SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Sunday, February 22, 2009

PANASSSSSSSSSSSSSSSS....


Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students.""Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)dipetik http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/02/anak-pengerusi-sprm-ditangkap.html

No comments: