SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, February 21, 2009

MENGAPA PERLU CALON YANG KALIS RASUAH?


Sebut sahaja mengenai calon aku fobia.Bukan fobia takut nak kempen tetapi takut nak melihat siapa calon.Pada PRU 12 pengalaman cukup bermakna mengenai calon.Berbagai tektaik di gunakan untuk menaikkan wakil sesetengah kumpulan untuk di calonkan.Sekarang tiba masa untuk menentukan calon PRK BUKIT SELAMBAU dan BUKIT GANTANG.Sikap pelobi-pelobi kadang-kadang sungguh memualkan dan nak termuntah.Ada yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat nak jadi calon tercapai,sehinggakan ada pula sanggup menipu.Ada pula yang sanggup menipu mengenai kelulusan MASTER,siap kerja macam-macam hingga mempunyai banyak sumber kewangan pencen.MENGAPA PERLU CALON KALIS RASUAH?ini kerana selepasPRU 12 sememangnya ada masalah yang timbul.Sejauh mana kebenaran kita tidak pasti tetapi kita perlu berhati-hati dalam isu ini.Kita perlu menjaga nama parti yang utama.Jika kita memilih calon yang mempunyai rekod yang tidak baik ia akan memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada parti dan juga kerajaan negeri .Calon yang mempunyai prinsip serta ketahanan dan telah diuji layak untuk menjadi calon.Ketika PRU 12 calon-calon yang di ketengahkan di KEDAH oleh PR TERUTAMANYA BANYAK YANG TURUN DARI GUNUNG.Bermaksud calon yang selama ini hanya melihat tetapi tidak bersama dalam perjuangan.Melihat dari gunung yang tinggi tanpa bersama-sama berusaha dan berjuang.Apabila calon-calon dari gunung ini telah menang, menimbulkan masalah.Calon yang mempunyai prinsip perjuangan selalunya tidak menimbulkan masalah,yang masalahnya calon yang datang dari gunung.Terdapat juga sesetengah pihak yang terlalu mengambil pendekatan kroni(cabel)untuk menaikkan seseorang calon khussunya di KEDAH.Golongan ini terdiri daripada golongan yang dahulu di dalam UMNO masuk PKR.Kebanyakkannya mereka ini berada di saluran satu dan dua ketika pilihanraya.Akhir sekali cabel makan tuan ini yang menarik,apabila berlaku masalah calon mereka buat hal, semua buat tak tahu dan cuci tangan dan buat-buat bodoh tak tahu.Kini calon untuk N25BUKIT SELAMBAU perlu di teliti ,faktor KALIS RASUAH cukup penting untuk memenangkan PR kali ini.Tidak kira calon INDIA atau MELAYU tetapi yang utama dan penting KALIS RASUAH dan jangan terlalu cabel(kroni).Rakyat melihat semua faktor untuk memilih pemimpin, pemimpin haruslah peka tentang masalah ini.Kita sebagai orang bawahan tetap akan melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan.LAWAN TETAP LAWAN.

No comments: