SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Friday, October 22, 2010

CALON PR DUN GALAS

GUA MUSANG, 21 Okt – PAS memilih Timbalan Yang Dipertuanya bagi kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil bulan depan.

Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleigh Hamzah pada 8 Mac 2008 tetapi tewas.

Nama bakal calon itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan 4 November ini dan hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima dari PAS akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Che Hashim berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi. MI

No comments: