SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, January 14, 2011

PADANG SERAI TERUS MENANGGUNG DERITA


Episod-episod duka perjalanan politik PADANG SERAI nampaknnya semakin seperti tiada penghujung.PARLIMEN PADANG SERAI juga tidak lekang daripada kenangan manis PRK LUNAS tahun 2000 yang memeprlihatkan kemenangan PKN(PKR)ketika itu.Memandangkan calon PKR yang menang adalah YB SAIFUDIN NASUTION ia memberi kesan yang mendalam terhadap pengundi kawasan LUNAS dan keseluruhan PADANG SERAI.Masuk tahun 2004 PADANG SERAI mula di landa derita apabila KETUA BAHAGIAN(CABANG) PARTI KEADILAN NASIONAL(PKR)ketika itu mengumumkan KELUAR PARTI selepas BA kalah teruk.Kerusi PARLIMEN PERMATANG PAUH menjadi PARLIMEN TUNGGAL pada PRU 11.

Tiba tahun 2008 ceritanya sedikit berbeza,mimpi indah PARLIMEN PADANG SERAI di sentap oleh YB RADZI SALLEH iaitu ADUN LUNAS juga mengikut jejak langkah KELUAR PKR.Di tambah pula KETUA BAHAGIAN PKR PADANG SERAI juga turut serta ketika PRK BUKIT SELAMBAU sedang rancak berlansung.Isu pemilihan calon DUN LUNAS pada tahun 2008 telah mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan ada individu di pecat serta di fitnah.Kini apa yang berlaku sekarang menjadi tauladan yang berguna kepada pimpinan PKR KEDAH yang baru supaya berwaspada dengan MUSANG BERBULU AYAM.Yang menarik untuk di perkatakan segala apa yang berlaku sudah di duga oleh kumpulan yang menentang YB RADZI SALLEH UNTUK DI ANGKAT MENJADI CALON,tetapi sayang ada pihak yang termakan gula-gula bekas KETUA BAHAGIAN(CABANG).Apakan daya telahan mereka itu semuanya betul dan tepat sekali.


Isu AHLI PARLIMEN PADANG SERAI yang hangat SELEPAS PEMILIHAN 2010 menambah duka pengundi PADANG SERAI.Kita juga jangan terlupa CALON PARLIMEN PADANG SERAI PRU 12 juga mendapat restu KETUA BAHAGIAN yang dahulu,kini impak dan kesannya sampai ke hari ini dan saat ini.PARLIMEN PADANG SERAI tidak pernah sunyi dengan kontroversi,ini berlaku kerana ada pihak yang sukar menerima nasihat dan teguran.

KETUA BAHAGIAN(CABANG) YANG MERESTUI ADUN LUNAS: KELUAR PARTI
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN(CABANG) : KELUAR PARTI
ADUN LUNAS RADZI SALLEH : KELUAR PARTI
MP PADANG SERAI? : ????????????

No comments: