Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Friday, March 21, 2008
USAHA YANG BAIK PERLU DI SOKONG
Usaha beberapa kerajaan negeri seperti selangor membuat garisan panduan mengenai surau atau tempat sembahyang untuk para peniaga peniaga dan pengunjung pasar malam.Satu cadangan yang cukup baik daripada kerajaan BR(BARISAN RAKYAT)memartabat dan mendidik rakyat menjadi muslim yang baik.Perkara yang sebegini di tunggu oleh rakyat bawahan sekian lama ternyata dengan kerajaan negeri yang prihatin dapat merialisasikan impian rakyat.Bagi saya ini satu permulaan yang baik untuk menjaga kesucian agama di mata rakyat MALAYSIA.Sudah ada beberapa tempat di SELANGOR telah memulakannya dengan mensyaratkan waktu jual beli di berhentikan untuk menghormati waktu maghrib dan juga dapat memberi laluan kepada peniaga yang beragama islam dapat menunaikan solat maghrib di surau2 yang di sediakan atau masjid yang berdekatan.Apabila kita berniaga dalam keadaan mendapat keberkatan dari allah barulah kita sebagai hamba mendapat razeki yang murah.Setelah 50 tahun merdeka tak pernah kita dengar saranan kerajaan negeri atau PBT yang di perintah oleh BARISAN NASIONAL ketika itu membuat suatu tindakan untuk mendidik rakyat soal solat dan sebagainya.Permulaan yang baik harus di sokong oleh rakyat demi mendapat rahmat dari allah kepada kita semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment