SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, February 26, 2009

KENAPA TIDAK BOLEH MASUK SARAWAK?


Kenapa kebanyakkan pemimpin PR di halang masuk ke SARAWAK?adakah BN sudah takut?tindakkan yang sebegini sebenarnya akan lebih memburukkan imej BN itu sendiri. Pada sesi PARLIMEN semalam MP BATANG SADOR telah mengatakan"rakyat sarawak tidak perlu di ajar tentang perpaduan,kami semua telah lama hidup sebumbung di bawah BN".Ini adalah kenyataan yang bongkak dan pengecut.Kenapa perlu halang?jika kita merasakan semua tindakkan ke atas RAKYAT SARAWAK itu betul kenapa perlu halang.Mungkin BN SARAWAK SUDAH KEPANASAN.Melihat sambutan luar biasa orang SARAWAK terhadap program PR menyebabkan BN terus gelisah.Melihatkan keadaan RAKYAT SARAWAK di pendalaman sungguh menyedihkan,apabila mengenangkan propaganda BN yang mengatakan SARAWAK MAJU adalah retorik .BN telah memerintah negeri SARAWAK TELAH LAMA namun tiada apa yang perlu di banggakan yang ada cuma KONTRAK untuk kroni-kroni KM SARAWAK.


PR membawa suatu acuan politik cara baru yang dapat di terima oleh seluruh rakyat MALAYSIA.Kita menolak politik perkauman yang sempit.Khususnya parti PKR yang menghidangkan acuan politik cara baru dan meruntuhkan tembok perkauman.Rakyat SARAWAK telah lama di perbodohkan oleh pemerintah BN.JANGAN TERKEJUT JIKA PR MEMERINTAH SARAWAK..LAWAN TETAP LAWAN.

Monday, February 23, 2009

GAMBAR INI CERITAKAN SEGALANYA





Pertama kali aku sebagai seorang insan yang waras merasa sedih akan melihat gambar ini.Sedih bukan kerana NIZAR keluar dari rumah rasmi tetapi sedih kerana UMNO TERLALU HINA DAN TAMAKKAN KUASA.Sehingga sanggup membelakangi perlembagaan,jika peraturan boleh di gilis apa pula nasib rakyat di bawah .Adakah masih ada harapan untuk di harapkan kepada KERAJAAN BN ini?Jawapannya semstinya tidak dan selamanya tidak untuk BN
UMNO terlalu tamak dan gila kuasa,sememangnya kuasa itu berhantu.
Manusia jIKA mendapat kuasa selalunya ia akan lalai dan bangga.Ini yang kita tidak mahu TERJADI kepada mana-mana pemipin yang mewakili PR atau parti politik di dlam PR sekali pun. Kerana kuasa orang yang sepatutnya masih kekal sebagai MB tetapi di nafikan demi KUASA.Di rampas dengan cara kotor lagi di hina tetapi BN masih tersenyum sampai ke telinga.
Negeri PERAK sebenarnya sedikit untung kerana MB HARAM ini adalah bekas reformasi 1998.Jadi ini bermaksud yang menjadi MB pun pernah derhaka kepada UMNO.Tidak hairan la jika PM KE 6 ini adalah orang yang pernah derhaka dan ketika ini menentang UMNO.ADAKAH NAJIB PERNAH BERPALING TADAH DARI UMNO?jika jawapannya tidak,maka orang lain lah yang akan menjadi PM KE 6.
Semoga kejadian ini menjadi satu sejarah politik PERAK dan MALAYSIA.Kita boleh cerita kepada ank cucu kita nanti bahawa UMNO lah yang gila kuasa.Biar anak cucu kita tidak pernah lihat lambang UMNO,jika mereka ingin melihat lambang UMNO pergilah ke MUZIUM PURBA.


Sunday, February 22, 2009

PDRM SEMAKIN MAJU




imej from bagindareformasi.blogspot.com

Ini mungkin kereta polis yang terbaru,model MITSUBISHI EVO 10.Semoga dengan kereta baru ini pihak polis dapat menangkap penjenyah dengan cepat dan tuntas.Pada bulan MAC ini para perasuah akan berkumpul di KUALA LUMPUR.Untuk memilih siapa yang akan menjadi ketua perasuah,timbalan ketua perasuah dan exco perasuah.

PANASSSSSSSSSSSSSSSS....


Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students.""Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)dipetik http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/02/anak-pengerusi-sprm-ditangkap.html

Saturday, February 21, 2009

NAMA BARU (MACC)

Adalah dimashorkan kepada seluruh rakyat bahawa Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) kini dikenali sebagai “Malaysian Agency for Car and Cows” (MAAC ).Menurut Saudara Lim Kit Siang dalam blog beliau, nama ini diubah kerana badan rasuah ini kelihatan telah begitu cekap dan amat dinamik sekali dalam hal memintas lembu dan menangkap kereta.Lembu dan kereta telah di takrif oleh MACC sebagai penjenayah rasuah numero uno. Lembu-lembu dan kereta-kereta mengikut MACC sedang mengamalkan perangai rasuah yang tidak terhingga. Rasuah ini boleh memandulkan perkembangan ekonomi global.Justeru rakyat saentero negeri diberitahu jika ternampak lembu naik kereta atau kereta naik lembu sila laporkan dengan segera kepada lembaga lembu ini.(TT)

MENGAPA PERLU CALON YANG KALIS RASUAH?


Sebut sahaja mengenai calon aku fobia.Bukan fobia takut nak kempen tetapi takut nak melihat siapa calon.Pada PRU 12 pengalaman cukup bermakna mengenai calon.Berbagai tektaik di gunakan untuk menaikkan wakil sesetengah kumpulan untuk di calonkan.Sekarang tiba masa untuk menentukan calon PRK BUKIT SELAMBAU dan BUKIT GANTANG.Sikap pelobi-pelobi kadang-kadang sungguh memualkan dan nak termuntah.Ada yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat nak jadi calon tercapai,sehinggakan ada pula sanggup menipu.Ada pula yang sanggup menipu mengenai kelulusan MASTER,siap kerja macam-macam hingga mempunyai banyak sumber kewangan pencen.MENGAPA PERLU CALON KALIS RASUAH?ini kerana selepasPRU 12 sememangnya ada masalah yang timbul.Sejauh mana kebenaran kita tidak pasti tetapi kita perlu berhati-hati dalam isu ini.Kita perlu menjaga nama parti yang utama.Jika kita memilih calon yang mempunyai rekod yang tidak baik ia akan memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada parti dan juga kerajaan negeri .Calon yang mempunyai prinsip serta ketahanan dan telah diuji layak untuk menjadi calon.Ketika PRU 12 calon-calon yang di ketengahkan di KEDAH oleh PR TERUTAMANYA BANYAK YANG TURUN DARI GUNUNG.Bermaksud calon yang selama ini hanya melihat tetapi tidak bersama dalam perjuangan.Melihat dari gunung yang tinggi tanpa bersama-sama berusaha dan berjuang.Apabila calon-calon dari gunung ini telah menang, menimbulkan masalah.Calon yang mempunyai prinsip perjuangan selalunya tidak menimbulkan masalah,yang masalahnya calon yang datang dari gunung.Terdapat juga sesetengah pihak yang terlalu mengambil pendekatan kroni(cabel)untuk menaikkan seseorang calon khussunya di KEDAH.Golongan ini terdiri daripada golongan yang dahulu di dalam UMNO masuk PKR.Kebanyakkannya mereka ini berada di saluran satu dan dua ketika pilihanraya.Akhir sekali cabel makan tuan ini yang menarik,apabila berlaku masalah calon mereka buat hal, semua buat tak tahu dan cuci tangan dan buat-buat bodoh tak tahu.Kini calon untuk N25BUKIT SELAMBAU perlu di teliti ,faktor KALIS RASUAH cukup penting untuk memenangkan PR kali ini.Tidak kira calon INDIA atau MELAYU tetapi yang utama dan penting KALIS RASUAH dan jangan terlalu cabel(kroni).Rakyat melihat semua faktor untuk memilih pemimpin, pemimpin haruslah peka tentang masalah ini.Kita sebagai orang bawahan tetap akan melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan.LAWAN TETAP LAWAN.

Thursday, February 19, 2009

HARI-HARI YANG MEMENINGKAN NAJIB TELAH BERMULA

Bermulalah episod seorang MB 786 di gantung.Bukan di hukum gantung tetapi di gantung dari menghadiri SIDANG DUN NEGERI PERAK selama 18 bulan,manakala EXCO-EXCO perasan telah di gantung selama 12 bulan.Ini yang di namakan senjata makan tuan.Segala taktik dan penipuan BN di chekmate oleh speaker DUN PERAK dengan satu tindakkan sahaja.Sememangnya bodoh apabila hendak menggulingkan sesuatu kerajaan tak pastikan terlebih dahulu kuasa speaker DUN.Hukuman ini termaktub di dalam undang-undang DUN PERAK.Speaker menjalankan tugas mengikut undang-undang bukan cacamerba macam BN LAKUKAN.Malu lah jawabnya,hendak jalankan tugas nanti di baling kasut oleh rakyat PERAK.Kan susah,begitulah jika pakar strateginya adalah berasal dari PEKAN PAHANG.Dengar khabar pula ADUN BOTA dan JELAPANG MAHU MELETAKKAN JAWATAN.Fuhhhh caya la beb mintak-mintak la benar belako.Ada pula berita mengatakan ROMBONGAN UMNO akan mengadap RAJA MUDA untuk membubarkan DUN PERAK.Dahulu UMNO yang tak nak bubar DUN sekarang pergi merayu pulak.MB 786 pun di gantung dari sidang DUN,inikan nak bubar DUN pulak macam mana nie.Pening orang PERAK yang UMNO nie.Kes altantuya pula akan di putuskan sama ada SIRUL dan AZILAH bersalah atau tidak.Ini satu keadaan yang sungguh mendebarkan bagi ISTERI ROSMAH.Keadaan sekarang PAK LAH relaks saja,dari satu sumber bahawa buku lawatan PAKL LAH dan atur program untuk PAK LAH BERLANJUTAN HINGGA BULAN 8 2009.Ini sungguh menarik,siapa MB KE 6 jika bukan NAJIB?KHAIRY KE?atau orang senegeri dengan PAK LAH.Ini antara perkara yang merimaskan ISTERI ROSMAH untuk di lalui di dalam satu dua bulan akan datang.PRK BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU juga MERESAHKAN ISTERI ROSMAH.Ini semua akan menjadi kayu pengukur prestasi ISTERI ROSMAH untuk melayakkan menjadi PM KE 6 MALAYSIA.Sama-sama kita lihat apa akan jadi pada bulan 3 nanti.