SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, February 22, 2010

ISTERI ADUN BEBAS TUNTUT CERAI...


Ramizah Mazlan, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.

Wanita berusia 31 tahun itu membuat 24 tuntutan terhadap Badrul mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang- Undang Keluarga Islam Negeri Selangor tapi hanya lima tuntutan sahaja dipersetujuai bersama.

Ramizah diwakili peguam, Norrasyada Osman.

Badrul yang turut hadir di mahkamah, tidak diwakili oleh peguam.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Abdul Malik Soleh mengarahkan Badrul melantik peguam bagi mewakilinya untuk meneruskan perbicaraan tuntutan tersebut.

Tuntutan itu ditangguh pada 21 April depan.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 31 April 1993 dan dikurniakan lima anak tapi tidak lagi tinggal sebumbung.

Badrul sebelum ini dikecam hebat apabila mengisytihar keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN mesra Barisan Nasional (BN). TVS

No comments: