SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, May 6, 2009

SASARAN TERBARU



Kebelakangan ini kita di hidangkan cerita mat rempit buat hal di atas jalan raya.Khususnya pada hari buruh 1 MEI 2009,pihak polis telah membuat operasi dan menahan mat rempit di sekitar KUALA LUMPUR.Isu mat rempit mula di bangkitkan oleh KERAJAAN BN.Bermacam-macam cadangan untuk meyedarkan mat rempi-mat rempit agat tidak merempit lagi.Dari tahun 2002 perkataan MAT REMPIT menjadi semakin popular,kenapa popular?kerana di eksploitasi oleh media.Masalah mat rempit ini tidak akan selesai apabila pihak KERAJAAN BN tidak serius dan hangat-hangat tahi ayam di dalam membendung masalah ini.

Masalah mat rempit berpunca dari kerajaan yang tidak serius di dalam membenteras,kita lihat apabila sesebuah filem mengisahkan kehidupan seorang mat rempit.Syarikat perfileman hanya memikirkan keuntungan tanpa memikirkan kesan kepada anak muda MALAYSIA.Seperti filem REMP-IT VS IMPAK MAKSIMA,filem atau drama seperti ini seolah-olah mengagungkan mat rempit itu sendiri dan membuatkan anak muda ingin mencuba.Selepas itu perjalanan filem atau drama tersebut mengenai kisah mat rempit yang kaki bohsia,kaki lepak.Anak-anak muda yang dahulunya tidak tahu apa itu mat rempit kini telah mengetahui dan ingin meniru kehidupan seperti apa yang mereka tonton.Filem yang seakan-akan mat rempit seperti impak maksima,KL MENJERIT dan lain-lain lagi.Kita bukannya anti perfileman tetapi filem biar kualiti dan ada manfaat untuk golongn muda.Filem terbaru bertajuk BOHSIA,kenapa kerajaan tak sekat dan tidak halang penayangannya?tanpa ada rasa bersalah menceritakan kehidupan BOHSIA.Anak muda mudah tertarik perkara yang baru dan lebih kepada keseronokkan.Kenapa KEMENTERIAN PENERANGAN tidak ambil tindakkan dan halang filem-filem seperti ini?ini adalah perosak yang masuk hingga ke dalam rumah rakyat MALAYSIA tanpa kita sedari.

Kenapa kerajaan tidak bersungguh di dalam hal MAT REMPIT?KENAPA KERAJAAN TIDAK MENYEDIAKAN TEMPAT UNTUK ANAK MUDA ATAU LITAR KHAS DENGAN KADAR BAYARAN YANG MURAH?KENAPA TIDAK TERUSKAN SPRINT TEST ANJURAN PUTERA CLUB?Adakah kerana anak muda sudah banyak cenderung kepada PAKATAN RAKYAT?jika ini tidak boleh selesaikan bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang lain.Itu tidak termasuk masalah sosial remaja melayu masa kini,kerajaan tidak serius sebenarnya

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI portfolio hal ehlan agama(KEPT B JAMIL KHIR BAHAROM)perlu menangani masalah seperti ini.Jangan sibuk benda lain seperti memahami ONE MALAYSIA,itukan semua kerja KEMENTERIAN PENERANGAN bukan HAL EHWAL AGAMA ISLAM.Seorang yang mempunyai ilmu dan pernah menjadi tetamu dalam banyak program agama mesti boleh berfikir dengan waras.

No comments: