SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, May 5, 2010

POLIS TAWAN ISTERI SAYA


Seorang Warga Indonesia, Amiruddin Goeng, 40, bimbang isterinya, Singka Binti Benda, 33, diculik oleh tiga orang anggota polis berpakaian preman...

dan bersenjata automatik yang menjadikan isterinya sebagai 'tebusan' agar beliau menyerah diri di Balai Polis Tawau.


Menurut Amiruddin, isteri beliau telah ditangkap namun tidak digari polis yang mengiringi seorang peguam dan seorang penceroboh tanah bernama Haji Nurdin Larossa dan seorang pekerjanya.

“Jiran beritahu bahawa Pengurus Ladang Bukit Tajam, Sudin telah menggunakan mikrofon ketika temasya sukan Ladang Bukit Tajam di Kunak meminta isteri saya tampil dan mengikuti polis tanpa menyatakan sebarang kesalahan atau pertuduhan,” ujar Amiruddin yang memberitahu ketika isterinya ditangkap, beliau sedang membeli barangan runcit di sebuah kedai di Ladang Bukit Tajam.

Amiruddin yang cuba mengejar kenderaan polis yang membawa isteri beliau akhirnya terkedu apabila berjaya menghubungi isterinya setelah isterinya tiba di Balai Polis Tawau; namun tidak dapat bertanya apa-apa kerana polis yang menangkap isterinya terus merampas telefon bimbit dan memberitahu, jika Amiruddin mau isterinya selamat, sila serahkan diri di Balai Polis Tawau.

“Apakah isteri saya dijadikan tebusan sedangkan dia tidak tahu apa-apa? Kenapa polis lelaki boleh membawa perempuan yang tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau menggugat keselamatan Negara,” ujar Amiruddin yang mendedahkan polis berkenaan enggan memperkenalkan dirinya walaupun didesak berkali-kali melalui telefon milik isterinya.

Sehubungan itu, Amiruddin mendesak agar Konsul Indonesia di Tawau bertindak segera membebaskan isterinya, Singka Bte Benda yang memegang passport Indonesia bernombor AL 970961 daripada tahanan polis tanpa sebarang pertuduhan atau reman oleh Polis Tawau.

“Apa salah isteri saya? Haji Nurdin penceroboh tanah majikan saya. Dia tidak boleh guna undang-undang sendiri dan memperdaya serta menyewa polis untuk masuk campur dalam pertikaian tanpa sebarang injunksi mahkamah,” tanya Amiruddin yang kesal kerana peguam bernama Hamid menyebelahi Haji Nurdin yang telah bertindak sesuka hati menceroboh tanah majikannya.

Setelah isterinya ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Tawau, Amiruddin terpaksa meninggalkan dua orang anaknya yang masih kecil dengan jiran kerana beliau terpaksa bergegas ke Lahad Datu untuk mengambil salinan passport dan pas kerja lawatan sementara isterinya di Pejabat Imigresen Lahad Datu.

Namun amat malang kerana Pegawai Imigresen Lahad Datu enggan memberikan sebarang layanan dan meminta Amiruddin menghubungi agensi pekerjaan yang dilantik majikannya untuk sebarang urusan.

“Saya bukan minta apa-apa. Hanya mau surat akuan penerimaan pasport sebagi bukti pasport isteri saya telah diterima Jabatan Imigresen. Tetapi mereka terus mendesak saya menghubungi agensi,” ujar Amiruddin tambah kecewa apabila seorang pegawai di Agensi berkenaan (Sofia) meminta beliau datang tiga hari lagi; sedangkan isterinya ditahan polis secara tidak sah.

Persoalannya kata Amiruddin, kenapa polis Tawau sesuka hati datang menceroboh kebun milik majikannya dan menangkap isterinya tanpa sebarang alasan munasabah dan mengutuk tindakan ‘Barbarian’ polis yang menjadikan isterinya sebagai tawanan atau sebagai tebusan agar beliau tampil menyerah diri sedangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

“Oleh kerana polis datang dan tawan isteri saya, maka saya beri notis sehingga petang esok (rabu) agar polis menghantar kembali isterinya ke Ladang Bukit Tajam atau beliau akan meminta peguam majikannya, Ansari Abdullah memfailkan saman terhadap tiga pegawai polis berkenaan termasuk peguam dan Haji Nurdin serta pekerjanya,” tambah Amiruddin lagi. -s/kini

No comments: