Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Thursday, February 18, 2010
ZUL KE KOREA BUAT APA?JUMPA SIAPA?ARAHAN SIAPA?
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak tahu menahu mengenai pemergian Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin ke Korea dan bukannya dihantar parti sebaliknya bersifat urusan peribadi.
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali berkata, Zulkifli juga tidak pernah memaklumkan parti mengenai pemergiannya atau mencadangkan tarikh lain untuk pendengaran kes disiplin.
Beliau menganggap Zulkifli lebih mementingkan urusan peribadinya daripada hadir membela diri di hadapan Lembaga Disiplin untuk penyiasatan dan membela diri.
"Zulkifli tidak harus menyalahkan mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.
Syed Hussin menyifatkan ia cara biasa Zulkifli mengelak hadir mengikut tarikh yang ditetapkan Jawatankuasa Disiplin dan ia pernah berlaku sebelum ini apabila memberi alasan tidak berada di Kuala Lumpur.
Katanya, Lembaga Disiplin tidak mendapat jawapan daripada Zulkifli selepas tarikh akhir 15 Februari luput sedangkan surat tunjuk sebab dikirim pada 8 Februari 2010 melalui faks, emel dan surat berdaftar.
"Beliau diminta menjawab sebelum 15 Februari dan pilihan beliau untuk tarikh pendengaran kes yang dicadangkan oleh Lembaga, iaitu 18 atau 23 Februari 2010.
"Sebaliknya, Zulkifli pada 16 Februari memberitahu media yang beliau tidak dapat hadir kerana ke Korea," katanya.
Selain itu, Syed Hussin berkata, Lembaga Disiplin diminta oleh Biro Politik bahawa semua kenyataan media yang dibuat Zulkifli selepas diberi surat tunjuk sebab itu, akan diambil kira dalam siasatan disiplin itu.
Katanya, hal itu antara perkara yang dicapai dalam mesyuarat mingguan Biro Politik PKR semalam yang mengadakan mesyuarat mingguan, selain membincangkan beberapa perkara lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dia pi sana jumpa boss baru kot? lord murujib ada sana kotttt...???
Post a Comment