SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, January 19, 2011

GOBALA DI PERASMIAN PARTI 'KITA'


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

Antara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

Monday, January 17, 2011

AZMAN NASRUDIN KETUA AMK KEDAH?


Menyingkap kembali sejarah AMK KEDAH daripada pada zaman gelap ke zaman cerah,AMK KEDAH telah menghiasa sejarah PARTI KEADILAN KEDAH sehingga hari ini.Sejarahnya cukup hebat,kerana AMK KEDAH dahulunya di barisan oleh individu2 yang sama2 menubuhkan PKN(PKR).AMK KEDAH juga termasuk di dalam lipatan sejarah apabila melalui zaman-zaman getir sehinggalah ke hari ini.

Watak-watak yang mengetui AMK KEDAH tidak kurang hebat dan kontroversinya.Apa yang saya ingat KETUA AMK KEDAH pernah di di ketuai oleh ZAMIL IBRAHIM,iaitu seorang yang lama dengan PKR.Tetapi sayang karam bersama KAPAL EZAM,selepas itu jawatan KETUA AMK KEDAH juga diisi oleh KHAIRUL ANUAR RAMLI namun jalan ceritanya sama dengan ZAMIL IBRAHIM.Mereka ini juga ada sumbangan tetapi pengaruh EZAM ketika itu membuatkan mereka lupa akan perjuangan.Pada PRU 12 KHAIRUL ANUAR RAMLI juga pernah menjadi CALON BEBAS di DUN KULIM tetapi kalah kepada LIM SOO NEE calon PKR.

Setelah KHAIRUL juga mengikut jejak kawan-kawannya yang lain,maka muncullah penggantinya yang memberi sinar harapan untuk AMK KEDAH terus menghadapai arus semasa duni politik tanah air,iaitu SAIFUL IZHAM RAMLI seorang peguam dan salah seorang peguam DSAI ketika perbicaraan kes LIWAT yang pertama.Lantaran itu AMK KEDAH terus bergerak tanpa menoleh ke belakang sehingga ke saat ini,ketika PRK BUKIT SELAMBAU,AMK KEDAH antara tulang belakang di dalam proses kempen yang akhirnya PKR MENANG dengan majoriti yang baik.Kini SAIFUL IZHAM telah mengundurkan diri sebagai KETUA AMK KEDAH,dengan alasan ingin menumpukan perhatian di CABANG MERBOK memandangkan beliau KETUA CABANG.

Kini masih menjadi teka teki siapakan pengganti SAIFUL IZHAM,di khabarkan pula hari jumaat yang akan datang baru di keluarkan senarai ketua-ketua amk negeri.Banyak rungutan dan tekanan agar AZMAN NASRUDIN di lantik sebagai KETUA AMK KEDAH yang baru.Kelihatan tidak semudah yang di jangka kerana keputusan terletak di tangan KETUA AMK PUSAT itu sendiri.Bukan menjadi rahsia kerana AMK KEDAH rata-ratanya menyokong CHEGU BARD ketika pemilihan lalu,mungkin kali ini bukan rezeki CHEGUBARD dan tempias kepada penyokongnya tetap ada,itulah dunia politik hari ini.

Sehingga sekarang tiada lagi pengumuman rasmi tentang siapakah KETUA AMK KEDAH yang baru.Sama-sama kita tunggu dan lihat apakan kesudahannya..

LAWAN TETAP LAWAN

HIDUP HARAPAN

Sunday, January 16, 2011

TERKINI..

SUAMI KEPADA CALON PRK TENANG PUAN NORMALA TELAH DI ARAHKAN BERTUKAR DENGAN NOTIS 24JAM,SUAMI BELIAU SEORANG GURU DI LABIS DI TUKAR KE JOHOR BARU.....UMNO SEMAKIN KRITIKAL..PERMULAAN BAIK UNTUK PR

SAH CALON WANITA DARI PAKATAN RAKYAT


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

CALON PRK TENANG...

Saturday, January 15, 2011

JANJI 100 HARI PR MEMERINTAH:ELAUN KEPADA PENGANGGUR

Umno kini kelihatan fobia dan takut akan BUKU JINGGA yang di perkenalkan PR.Jika di nilai dan di hadamkan isi kandungan di dalam buku tersebut nescaya para pengundi akan menolak BARISAN NASIONAL pada pru 13.Ini yang menakutkan UMNO dan BARISAN NASIONAL.Tidak cukup dengan itu di khabarkan akan ada tindakkan membakar buku jingga oleh PEMUDA UMNO untuk menunjukkan rasa tidak puas hati.

Lucu melihat gelagat mereka ini salah tk tumpah seperti cacing kepanasan.Kebimbangan UMNO dengan isi kandungan BUKU JINGGA ini menggambarkan bahawa mereka akan berkubur selepas ini.Kenapa umno terlalu takut akan BUKU JINGGA ini? kerana tawaran yang di buat PAKATAN RAKYAT untuk rakyat sukar di tolak oleh pengundi,jesteru itu mereka menyerang habis habisan untuk memperburukkan JANJI 100 HARI JIKA PR MEMERINTAH.

Saya mengambil satu point untuk di kongsi bersama,antara JANJI PAKATAN RAKYAT SEKIRANYA DAPAT MENWAN PUTRAJYA iaitu KERAJAAN PR akan menyara setiap perkerja yang di berhentikan kerja mahupun yang gagal mendapatkan kerja.Maksudnya KERAJAAN PR akan memberi elaun bulanan kepada setiap individu yang tidak bekerja ataupun isi rumah sehingga mereka mendapat pekerjaan semula.Perkara sebegini telah di lakukan di banyak negara BARAT dengan menanggung kos asas rakyat yang tidak bekerja.Di USA juga menjalankan tindakkan tersebut agar rakyatnya dapat hidup dan tidak menjadi kebulur kerana ketiadaan wang.

Ini adalah impian rakyat MALAYSIA,MAHUKAN SEBUAH KERAJAAN YANG PRIHATIN serta mengutamakan rakyat.Bukan hanya slogan ONE MALAYSIA RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN.Selama kerajaan BN MEMERINTAH HAMPIR 53 TAHUN,tidak ada sebarang tawaran yang di berikan kepada rakyat sebegini rupa.Rakyat mesti terpesona dengan PR yang menjanjikan pembelaan seluruh RAKYAT MALAYSIA.Ini belum di sentuh point pemberian elaun RM500 setiap bulan kepada guru di seluruh negara dan tidak di sentuh point penghapusan TOL dan mengembalikan tanah felda kepada anak2 peneroka iaitu generasi ke 2 dan ke 3.UMNO menjadi cacing kepanasan melihat segalam kemempuan PR mentadbir SELANGOR,KEDAH,PP DAN KELANTAN dengan jayanya.

Sudahlah UMNO,busuk dari atas sampai bawah

HIDUP HARAPAN

Friday, January 14, 2011

PADANG SERAI TERUS MENANGGUNG DERITA


Episod-episod duka perjalanan politik PADANG SERAI nampaknnya semakin seperti tiada penghujung.PARLIMEN PADANG SERAI juga tidak lekang daripada kenangan manis PRK LUNAS tahun 2000 yang memeprlihatkan kemenangan PKN(PKR)ketika itu.Memandangkan calon PKR yang menang adalah YB SAIFUDIN NASUTION ia memberi kesan yang mendalam terhadap pengundi kawasan LUNAS dan keseluruhan PADANG SERAI.Masuk tahun 2004 PADANG SERAI mula di landa derita apabila KETUA BAHAGIAN(CABANG) PARTI KEADILAN NASIONAL(PKR)ketika itu mengumumkan KELUAR PARTI selepas BA kalah teruk.Kerusi PARLIMEN PERMATANG PAUH menjadi PARLIMEN TUNGGAL pada PRU 11.

Tiba tahun 2008 ceritanya sedikit berbeza,mimpi indah PARLIMEN PADANG SERAI di sentap oleh YB RADZI SALLEH iaitu ADUN LUNAS juga mengikut jejak langkah KELUAR PKR.Di tambah pula KETUA BAHAGIAN PKR PADANG SERAI juga turut serta ketika PRK BUKIT SELAMBAU sedang rancak berlansung.Isu pemilihan calon DUN LUNAS pada tahun 2008 telah mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan ada individu di pecat serta di fitnah.Kini apa yang berlaku sekarang menjadi tauladan yang berguna kepada pimpinan PKR KEDAH yang baru supaya berwaspada dengan MUSANG BERBULU AYAM.Yang menarik untuk di perkatakan segala apa yang berlaku sudah di duga oleh kumpulan yang menentang YB RADZI SALLEH UNTUK DI ANGKAT MENJADI CALON,tetapi sayang ada pihak yang termakan gula-gula bekas KETUA BAHAGIAN(CABANG).Apakan daya telahan mereka itu semuanya betul dan tepat sekali.


Isu AHLI PARLIMEN PADANG SERAI yang hangat SELEPAS PEMILIHAN 2010 menambah duka pengundi PADANG SERAI.Kita juga jangan terlupa CALON PARLIMEN PADANG SERAI PRU 12 juga mendapat restu KETUA BAHAGIAN yang dahulu,kini impak dan kesannya sampai ke hari ini dan saat ini.PARLIMEN PADANG SERAI tidak pernah sunyi dengan kontroversi,ini berlaku kerana ada pihak yang sukar menerima nasihat dan teguran.

KETUA BAHAGIAN(CABANG) YANG MERESTUI ADUN LUNAS: KELUAR PARTI
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN(CABANG) : KELUAR PARTI
ADUN LUNAS RADZI SALLEH : KELUAR PARTI
MP PADANG SERAI? : ????????????