SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, May 6, 2009

SASARAN TERBARU



Kebelakangan ini kita di hidangkan cerita mat rempit buat hal di atas jalan raya.Khususnya pada hari buruh 1 MEI 2009,pihak polis telah membuat operasi dan menahan mat rempit di sekitar KUALA LUMPUR.Isu mat rempit mula di bangkitkan oleh KERAJAAN BN.Bermacam-macam cadangan untuk meyedarkan mat rempi-mat rempit agat tidak merempit lagi.Dari tahun 2002 perkataan MAT REMPIT menjadi semakin popular,kenapa popular?kerana di eksploitasi oleh media.Masalah mat rempit ini tidak akan selesai apabila pihak KERAJAAN BN tidak serius dan hangat-hangat tahi ayam di dalam membendung masalah ini.

Masalah mat rempit berpunca dari kerajaan yang tidak serius di dalam membenteras,kita lihat apabila sesebuah filem mengisahkan kehidupan seorang mat rempit.Syarikat perfileman hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada anak muda MALAYSIA.Seperti filem REMP-IT VS IMPAK MAKSIMA,filem atau drama seperti ini seolah-olah mengagungkan mat rempit itu sendiri dan membuatkan anak muda ingin mencuba.Selepas itu perjalanan filem atau drama tersebut mengenai kisah mat rempit yang kaki bohsia,kaki lepak.Anak-anak muda yang dahulunya tidak tahu apa itu mat rempit kini telah mengetahui dan ingin meniru kehidupan seperti apa yang mereka tonton.Filem yang seakan-akan mat rempit seperti impak maksima,KL MENJERIT dan lain-lain lagi.Kita bukannya anti perfileman tetapi filem biar kualiti dan ada manfaat untuk golongn muda.Filem terbaru bertajuk BOHSIA,kenapa kerajaan tak sekat dan tidak halang penayangannya?tanpa ada rasa bersalah menceritakan kehidupan BOHSIA.Anak muda mudah tertarik perkara yang baru dan lebih kepada keseronokkan.Kenapa KEMENTERIAN PENERANGAN tidak ambil tindakkan dan halang filem-filem seperti ini?ini adalah perosak yang masuk hingga ke dalam rumah rakyat MALAYSIA tanpa kita sedari.

Kenapa kerajaan tidak bersungguh di dalam hal MAT REMPIT?KENAPA KERAJAAN TIDAK MENYEDIAKAN TEMPAT UNTUK ANAK MUDA ATAU LITAR KHAS DENGAN KADAR BAYARAN YANG MURAH?KENAPA TIDAK TERUSKAN SPRINT TEST ANJURAN PUTERA CLUB?Adakah kerana anak muda sudah banyak cenderung kepada PAKATAN RAKYAT?jika ini tidak boleh selesaikan bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang lain.Itu tidak termasuk masalah sosial remaja melayu masa kini,kerajaan tidak serius sebenarnya

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI portfolio hal ehlan agama(KEPT B JAMIL KHIR BAHAROM)perlu menangani masalah seperti ini.Jangan sibuk benda lain seperti memahami ONE MALAYSIA,itukan semua kerja KEMENTERIAN PENERANGAN bukan HAL EHWAL AGAMA ISLAM.Seorang yang mempunyai ilmu dan pernah menjadi tetamu dalam banyak program agama mesti boleh berfikir dengan waras.

PANASSSSSSSSSSSSS

IPOH: Salah seorang penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, yang dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak Khamis ini, ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi.

Peguamnya, Edmund Bon ketika dihubungi mengesahkan anak guamannya ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur.

"Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan) dan sehingga sekarang (9.30 malam), saya belum dapat menemuinya," kata beliau.

Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong.

Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan untuk membantu siasatan.

"Kami akan menyoal siasat (Wong) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami juga sedang mengenalpasti sama ada dia yang mengedarkan SMS tersebut diedarkan olehnya (Wong),"katanya ketika dihubungi The Star hari ini.

Wong dipercayai telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Perdana.

Penahanan Wong dipercayai berkaitan dengan satu sidang media yang telah diadakan oleh Bersih hari ini.

Bersih dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan protes baju hitam menjelang sidang DUN Perak yang bermula Khamis ini di sini.

Ia merupakan sidang pertama sejak tercetusnya krisis politik Perak Februari lalu.

Krisis itu membawa kepada peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

sumber mStar

TOLONG LAYAN

Didalam sebuah keretapi yang sedang menuju ke Seremban, empat orang penumpang yang datangnya dari Malaysia, Bangladesh, Cuba, dan America sedang berborak pasal negara mereka. tiba-tiba si American keluarkan duit
dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya
rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?".
Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun
tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang
termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia
membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata american
tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah si Malaysian dibuatnya.si Malaysian tak nak kalah .di tangkap
Bangla yang duduk disebelahnya tu dan terus campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi dia pun cakap ,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLA IN MY COUNTRY"

PART 2

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dengan niat nak tarbiyah depa ni.


Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.


Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami

buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .


Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu kesurau.


Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dgn segera tok imam merampas mikrofon drpd Ali dan menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.


Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat dua kali

pun tak khusyuk jgk lg..


Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang,

biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.


Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"


Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.


Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...


Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,


"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasat aku semayang.

He heee..."


Tok imam pun terkedu & terpana

Tuesday, May 5, 2009

18 MEI PULAK


BN terus berdolak dalih sehingga hari ini tiada keputusan sama ada hendak bertanding atau tidak di dalam PRK PENANTI.Begitulah BN sentiasa ada agenda yang tersembunyi hingga menyerlahkan kepincangan yang berlaku di dalam BARISAN NASIONAL.Masalah di dalam MCA gagal di bendung sehingga TIMBALAN PRESIDEN MCA ingin masuk PAKATAN RAKYAT.Kini di pilih 18 MEI 2009 sbagai tarikh untuk membuat pengumuman samaada bertanding atau tidak di PRK PENANTI.

Melihat kepada wajah-wajah pemimpin BN seakan-akan mereka cemas sebenarnya.Mereka juga menyedari usaha PAKATAN RAKYAT untuk menjahanamkan BN tidak berhenti separuh jalan.Bukan mustahil BN akan tumbang juga satu hari nanti,jika di nilai apa yang terjadi hayat BN mungkin tidak sampai 2010.Mungkin prediction ini agak fantasi tetapi berdasarkan keadaan politik hari ini BN tak mungkin akan bertahan hingga pru 13.

Kini fokus kita perlu beralih ke NEGERI PERAK ketika ini.Debaran 7 MEI buka hanya untuk penyokong PAKATAN RAKYAT tetapi untuk OSMAN JAILU dan JAMALUDIN.Bermacam andaian apa yang akan berlaku pada 7 MEI 2009 nanti.Sama-samalah kita memberi sokongan kepada KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK.

PENGHORMATAN?

Penghormatan diberi, bukan boleh diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta kejam. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati tuan, mandor, ketua pejabat, cikgu atau raja - tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan. Menangkap, merotan atau memenjarakan seseorang tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera dihormati anak-anak muda di seluruh dunia bukan kerana ada undang-undang daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ada arahan daripada IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormatinya.

Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan sebenar; ini semua penghormatan yang pura-pura. Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu dihormati kerana dapat memberi habuan kontrak.

Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke perhimpunan United Malays National Organisation pada 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Ahmad Badawi. Belum pun tamat tempohnya sebagai perdana menteri – kerana tandatangannya tidak lagi laku dan tidak mendatangkan kontrak – tidak ramai menteri dan para pembodek berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – Tun, Tan atau Tin – ia hanya tin-tin yang kosong dan tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu, pasangkanlah tanjak tujuh tingkat, semuanya tidak ada makna.
Rasa hormat datang daripada hati.

Pada 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak datang mengambil hadiah ini. Malah Sartre langsung tidak ambil peduli. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Sartre masih menggegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati, daripada segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih dihormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada 1972.

Justeru apabila ada gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja, maka permintaan ini kelihatan sebagai lawak bodoh. Meminta dihormati, memaksa dihormati - atau melembagakan penghormatan - bukan penghormatan namanya.

Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, paksaan, atau janji pangkat dan kontrak.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan dipaksa menghormati guru besarnya, maka untuk beberapa saat (ketika telinganya sakit) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si guru besar.

Terlepas sahaja telinganya daripada pulasan, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si guru besar, malah besar kemungkinan si guru besar akan dibaling dengan najis. Ini hakikat.

Apabila saya menulis artikel, awal Mac, cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak dipercayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll.

Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, penggodam internet atau pembawa counter-culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia, malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin ditemui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik mereka. Besar kemungkinan akan ditemui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang bintang rock atau mungkin poster Che Guevera.

Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai-bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang raja – tetapi mereka sanggup ke e-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori.

Ini hakikat rasa hormat dan cinta kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

sumber: malaysiakini,
penulis : Hishamuddin Rais

BN BERTANDING DI PENANTI?

Keputusan samaada BN bertanding atau tidak pada PRK PENANTI belum di umumkan.Khabarnya hari ini pukul 4 petang akan ada mesyuarat MPT BN di PUTRAJAYA.Adakah hari ini juga kita mengetahui keputusannya?

Monday, May 4, 2009