SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Thursday, October 28, 2010

Wan Azizah Bidas Umno-BN Hanya Pentingkan Rakyat Ketika Pilihan Raya


SANDAKAN 27 Okt – Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas sikap menindas kerajaan Umno-Barisan Nasional yang hanya memberi sedikit nikmat kepada rakyat apabila terpaksa mengadakan pilihan raya kecil disebabkan kekosongan sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Merujuk kepada PRK Batu Sapi dan Galas yang akan diadakan serentak pada 4 November depan Dr Wan Azizah bagaimanapun yakin rakyat sudah matang dan bijak memikirkan sikap hipokrit BN terhadap kebajikan mereka.

“Adakah wakil rakyat perlu mati dahulu baru rakyat berpeluang merasa sedikit bantuan, kemudahan dan projek yang selama ini dinafikan kepada mereka oleh BN?

“Tanya dada tepuklah selera. Saya datang dari Semenanjung untuk berkempen dan bertemu dengan saudara dan saudari kemudiannya saya akan pulang. Keputusan terletak di tangan saudara, saudari sendiri untuk menentukan masa depan dan nasib yang lebih baik bagi anak-anak dan keluarga,” kata Dr Wan Azizah dalam ceramah kelompok yang diadakan di Kampung Karamunting Baru di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Karamunting semalam.

Beliau juga menyentuh mengenai konspirasi Umno-BN untuk menghalang kemenangan Pakatan Rakyat memperjuangkan keadilan bagi rakyat dengan melemparkan fitnah liwat terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali kedua.

“Kali pertama ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, mungkin kita faham kerana ada pihak yang hendak jatuhkan beliau. Saya masih ingat anak-anak saya masih kecil masa itu dan mereka tanya, ‘apa itu liwat mama’ tapi kali ini mereka semua sudah besar dan faham apa yang terjadi.

“Inilah kezaliman Umno-BN yang tidak henti-henti menabur fitnah dan tohmah. Sistem kehakiman dicarikkan tetapi kita mesti lawan dan mengemukakan hujah kita supaya rakayat akan tahu perkara yang sebenar.

“Allah tidak akan beri pertolongan saja-saja, sebab itu di pilihan raya ini kita akan terus berkempen dan berusaha kuat dan mendoakan kejayaan bagi pihak Pakatan Rakyat,” jelas beliau pada kira-kira 50 penyokong.

Mengimbas kembali ketika beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada tahun 2004, Dr Wan Azizah berkata BN akan menggunakan apa sahaja untuk mengalahkan KEADILAN termasuk taktik kotor dan jahat.

“Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengaju secara peribadi beliau membuang undi saya teapi alhamdulillah Allah bantu dan saya menang 400 undi. Ketika itu penyokong KEADILAN tidak tidur menjaga peti undi walaupun SPR bertegas mahu mengira semual undi keesokan harinya tapi kita tidak setuju. Berkat kesungguhan kita berjuang akhirnya kita berjaya jua.

“Begitu juga di Batu Sapi, walaupun payah saya berharap rakyat akan sokong kita dan penyokong dan semua petugas bekerja kuat untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat. Saya berharap perubahan di Sabah dan Malaysia bermula di Batu Sapi,”
tegas beliau lagi.

No comments: