SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, July 21, 2009

EZAM TUDUH DAP BUNUH TEOH BEN HOCK


Laa...hidup lagi rupanya Ezam al-kataki al-kotaki wal-hitami ini. Di Manek Urai tak muncul dan nampak batang hidung pun.. Tiba-tiba muncul pula di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor pada Ahad malam.

Kalau mereka (DAP) berani tuduh SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock,maka tanpa perasaan gentar saya pula yang mendakwa mereka (DAP) yang bunuh Teoh.

Demikianlah kata Ezam Md.Nor dalam satu majlis ceramah di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor malam tadi (Ahad).

Kata Ezam lagi, tiada sebab untuk SPRM membunuh saksi mereka kerana ianya amat penting kepada SPRM. Sudah tentu si perasuah yang membunuhnya kerana bimbang kegiatan rasuah mereka didakwa oleh SPRM.Mengapa kita harus takut untuk untuk menuduh mereka,jika mereka terus menerus menuduh SPRM dan Barisan Nasional yang melakukan semua ini. Demikianlah kata-kata Ezam dalam ceramahnya malam tadi.


Itu pun ada juga orang umno percaya cakap Ezam. Punya bangang tak dak dah.. kata orang utara. Teoh mati dalam pejabat SPRM dalam siasatan SPRM. Masa bila pula DAP pi bunuh Teoh. Beginilah rupa sebenar Ezam ingatkan cerdik tapi bangang sebangangnya. Akai ada ka...


Saya cadangkan DAP saman segera Ezam. Bagi saya, dia memang saja nak cari publisiti murahan setelah dia tahu karier politik dan kredibelitinya jatuh merudum.


Dia memang suka DAP saman dia sebab boleh jadi popular balik.


Entahlah Ezam oi.. Nasib hang la.. antara maruah dan habuan... Ezam Al-Kataki Al-Kotaki Wal-Hitami.. Sekejap ada..sekejap tiada..

DIN BINJAI

BAJU PENGANTIN BEN HOCK


Anak muda itu bukan Melayu…

Ada “pelampau” (extremist) yang beranggapan darahnya halal. Karena anak muda itu bukan Islam, maka darahnya halal. Karena namanya Teoh Beng Hok, maka darahnya halal…

Ini manusia jenis apa? Entah ajaran mana yang diikut? Ugama mana yang diturut? Bajingan kalau semua hal, termasuk soal nyawa dan kemanusiaan, diperhitung sebagai memenuhi percaturan politik-kekuasaan.

Tak ada sebab Teoh perlu bunuh diri. Hanya selang sehari, dia akan mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wei; si gadis berjarak umur 4 tahun lebih muda, yang juga seorang guru. Dia dirundung nestapa bukan kepalang, menanti kepulangan kekanda yang ditahan aparat pemerintah. Tak pulang-pulang.

Mereka sudah menempah dan menetapkan warna baju pengantin. Menelefon saudara-mara dan kawan-kawan memaklumkan tarikh bersandingan, dengan bangga. Juga sesi foto yang mahu diambil di taman bunga, tasek atau pantai waktu mentari jingga. Juga anak dalam kandungan kekasehnya… zuriat mereka berdua.

Teoh tentu tak pernah menduga, rupa-rupanya yang mengkehendakinya ke pejabat tingkat 14 itu adalah jemputan maut…

Kita tak dapat menerima sama sekali kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sekonyong-konyong mengutus ucapan takziah kepada keluarga Teoh atas tragedi tersebut. Ucapan takziah yang diutus dari Arab Saudi tak lebih seumpama usaha untuk cepat-cepat cuci tangan dan melindungi sesuatu.

Andai saya ahli keluarga mendiang Teoh, saya akan menginjak-injak kalungan takziah dari Najib.

Kematian Teoh bukan kematian ‘biasa’. Dikatakan terhumban dari tingkat 14, ke bumbung pada aras 5–sewaktu Teoh sepatutnya berada dalam pengawasan pehak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Takkan sesiapa yang waras akan menerima dalih SPRM yang kononnya mendakwa sudah ‘membebaskan’ Teoh sekitar jam 4.30 pagi–hari di mana Teoh kemudiannya ditemui mati kira-kira 9 jam kemudian.

Tak akan siapa boleh menerima dalih bahawa selepas dibebaskan, Teoh tak segera pulang dan konon dikatakan telah menumpang tidur di sofa pejabat SPRM. Takkan siapa percaya Teoh mengingau, atau tergelincir jatuh. Apatah lagi bunuh diri.

Kes kematian anak muda ini diselubungi kesangsian. Maka, Najib atau mana-mana menteri Umno-BN tak perlulah menasehatkan rakyat untuk tidak merasa sangsi.

Mereka tidak berhak dan tidak punya wibawa sama sekali menghalang kewarasan rakyat yang merenung betapa memang wujud sesuatu yang tak kena kepada bukan sahaja pegawai SPRM, cara pengendalian soal-siasat, malah menjurus kepada SPRM itu sendiri.

SPRM kini diragui, sangat-sangat diragui. Kematian misteri Teoh hanya mengesahkan bagaimana tuduhan sebelum ini yang SPRM merupakan salah-satu jejari kekuasaan Umno-BN untuk mencemar dan mematahkan satu-persatu tengkok para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sehingga esei ini ditulis, SPRM masih tidak menafikan dakwaan Ahli Majlis Perbandaran Kajang, saudara Tan Boon Hwa yang dilaporkan diperlaku tidak umpama oleh pegawai penyiasat SPRM–diugut, dipaksa berdiri berjam-jam dan membuat pengakuan palsu, diancam nyawa serta keselamatan anak-isteri dan keluarga beliau.

Kes penyelewengan jutaan dan ratusan juta dipendamkan, sementara ke arah Pakatan Rakyat disasarkan serangan. Bayangkan bagaimana siasatan tegas yang melibatkan ahli majlis perbandaran Kajang hanyalah atas tuduhan membeli 1, 500 helai bendera Malaysia. Inilah apa yang dinamakan sebagai “lawak seram”!

Kini jelas nyata SPRM adalah laksana serigala lapar yang mahu menerkam, menggugat dan merampas kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat.

Contohnya sudah ada di Perak, dengan dua ADUN Keadilan yang pada mulanya diseret dengan tuduhan menerima suapan berbentuk tunai dan habuan seks, tiba-tiba beralih menyokong Umno-BN di dalam DUN.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dirampas dengan cara culik dan ugut. Juga serangan di Kedah sehingga menyaksikan pilihanraya kecil Bukit Selambau terpaksa diadakan.

Serangan komplot ini sempat terhala ke Pulau Pinang dalam kes yang melibatkan bekas timbalan ketua menteri yang dituduh menerima rasuah. Perangkap juga pernah dipasang di Bandar Tun Razak yang melibatkan Menteri Besar Selangor dalam kes “46 ekor lembu.”

Keadilan-Pas-DAP sekian lama serius untuk membenteras rasuah. Selama ini, rasuah adalah barah di dalam Umno, dan bukannya di dalam Pakatan Rakyat. Kerajaan Kelantan tidak tercemar oleh rasuah, meski sudah 15 tahun memerintah, dan memang 3 kali pilihanraya umum.

Pakatan Rakyat terus tegas melawan dan menentang rasuah, tetapi bukan dengan sandiwara mahupun merekayasa bukti dan pertuduhan. Lihat sahaja daripada kes “Pelabuhan Klang” sehinggalah “mahligai Khir Toyo” adalah kes berprofail tinggi. Ya, di mana SPRM?

Bagi yang dekat dan biasa dengan papan catur politik Umno-BN, agak mudah untuk membaca siapa yang membiayai plot-plot sandiwara ini–justeru tak satupun yang terlepas daripada pengetahuan dan restu Presiden Umno.

Tentulah bukan beliau sendiri yang perlu ke sana ke mari. Juga, siapa pula yang merendahkan harga diri bertindak sebagai macai (operator) penggerak dan bersumpah untuk menjayakannya.

Ceh! Betapa jelek dan jijiknya politik elit Umno!

Dalam sessi sidang parlimen awal tahun ini, satu isu dan konspirasi besar dibongkar ketua Pakatan Rakyat di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ianya melibatkan “blue-print” khusus yang dikeluarkan pehak yang mahu merampas Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Plot dan projek itu dengan biaya ribu juta ringgit.

Menteri Kewangan Kedua waktu itu tidak dapat menjawab soalan YB Azmin Ali berhubung peruntukan besar kepada beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan digunakan di Selangor.

Broker politik Umno-BN yang lazimnya bising membebel sesama mereka mengutuk MP Pakatan, khususnya Anwar waktu bersembang di cafe, terdiam. Cuba buat-buat tidak mendengar apabila rahsia jahat bos-bos mereka cobor.

Selepas mengenali bagaimana SPRM dan sekian banyak agensi kerajaan diperkuda, ada asasnya untuk kita mempercayai kes kematian Teoh akan mendapat pembelaan yang adil. Sama seperti kes pembunuhan Altantuya Sharibuu… tak akan siapa yang waras dapat mengerti mengapa dua anggota polis berpangkat rendah itu perlu meragut nyawa Altantuya?

Ya, melihat kedudukan pangkat mereka, tak ada ‘faedah’-nya mereka melakukan pembunuhan itu. Untuk apa? Tapi, skrip ini adalah skrip di zaman Najib sebagai PM. Barangkali memang begitu. Modus operandi takkan jauh berbeda.

Bagi pemimpin Umno-BN, riuhnya hanya dua-tiga hari dengan sejuta janji manis… kemudian disenyapkan. Dialih pandangan rakyat dengan entah apa lagi gula-gula baru.

Sesungguh kita akan mengenang nasib anak muda yang dibaham nyawanya oleh segelintir yang terdesak dan desperado untuk kekal berkuasa. Kematiannya itu pula akan didiamkan sebagai satu “strategi politik” oleh puak pelampau dan menganggap darah orang yang berbeda bangsa, berbeda ugama dan berbeda faham politik adalah halal.

Politik cara Umno-BN inilah apa yang saya ungkapan sebagai “politik intrik” atau “politik gelap.” Lawannya adalah “politik idea” atau “politik pencerahan” yang jauh memberi manfaat kepada rakyat.

Julung kali perjuangan Reformasi selepas lebih sedekad, akhir telah memakan korban nyawa! Seluruh anak muda wajar mengirim sahabat kita ke pusara dengan baju pengantin yang kekal, sehingga rakyat bangun. Bangkit membela.

HASMI HASHIM

Monday, July 20, 2009

HANDPHONE TEOH BERADA DI TANGAN SPRM?


Kenyatan KETUA POLIS SELANGOR semakin menambahkan kecurigaan terhadap kematian TEOH BEN HOCK,ini kerana barang peribadi mangsa masih berada di tangan SPRM.Pelik bukan apabila seorang yang telah di bebaskan tidak menyerahkan semula barangan peribadi milik mangsa.Daripada pengalaman seorang sahabat yang pernah di tahan oleh polis,beliau berkata setelah di bebaskan kita berhak mendapatkan semula barang eribadi kita termasuk pakaian kita.Menurutnya polis akan menyerahkan semula barang kita setelah kita di bebaskan tanpa ada sebanrang masalah.Lebih menghairankan lagi SPRM masih menyimpan barang peribadi TEOH BEN HOCK walaupun dakwaan mengatakan bahawa beliau telah keluar dan di lepaskan,MEMANG PELIK BIN AJAIB.

Selain itu PEJABAT SPRM di dakwa tidak mempunyai CCTV,ini lebih melucukan apabila kenyataan sebegini diberi,apa yang di sorokkan?Rakyat tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga TEOH BEN HOCK mati dalam keadaan mengerikan.Kenyataan yang bercanggah menyebabkan keraguan di kalangan rakyat.SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUA.

TEOH MATI 4 HINGGA 5 JAM SEBELUM DI TEMUI

Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui dekat pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.

Menjawab soalan kemungkinan setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor itu jatuh dari Tingkat 14, yang menempatkan pejabat SPRM itu, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"kemungkinan besar."

Ditanya mengenai barang-barang yang diambil dari pejabat SPRM itu semalam, Khalid berkata, polis melihat semula tempat kejadian dan apa yang tertinggal pada hari pertama kejadian.

Petang semalam, polis mengambil beberapa dokumen dan selak tingkap di Tingkat 14 bagi membantu siasatan kematian Teoh yang menimbulkan pelbagai pertanyaan.

Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.

Bagaimanapun tiada rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.

Khalid juga berkata, polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.

Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut.

Teoh, 30, setiausaha kepada pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor ditemui mati di koridor Tingkat Lima plaza berkenaan selepas disoal siasat berhubung kes salah guna peruntukan DUN oleh beberapa
wakil rakyat.

TEMPAT BARU BAGI PENGGEMAR SUKAN TERJUN


Kini di MALAYSIA terdapat satu tempat baru untuk melakukan terjunan bebas,tempat terbabit amat sesuai kepada peminat terjun bebas atau banji yang berketinggian melepasi standard.Kedudukan tempat tersebut di tengah kota menyebabkan tempat ini menarik untuk di kunjungi.Tempatnya terletak di BANGGUNAN MASALAM SELANGOR,ia juga menjadi tumpuan ramai selepas 16 JULAI 2009....Kepada penggemar terjun banji bolehlahke situ...SELAMAT MENCUBA TEMPAT BARU WAKAKAKAAKAKAKAKAKAKAK............

AWAS..

TINGKAT BANGUNAN MERBAHAYA DALAM DUNIA

Adalah diberitahu kepada satu Malaysia agar berhati-hati apabila
berada di bangunan tinggi. Dalam banyak budaya di dunia ini
ada tingkat-tingkat bangunan yang dianggap suwei.

Di bawah ini ialah contoh-contoh:

Di Eropah - bangunan di tingkat 13 dianggap suwei.

Di Etiophia - bangunan di tingkat 5 di anggap suwei.

Di China - bangunan di tingkat 4 dianggap suwei.

Di Malaysia - bukan satu tingkat tetapi dua tingkat.

Tingkat Empat sarang KJ.

Tingkat Empat belas sarang SPRM.

Ini tanda malaysia boleh kah kah kah.

MEMORANDUM YANG BELUM DI HANTAR...AWAT TAK HANTAQ NIE,DOK TUNGGU APA??

KES KEMATIAN SDR. TEOH BENG HOCK DI BANGUNAN SPRM

Perkumpulan Pembantu Khas dan Peribadi
Kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat
Negeri Kedah Darulaman.

Kepada,

Yang Berbahagia Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan,
Ketua Pesuruhjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Blok D6, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Peti Surat 6000
62007 Putrajaya, Malaysia. 21 Julai 2009

Melalui,

Tuan Idrus bin Jaafar
Pengarah,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Kedah,
Tingkat 2, Blok B, Bangunan Persekutuan
Jalan Sultan Badlishah, Peti Surat 6000,
05720 Alor Star, Kedah.

Dato,

PENYATAAN SEDIH, KESAL, TERKEJUT SERTA KECEWA TERHADAP
KEMATIAN MISTERI SDR. TEOH BENG HOCK DI BANGUNAN SPRM .

Kami terdiri dari pembantu khas dan peribadi kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ingin membuat penyataan sedih, kesal, terkejut dan kecewa terhadap kematian misteri Sdr Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM jam 1.30 petang pada 16 Julai 2009 baru-baru ini selepas di soal siasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama 11 jam.

2. Penyataan sedih, kesal, kecewa dan terkejut ini kami nyatakan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana kematian Sdr Teoh Beng Hock adalah terlalu misteri yang masih dibawah jagaan SPRM dan kematian misterinya berlaku pula dibangunan SPRM. Persoalannya bagaimana perkara itu boleh berlaku?

3. Kami terdiri dari pembantu khas dan peribadi kepada kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ingin menegaskan bahawa kami benci rasuah dan kami anti rasuah, sesuai dengan matlamat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah berusaha ke arah Sifar Rasuah kepada seluruh jentera kerajaannya. Namun persoalan yang timbul ialah kami sebagai pembantu khas dan peribadi sentiasa terdedah kepada fitnah dan konspirasi oleh pihak tertentu yang cuba menjatuhkan nama baik Kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di negeri Kedah dengan menggunakan berbagai taktik dan strategi dan yang paling mudah ialah dijerat dengan kononnya melakukan rasuah.

4. Sekali lagi kami tegaskan bahawa kami benci dan anti rasuah dan berusaha sedaya upaya mengelak dari terjebak dalam kegiatan rasuah. Malangnya kami sekarang berada dalam keadaan yang cukup menggerunkan, terasa seolah-olah diekori, dipantau dan akan ditangkap bila-bila masa sahaja walaupun tidak pernah melakukan rasuah walau sesen pun, tetapi mungkin suatu hari nanti akan diminta juga hadir ke pejabat SPRM hanya semata-mata atas maklumat yang dilaporkan kepada SPRM tanpa sebarang bukti kukuh. Oleh itu kami merayu kepada pihak SPRM jika keterangan bersangkutan tugas SPRM terpaksa juga dilakukan kepada kami maka ianya hendaklah dilakukan di premis kami. Ini bukan bermakna kami tidak mahu memberi kerjasama untuk membenteras rasuah yang menjadi musuh negara, tetapi biarlah keterangan dari kes yang baru diperingkat pengumpulan bukti dilakukan bukan di premis SPRM, kerana kami amat bimbang kerjasama baik yang diberikan diakhiri dengan tragedi yang menyayat hati seperti yang berlaku pada 16 Julai 2009 yang lalu.

5. Walaubagaimana pun, jika SPRM mempunyai asas dan bukti yang kukuh selepas membuat siasatan di premis saksi atau tertuduh maka kami tidak mempunyai halangan untuk pegawai SPRM membawa mereka ke pejabat SPRM dengan syarat setelah mendapat perintah mahkamah dan mestilah dibenarkan ditemani oleh peguam demi memastikan keselamatan diri saksi dan tertuduh ketika berada di premis SPRM.

6. Mengenai kematian Sdr Teoh yang trajis dan misteri itu, pihak SPRM mestilah bertanggung jawab sepenuhnya dan tidak boleh berlepas tangan dan kami berharap pihak SPRM bersedia memberikan peluang kepada pihak berwajib dan berkepentingan melakukan siasatan yang menyeluruh.

7. Harapan kami pihak SPRM dapat menjalankan tugas selepas ini tanpa dilihat dan dirasai melakukan dakwaan terpilih dengan menangguhkan kes-kes profil tinggi sejak zaman berzaman.

Bersama Membenteras Rasuah Sehingga Keakar Umbi.

Yang benar,


1. Nama: ………………?………………………… Tandatangan: ……?………………...

Jawatan: …………………………………?………………………