat EXCO serta mesyuarat eksekutif yang lain. Ketua-ketua bahagian diberi tempat dimana mana jua ruang kosong yang boleh diisi baik dari segi peluang ekonomi dan kerjasama sosial. Adalah agak pelik melihat lagak seorang ketua yang hadir dari ruang dan sokongan bahagian-bahagian melupakan peranan mereka, perlu diingat tanpa ruang yang diberikan tidak mungkin apa yang berlaku sekarang. Saya ambil contoh :- Bahagian Kuala Selangor : tanpa laluan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Bahagian selaku Ketua Bahagian ketika itu tidak wujud ketua Bahagian yang digelar MB Sekarang ini. Memberi peluang bukan bererti kita membalas, tetapi naturalnya politik mesti berlandaskan kepada kesedaran ini. Politik bukan perniagaan yang hanya mampu dijual beli. Pada satu ketika kedudukan anda mungkin sudah tidak dapat dibeli dengan sebarang nilai pun. Dasar politik mendepani Kerajaan tidak wujud di Selangor.

Kelima: Memperkukuhkan Perhubungan Negeri dan Bahagian dari segi kekuatan fizikal dan jentera, bahagian sepatutnya diberi bantuan supaya membangunkan ekonominya sendiri, aset, jentera yang berwibawa, berketrampilan melalui latihan latihan khas, dana dana yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti parti yang seterusnya tidak akan meneruskan pergantungan kepada Kerajaan memerintah, agar kemenangan ini berterusan dan parti menjadi pusat minat orang muda mengembleng generasi pimpinan baru. Mereka juga perlu mempunyai imej, mendapat tempat sewajarnya didalam masyarakat sekitar sebagai pengerak desakan rakyat.Menjadi medan jatuhnya kerajaan jika terjadi, tempat mengadu ahli, menjadi momentum asas kepada segala riak perubahan suara rakyat. Kerajaan sekarang tidak boleh bangun dengan hanya cantik diatas, tetapi rompong dibawah, penyokong dan ahli inilah asas yang paling perlu dipertahankan. Mana mungkin parti berdiri tanpa AHLI.

Keenam: Media yang berkesan dan penerobosan media alternatif kepada rakyat, termasuk yang ditempatkan di peringkat Kerajaan Negeri peranan Setiausaha Akhbar, Pegawai Media, Perhubungan Awam perlu dipertingkatkan, berperanan sebagai penyebarluaskan sebarang perlaksanaan yang dibuat oleh kerajaan negeri, Pengiktirafan kepada media sokongan seperti Blogger perlu dengan mewujudkan Blogger Selangor, bagi menangkis serangan negatif pihak lawan, tidak perlu menunggu diserang, tetapi media harus terus menerus memberi penerangan kepada rakyat. Apa yang nampak, segalanya cuma dimeja mesyuarat nampak cantik, rakyat tidak tahu menahu walau seindah mana pelaksanaanya. Ini akibat kefahaman politik yang tidak memerlukan keadaan ini berlaku. Lantas berkata gimik tidak perlu, membazir masa dan wang.

Ketujuh: Sebagai Muslim, jauhi unsur sekularisma dalam pentadbiran negeri, sayangi Islam, Melayu sebaiknya pertahankan peranan masing masing dalam apa jua keputusan. Bermatian dalam memutuskan yang hak. Dalam keadaan itu, keperluan bukan Islam tidak terpinggir, dengan maksud lain, Pentadbiran ini perlu diasaskan dengan keperluan agama dan rohani. Unsur SEKULARISMA ini perlu dibuang, atau unsur Free Thinking perlu dihapus. Apa yang akan terjadi Agama menjadi bahan politik dan sekunder dalam keputusan keputusan yang dibuat. Sepatutnya kerajaan Negeri mempelopori perubahan ini dengan mewujudkan Majlis Dialog Agama dinegeri Selangor, bukan untuk hebahan tetapi mencari titik temu antara sebarang persoalan yang membabitkan keperluan agama masing masing.

Kelapan: Kualiti kepimpinan yang tinggi , berdisiplin , sayangkan rakyat, taat kepada Agama, pimpinan perlu dilihat mampu mempimpin diruang yang dia mahir atau bidang professionalnya, mungkin sekali sekali dinampakan memimpin jemaah solat, menghantar jenazah kekubur, bermain bola, melayani anak anak kecil, menuntuni orang tua, Bukan lagaknya seperti CEO dengan bertali leher dan kot siang malam. Jika kualiti kepimpinan ini tiada padanya beliau perlu membawa kepimpinan lain bersamanya untuk mengimbangi kekurangan yang ada padanya, mungkin dibelakangnya seorang Imam, jurulatih bola, guru tadika atau pengusaha rumah orang tua. Jika ia sudah terlaksana tunjukan kepada rakyat, kita tidak boleh kata ini untuk menunjuk nunjuk, tetapi peranan pemimpin memang memberi contoh yang terbaik kepada rakyat. Tidak boleh mengatakan ini gimik, ia perlu diteladani oleh pimpinan bawahan. Ambil contoh Rasullah terlebih dahulu melakukan apa yang baik untuk diteladani orang sahabat sahabat. Adakah dengan mencontohi Rasullah menjadikan apa yang dilakukan jadi tidak ikhlas?. Diulangi itu peranan pemimpin menjadi teladan kepada rakyat. Jadi peranan resolusi perkaitan media diatas menjadi sandaran.

Kesembilan: Jangan perkecilkan peranan masing-masing, ambil kisah semut Nabi Sulaiman, Burung di pintu gua nabi, dan lain lain kisah. Masing masing ada peranan yang amat berguna pada ketika dan masanya atau keadaan tertentu yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh orang itu atau pimpinan itu. Mengepikan dengan alasan tidak professional, tiada kelayakan akademik, itu dan ini dengan memecat sesuka hati adalah tabiat yang kurang murni dalam politik, pimpinan perlu sedar anda mungkin memerlukan “setitik” air untuk hidup ketika anda kehausan. Pada ketika itu anda tidak akan memikirkan air jenis apa yang akan anda minum. Beringat sebelum anda kehausan. Menganggap orang dirinya lebih sempurna dan orang lain bagai sampah boleh dikuis dan disepak-sepak adalah silap. Kapal terbang boleh jatuh dengan “selotape” saja. Tidak mengulas panjang tentang itu. Apa yang jelas semua berperanan, jangan nafikan peranan mereka, sekurang kurang berilah mereka ditempat yang sesuai dengan peranan tertentu.

Kesepuluh: Baca, tenung dan kaji dengan teliti setiap perenggan yang tulis, ambil pendekatan positif, penulis hanya mentelah tetapi diberi ilham agar semua perkara ini disentuh dan diambil tindakan serious serta efektif. Didalamnya ada cadangan serta implikasi juga penyelesaiannya.

Sehingga kini masih kedengaran suara suara yang sama yang kita dengar setahun yang lalu, apa yang jelas parti tiada perubahan, kekuatan parti dibahagian masih lemah, pengurusan keahlian masih lesu, pendokong parti longlai. Namun ada yang pandai “marah” tatkala tidak cukup jentera parti berkempen di Batang Ai dan Bukit Selambau tempohari. Tidakkah semua yang ada berfikir sejenak?

Ahli - perlu dilayan dengan baik, sepatutnya satu program pentarbiyahan ahli baru dibuat atau dengan kata lain, program orientasi organisasi parti perlu dibuat bagi menjamin ahli yang setia dan menjalankan hak mereka sebagai ahli. Satu program penyerahan kad ahli melalui sistem keahlian yang kononnya sudah mantap di ibupejabat sepatutnya dimanafaatkan. Mungkin ahli yang berdaftar dipanggil untuk sesi pengenalan kepada perlembangaan parti, organisasi parti, hak ahli, menanam kesetiaan ahli. Ramai ahli yang merungut tentang ini.

Bahagian - Ada bahagian yang tiada pejabat, menumpang atau sewa tidak terbayar, setengahnya sudah ada bahagian yang telah dihalau oleh tuan punya bangunan. Program parti tidak berjalan, cawangan dan ahli tidak digerakkan, tidak ada aset yang dibangunkan, alasan ketiadaan dana. AJK kucar kacir atau berpuak puak, mesyuarat bukan untuk merancang tetapi menjadi medan perang dan pelbagai lagi kelemahan yang jelas dilihat.

Perhubungan Negeri - Mesyuarat tidak fokus, hanya berkisar kepada agenda jangka pendek dan semasa, tiada dasar yang dikupas bagi menasihati kerajaan negeri sebagai parti yang memerintah. Keadaan pejabat yang sungguh mengecewakan, tidak dimanafaatkan dengan pelbagai perbincangan mesyuarat mahu taklimat secara aktif, malah yang tidak tahu dimana lokasinya pun ada. Tiada sistem komunikasi yang berkesan. Sistem penyampai yang amat lemah, tiada sebarang sebaran propaganda atau hebahan mahu dalam bentuk media atau blog.

Pusat Khidmat Masyarakat - Tiada KPI yang diguna pakai yang jelas, masing masing dengan kaedah dan cara perkhidmatan yang tersendiri, gaya dan penyampaian yang berbeza dan berpilih. Tidak menyeluruh, tiada sistem promosi atau pemasaran produk kerajaan sekarang. Media tidak dimainkan, lokasi dan kedudukan kekadang menyusahkan pengunjung dan rakyat susah, tidak mesra rakyat malah kekadang tutup. Setengahnya tidak melibatkan bahagian (memanglah itu hal pentadbiran negeri tapi bendera penuh juga), tidak mencerminkan atau meraih political milage kepada parti yang memerintah sekarang.

SUK - No komen itu tempat YB masing masing….

——-

Saudara Pekebun Kecil,

Sorotan rakan wajar direnung secara jujur. Seandainnya sudah dipertimbangkan sabelumnya atau dikira sedikit terlanjur sekalipun, ia tetap membantu dalam penyelenggaraan amalan kita.

Sesungguhnya yang mendorong saya membuat rombakan tugas kepimpinan minggu lalu adalah lantaran keprihatinan yang sama - bahaya kepudaran idealisme; mudah rasa selesa dan keengganan menerima teguran.

ANWAR IBRAHIM

Wednesday, April 29, 2009

PENTING UNTUK SEMUA!!!

Minggu ini kita terbaca bagaimana Najib Razak terpaksa membuka lagi pasaran Malaysia kepada syarikat multinasional. Kaum pemodal luar negara kini dibenarkan membawa masuk modal untuk melabor dalam 27 subsektor termasuk juga bank dan hospital. Kalau dulu pelaboran luar hanya dibenarkan memiliki kepentingan pelaboran tidak lebih dari 30% kini dinding dan atap itu telah diruntuh.

Ini buktinya bagaimana perancangan kapitalisma global telah berjaya untuk memindahkan harta kekayaan rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin ke saku para banker dan pemodal Anglo-Amerika. Inilah buktinya bagaimana dasar pasaran terbuka dapat menerbus masuk ke dalam Dunia Ketiga.

Hujah memberi peluang pekerjaan selalu digunakan sebagai khidmat yang akan kita terima jika kaum pemodal antarabangsa ini masuk melabor. Kapitalis antarabangsa ini juga dikatakan akan membawa modal. Apakah ini betul ? Untuk memahami mari kita melihat dan memahami kembali apa itu duit dan apa itu modal.

Seperti yang telah saya terangkan dahulu duit yang kita gunakan ini adalah fiat money - kertas yang nilainya dipaksakan ke atas kita. Kertas ini dipaksakan ke atas kita kerana kita terikat dalam sistem kapitalis global. Kita menjerut leher kita dengan menerima dasar Bank Dunia, International Monetary Fund ( IMF) dan World Trade Organisation.

Dasar yang diajukan oleh lembaga-lembaga ini tidak pernah berniat untuk membantu kita. Tugas kapitalisma bukan membantu umat manusia tetapi membuat untung. Tidak ada orang yang memulakan satu perniagaan dengan tujuan untuk membantu. Kapitalisma bukan badan amal seperti Food Not Bomb.

Kita selalu mendengar bahawa banyak kilang ditutup di Singapura, Pulau Pinang atau Thailand kerana berpindah ke China atau Vietnam. Kenapa? Kerana upah buruh lebih murah di sana. Inilah buktinya bahawa kapitalisma bukan datang untuk membantu tetapi mencari untung. Jadi hujah mengatakan modal luar membuka peluang pekerjaan terbukti satu dongeng.

Dari mana modal datang? Modal ialah tenaga manusia. Justeru tidak munasabah jika kita katakan Malaysia tidak memiliki modal. Ini bohong. Di Malaysia ada lebih dari 20 juta warga – semua ini adalah modal. Apabila politikus mengatakan kita tidak memiliki modal atau dana – apa yang dimaksudkan ialah kita tidak memiliki kertas dolar.

Juga jangan lupa - keuntungan yang dibuat oleh kaum pemodal antrabangsa akan dibawa pulang ke negara masing-masing. Yang dibawa pulang itu ialah modal. Inilah sebab utama kenapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus menjadi miskin. Tenaga yang dicurahkan oleh warga dihisap oleh lintah-lintah darat ini.

Kerana kita tidak memiliki kertas dolar maka kerajaan kita ke hulu ke hilar meminjam dari Bank Dunia, IMF, bank-bank dari Eropah atau negara menjual bond. Ertinya kita meminjam duit dari para banker dan pelabur dari luar negara. Mereka sedia meminjamkan kepada kita untuk mendapat untung buta melalui bunga dan riba.

Mari kita lihat satu contoh sejarah yang berlaku di zaman Perang Saudara ( 1861-1865) di Amerika Syarikat. Ketika itu Presiden Abraham Lincoln cukup terdesak. Presiden Lincoln mungkin terpaksa meminjam duit dari para banker di Eropah yang amat bersedia meminjamkan duit dengan riba dan bunga yang tinggi.

Lincoln telah dinasehatkan untuk mencetak duit sendiri agar dapat membebaskan diri dari lintah darat para banker yang sedang memasang lukah di Pasar Selayang. Sebanyak 450 juta dolar - yang dipanggil greenbacks - telah dicetak. Wang ini berjaya membantu Lincoln membayar hutang piutang negara. Amerika di zamam Lincoln telah bebas dari berhutang dengan para banker dari Eropah. Dari segi sejarah ketika Lincoln menjadi Presiden ekonomi Amerika berkembang permai.

Ringgit yang kita gunakan hari ini dinilaikan dengan bandingan kertas dolar. Tetapi kertas dolar yang menilai ringgit ini pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa nilai. Majoriti warga Malaysia hanya memiliki nilai keyakinan untuk menjalankan pertukaran melalui ringgit. Kertas ringgit ini bertujuan untuk menyenangkan kita berjual beli tidak lebih dari itu. Kertas ringgit ini juga adalah fiat money yang tidak berasaskan emas atau perak. Ia hanya berasaskan keyakinan warga Malaysia.

Justeru jika sesebuah negara dapat membebaskan dari belenggu kertas dolar maka negara itu boleh mencetak duit mereka sendiri – seperti yang telah dilakukan oleh Abraham Lincoln. Jika negara mencetak duit sendiri maka negara tidak akan memiliki masalah hutang. Kita mencetak kertas ringgit kita sendiri tanpa merujuk kepada Bank Dunia atau IMF. Atau meminjam dari mereka.

Saya yakin warga akan menerima pakai kertas ringgit yang kita cetak untuk kita bersama membangunkan negara. Tidak timbul masalah negara tidak memiliki modal. Tidak timbul masalah negara tidak ada dana. Kenapa kita menjadi bodoh meminjam kertas dolar dari IMF atau Bank Dunia atau menyimpan dolar sebagai duit simpanan negara walhal kertas dolar ini juga tidak bersandarkan emas atau perak. Nilainya dipaksakan ke atas kita.

Amat jelas - Bank Dunia, World Bank dan IMF adalah lembaga kapitalis yang menjual kertas kosong kepada kita. Kenapa kita membeli kertas kosong dengan harga yang mahal walhal kita boleh membuat kertas itu sendiri.

Apa yang saya katakan ini kelihatan cukup enteng. Lalu timbul persoalan – kalau bagini senang kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu? Jawabnya juga cukup enteng – kerajaan Malaysia hari ini sedang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara kita terikat dalam satu sistem kapitalis global.

Perangkap kapitalis global ini telah dipasang oleh kabal Illuminati untuk kepentingan para banker seperti Rockefeller dan Rothschild telah memerangkap kita. Pemimpin politik kita tahu jika mereka cuba membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini maka mereka akan dijatuhkan.

Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal.

Hanya sebuah kerajaan rakyat yang berpaksikan kekuatan rakyat sahaja yang dapat membebaskan diri dari belenggu kapitalis global. Satu ketika dahulu Indonesia dibawah pimpinan arwah Bung Karno adalah contohnya. Iran di bawah pimpinan arwah Mussadigh satu lagi contoh.

Hari ini contoh terdekat ialah Cuba yang dipimpin oleh Castro, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-il , Venuzuela di bawah Chavez dan Iran di bawah Ahmadinejad – adalah negara-negara yang cuba membebaskan dari sistem kapitalis global. Lihatlah berapa banyak konspirasi dan propaganda telah, sedang dan akan dilakukan untuk merobohkan benteng ekonomi negara-negara ini. Modal global melihat negara-negara yang ekonominya berdiri bebas sebagai musuh mereka.

Lalu persoalan timbul kenapa kita semua tidak melakukan sesuatu dan membiarkan diri kita terus ditipu bulat-bulat untuk sekian lama?

Sesiapa yang berani mengeluarkan soalan seperti ini maka susuk ini adalah susuk yang memiliki fikrah merdeka. Susuk ini berfikiran progresif kerana ingin membebaskan diri dari belenggu kapitalisma. Susuk-susuk yang sedar dan tidak mahu ditipu oleh kertas dolar. Jika semakin ramai yang menimbulkan soalan ini ada kemungkinan Malaysia negara kita ini akan menuju ke zaman pencerahan. (TT) Tulisan ini boleh diambil untuk membuat kebaikan.

CALON PKR PRK PENANTI

Sebentar tadi PKR telah mengumumkan calon untuk PRK PENANTI PADA 31 MEI 2009.PKR telah menamakan MANSUR B OSMAN sebagai calon PKR.Pengumuman di adakan di YAYASAN AMAN PENANTI.Nama MANSUR B OSMAN sememangnya meniti di bibir perhubungan PKR NEGERI PULAU PINANG untuk dijadikan CALON PRK PENANTI.MANSUR B OSMAN juga TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN PKR PULAU PINANG dan di antara pimpinan awal PKR di PULAU PINANG.

Pada 8 mac 2008 MANSUR B OSMAN pernah bertanding di DUN PULAU BETONG tetapi tewas di tangan BARISAN NASIONAL.Beliau sememangnya anak jati PULAU PINANG dan mendapat pendidikan di USM PULAU PINANG.Semoga perlantikkan MANSUR B OSMAN sebagai calon dapat menggerakkan jentera lebih awal untuk berhadapan dengan BARISAN NASIONAL.

BARISAN NASIONAL berkemungkinan juga akan meletakkan CALON di dalam PRK PENANTI.Ketika pulang dari YAYASAN AMAN sebentar tadi kelihatan pejabat UMNO PERMATANG PAUH di hiasi dengan bendera UMNO.Dalam pada itu kelihatan banyak kereta-kereta mewah berada di dalam kawasan bangunan tersebut.Ini antara ISYARAT bahawa BN tetap akan menurunkan calon PRK PENANTI.

Tuesday, April 28, 2009

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry

PUTRAJAYA, 28 April (SK) : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry Kadir dari Barisan Nasional untuk mendapatkan perisytiharan bahawa beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry mahu merujuk isu dua Menteri Besar negeri itu terus kepada Mahkamah Persekutuan tanpa menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi kini dalam proses membicarakan isu-isu yang dikemukakan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat.

Hakim Mahkamah Persekutuan Alauddin Mohd Sheriff bersetuju dengan bantahan awal peguam Nizar, Sulaiman Abdullah bahawa isu tertentu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Alauddin berkata wujud percanggahan jelas dalam keterangan yang dikemukakan oleh Mohd Nizar dan Penasihat Undang-Undang yang mewakili Zambry.

Menurut Alauddin, isu percanggahan fakta itu harus diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selain cuba memintas Mahkamah Tinggi, Zambry telah menggerakkan usaha untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei.

Beliau sebelum ini mendakwa bahawa Sultan dan bukan rakyat yang menentukan pihak mana harus menubuhkan kerajaan negeri.

AKHLAK KENA JAGA

Di dalam kehidupan kita seharian ada beberapa nilai murni yang haus di pegang tak kira di mana kita berada.Antara nilai murni iaitu AKHLAK kita sebagai manusia mahupun pemimpin perlu di jaga setiapa masa.Di dalam dunia politik di MALAYSIA hari ini persoalan AKHLAK sering kali di guna pakai oleh pihak tertentu.Ia di gunakan untuk menyerang sesama musuh poitik mahupun kawan separti politik.Dengan kata lain masalah AKHLAK akan di gunakan untuk merosakkan imej seseorang ahli politik.

Lebih-lebih lagi pemimpin politik tersebut beragama ISLAM.Masalah peribadi yang melibatkan akhlak akan merosakkan individu itu dan juga PARTI politik yang di bawa bersama di dalam kancah politik hari ini.Apabila tiada AKHLAK maka mudahlah seseorang pemimpin dari PR mahupun BN AKAN TERJERUMUS DI DALAM LEMBAH YANG HINA dan nista.Pemimpin yang BERAKHLAK tinggi akan di hormati dan yang tiada AKHLAK harus di tukar kepada pemimpin yang lebih baik AKHLAKNYA.Di dalam PR sekalipun masalah AKHLAK pasti timbul,maka individu-individu yang tidak mempunyai keperibadian dan AKHLAK perlu di singkirkan dari terus menjadi duri dalam daging.Medan ini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi cukup untuk memberi teguran kepada sebilangan PEMIMPIN PR yang ingin mengikut jejak langkah PEMIMPIN YANG TIADA MORAL dan RENDAH AKHLAKNYA.

PR tidak perlu pemimpin yang rendah MORAL dan keperibadian hingga merosakkan nama baik PR itu sendiri.Pemimpin sebegini datangnya dari suatu kumpulan TALAM DUA MUKA dan lebih suka melihat PR KUCAR KACIR.Perkara sebegini harus di bendung agar tidak merosakkan sesebuah PARTI POLITIK tertentu di sebabkan seorang pemimpin yang rendah AKHLAK.Pemimpin ini di angkat dari proses melarikan mesyuarat.Jangan sampai terbongkar

Monday, April 27, 2009

ROMBAKKAN DALAM PKR PUSAT

Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution

Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fauziah Saleh

Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul

Pengarah Strategik - YB Tian Chua

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustafa Kamil Ayob
Timbalan Pengerusi : Dr Tan Kee Kwong

Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Ketua Komunikasi : Johnson Chong
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin: Dato Yeop Adlan Che Rose

Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Yusof, Sdr Paul Gadang, YB Raveentharan, Sharifah Shahidah

Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.

Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain

EZAM GROUP


Setiap kali pilihanraya kecil,sudah pastinya UMNO/BN akan membawa jagoan mereka yang satu ketika dulu bersama dengan PKR.Gerombolan ini tanpa jemu akan terus menerus hadir menyatakan kepada rakyat bahawasanya ANWAR sebagai Si Polan & Si Polan...


Sudah pastinya kita juga tidak lupa tragedi terbaru di Bukit Selambau apabila Kalaivanar individu yang hadir & memberi ucapan ketika hari penamaan calon tetiba keesokkannya membuat pengumuman keluar parti & memberi sokongan kepada calon BEBAS.tetapi ayuh jangan dilupakan bahawa kehadiran insan-insan yang tidak di jangka dengan tindakan diluar jangkaan.

Kaitan mereka tidak lari daripada dengan Sdr Ezam Md Noor...Di Penanti pula awal-awal lagi kita sudah nampak signal bahawasanya BN/UMNO tidak sanggup berdepan dengan PR jika silap membuat percaturan dalam isu Fairus.Pembersihan namanya bebas daripada rasuah amat dialu-alukan,tetapi kenapa pada awalnya begitu ghairah SPRM memburu beliau?Sekurang-kurangnya 1 modal kempen untuk PR sudah ditolak awal-awal lagi.

Adakah group Sdr Ezam sekali lagi cuba menggunakan ruang kenalan di dalam PKR atau yang ada kaitan dengan PKR untuk cuba memainkan peranan penting di dalam PRK kali ini.Lihat saja sudah ada insan yang menawarkan diri untuk menjadi calon bebas,mungkin daripada 1 sudut kita lihat ianya hanya menampakkan satu sistem demokrasi di praktikkan di Malaysia.Harus juga diingatkan bahawa mereka ini juga tidak terlepas dengan hubungan keakraban dengan saudara Ezam Md Noor.

Sebab itulah kita lihat,keghairahan untuk menawarkan diri bertanding di Penanti sudah terpapar di media-media utama yang membuat liputan UTAMA dalam siaran mereka tatkala dalam keadaan Presiden UMNO yang juga PM Malaysia telah menyatakan tidak akan meletakkan calon di penanti.Siapakah dibelakang mereka?apakah kemungkinan gerombolan ini juga memainkan peranan penting dalam isu meletakkan calon untuk berdepan dengan PR di PRK penanti nanti?Apakah bekas Calon Penanti Anuar Shaari yang juga dalam kelompok gerombolan ini juga akan menawarkan diri bertanding,sekurang-kurangnya pertembungan kali ini antara Setiausaha-setiausaha Mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK Penanti ini adalah salah satu medan pertempuran yang menarik walupun ada pandangan bahawasanya rakyat sudah jemu berdepan dengan PRK...tetapi pastinya pertembungan kali ini antara Bos & bekas Setiausaha-setiausahanya.Datuk Ibrahim Saad,adakah anda akan turut sama dalam PRK kali ini...sama-sama kita saksikan...Siapakah yang akan ditaja nanti untuk bertembung dengan PR di PRK penanti nanti.

Kepada Arif Shah yang pada awalnya ura-ura menyatakan mahu menyertai PKR,tindakan anda sudah agak terlewat mengenai kedudukan dalam PR.Janganlah perasan kononnya ada pemimpin PKR bertemu dalam usaha membawa masuk saudara ke dalam PR...Jangan nanti orang cakap "Muka Tak Mancung,Pipi Tersorong-Sorong"

MALAYSIA-BIZ ALOHA

PENANTI

PRK Penanti

Hari Penamaan Calon : 23hb. Mei 2009 (Sabtu)
Hari Mengundi : 31hb. Mei 2009 (Ahad)

Thursday, April 23, 2009

APA DAH JADI?

Perdana Menteri yang baru, Najib Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. (Sila baca petikan berita di bawah)

Persoalannya ialah dimanakah pejuang-pejuang Melayu yang kononnya ingin mempertahankan hak Melayu sehinggakan menganjurkan demonstrasi yang berbau perkauman di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat selepas PRU 12 yang lalu?

Apabila Najib mengumumkan pemansuhkan ekuiti Bumiputera:

Dimanakah Umno yang kononnya memperjuangkan hak Melayu?
Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasa?
Dimanakah Osman Bakar dan Badan Bertindak Perpaduan Melayu?
Dimanakah Prowaris?
Apa lagi yang Najib tak lakukan?

Kementerian Pembangunan Usahawan dah dimansuhkan.

Ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dah dimansuhkan.

Sahlah bahawa pertubuhan-pertubuhan yang disebutkan diatas tidak pernah berminat untuk memperjuangkan Melayu dan Bumiputera.

Mereka hanya buat bising apabila Umno dan BN kehilangan kuasa.

Wahai orang-orang Melayu, jangan jadi bodoh lagi. Jangan ditipu lagi oleh golongan-golongan pengampu ni!!!

KEPALA BATAS?

Sebut sahaja kawasan KEPALA BATAS semestinya ia akan di kaitkan degan TUN ABDULLAH BADAWI(PAK LAH)bekas PM MALAYSIA KE 5.Jika sesiapa pernah sampai ke KEPALA BATAS PULAU PINANG semestinya akan melihat pembangunan yang segera dan kini bakal menjadi GAJAH PUTIH.Kenapa menjadi GAJAH PUTIH?sebabnya ada projek dan pembinaan infrastruktur yang di biarkan.Proses ini sudah bermula apabila PAK LAH melepaskan jawatan PM kepada NAJIB.

Ketika PAK LAH menjadi PM banyak banggunan di bina dengan cepat tanpa ada perancangan yang rapi.Adanya hotel dan kompleks beli belah.Uniknya sebuah kompleks di namakan KOMPLEKS DATO KAILAN.Mungkin tidak semua orang mengetahui DATO KAILAN itu adalah nama ibu PAK LAH.Maka projek yang sebegini berlaku di KEPALA BATAS dan tempias sedikit di kawasan sekitarnya.

Setelah jawatan PM di serahkan kepada NAJIB makan PAK LAH akan menjadi AHLI PARLIMEN KEPALA BATAS.Jawatan PAK LAH KETIKA INI HANYA MP KEPALA BATAS PULAU PINANG.PAK LAH akan berada di dalam DEWAN RAKYAT sebagai AHLI PARLIMEN,bukan PM,bukan MENTERI dan bukan SENATOR.Di sini PAKLAH akan setaraf dengan KHAIRI JAMALUDIN.Cuma khairi tak ada gelaran TUN dan DATO SERI.PAK LAH sudah hilang kuasa dan PAK LAH akan terus lemah lebih teruk dari dari dahulu.Takkan PAK LAH nak turun kawasan macam MP-MP lain di malaysia ini?Semangat mesti dah luntur mungkin yang tinggal hanya semangat 46.PERSOALANNYA SEKARANG ADAKAH PAK LAH AKAN KEKAL SEBAGAI MP KEPALA BATAS?KEMUNGKINAN PAK LAH TAK AKAN HADIR DI SIDANG DEWAN RAKYAT.ADAKAH PAK LAH AKAN MENJADI HIASAN DI KEPALA BATAS DAN TIDAK BERFUNGSI LAGI.Desas desus mengatakan PAKLAH AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI MP KEPALA BATAS.Akan ada PRK KEPALA BATAS,segala kemungkinan boleh terjadi....pening lagi la PM KE 6.

Wednesday, April 22, 2009

TERKINI

PENGUMUMAN SPR(SURUHAN JAYA PILIHANRAYA) MENGENAI PRK DUN PENANTI AKAN DI TANGGUHKAN KEPADA 27 HB APRIL 2009.MENGIKUT PERANCANGAN AWAL IA AKAN DI UMUMKAN PADA HARI JUMAAT 24 HB APRIL 2009.

CALON BEBAS DUN PENANTI

Hari ini telah di umumkan calon bebas yang akan brtanding di PRK DUN PENANTI.AMINAH adalah bekas KETUA WANITA PKR PULAU PINANG,beliau telah bertindak keluar PARTI KEADILAN RAKYAT pada tahun 2007.Calon bebas ini di percayai datang dari kumpulan yang kecewa dan tidak mendapat layanan istimewa DATO SERI ANWAR IBRAHIM.

AMINAH dari kumpulan yang kecewa dan mengikut jejak langkah EZAM MAT NOOR KELUAR DARI PKR.Bukan hanya NORHAYATI sahaja yang keluar PARTI KEADILAN RAKYAT tetapi individu lain seperti KHAIRUL ANUAR RAMLI dan pekerja-pekerja pejabat KHAIRUL sendiri.Calon bebas PRK DUN BUKIT SELAMBAU tempoh hari iaitu RADZI MAT LAZIM di antara individu yang kecewa dan terasa hati apabila DATO SERI ANWAR IBRAHIM tidak menghubungi mereka.

Kini AMINAH menonjolkan diri untuk bertanding,di belakang beliau semestinya kelompok yang kecewa serta SAKIT HATI kepada PARTI KEADILAN RAKYAT.RADZI MAT LAZIM hilang wang pertaruhan ketika di PRK BUKIT SELAMBAU,adakah AMINAH INGIN IKUT JEJAK LANGKAH RADZI MAT LAZIM DAN MENERIMA NASIB YANG SAMA. RADZI MAT LAZIM MENGGUNAKAN LAMBANG KERUSI,APAKAH LAMBANG YANG AKAN DI GUNAKAN OLEH AMINAH?

KAPITALIS

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi. (TT)

BUKU RAMPASAN KUASA



Buku ini menceritakan TRAGEDI RAMPASAN KUASA BN ke atas KERAJAAN PR PERAK.Buku tersebut akan menjadi saksi dan rujukkan anak cucu kita akan datang.Betapa tamak dan kebuloqnya BN untuk merampas negeri PERAK dengan apa cara sekali pun.Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku tersebut akan menjadi lipatan sejarah MALAYSIA.

Ketika buku ini mula di jual kepada rakyat ketika itulah kerajaan BN akan takut kepada buku pula.Mungkin akan ada tuduhan-tuduhan mengatakan fitnah dari PR.Ada juga individu yang mempertikaikan mengapa buku banyak berkisar politik dan di terbitkan untuk kepentingan politik bukan perkara lain.Sesuatu perkata yang dibukukan adalah satu sejarah yang harus di ketahui oleh generasi akan datang,orang MALAYSIA tidak akan minat membaca sesebuah buku sekiranya isi kandungan buku tersebut tidak menyentuh perasaan sesetengan individu atau terkena pada diri beliau sendiri.Masyarakat lebih cenderung bahan bacaan yang sensasi walaupun ia tidak mendatangkan faedah.Terbitlah buku macam mana pun jika tidak terkesan kepada masyarakat ia tidak akan mendapat sambutan.

Monday, April 20, 2009

GEMPAQ

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengarahkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub agar membayar syarikat pembalakan, Gemilang Makmur, RM63 juta selepas melanggar kontrak dengannya.

Mahkamah mengarahkan kerajaan negeri menjelaskan bayaran itu dengan kos dalam masa 14 hari mulai hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini membuat arahan itu kepada MB selepas kerajaan negeri gagal dalam permohonannya untuk mengkaji balik keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan perintah mandamus 17 September tahun lalu.

GANU SEMAKIN BERKOCAK

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri (TT)

Sunday, April 19, 2009

CERITA SEBENARNYA

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Saturday, April 18, 2009

SUARAKEADILAN DI RAMPAS

KUALA LUMPUR, 17 APRIL (SK) - Kementerian Dalam Negeri hari ini dilaporkan merampas akhbar Suara Keadilan dan Harakah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Menurut seorang pengedar Suara Keadilan, Geogie Ganesan pihaknya telah menerima aduan daripada penjual mengenai rampasan yang telah berlaku di tiga buah kedai kawasan tersebut.

Katanya beliau bergegas ke Pustaka Mukmin di Jalan Tunku Abdul Rahman setelah menerima panggilan bahawa Suara Keadilan dirampas pada jam 12.50 petang tadi.

Ganesan mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh KDN sedangkan Najib telah menarik balik pergantungan ketika hari pertama beliau dilantik Perdana Menteri.

“Sekarang Suara Keadilan dirampas, Najib telah menarik balik larangan jualan. Namun hari ini apa yang terjadi? Maklumat terus dikengkang,” katanya kepada Suara Keadilan hari ini.

Dalam operasi yang dilakukan hari ini, KDN menerusi Unit Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran telah merampas kira-kira 16 akhbar Suara Keadilan dan dan 13 naskah Harakah di Pustaka Mukmin.

Selain itu dilaporkan kira-kira 80 naskah telah dirampas di dua kedai lain, seperti mana yang dikatakan oleh Ganesan.

Ganesan menambah, KDN harus memperjelaskan secara terperinci mengenai rampasan yang telah dilakukan.

“KDN kenalah beritahu secara terperinci. Kalau tak boleh jual, kenapa Najib tarik balik larangan? Ini telah bercanggah,” katanya dengan nada tegas kepada kami.

Beliau turut meminta agar KDN tidak merampas akhbar yang dijual oleh pembaca dan sekiranya Suara Keadilan tidak boleh dijual, larangan harus dikeluarkan kepada syarikat pengeluar.

“Jangan kacau penjual. KDN harus ambil tindakan kepada pengeluar atau penerbit, bukan peniaga,” katanya lagi.

BN TAKUT

Politik di MALAYSIA hari ini menjadi semakin pelik bin ajaib,pada tahun 2004 ketika PKR dalam keadaan nyawa-nyawa ikan BARISAN NASIONAL amat sukakan adanya PILIHANRAYA KECIL.Kini semuanya sudah berubah,BARISAN NASIONAL seolah-olah takut akan PILIHANRAYA KECIL.Setelah selesai 5 PRK BARISAN NASIONAL ketinggalan, 4 PAKATAN RAKYAT 1 BARISAN NASIONAL.BATANG AI menjadi kemenangan TUNGGAL BARISAN NASIONAL selepas PRU 12 8 MAC 2008.Ini yang menjadikan mereka takut untuk menghadapi PRK PENANTI.

Ada pihak mengatakan bahawa PRK akan merugikan rakyat serta menghabiskan wang sahaja.Jika di lihat perbelanjaan PARTI dari PR jumlah perbebelanjaan tidak banyak.Antara syarat yang telah di tetapkan oleh SPR iaitu perbelanjaan PRK di kawasan DUN hanya 50 RIBU SAHAJA.Kalau benar BARISAN NASIONAL mengikut peraturan yang di tetapkan oleh SPR tidak akan jadi masalah rakyat atau mana2 pihak akan mengeluarkan duit yag banyak.Kerajaan juga mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi apabila menempatkan polis di kawasan PRK.Tindakkan ini adalah keputusan KERAJAAN bukan keputusan PR atau mana-mana parti politik di dalam PAKATAN RAKYAT.

Kenyataan NAJIB RAZAK kepada media bahawa PKR sengaja mengadakan PRK dan menyusahkan RAKYAT.Kenapa kali ini BARISAN NASIONAL takut kepada PRK?Adakah mereka sudah mengetahui keputusannya sebelum berkempen?

Friday, April 17, 2009

KABINET PR:PAKKARAMU

. PERDANA MENTERI
ANWAR IBRAHIM

2. TIMBALAN PERDANA MENTERI 1
TUAN GURU HAJI HADI AWANG

3. TIMBALAN PERDANA MENTERI 2
LIM KIT SIANG

4. MENTERI HAL EHWAL PERPADUAN DAN PENGURUSAN
TAN SENG GIAW

5. KEMENTERIAN PERUNDANGAN
KARPAL SINGH

6. KEMENTERIAN UNIT PERANCANGAN EKONOMI
WEE CHOO KEONG

7. KEMENTERIAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
TAIB AZAMUDDIN MD TAIB

8. MENTERI KEWANGAN 1
WILLIAM LEONG

9. MENTERI KEWANGAN 2
TONY PHUA

10. MENTERI PELAJARAN
KHALID ABDUL SAMAD

11. MENTERI PENGANGKUTAN
NGEH KOO HAM

12. MENTERI PERUSHAAN DAN PERLADANGAN
KAMARUDDIN JA'AFAR

13. MENTERI DALAM NEGERI
MAHFUZ OMAR

14. MENTERI PENERANGAN DAN KOMUNIKASI
SAIFUDDIN NASUTION

15. MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
CHARLES SANTIAGO

16. MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
MOHD ABDUL WAHID ENDUT

17. MENTERI PENGAJIAN TINGGI
DR ZULKIFLI AHMAD

18. MENTERI PERDAGANGAN ANTARA BANGSA DAN INDUSTRI
MUHAMMAD AZMIN ALI

19. MENTERI SAIN DAN TEKNOLOGI
DR HIEW KING CHEU

20. MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
DR SITI MARIAM

21. MENTERI PELANCUNGAN
FONG FO KUAN

22. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
WAN IBRAHIM WAN ABDULLAH

23. MENTERI PERTAHANAN
JOHARI ABDUL

24. MENTERI KERJARAYA
M. KULASEGARAN

25. MENTERI KESIHATAN
DR LEE BOON CHAI

26. MENTERI BELIA DAN SUKAN
SALAHUDDIN AYUB

27. MENTERI SUMBER MANUSIA
TIAN CHUA

28. MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
DR HATTA MOHD RAMLI

29. MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
DR MICHAEL JEYAKUMAR

30. MENTERI PEMBANGUNAN WANITA
ZURAIDAH KAMARUDDIN

31. MENTERI LUAR NEGERI
SIVARASA

32. MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
DR LO LO MUHAMMAD GHAZALI

Pakkaramu

TERKINI

KUALA LUMPUR, 17 APRIL (SK) - Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim akan memberi amanat kepada rakyat di Permatah Pauh malam ini dalam satu pertemuan di Yayasan Aman, di Kubang Semang.

Anwar dijangka isu-isu politik semasa membabitkan kepentingan rakyat dan perjuangan Pakatan Rakyat untuk difahami oleh rakyat.

Selain itu, Fairuz Khairudin yang meletakan jawatan sebagai Adun Penanti dijangka akan turut menghadiri dan memberi penjelasan mengenai perletakan jawatan beliau.

Pertemuan berkenaan akan diadakan pada jam 9 malam dan seluruh rakyat dijemput hadir

Thursday, April 16, 2009

PRK PENANTI

KUALA LUMPUR, 16 APRIL (SK) -Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang berkata dalam satu kenyataan hari ini, akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah sebagai alasan perletakan jawatan.

Tuesday, April 14, 2009

HARI GELAP UNTUK RAKYAT MALAYSIA






BLACK 14 ada sejarahnya. Sejarahnya terlalu mahal dan cukup keramat terutamanya oleh mereka yang melihat, mengalami dan mengambil keputusan untuk terus meraikan hari penuh bermakna tersebut.

BLACK 14 ini bukanlah sebuah pertubuhan koliasi atau suatu forum rakyat bagi memperjuangkan satu-satu kepentingan. Tetapi, BLACK 14 ini adalah suatu perayaan rakyat yang kewujudannya secara semulajadi selari dengan fitrah naluri rakyat yang senantiasa berdoa dan berikhtirar agar tiada lagi kezaliman seumpama BLACK 14 ini wujud di maya pada ini.Sejarah B.L.A.C.K 14!

Tanggal 14 April 1999, Mahkamah telah memutuskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dihukum penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah. Beliau telah dihalang secara berperundangan untuk terlibat dalam persada politik nasional.

Keputusan Mahkamah pada ketika itu cukup mengejutkan mahasiswa, pengamal undang-undang, aktivis politik, ahli akademik, hatta rakyat marhaen

TERENGGANU BERKOCAK

3 ADUN BN TERENGGANU menerima sms berbaur ugutan.Akibat daripada menerima sms tersebut,hari ini seramai 13 ADUN tidak hadir ke dewan SERI IMAN untuk SIDANG DUN TERENGGANU.Isu ini timbul kerana terhapat khabar angin mengatakan akan ada undi tidak percaya terhadapa MB TERENGGANU.

Keadaan sebegini sememangnya tidak di senangi oleh MB TERENGGANU.Di dalam DUN TERENGGANU PR hanya mempunyai 8 orang wakil dari parti PAS.Yang selebihnya wakil dari BARISAN NASIONAL.Masalah di negeri TERENGGANU sudah lama berbunyi ketika mana isu perlantikkan MB TERENGGANU yang baru selepas PR 12.Biar krisis ini berpanjangan dan meranapkan UMNO dan BN secara keseluruhannya.

ADA PRK LAGI?

EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang sedang bercuti genap dua bulan hari ini, dijangka akan diterima hasratnya untuk melepaskan jawatan tersebut minggu ini.
Ia merupakan salah isu yang kini diperhalusi oleh pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan banyak pihak mengatakan bahawa kemungkinan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Bagaimanapun difahamkan, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan akan mengekalkan jawatan sebagai wakil rakyat buat sementara waktu.
"Umumnya, Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) akan menerima hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco, dan bukannya kedua-dua Exco dan ADUN... Wong akan kekal sebagai ADUN Bukit Lanjan," kata sumber kepada mStar Online.
Difahamkan Khalid telah menghadap Sultan Selangor awal pagi semalam.
Lazimnya Menteri Besar akan menemui Sultan Selangor menjelang mesyuarat mingguan Exco yang diadakan setiap Rabu.

Difahamkan, Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor dijadual mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam petang ini.
"Dijangkakan Menteri Besar akan memaklumkan keputusan yang diambil berhubung tawaran Wong untuk meletakkan jawatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan petang esok (hari ini)," katanya.Jika tidak esok pun, kemungkinan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu ini pengumuman mengenainya akan dibuat, kata sumber itu lagi.
mStar Online difahamkan dua lagi komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS juga pada dasarnya telah bersetuju agar hanya tawaran melepaskan kedudukan Exco diterima, bukannya sebagai ADUN.

"Kemungkinan pilihan raya kecil di Bukit Lanjan masih tipis buat masa sekarang," katanya.
Khalid melanjutkan tempoh cuti Wong yang sebelum ini ditetapkan sehingga 15 Mac lalu sehingga 15 April.
Wong, Ketua Penerangan Wanita PKR, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri itu.
Wong, 37, telah menawarkan untuk meletak kedua-dua jawatan itu berikutan penyebaran gambar separuh bogelnya dalam Internet, tetapi Khalid menasihati beliau agar menagguhkan hasratnya dan pergi bercuti.

Bulan lalu, Khalid tidak menolak kemungkinan pelanjutan tempoh cuti Wong kali ini mungkin yang terakhir sebelum keputusan muktamad mengenai kedudukan kedua-dua jawatan Wong diumumkan.
Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Khalid pada 17 Februari.
PKR juga berhadapan dengan isu membabitkan penyandang jawatan Exco dan ADUN di utara iaitu Pulau Pinang.
Selepas Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I berkuat kuasa 8 April lalu, desas-desus kedengaran kemungkinan beliau akan mengosongkan kerusi DUN Penanti.

Sekali lagi, sumber dalaman PKR memberitahu bahawa "pucuk kepimpinan PKR tidak mahu kerusi sendiri itu dikosongkan, sekurang-kurangnya buat masa sekarang."
Dalam pada itu, kelmarin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, bakal pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco kerajaan negeri akan diumumkan esok.
Katanya, beliau masih menunggu maklum balas dari Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon yang akan dilantik bagi mengisi jawatan itu.
ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.
Kerusi itu kosong apabila Fairus yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8 April.
Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah.

Kertas siasatan telah diserahkan ke Bahagian Pendakwaan Jumaat lalu dengan pelbagai spekulasi timbul bahawa beliau kemungkinan akan didakwa esok.
Malam esok, Anwar akan mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR, yang sudah pasti menjadi tumpuan mengenai nasib Wong, dan kedua-dua kerusi berkenaan iaitu sama ada PKR sanggup mengambil risiko pilihan raya kecil.
Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang Anwar sendiri, yang dimenangi menerusi pilihan raya kecil Ogos lalu.

Monday, April 13, 2009

TERGEMPAR.....

Khabarnya setelah ramai yang kecewa dengan pengumuman barisan kabinet yang baru,2 Ahli Parlimen dari Terengganu,1 Ahli Parlimen dari Sabah,1 Ahli Parlimen dari Perak,dan 1 Ahli Parlimen dari Johor akan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen.Mereka ialah Dato Mohd Nasir-Kuala Nerus-,Dato Mohd Jidin-Setiu-,Dato Tajuddin Rahman-Pasir Salak,Dato Bung Mokhtar-Kinabatangan-,dan Datuk Halimah Sadiuqe-Tenggara.Mereka dikatakan akan meletak jawatan sebagai langkah awal dan akan diikuti oleh ahli parlimen lain.Ini berlaku berikutan Y.A.B PM yang baru telah membentuk suatu barisan kabinet yang goyah dan tidak stabil dan mereka telah hilang kepercayaan terhadap Y.A.B PM yang baru

http://perakexpress.blogspot.com/2009/04/2-ahli-parlimen-terengganu-akan-letak.html

Sunday, April 12, 2009

PERMULAAN YANG BURUK

Persidangan yang pertama NAJIB RAZAK hadiri telah di tangguhkan.Persidangan tersebut di tangguhkan kerana masalah keselamatan yang tidak terjamin di PATAYYA THAILAND.Perusuh telah menceroboh banggunan yang menempatkan tempat tinggal NAJIB RAZAK menyebabkan persidangan ASEAN di tangguhkan.

Belum pun sempat mewakili MALAYSIA tiba-tiba perkara di luar jangkaan berlaku.Muka NAJIB RAZAK yang kurang senang dengan penangguhan ini dan terus pulang ke KUALA LUMPUR.Malang sungguh nasib NAJIB RAZAK hajat tidak kesampaian,satu permulaan yang buruk sempena menjadi PM MALAYSIA yang baru.Keadaan di BANGKOK menjadi huru hara dan arahan darurat di keluarkan oleh PM THAILAND ABISIT di kawasan tersebut.Semestinya ROSMAH MANSOR kecewa kerana tidak dapat melihat suaminya sebagai PM MALAYSIA KE PERSIDANGAN ASEAN di PATTAYA THAILAND.

Buka setakat persidangan ASEAN yang di tangguhkan malahan perjumpaan isteri-isteri KETUA NEGARA ASEAN turut di tangguhkan.Nasib nasib...

DUN TERENGGGANU BUBAR??

Berita terbaru dan mengemparkan melalui utusan online, di jangkakan mungkin akan berlaku pertukaran MB baru di Terengganu ekoran akan berlaku undi tidak percaya dalam DUN yang akan bersidang isnin ini. Undi tidak percaya itu sekarang heboh di ceritakan di negeri penyu itu, di jangkakan akan di lakukan oleh Adun BN terhadap MB sekarang Mohd Said.....?Kalau perkara ini benar-benar berlaku mungkin berlaku pertukaran MB atau mungkin juga berlaku Pilihan Raya Negeri. Berani kah MB Mohd Said tunggu hingga isnin ini atau mungkin dia akan mengadap Sultan untuk minta perkenan Pembubaran DUN.....?Untuk pengetahuan kerusi DUN Terangganu adalah 32 PRU12 lalu BN memenangi 24 kerusi dan PAS 8 kerusi..KEDAHLANIE

Saturday, April 11, 2009

ISTERI PERTAMA NAJIB




SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa.Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'
Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan.Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.
Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.
Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.
Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.
Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor?Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.
Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak menerusi pembacaan merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan


Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?


Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.
Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.
Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.
Ku cilok daripada blog DEMOKRASI MALAYSIhttp://paingagaudemokrasimalaysia.blogspot.com/2009/04/pejuang-demokrasi-masih-ada-rahsia.html

NASIB SUKAN DI MALAYSIA

Setelah MENTERI BELIA dan SUKAN di tukar,apakah nasib sukan di MALAYSIA di masa hadapan?memandangkan MENTERI yang baru apakah akan ada mekanisma untuk melonjakkan taraf sukan di MALAYSIA.SHABERY CHEEK di angkat menjadi MENTERI BELIA DAN SUKAN membuatkan seluruh rakyat tertanya-tanya,APA AKAN JADI DENGAN MUTU SUKAN MALAYSIA?

Reputasi SHABERY CHEEK ketika menjawat jawatan MENTERI PENERANGAN seharusnya di pandang serius.Ketika ZAINUDIN MAIDIN menjadi MENTERI PENERANGAN, TV3 di jadikan organ BARISAN NASIONAL UNTUK MENYERANG PAKATAN RAKYAT.Selepas PRU 12 SHABERY CHEEK di tugaskan menjadi MENTERI PENERANGAN kelihatan sama.Sikap DOUBLE STANDARD menyebabkan rakyat muak akan tindak tanduk SHABERY CHEEK.Selalu berdolak dalih di dalam mengeluarkan kenyataan.Debat di antara SHABERY CHEEK dan DATO SERI ANWAR IBRAHIM memperlihatkan keperibadian SHABERY CHEEK ketika berdebat amat meloyakan.Menyerang peribadi DATO SERI ANWAR IBRAHIM sehinggakan lagi dari tajuk asal perdebatan.

Orang sebeginikah yang boleh di harapakan di dalam memajukan sukan di MALAYSIA.Berbincang mengenai BOLA SEPAK semestinya rakyat MALAYSIA sudah meluat untuk memperkatakannya.Sebabnya jelas MUTU BOLA SEPAK MALAYSIA jatuh merudum tanpa ada harapan untuk pulih.Kedudukan 160 ke bawah di dalam rangking FIFA tentunya membuatkan industri BOLA SEPAK MALAYSIA kian sugul dan suram.Peraturan yang pelik iaitu menghalang pemain import bermain dalam liga adalah salah satu peraturan yang gila dan di persetujui KBS.Kini tanggung jawab tersebut berada di bahu SHABERY CHEEK untuk memperbetulkkan keadan ini menjadi lebih baik.

WASPADA

Assalamualaikum wbt.

Datuk Seri Anwar,

Saya sangat bimbang dengan perlantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru kerana saya khuatir keselamatan Datuk Seri bakal tergugat sekali lagi.
Kita sedia maklum dengan tindakan cucu Datuk Onn Jaafar ini yang sentiasa mencari masalah dengan Datuk Seri sebelum ini. Jadi dengan tindakan sepupunya, Datuk Seri Najib dalam rejim Mahathirisme ini adalah antara kaedah untuk menjahanamkan Datuk Seri dan ini sememangnya peluang Hishammuddin untuk mengenakan Datuk Seri dengan jawatan barunya ini.
Saya cuma boleh senaraikan dua masalah yang Hishammuddin pernah timbulkan berkenaan diri Datuk Seri iaitu;
1. Mengeluarkan kenyataan kononnya Datuk Seri menyokong penggunaan Bahasa Inggeris sewaktu menjadi Menteri Pendidikan satu ketika dahulu.
2. Menuduh Datuk Seri sebagai pengkhianat negara dalam perhimpunan agung UMNO baru-baru ini.
Sebagai orang politik Datuk Seri lebih masak dengan beberapa tindakan lain Hishammuddin yang gemar menimbulkan masalah dan kontroversi demi mencari publisiti murahan.
Semoga Datuk Seri dapat terus bersemangat berjuang dan berdepan dengan pasukan Najib Razak, Hishammuddin Hussein dan Mahathir Mohamad.

Yang benar,
Zin Rahim

Friday, April 10, 2009

JUMLAH UNDI DI PEROLEHI CALON YANG BERTANDING PRK N 25 BUKIT SELAMBAU

. R Loganathan (kelapa sawit) - 31
2. Tan Hock Huat (kunci) - 78
3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25
4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83
5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60
6. L Sarala (basikal) - 49
7. A Jayagopal (payung) - 35
8. S Moganakumar (buku) - 46
9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29
10. Husaini Yaacob (bas) - 257
11.M Vaneson (ikan) - 32
12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528
13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73
14. S. MANIKUMAR (PKR) - 12,632
15. DATO' GANESAN (BN) - 10,259

Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?
Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.
Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.
"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.
"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.
Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.
Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.
"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya

Thursday, April 9, 2009

DI MANA KHAIRY?

Setelah senarai MENTERI KABINET di keluarkan TIDAK KELIHATAN NAMA KHAIRY JAMALUDIN.Ini menjadikan suatu fenomena yang menarik yang harus di perkatakan.Masakan KETUA PEMUDA UMNO tidak tersenarai dalam JEMAAH MENTERI MALAYSIA,yang kelihatan NAIB KETUA PEMUDA UMNO RAZALI IBRAHIM DI LANTIK SEBAGAI TIMBALAN MENTERI.KETUA PEMUDA UMNO tak tersenarai NAIB KETUA yang tersenarai,pelik bukan?

Keadaan sebegini sememangnya sudah di duga dari awal lagi,iaitu NAJIB RAZAK akan singkirkan orang PAK LAH dan di masukkan orang MAHATHIR dan kroni beliau di dalam JEMAAH MENTERI.Individu yang kalah di dalam pertandingan KETUA PEMUDA UMNO seperti MUKHRIZ MAHATHIR pula di pilih,nampaknya sinar KHAIRY di dalam UMNO semakin malap.Selepas ini mungin KHAIRY akan berhadapan dengan tuduhan RASUAH yang baru dan menyebabkan KERUSI KETUA PEMUDA UMNO akan tergugat.Keadaan ini sebenarnya dalam perjalanan dan menunggu masa untuk menolak KHAIRY ke tempat yang rendah lagi hina.MAHATHIR semestinya tidak suka kepada KHAIRY kerana KHAIRY telah mengalahkan ANAKNYA dan memalukan MUKHRIZ akibat kekalahan tempoh hari.

NAJIB RAZAK akan menerima NASIHAT TUN MAHATHIR di dalam meletakkan ANAK beliau MUKHRIZ di dalam KABINET MALAYSIA.KHAIRY perlu lihat ini adalah permulaan ancaman terhadap karier politik beliau yang akan mengugat kedudukan sebagai KETUA PEMUDA UMNO mahupun MP REMBAU.ADAKAH PRU 13 KHAIRY ADA TEMPAT UNTUK BERTANDING?fikir-fikirkan lah adakah ada jalan yang lurus menanti KHAIRY di hadapan.Sebagai permerhati politik dan ahli politik muda,saya merasakan KHAIRY perlu mengubah persepsi rakyat kepada beliau dan berpindah ke kem baru.

SENARAI MENTERI KABINET MALAYSIA

PERDANA MENTERI :NAJIB RAZAK



TIMBALAN PERDANA MENTERI :MAHYUDIN YASIN



MENTERI KEWANGAN :NAJIB RAZAK



MENTERI DI JABATAN PERDANA

MENTERI :NAZRI AZIZ

KHOO SOO KUN

NOH MOHD YAAKOB

JAMIL KHIR BAHAROM



TIMBALAN MENTERI DI

JABATAN PERDANA MENTERI :MASHITAH IBRAHIM

: DEVAMNANI

: T MURUGAYAH

:AHMAD MASLAN

:LIEW VUI KONG



MENTERI PELAJARAN : MAHYUDIN YASSIN



MENTERI DALAM NEGERI : HISYAMUDIN TUN HUSSEIN



MENTERI PENERANGAN : RAIS YATIM



MENTERI TENAGA DAN AIR :PETER CHIN FA KUI



MENTERI LUAR BANDAR :SHAFEI AFDAL



MENTERI PENGAJIAN TINGGI : KHALID NORDIN



MENTERI PERDAGANGAN :MUSTAFA MOHAMMAD

ANTARABANGSA



MENTERI SAINS DAN :MAXIMUS ONGKILI

TEKNOLOGI



MENTERI SUMBER ASLI :DOUGLAS UNGGAH EMBAS



MENTERI PERLANCONGAN :ENG YEN YEN



MENTERI PERTANIAN :NOH OMAR

ASAS TANI



MENTERI PERTAHANAN :ZAHID HAMIDI



JABATAN KERJA RAYA :SHAZIMAN ABU MANSOR



MENTERI PERUMAHAN :KHONG CHAN HOO



MENTERI HAL WANITA :SHAHRIZAD JALIL



MENTERI LUAR :ANIFAH AMAN



MENTERI KESIHATAN :LEOW TIONG LAI



MENTERI BELIA SUKAN :SHABERY CHIK



MENTERI HAL EHWAL : ISMAIL SABRY
PENGGUNA

MENTERI WILAYAH :RAJA NOR CHIK
PERSEKUTUAN

MENTERI PENGANGKUTAN :ONG TEE KEAT

MENTERI PERUSAHAAN :BERNARD DOMPOK
PERLADANGAN DAN
KOMODITI

AKHIRNYA

Hukuman gantung sampai mati di jatuhkan terhadap AZILAH HADRI dan SIRUL AZHAR UMAR.Kesalahan yang mereka lakukan iaitu membunuh gadis MONGGOLIA ALTANTUYA SHARIBU.Keputusan di lakukan di MAHKAMAH SHAH ALAM sebentar tadi.

Wednesday, April 8, 2009

KEMBALINYA ARUMUGAM

Kepulangan ARUMUGAN ke tanah air sebentar tadi di sambut oleh pimpinan PKR KEDAH dan YB S.MANIKUMAR ADUN BUKIT SELAMBAU yang baru.Begitulah gaya politik di MALAYSIA ala samseng dan ugut mengugut jadi perkara biasa.ARIMUGAM terpaksa mencari perlindungan ke INDIA untuk menyelamatkan diri apabila di desak dan di ugut oleh kumpulan yang di upah.Kumpulan yang mengugut ARUMUGAM di upah oleh pihak yang berkepentingan,di ugut dengan bermacam cara.Sehinggakan cubaan culik di lakukan demi mencapai matlamat(konsep menghalalkan cara)

Sekembalinya ARUMUGAN selepas PRK N 25 BUKIT SELAMBAU selesai tetapi adakah ARUMUGAM masih selamat?Kerusi BUKIT SELAMBAU masih kekal milik PKR.Mungkin selepas ini S.MANIUMAR pula akan di buru?

CERITA SEORANG KETUA BAHAGIAN

Ketua bahagian di antara jawatan yang di idamkan kebanyakkan ahli politik,untuk mendapat jawatan KETUA BAHAGIAN kita perlulah mendapat sokongan yang banyak ketika mesyuarat agong PARTI.Kretirea untuk menjadi KETUA BAHAGIAN antaranya semestinya mempunyai kekuatan dari segi kewangan,tak sibuk maksudnya ada banyak masa untuk berpolitik.

Ketika PRK N25 BUKIT SELAMBAU sekumpulan 5 individu telah keluar dari PKR dan dalam masa yang sama akan menyertai UMNO.Dalam 5 orang tersebut hampir ke semua pernah menjadi ahli UMNO.Maka tak kekoklah 5 individu ini masuk semula ke LUBUK UMNO.Ketika di awal penubuhan PKN(PARTI KEADILAN NASIONAL) ada di antara 5 orang ini telah membakar KAD KEAHLIAN UMNO kerana terlalu benci akan UMNO ketika itu.Di kalangan 5 individu tersebut terdapat seorang KETUA BAHAGIAN yang di katakan cukup baik hati budi lagi suci murni.KETUA BAHAGIAN tersebut telah menunjukkan prestasi yang cukup baik ketika PRU 12,Selain itu KETUA BAHAGIAN ini lah yang bertanggungjawab membawa seorang individu menjadi calon di LUNAS.Kesannya hari ini orang lunas telah mencemuh dan memaki ADUN tersebut KERANA TAK NAMPAK BATANG HIDUNG.PA yang di lantik pula seorang yang banyak masalah dan di benci orang ramai.Kini KETUA BAHAGIAN tersebut di dakwa telah KELUAR DARI PKR.

Taktik licik KETUA BAHAGIAN TERSEBUT KETIKA PROSES PENENTUAN CALON LUNAS PRU 12 CUKUP AJAIB.KETUA BAHAGIAN TERSEBUT TELAH MENGARAHKAN SEMUA AJK BAHAGIAN MENGHADIRI MESYUARAT,ANTARA AGENDANYA PERBINCANGAN MENENTUKAN CALON PARLIMEN PADANG SERAI DAN DUN LUNAS.MESYUARAT KEBIASAANNYA BERMULA 9 MALAM,TETAPI PADA HARI ITU MESYUARAT DI MULAKAN LEBIH AWAL PADA PUKUL 8.30MLM.MENGIKUT PERATURAN MESYUARAT BOLEH DI JALANKAN APABILA CUKUP KOREM ATAU SETENGAH DARI AJK HADIR.TETAPI MEMANDANGKAN ITU MESYUARAT PENTING IA MESTILAH MENUNGGU AJK YANG DI DALAM PERJALANAN KE TEMPAT MESYUARAT.

KETUA BAHAGIAN ITU TERUS MENGADAKAN MESYUARAT TANPA MENUNGGU AJK YANG DALAM PERJALANAN.KETUA BAHAGIAN ITU JUGA TELAH MENGUBAH TEMPAT MESYUARAT IAITU DARI BILIK GERAKKAN UTAMA KE BILIK GERAKKAN PKR DI PADANG SERAI.TIADA NOTIS MENGATAKAN LOKASI DI UBAH,MENYEBABKAN AJK YANG LAIN TERCARI-CARI TEMPAT MESYUARAT.ISTILAH YANG SESUAI KEADAAN TERSEBUT ADALAH(BAWAK LARI MESYUARAT).

DENGAN KECERDIKKAN DAN OTAK JAHAT KETUA BAHAGIAN TERSEBUT MENYEBABKAN MESYUARAT TERSEBUT DI TERUSKAN TANPA MENUNGGU AJK YANG DALAM PERJALANAN DAN MEMUTUSKAN CALON DUN LUNAS RADZI SALLEH DAN PARLIMEN PADANG SERAI N GOBALAKRISNAN.KEPUTUSAN MELANTIK RADZI SALLEH TANPA MENGAMBIL PENDAPAT DARI SEMUA AJK BAHAGIAN.ANTARA INDIVIDU YANG TIDAK SEMPAT MASUK MESYURAT KETUA PENERANGAN, NAIB KETUA BAHAGIAN,KETUA WANITA,TIMBALAN KETUA WANITA,SETIAUSAHA BAHAGIAN,TIMBALAN KETUA PEMUDA BAHAGIAN,DAN 5 AJK BAHAGIAN YANG DI PILIH.

PERISTIWA ITU MENJADI SEJARAH DAN DI INGATI OLEH INDIVIDU YANG TERLIBAT.SIAPA TAHU NAMA KETUA BAHAGIAN TERSEBUT?

MCA-TAK PUAS HATI KEPUTUSAN NAJIB


MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya pagi ini - dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil.

Pertemuan itu diadakan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya selepas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, bertemu perdana menteri baru kelmarin.
Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, Ong berkata MCA menggesa Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974.

MCA mendapat empat jawatan menteri dan enam timbalan menteri dalam setiap kabinet yang dibentuk oleh perdana menteri lalu, kata Ong.
Najib kini dalam proses rundingan dengan barisan pemimpin atasan 13 parti komponen BN, termasuk Umno, sejak dilantik secara rasmi sebagai perdana menteri keenam di Istana Negara, Jumaat lalu.
Beliau menangguhkan pengumuman barisan kabinetnya - yang dijangka membawa kejutan - tengah hari ini bagi meneruskan rundingan tersebut.

Monday, April 6, 2009

KELUARLAH

Keluarlah orang-orang yang sememngnya tidak di perlukan oleh PKR KEDAH KHUSUSNYA.Biarpun mereka keluar ketika kempen PRK N 25 BUKIT SELAMBAU tetapi PKR KEDAH semestinya mengalukan tindakkan mereka ini,

Walaupun hanya seorang wakil sahaja yang membuat sidang media tetapi individu di belakang KETUA BAHAGIAN JERLUN itu semestinya individu yang penakut.Jika betul mahu keluar PKR bersemukalah dengan media jangan baling batu sorok tangan.

Ketika pilihanraya umum ke 12 yang lalu KETUA BAHAGIAN JERLUN adalah kawan baik ADUN LUNAS selepas pilihanraya.Ketika itu ke mana sahaja ADUN LUNAS pergi di situ ada AZHAR(KETUA BAHAGIAN JERLUN).Betapa akrabnya ADUN LUNAS dengan AZHAR(KETUA BAHAGIAN JERLUN).Sesungguhnya keluarnya 5 ketua bahagian ini akan menjadi amanlah PKR KEDAH.BYE BYE 5 KETUA BAHAGIAN.

Sunday, April 5, 2009

KEDUDUKAN SEMASA DI BUKIT SELAMBAU-MALAYSIAKINI

PADA PUKUL 10.49 MALAM 5 HB APRIL 2009 KEDUDUKKAN TERKINI PKR45% BN 42% SELEBIHNYA KEPUNYAAN BEBAS.JIKA BEGINILAH KEDUDUKAN PKR MAKA BERSIAP SEDIALAH PENYOKONG PKR UNTUK MENERIMA KEKALAHAN KALI INI.MEMANDANGKAN PENGUNDI HANTU YANG BANYAK DI KESAN DI BUKIT SELAMBAU BUKAN MUSTAHIL BN AKAN MENANG DENGAN KELEBIHAN 500 UNDI.JIKA PKR TIDAK MELAKUKAN SESUATU UNTUK MENHALANG PENGUNDI HANTU MASUK UNTUK MENGUNDI PKR DAN PR AKAN KALAH.SILA RUJUK KEPADA JENTERA YANG TERLIBAT DI DALAM PRK LUNAS TAHUN 2000.

Thursday, April 2, 2009

ADAKAH AKAN ADA REFORMASI KE DUA?

Hari ini menjadi sejarah apabila PAK LAH telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai PERDANA MENTERI kepada YANG DI PERTUAN AGONG.Esok di khabarkan akan ada upacara angkat sumpah PERDANA MENTERI KE 6 MALAYSIA.Sebelum PERDANA MENTERI baru di tabalkan menjadi PERDANA MENTERI,adakah selepas ini akan ada reformasi ke dua?

Persoalan ini timbul apabila suasana politik yang banyak menyebelahi PAKATAN RAKYAT sehingga merimaskan bakal PERDANA MENTERI MALAYSIA NAJIB RAZAK.Ada ramalan yang di buat akan ada tindakkan terhadap KETUA PEMBANGKANG.Biarpun ini suatu andaian namun ia sudah tentu menganggu konsenterasi PAKATAN RAKYAT khususnya PARTI KEADILAN RAKYAT.Semoga peristiwa hitam 1998 TIDAK BERULANG DI MALAYSIA LAGI.

Pergerakan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM yang pantas di dalam arena politik tanah air hari ini sudah pastinya kurang di gemari BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA.Jika ada tindakkan yang di ambil adakah akan ada reformasi ke dua?