Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Sunday, March 30, 2008
AUKU
Adakah AUKU(AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ)patut di kekalkan?pada pendapat saya ada beberapa faktor memerlukan akta ini perlu di mansuhkan.Sebab yang asas bagi saya bertujuan mematangkan pelajar serta mendedahkan mereka kepada arus semasa yang sedang berlaku.Kita sendiri dapat lihat betapa takutnya sesetangah pelajar untuk mengambil tahu tentang politik,ini memberi suatu gambaran yang kurang sihat untuk generasi hadapan bagi memimpin negara pada masa yng akan datang.Apabila AUKU di mansuhkan menyebabkan para pelajar dapat mendekatkan diri dengan acara persatuan dengan secara tak langsung dapat mendekatkan mereka dengan arus politik semasa tanah air,inilah pewaris kita untuk membela negara di mata dunia,adakah kita menghasilkan pelajar yang kurang pengetahuan tentang arus semasa?bagi saya ini amat merugikan kita dan juga negara khususnya.Minda seorang pelajar perlu kreatif dan kritis untuk berhadapan dunia yang global pada masa kini memerlukan ketahanan dari segi minda dan kefahaman tentang arus semasa di malaysia dan di dunia.Saya tak terkejut sekiranya ada pelajar yang tak tahu siapakah perdana menteri AUSTRALIA,saya tak terkrjut sekiranya ada pelajar tak tahu apakah fungsi badan dunia seperti UNESCO atau PBB(pertubuhan bangsa-bangsa bersatu)ini menghadkan pengetahuan dan cara mereka berfikir.Bagi saya AUKU ini perlu di kaji perlaksanaannya atau memansuhkan sahaja akta AUKU untuk kebebasan pelajar dan mengajar menjadi seorang yang berprinsip
Saturday, March 29, 2008
Tuesday, March 25, 2008
JASA ATAU KEPENTINGAN PARTI
Setelah selesai kebanyakkan lantikkan exco negeri-negeri di bawah pemerintahan BARISAN RAKYAT maka selesailah sudah pembahagian tugas kepada personal assistance(PA) setiap AHLI PARLIMEN atau AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI.Setiap perjuangan tak semestinya berakhir dengan kemanisan,kali ini pilihan raya keputusan menyebelahi BARISAN RAKYAT(BR) walaupun tak dapat memerintah MALAYSIA tetapi dapat menfikan 2/3 BARISAN NASIOANAL dan juga dapat merampas 4 negeri iaitu PULAU PINANG,PERAK,SELANGOR,KEDAH serta kelantan yang berjaya di pertahankan.Setelah menang kita perlu bekerja untuk mempertahankan kemenangan,jgn asyik membuat kenduri sahaja seperti PARTI PAS sehingga ke hari ini masih di buai mimpi kemenangan,sekarang masa untuk bekerja.Banyak pejuang2 atau aktivis hidup mereka susah sebelum gelombang tsunami politik MALAYSIA ini dan ada juga sampai sekarang walaupun BARISAN RAKYAT memerintah beberapa negeri mereka ini masih seperti dulu susah tetapi atas dasar membela hak rakyat perjuangan mesti di teruskan.Di sini saya ingin ketengahkan satu fenomena yang berlaku di dalam pemerintahan BARISAN RAKYAT(BR) terutama di kawasan KEDAH SELATAN.Fenomena kenang jasa,tak salah kita kenang jasa tetapi berpada dan kepentingan parti perlu di utamakan,adakah perjuangan kita nakkan sesuatu?adakah perjuangan kita untuk dapat kepujian dari rakyat?adakah kita betul2 ikhlas dalam perjuangan?ini persoalan yang timbul.Mengamanahkan kepada orang yang tidak mempunyai ciri kepimpinan dan mempunyai banyak masalah sosial.Mana lebih penting kenang jasa atau kepentingan parti yang harus di utamakan.Untuk masa depan kerajaan BARISAN RAKYAT sila ambil perhatian tentang masalah ini terutama kawasan KEDAH SELATAN.
