SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, March 25, 2008

JASA ATAU KEPENTINGAN PARTI

Setelah selesai kebanyakkan lantikkan exco negeri-negeri di bawah pemerintahan BARISAN RAKYAT maka selesailah sudah pembahagian tugas kepada personal assistance(PA) setiap AHLI PARLIMEN atau AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI.Setiap perjuangan tak semestinya berakhir dengan kemanisan,kali ini pilihan raya keputusan menyebelahi BARISAN RAKYAT(BR) walaupun tak dapat memerintah MALAYSIA tetapi dapat menfikan 2/3 BARISAN NASIOANAL dan juga dapat merampas 4 negeri iaitu PULAU PINANG,PERAK,SELANGOR,KEDAH serta kelantan yang berjaya di pertahankan.Setelah menang kita perlu bekerja untuk mempertahankan kemenangan,jgn asyik membuat kenduri sahaja seperti PARTI PAS sehingga ke hari ini masih di buai mimpi kemenangan,sekarang masa untuk bekerja.Banyak pejuang2 atau aktivis hidup mereka susah sebelum gelombang tsunami politik MALAYSIA ini dan ada juga sampai sekarang walaupun BARISAN RAKYAT memerintah beberapa negeri mereka ini masih seperti dulu susah tetapi atas dasar membela hak rakyat perjuangan mesti di teruskan.Di sini saya ingin ketengahkan satu fenomena yang berlaku di dalam pemerintahan BARISAN RAKYAT(BR) terutama di kawasan KEDAH SELATAN.Fenomena kenang jasa,tak salah kita kenang jasa tetapi berpada dan kepentingan parti perlu di utamakan,adakah perjuangan kita nakkan sesuatu?adakah perjuangan kita untuk dapat kepujian dari rakyat?adakah kita betul2 ikhlas dalam perjuangan?ini persoalan yang timbul.Mengamanahkan kepada orang yang tidak mempunyai ciri kepimpinan dan mempunyai banyak masalah sosial.Mana lebih penting kenang jasa atau kepentingan parti yang harus di utamakan.Untuk masa depan kerajaan BARISAN RAKYAT sila ambil perhatian tentang masalah ini terutama kawasan KEDAH SELATAN.

No comments: