SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, May 5, 2010

SIAPA BUDAK HINGUSAN TU?

Salam 2 all.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Sdr. Mohd. Ezam Mohd. Nor yang dilantik menjadi Senator dan mengangkat sumpah semalam Isnin 19 Jamadil awal 1431/ 03 Mei 2010 di Dewan Negara bersama dengan YB Datuk G. Palanivel, YB Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan YB Datuk Noriah Mahat.

Semoga perlantikan sebagai Senator ini akan memberi medan baru untuk YB Sdr. Ezam meneruskan agenda perjuangan reformasi dan amar ma'ruf nahi mungkar.

Saya secara peribadi mengenali Sdr. Ezam dan melalui beberapa saat pahit dan manis bersama dengan beliau dalam perjuangan reformasi. Ezam dengan pengkhususan kepada reformasi anti-rasuah dan salahguna kuasanya, saya dengan reformasi berteraskan perjuangan memartabatkan Islam dan sistem keadilan syariat. Apa yang saya tahu, kekentalan semangat perjuangan Ezam sangatlah tinggi, dan saya yakin tiada siapa boleh pertikaikan kesetiaan dan istiqomah beliau dalam perjuangan untuk reformasi.

Kami sama-sama pernah ditahan ISA. Lokap dan penjara merupakan rumah nombor dua kami. Kami pejuang reformasi selalu berpesan kepada keluarga apabila keluar rumah untuk brjuang (termasuk berceramah) dengan pesanan jangan harapkan kami pulang bebas. Kemungkinan lokap menjadi tempat tidur malam itu.

Saya tahu akan ada suara-suara sumbang yang mempertikaikan perlantikan Sdr. Ezam. Malahan sudah ada pun bunyi sumbang dikalangan budak-budak ingusan yang menyindir kononnya perlantikan Ezam adalah habuan buatnya kerana keluar PKR dan hentam parti sebelum masuk UMNo. Yang budak ingusan ni terlupa, begitu jugalah calun yang dia takbirkan siang malam di Hulu Selangor baru-baru ini. Orang yang cabut daripada UMNo, hentam UMNo kemudian masuk PKR terus dapat habuan jadi calun Parlimen! Orang lama yang berjuang siang malam tinggal kelabu asap je. Dr. Badrul Amin putih mata, Shamsul Iskandar pun melepas, padahal perjuangan mereka dalam PKR tidak ada tolok bandingnya. Kekadang budak-budak ingusan ni kalau bercakap tak mau pakai otak. Tu lah masalahnya kalau takde kerja lain dok cari salah orang, salah diri sendiri haram tak nampak. Kata orang pepatih, "kuman seberang laut nampak, gajah dopan mato haram dio tak nampak!!".

Apa pun, tahniah kepada Sdr. Ezam. Moga ALLAH memberikan petunjuk dan kekuatan dalam meneruskan perjuangan ini insyallah.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
20 Jamadil awal 1431
04 Mei 2010

POLIS TAWAN ISTERI SAYA


Seorang Warga Indonesia, Amiruddin Goeng, 40, bimbang isterinya, Singka Binti Benda, 33, diculik oleh tiga orang anggota polis berpakaian preman...

dan bersenjata automatik yang menjadikan isterinya sebagai 'tebusan' agar beliau menyerah diri di Balai Polis Tawau.


Menurut Amiruddin, isteri beliau telah ditangkap namun tidak digari polis yang mengiringi seorang peguam dan seorang penceroboh tanah bernama Haji Nurdin Larossa dan seorang pekerjanya.

“Jiran beritahu bahawa Pengurus Ladang Bukit Tajam, Sudin telah menggunakan mikrofon ketika temasya sukan Ladang Bukit Tajam di Kunak meminta isteri saya tampil dan mengikuti polis tanpa menyatakan sebarang kesalahan atau pertuduhan,” ujar Amiruddin yang memberitahu ketika isterinya ditangkap, beliau sedang membeli barangan runcit di sebuah kedai di Ladang Bukit Tajam.

Amiruddin yang cuba mengejar kenderaan polis yang membawa isteri beliau akhirnya terkedu apabila berjaya menghubungi isterinya setelah isterinya tiba di Balai Polis Tawau; namun tidak dapat bertanya apa-apa kerana polis yang menangkap isterinya terus merampas telefon bimbit dan memberitahu, jika Amiruddin mau isterinya selamat, sila serahkan diri di Balai Polis Tawau.

“Apakah isteri saya dijadikan tebusan sedangkan dia tidak tahu apa-apa? Kenapa polis lelaki boleh membawa perempuan yang tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau menggugat keselamatan Negara,” ujar Amiruddin yang mendedahkan polis berkenaan enggan memperkenalkan dirinya walaupun didesak berkali-kali melalui telefon milik isterinya.

Sehubungan itu, Amiruddin mendesak agar Konsul Indonesia di Tawau bertindak segera membebaskan isterinya, Singka Bte Benda yang memegang passport Indonesia bernombor AL 970961 daripada tahanan polis tanpa sebarang pertuduhan atau reman oleh Polis Tawau.

“Apa salah isteri saya? Haji Nurdin penceroboh tanah majikan saya. Dia tidak boleh guna undang-undang sendiri dan memperdaya serta menyewa polis untuk masuk campur dalam pertikaian tanpa sebarang injunksi mahkamah,” tanya Amiruddin yang kesal kerana peguam bernama Hamid menyebelahi Haji Nurdin yang telah bertindak sesuka hati menceroboh tanah majikannya.

Setelah isterinya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Tawau, Amiruddin terpaksa meninggalkan dua orang anaknya yang masih kecil dengan jiran kerana beliau terpaksa bergegas ke Lahad Datu untuk mengambil salinan passport dan pas kerja lawatan sementara isterinya di Pejabat Imigresen Lahad Datu.

Namun amat malang kerana Pegawai Imigresen Lahad Datu enggan memberikan sebarang layanan dan meminta Amiruddin menghubungi agensi pekerjaan yang dilantik majikannya untuk sebarang urusan.

“Saya bukan minta apa-apa. Hanya mau surat akuan penerimaan pasport sebagi bukti pasport isteri saya telah diterima Jabatan Imigresen. Tetapi mereka terus mendesak saya menghubungi agensi,” ujar Amiruddin tambah kecewa apabila seorang pegawai di Agensi berkenaan (Sofia) meminta beliau datang tiga hari lagi; sedangkan isterinya ditahan polis secara tidak sah.

Persoalannya kata Amiruddin, kenapa polis Tawau sesuka hati datang menceroboh kebun milik majikannya dan menangkap isterinya tanpa sebarang alasan munasabah dan mengutuk tindakan ‘Barbarian’ polis yang menjadikan isterinya sebagai tawanan atau sebagai tebusan agar beliau tampil menyerah diri sedangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

“Oleh kerana polis datang dan tawan isteri saya, maka saya beri notis sehingga petang esok (rabu) agar polis menghantar kembali isterinya ke Ladang Bukit Tajam atau beliau akan meminta peguam majikannya, Ansari Abdullah memfailkan saman terhadap tiga pegawai polis berkenaan termasuk peguam dan Haji Nurdin serta pekerjanya,” tambah Amiruddin lagi. -s/kini

Monday, May 3, 2010

RAKYAT DI SARAN BERLAKU ADIL KEPADA PIHAK POLIS...TAPI INI APA?


Seorang pelajar kolej cedera malam tadi kerana didakwa ditendang oleh seorang anggota polis yang menyerbu program belia anjuran kerajaan negeri Selangor di Dataran Shah Alam.

Bercakap dalam sidang akhbar di pejabatnya, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertanggungjawab terhadap satu perhimpunan aman.

Beliau mendakwa, mereka datang seolah-olah hendak berperang, dengan tiba-tiba menyerbu tempat tersebut tanpa sebarang amaran.

Mohd Nazrul Anwar Mohamad Adli, 20, yang mengikuti pengajian diploma dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik di Kolej PTPL, adalah antara belia yang menyertai program anjuran kerajaan negeri Selangor itu.

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Azli Yusof yang menganggotai jawatankuasa pengajuran program tersebut berkata beliau terkejut dengan apa yang berlaku malam tadi.

Katanya, program tersebut yang mendapat sambutan menggalakan dari kalangan belia, tamat sekitar waktu tengah malam.

Beliau mendakwa, anggota polis secara tiba-tiba menyerbu ke arah mereka, sambil menendang motosikal mereka yang diletakkan di situ, menyebabkan kumpulan belia itu bertempiaran dari situ.

Ketika itulah, katanya beliau ternampak Mohd Nazrul, dekat Quality Inn, bertembung dengan kereta dan terjatuh.

Menurutnya, Mohd Nazrul bangun dan cuba menunggang motosikalnya, tetapi motosikalnya ditendang oleh seorang anggota polis, menyebabkan dia terlanggar sebuah van yang terletak di situ.

Azli berkata beliau sempat mengambil nama anggota tersebut – seorang konstabel – dan nombor perkhidmatannya.

MKINI

IMPIANKU TELAH TERCAPAI......


Bekas ketua pemuda, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor dan Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini.


Dua lagi yang dilantik ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Ezam (kiri) yang keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008 juga adalah bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau mencuri tumpuan suatu ketika dahulu kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.
Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan PKR tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".


Sementara itu, Palanivel ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia, perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Sunday, May 2, 2010

SUATU CERITA DAN PERISTIWA

Assalammualaikum,

Tamatlah sudah PRK Hulu Selangor P094.....pemenangnya seperti kita tau...UBN menang dengan majoriti 1725 undi. Apalah sangat undi yang diperolehi sebanyak itu kalau nak dibandingkan dengan lebih RM150 juta yang telah ditabur dan dihambur sebagai janji pilihanraya yang juga disebut rasuah pilihanraya. Tetapi ketua gerombolan UBN menafikan ianya adalah rasuah tapi menyatakan ianya ada tanggung jawab kerajaan untuk dilaksanakan kepada rakyat. Piiraaah...kenapa sebelun ini tidak dilaksanakan tanggung jawab tersebut. Setiap kali ada PRK maka setiap kali lah berbagai janji dengan pembangunan dibuat. Oleh kerana itu rakyat la ni ramai yang mendoakan lebih ramai YB2 meninggal. Lebih kerap PRK maka lagi cepat kawasan yang akan diadakan PRK tersebut membangun secara mendadak atau projek macam mee segera. Tapi malangnya terlalu rapatnya masa PRK banyak janji yang tidak tertunai dan terlaksana. Akhirnya rakyat yakni pengundi kawasan tersebut tersebut tertipu dengan janji2 yang dibuat. Seperti yang telah berlaku di Dun Bagan Pinang, Manek Urai dan lain2 tempat. Tetapi sekurang kurangnya rakyat mendapat hak mereka setelah dinafikan sebelum ini. Walau pun Dato' Zaid Ibrahim tewas tapi PKR jelas mendapat pertambahan undi dan sokongan Rakyat. Kita menang disatu Dun dan pasti menang sekiranya 13,868 pengundi tidak di kucar kacirkan tempat pengundian mereka dan hampir 1,200 orang telah dipindahkan oleh SPR ke Tg Malim Perak dan Rawang Selangor malah ada seorang mak cik telah dipindahkan namanya ke Langkawi walau pun seumur hidupnya tidak pernah kesana.

Bagi pengamatan saya sebagai rakyat marhaen juga terbabit dengan PRK P094 di Dun Hulu Bernam ingin menulis dan menyatakan beberapa perkara yang dilalui melalui pengalaman tersebut. Yang nyata mungkin akan menyinggung perasaan beberapa individu dan Pimpinan Parti. Walau pun pahit tetapi perkara ini perlu didedah dan diatasi segera olek pimpinan atasan parti terutamanya DSAI yang telah mencetuskan kesedaran kepada rakyat tetapi oleh kerana mungkin dek jawatan ada yang sanggup membiarkan atau seolah olah mahukan PKR kalah dalam PRK kali ini. Dengan kekalahan ini seolah olah ingin memberi satu isyarat kepada Tan Sri Khalid Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Tapi paling ketara dalam peperangan di Hulu selangor ini adalah peperangan Pilihanraya yang amat berat sebelah. PKR bertanding kalau dalam bahasa kasarnya menggunakan air liur kalau nak dibandingkan dengan gerombolan UBN. PKR berperang dengan ibarat hanya menggunakan senapang patah. Tapi gerombolan UBN menggunakan senjata canggih automatik, M16 siap pelancar bom tangan. Dibantu oleh pasukan berkereta kebal...xcukup dengan itu dibantu pula oleh pasukan alteleri dengan mengebom medan peperangan bertalu talu sambil dibantu oleh tentera diudara dengan helicopter jenis apache yang melancarkan roket dari udara...mana mungkin dalam peperangan sebegini pasukan yang hanya bersenjatakan senapang patah boleh menang dalam pertempuran ini kecuali jika ada keajaipan atau pertolongan dari langit. Walau pun semangat juang membara tetapi oleh kerana kecanggihan dan kelengkapan peperangan pastilah dapat mengalahkan pasukan yang lemah persenjataannya. Begitulah dengan PRK kali ini, gerombolan UBN dibantu oleh setiap komponennya iaitu SPR,polis dan seluruh jabatan yang ada seperti JHEOA, Jabatan Penerangan serta seluruh jentera dan instrumen kerajaan yang ada. Cuma yang pihak gerombolan lupa adalah KEBANGKITAN dan KESEDARAN RAKYAT.....

Berbalik kepada cerita diatas dari pengamatan saya dan rakan2 punca utama yang menyebabkan kekalahan adalah faktor dalaman PKR sendiri. Jentera di Hulu Bernam tidak menjalankan gerak kerja dengan berkesan. Saya tidak mahu menghuraikan di 2 Dun yang lain kerana ketiadaan fakta untuk menjelaskan perkara tersebut. Apa yang saya nampak melalui mata dan pengalaman sendiri di Hulu Bernam adalah jelas. Perkara ini amat mendukacitakan seolah olah ada kerja2 mensabotaj agar kekalahan yang diinginkan.
Bilik Gerakan Penyelaras Dun Hulu Bernam tidak berfungsi malah 3 khemah yang terletak di Cangkat Asa(2 khemah) dan Taman Nakhoda tidak digunakan lansung sehingga 20hb. walau pun telah dipasang seminggu sebelum itu. Selama 3hari selepas penamaan calun semua perbelanjaan dibilik gerakan penyelaras Dun Hulu Bernam menggunakan wang sendiri termasuk pembelian peta kawasan PRK. Lansung tiada sokongan logistik dari negeri. Penyelaras dun pula bukan orang Hulu Bernam dan datang hanya cerita duit pilihanraya tak ada, barang tak ada dan asyik menyalahkan bilik gerakan negeri dan pengarah pilihanraya. Jawatan kuasa hanya ujud pada nama sahaja dan begitu juga disemua JDM. Tiada statistik dan memang tiada jawatankuasa. Hanya 4 JDM dari 15 yang ada dilihat ada jawatankuasa dan mampu merancang serta menghidupkan bilik gerakan.

Tiada aktiviti dibuat sehinggalah hari ke 5 selepas penamaan calun.selepas diambil alih oleh sukarelawan Pasir Salak dari Kampar,Perak. Bilik gerakan diubah ke Kabin di Cangkat Asa.Team inilah mula mengambil alih terus dan memulakan kerja tanpa sokongan dari penyelaras malah disabotaj supaya program gagal. Barulah ada ceramah politik untuk menjelaskan isu semasa kepada pengundi dikawasan tersebut. Kegagalan ketara adalah apabila calun sampai untuk bertemu pengundi pada pagi jumaat tetapi tiada seorang pun pengundi dan penduduk sekitar yang hadir untuk bertemu calun PKR. Alangkah malang dan malunya apabila keadaan ini berlaku yang akhirnya calun terpaksa kekedai makan berhadapan bilik gerakan Dun Hulu Bernam untuk minum bagi memenohi program yang tidak menjadi. Boleh dikatakan tiada lansung pimpinan tempatan dalam bilik gerakan Dun Hulu Bernam. Kalau ada pun seorang dua yang juga sibuk di JDM sendiri atau mungkin sudah dibeli....Jadi bagaimana petugas dan sukarelawan dari luar dapat menyampaikan maklumat dan menifesto parti kepada pengundi. Gerak kerja dirancang dan dilaksanakan oleh orang luar malah semua program ceramah dibantu oleh Tim YDP Kelana Jaya yang menyediakan alat siar raya atau pa sistem bagi progrem ceramah dibuat sambil membantu mencari penceramah. Sekalung tahniah kepada Tim YDP Kelana Jaya bersama petugasnya bekerja sepenuh hati tanpa upah dan habuan.

Begitulah lemahnya organisasi dibilik gerakan Dun Hulu Bernam. Saya tidak tahu kenapa dalam PRK yang sebegini penting boleh berlaku. Penyaluran maklumat kepada para pengundi dikeseluruhan kawasan mengundi tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Akhirnya oleh kerana tiada maklumat yang diberikan terutamanya dikawasan Felda dan kawasan pendalaman yang lain yang majoritinya pengundi melayu tiada pilihan selain mengundi calun gerombolan UBN. Saya yang datang dari luar Selangor tidak faham adakah ini kesilapan dan kelemahan PKR Selangor atau hal ini saja dibuat untuk mensabotaj PRK Hulu Selangor ini dengan tujuan untuk memalukan Pimpinan Negeri. Mana mungkin maklumat dan menifesto dapat disalurkan kepada pengundi jika tiada bantuan dari pimpinan tempatan yang lebih arif tentang persekitaran. Pimpinan tempatan kabarnya bercelaru dan berkelahi sesama sendiri. Aku ada dia tak ada...dia ada aku tak ada. Tak boleh bertentang muka jadi yang hancur PKR sendiri seolah 1 kapal 2 nakhoda. Kapal pun boleh tenggelam. Mana mungkin boleh bertempur dengan gerombolan jika bersituasi begini. Walau kita tahu Dun Hulu Bernam adalah kubu kuat Umngok tapi jika gerak kerja pilihanraya dijalankan dengan efektif dan sempurna PR boleh merobohkan kubu tersebut. Bagi pimpinan PKR Pusat dan Negeri yang lain juga lebih menumpukan di 2 Dun yang lain dan mengabaikan Dun Hulu Bernam. Maklumlah DSAI banyak memberi tumpuan disana. Sepatutnya mereka perlu kerap turun dan memberi tumpuan di Hulu Bernam kerana disinilah Umngok kuat meneburkan propoganda mereka sehinggakan orang melayu yang majoritinya penduduk disini benar2 percaya apa yang dimomokkan oleh Umngok seperti Dato' Zaid adalah kaki botol malahan kaki perempuan juga. Mana mungkin PAS dapat menangkis propoganda tersebut kesaorangan tanpa bantuan dari PKR. Begitu juga dengan kekurangan bahan2 kempen seperti poster dan flyers untuk edaran kepada pengundi dan hanya ada dan sampai si saat2 akhir kempen. Juga kekurangan dana yang cukup ketara lalu perkara ini ditohmahkan bahawa Selangor negeri yang kaya dan diperintah PR tetapi dana untuk pekerja parti dan sukarelawan tidak dibantu dan kalau ada hanyalah ala kadar sahaja....yang bercakap ni orang kuat PKR negeri dabilik gerakan utama. Kadang2 terfikir betul juga.....mana mungkin dalam keadaan sekarang bertempur dengan gerombolan UBN hanya menggunakan semangat,air liur dan keikhlasan tanpa bantuan dana secukupnya.

Saya sempat berbual dengan golongan muda penduduk tempatan. Mereka ini adalah penyokong PR sebenarnya, tetapi oleh kerana peringkat cabang sendiri bercelaru dan setiap JDM dibantu oleh orang luar Hulu Bernam mereka berasa segan dan malu untuk membantu jentera kempen PR. Semangat mereka kuat dan membara tetapi punah akibat perebutan jawatan yang tak seberapa. Mereka juga faham PR tidak membayar upah lumayan untuk kerja pilihanraya tapi sekurang kurangnya memberi mereka semangat dan saguhati berupa barangan parti seperti kemeja t dan topi adalah mencukupi tetapi hampas semuanya tak ada, Kalau ada pun hanyalah barangan lama lebihan dari PRK ditempat lain. Kemeja t bergambarkan calun bertanding pun tidak kelihatan. Adakah hal sebegini sengaja atau dibiarkan tidak diadakan???...amatlah malang bagi PKR tidak menggunakan tenaga anak2 muda ini dan membiarkan mereka menjadi pemerhatu dari jauh sahaja...mana dia Ketua Pemuda PKR yang sepatutnya mengambil inisiatif dengan menganjurkan program untuk anak2 muda yang bersemangat ini agar sama2 mengembeling tenaga untuk berhadapan dengan gerombolan UBN. Malahan boleh dikatakan jentera AMK pusat dab Negeri kaku dan layu di Hulu Bernam. Cukup banyak kelemahan jentera PKR kalau hendak disenaraikan. Cukuplah apa yang dituliskan kerana lagi banyak ditulis lagi banyak pekung dan aib akan keluar dan terdedah. Dan yang nyatanya terdapat unsur2 kurang sihat dari beberapa kerat individu yang tidak menjalankan amanah yang diberikan dengan berkesan. Mereka juga dikelilingi balaci dan kaki bodek dan menyebabkan keberkesanan tumpuan menjadi terbantut. Mereka ini menjadikan PRK tempat mencari tambahan duit poket untuk memenuhi tembolok sendiri.......

Kesimpulannya walau pun jentera PKR ada dan kekuatan jentera PAS lebih menonjol tetapi pos mortem atau bedah siasat perlu dibuat oleh Pimpinan atasan PKR untuk menyiasat adakah perkara mensabotaj parti ini benar2 berlaku kerana dalam pengamatan saya yang marhaen iniperkara tersebut memang ujud walau mungkin tidak disedari oleh mereka. Jentera pilihanraya dibiarkan menjadi lemah sehingga kesaat saat akhir dihari pengundian. Makan minum pekerja parti hanyalah ala kadar sahaja hinggakan mendapat rungutan..aduuuuss....fikir2kan lah wahai Pemimpin atasan PKR!!!. Kalau lah takdir Allah ada lagi PRK selepas ini mungkin ada yang telah serik untuk membantu lagi. Pastikan lah pemimpin yang akan dilantik untuk mengetuai jentera PRK nanti adalah yang betul2 bersemangat dan tidak berkepentingan.....bagi pemimpin Cabang mungkin telah dibeli oleh Umngok tetapi pimpinan negeri yang lain juga perlu disiasat oleh Pimpinan PKR samaada perkara ini banar2 belaku. Kerana ada yang ketawa gembira bila Dato' Zaid di istiharkan kalah dalam pertarungan tersebut malah ada mesej yang dihantar keputusan ini khas untuk Tan Sri Khalid yang mereka panggil Sahak.....

Saya dan rakan2 berpendapat bahawa PRK Hulu Selangor ini telah digunakan oleh orang tertentu dalam PKR Selangor untuk menjatuhkan kepimpinan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor. Rangkaian mereka kuat tetapi mood dan kebangkitan rakyat juga semakin kuat. Andainya jentera pilihanraya kuat saya rasa Dato' Zaid pasti memnangi PRK Hulu Selangor ini. Pengalaman PRK Hulu selangor juga mengajar saya dan rakan2 beserta dengan Ketua Y team kami menjadi pejuang tulen yang bekesan. Terima kasih atas sokongan perbadi Naib Presiden Sdr. Mustafa Kamil Ayub, YB Suhaimi dan Zakaria dan Yahya Sahri disepanjang saya dan rakan2 melaksanakan tugas sukarelawan PRK....walau pun kami tahu selepas ini dah ada orang yang bersedia untuk menjadi MB Selangor. Juga PR Selangor juga wajiblah bersedia untuk PRU umum yang ke 13 kerana pihak Gerombolan telah sedia untuk mengambil alih Selangor dari Pakatan Rakyat dengan bantuan SPR...Lebih 300ribu pengundi baru akan didaftarkan untuk kerja kerja tersebut....TAK PERCAYA????....Tunggulah PROJEK TAWAN SELANGOR mereka!!!

Wallahualam

Lawan Tetap Lawan


Jin Brabus

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

Agenda Ekonomi Malaysia berpaksi diatas keadilan untuk semua. Yang disanggah dinegara ini adalah kerana limpahan kekayaan ekonomi hanya dinikmati oleh segelintir dan meminggirkan majorti rakyat terutama golongan pekerja.

Justeru tibanya tarikh 1hb Mei, merupakan peringatan kepada kita untuk mendakap serta meraikan kemanusiaan, keadilan dan tuntas berusaha menjadi yang terbaik. Kini ianya tidak lagi sekadar berkisar perjuangan para pekerja, bahkan juga seputar tuntutan kemajuan ekonomi seimbang dan adil. Kekayaan negara menumpuk bukanlah bererti khazanah negara milik pemerintah dan keluarga mereka sahaja. Kita tidak mampu melangkah jauh jika kemiskinan dan ketidakadilan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Pakatan Rakyat tuntas menegaskan bahawa semua rakyat Malaysia walau apapun ras dan kepercayaannya berhak untuk bersama-sama mengecap peluang serta membina kembali negara ini dari kelembapan ekonomi yang melanda.

ANWAR IBRAHIM

PENGUNDI DI HULU SELANGOR TAK PUAS HATI


Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.


"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.