Sunday, March 23, 2008
TERENGGANU
Spekulasi mengenai MENTERI BESAR TERENGGANU kian hampir terjawab,namun tentangan dari dalam UMNO TERENGGANU juga agak hebat menentang perlantikan MB TRERENGGANU yang baru ini.Kemungkinan upacara angkat sumpah yang akan di lakukan esok di pulaukan oleh kebanyakkan ADUN di TERENGGANU.MB baru TERENGGANU ini tak kurang hebatnya penyelewengan yang di lakukan beliau,jika rakyat TERENGGANU mendapat MB baru selepas IDRIS JUSOH tetapi klon IDRIS JUSOH juga yang menjadi MB.Sekiranya benar dakwaan pihak tertentu bahawa DATUK AHMAD SAID ini ada penyelewengan bagi saya pemimpin UMNO kebanyakkannya tak bersih dari rasuah dan juga penyelewengan.Lepas mulut buaya masuk mulut harimau,itulah hadiah kepada rakyat TERENGGANU yang masih memilih BARISAN NASIONAL.
Saturday, March 22, 2008
Friday, March 21, 2008
USAHA YANG BAIK PERLU DI SOKONG
Usaha beberapa kerajaan negeri seperti selangor membuat garisan panduan mengenai surau atau tempat sembahyang untuk para peniaga peniaga dan pengunjung pasar malam.Satu cadangan yang cukup baik daripada kerajaan BR(BARISAN RAKYAT)memartabat dan mendidik rakyat menjadi muslim yang baik.Perkara yang sebegini di tunggu oleh rakyat bawahan sekian lama ternyata dengan kerajaan negeri yang prihatin dapat merialisasikan impian rakyat.Bagi saya ini satu permulaan yang baik untuk menjaga kesucian agama di mata rakyat MALAYSIA.Sudah ada beberapa tempat di SELANGOR telah memulakannya dengan mensyaratkan waktu jual beli di berhentikan untuk menghormati waktu maghrib dan juga dapat memberi laluan kepada peniaga yang beragama islam dapat menunaikan solat maghrib di surau2 yang di sediakan atau masjid yang berdekatan.Apabila kita berniaga dalam keadaan mendapat keberkatan dari allah barulah kita sebagai hamba mendapat razeki yang murah.Setelah 50 tahun merdeka tak pernah kita dengar saranan kerajaan negeri atau PBT yang di perintah oleh BARISAN NASIONAL ketika itu membuat suatu tindakan untuk mendidik rakyat soal solat dan sebagainya.Permulaan yang baik harus di sokong oleh rakyat demi mendapat rahmat dari allah kepada kita semua
Wednesday, March 19, 2008
Kabinet lemah
Selesai sudah upacara angkat sumpah oleh MENTERI2 dan TIMBALAN MENTERI2 di BALAI RONG SERI ISTANA NEGARA.Upacara angkat sumpah bermula pada pukul 11.05 tengah hari sehingga pukul 1.00 tengah hari.Melihat kepada barisan menteri kabinet yang di lantik oleh PAK LAH amat mendukacitakan rakyat.Masih ada pemimpin yang tidak bersih masih di beri kepercayaan menjadi menteri kabinet.Barisan kabinet ini akan mencipta sejarah pemerintahan di MALAYSIA,iaitu mungkin barisan menteri kabinet ini adalah barisan yang paling singkat masanya untuk mengendalikan KERAJAAN MALAYSIA.
Tuesday, March 18, 2008
MAMAK OH MAMAK
Ketidakpuasan hati pemimpin2 UMNO kian menjadi2.Pada hari jumaat 14hb mac 2008 yang lalu para pemimpin UMNO pulau pinang khususnya mengadakan demontrasi jalanan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka kepada KETUA MENTERI PULAU PINANG iaitu LIM GUAN ENG mengenai isu DASAR EKONOMI BARU(DEB).Keputusan yang di buat oleh LIM GUAN ENG untuk mengkaji semula DEB DAN BUKANNYA MEMANSUHKAN DEB seperti yang di laporkan media.Pemimpin UMNO PULAU PINANG telah lupa bahawa satu ketika duhulu mereka pernah mencela orang yang membuat demontrasi jalanan adalah orang yang tidak bertanggunjawab dan mengganggu kententeraman awan,itu lah ungkapan yang mereka lontarkan kepada para2 reformis dahulu yang menegakkan kebenaran di bumi MALAYSIA ini.Lihatlah mereka sekarang mereka cuba mewujudkan suasana kacau bilau tetapi rakyat semakin bijak.Program demontrasi oleh pemimpin UMNO ini telah di biayai oleh beberapa individu india muslim.Dari sumber yang di percayai perhimpunan tersebut,penganjur telah memberi rm80 tiap seorang yang menyertai perhimpunan tersebut.Mungkin duit tersebut juga di biayai oleh individu india muslim.MAMAK OH MAMAK
Saturday, March 15, 2008
TV3 TERUS MEMBINGUNGKAN RAKYAT
Masalah yang timbul ekoran keengganan PARTI DAP untuk menyertai acara angkat sumpah di istana KINTA di negeri PERAK mendapat liputan meluas media tempatan khususnya arus perdana,selepas itu pula masalah tersebut berjaya di selesaikan secara berhemah oleh kesemua pakatan parti pembangkang diantara PAS,PKR DAN DAP.Jika kita mengikuti berita daripada siaran astro iaitu di rangkain 501 astro awani kita dapat lihat sedikit kelonggaran mengenai kebebasan media,siaran 501 ini agak adil dalam beberapa hal.Cuma ada satu perkara yang menjadi pebezaan antaran tv3 dan juga astro awani iaitu berita mengenai masalah yang timbul berkaitan kerajaan perak yang baru.Pakatan pembangkang telah bersetuju dan bersatu hati menerima IR MUHAMMAD NIZAR menjadi MENTERI BESAR PERAK YANG BARU dan akan mengankat sumpah di depan pemangku SULTAN PERAK iaitu DR RAJA NAZRIN SHAH di ISTANA KINTA di NEGERI PERAK(INI LAPORAN DARI BERITA SALURAN 501 ASTRO AWANI)lain pula berita oleh tv3 pada jam 8 malam,tv3 melaporkan bahawa pakatan pembangkang mendapat kata sepakat tetapi tarikh untuk mengangkat sumpah untuk perlantikan MENTERI BESAR PERAK yang baru belum di ketahui bila akan di adakan.Sedangkan berita di siaran 502 astro awani sebelah petang hari yang sama manakala berita tv3 pada waktu malam hari yang sama.Disini ada percanggahan fakta,tetapi ternyata tv3 sengaja memberi gambaran bahawa pergolakan pakatan pembangkang belum selesai sepenuhnya.Ini suatu tindakan menipu dan memutar belitkan fakta asal bagi mengelirukan rakyat MALAYSIA.
Thursday, March 13, 2008
Toleransi itu penting
Hari ini lanskap politik di negara kita akan berubah dan suatu sinar yang baru untuk rakyat malaysia,demokrasi masuh subur walaupun ada kalanya ada sedikit cacat celanya.Sikap tolak ansur sesama di dalam pakatan itu perlu untuk membawa agenda rakyat supaya rakyat bawahan terutamanya di bela oleh pihak yang sepatutnya.Setiap masalah perlu di selesaikan dengan berhemah dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk menyerang,berpandukan berita jam 8mlm sebentar tadi bahawa PARTI DAP(DEMOKRATIK ACTION PARTY)memboikot acara mengangkat sumpah MB negeri PERAK yang baru.Gara2 tidak setuju dengan perlantikan YANG BERHORMAT IR MUHAMMAD NIZAR menjadi menteri besar,perm asalahan ini mengakibatkan BA(BARISAN RAKYAT)akan di serang oleh kerajaan persekutuan kerana tiada permuafakatan untuk memerintah negeri perak.Perkara sebegini perlu segera di selesaikan demi keutuhan pakatan BA(BARISAN RAKYAT)
Tuesday, March 11, 2008
FITNAH LEBIH BURUK DARIPADA MEMBUNUH
Pemfitnah tak akan terlepas daripada hukuman,biar masa menentukan
Subscribe to:
Posts (Atom)