Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Monday, January 17, 2011
AZMAN NASRUDIN KETUA AMK KEDAH?
Menyingkap kembali sejarah AMK KEDAH daripada pada zaman gelap ke zaman cerah,AMK KEDAH telah menghiasa sejarah PARTI KEADILAN KEDAH sehingga hari ini.Sejarahnya cukup hebat,kerana AMK KEDAH dahulunya di barisan oleh individu2 yang sama2 menubuhkan PKN(PKR).AMK KEDAH juga termasuk di dalam lipatan sejarah apabila melalui zaman-zaman getir sehinggalah ke hari ini.
Watak-watak yang mengetui AMK KEDAH tidak kurang hebat dan kontroversinya.Apa yang saya ingat KETUA AMK KEDAH pernah di di ketuai oleh ZAMIL IBRAHIM,iaitu seorang yang lama dengan PKR.Tetapi sayang karam bersama KAPAL EZAM,selepas itu jawatan KETUA AMK KEDAH juga diisi oleh KHAIRUL ANUAR RAMLI namun jalan ceritanya sama dengan ZAMIL IBRAHIM.Mereka ini juga ada sumbangan tetapi pengaruh EZAM ketika itu membuatkan mereka lupa akan perjuangan.Pada PRU 12 KHAIRUL ANUAR RAMLI juga pernah menjadi CALON BEBAS di DUN KULIM tetapi kalah kepada LIM SOO NEE calon PKR.
Setelah KHAIRUL juga mengikut jejak kawan-kawannya yang lain,maka muncullah penggantinya yang memberi sinar harapan untuk AMK KEDAH terus menghadapai arus semasa duni politik tanah air,iaitu SAIFUL IZHAM RAMLI seorang peguam dan salah seorang peguam DSAI ketika perbicaraan kes LIWAT yang pertama.Lantaran itu AMK KEDAH terus bergerak tanpa menoleh ke belakang sehingga ke saat ini,ketika PRK BUKIT SELAMBAU,AMK KEDAH antara tulang belakang di dalam proses kempen yang akhirnya PKR MENANG dengan majoriti yang baik.Kini SAIFUL IZHAM telah mengundurkan diri sebagai KETUA AMK KEDAH,dengan alasan ingin menumpukan perhatian di CABANG MERBOK memandangkan beliau KETUA CABANG.
Kini masih menjadi teka teki siapakan pengganti SAIFUL IZHAM,di khabarkan pula hari jumaat yang akan datang baru di keluarkan senarai ketua-ketua amk negeri.Banyak rungutan dan tekanan agar AZMAN NASRUDIN di lantik sebagai KETUA AMK KEDAH yang baru.Kelihatan tidak semudah yang di jangka kerana keputusan terletak di tangan KETUA AMK PUSAT itu sendiri.Bukan menjadi rahsia kerana AMK KEDAH rata-ratanya menyokong CHEGU BARD ketika pemilihan lalu,mungkin kali ini bukan rezeki CHEGUBARD dan tempias kepada penyokongnya tetap ada,itulah dunia politik hari ini.
Sehingga sekarang tiada lagi pengumuman rasmi tentang siapakah KETUA AMK KEDAH yang baru.Sama-sama kita tunggu dan lihat apakan kesudahannya..
LAWAN TETAP LAWAN
HIDUP HARAPAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment