SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, November 5, 2012

UPKO AKAN KELUAR BN???

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa parti itu hampir-hampir meninggalkan Barisan Nasional (BN). Beliau mengesahkan bahawa majlis tertinggi Upko telahpun membincangkan perkara itu tetapi parti memutuskan untuk terus kekal dalam BN.
“Ada pihak yang mahu bercakap tentang perkara ini, jadi kami membangkitkannya kepada Majlis Tertinggi, dan Majlis Tertinggi kemudian berbincang. “Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah) dan sebagainya. Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen Upko bahagian Penampang di sini, Ahad.

Dompok (gambar), yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas mengenai kenyataan Bumburing semalam, menegaskan dakwaan sebelum ini oleh bekas Naib Presiden parti Datuk Maijol Mahap bahawa pemimpin Upko memutuskan untuk keluar daripada BN dan menyertai pakatan sebelum mereka (bekas pemimpin) keluar daripada parti dan mengikrarkan sokongan kepada pakatan pembangkang.
Maijol baru-baru ini dipetik sebagai berkata soal untuk keluar itu tidak berlaku kerana Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk mengumumkan penubuhan RCI mengenai isu pendatang tanpa izin dan peningkatan luar biasa dalam jumlah penduduk Sabah.
Ketika menolak dakwaan itu, Dompok berkata: “Mereka berbohong atau mereka tidak memberi kenyataan yang tepat kepada media”.
“Perkara ini tidak mungkin benar kerana parti mengadakan mesyuarat, kami membangkitkannya dan tiada apa untuk kami sembunyikan. Saya rasa semua orang tahu kami ada bermesyuarat,” katanya.

Sunday, October 7, 2012

MUSA AMAN DAH TAK AMAN

Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam.Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah. Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009. Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno. Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas. Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009. Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu. Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti. Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini. BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara. “Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen ‘Sabah-sentrik’ yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat,” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik. Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009. Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan “persepsi” bahawa Sabah masih “ketinggalan” dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

Thursday, October 4, 2012

YB SAIFUDIN NASUTION AKAN BERADA DI PADANG SERAI

CERAMAH POLITIK TARIKH ; 6 OKT 2012 HARI ; SABTU LOKASI ; TAMAN KERANJI (DEPAN ESSO) WAKTU ; 9 MALAM PENCERAMAH; YB DATO SAIFUDIN NASUTION AZMAN NASRUDIN N SURENDREN ...SIMON OII ANJURAN AMK PDG SERAI DAN PENYELARAS DUN LUNAS

Wednesday, October 3, 2012

PRO M UIA SAPU BERSIH

Calon pro-Mahasiswa menggondol kesemua 26 kerusi dalam dalam pengundian semula yang dijalankan secara manual hari ini di kampus Universiti Islam Antarabangsa. Seorang jurucakap kumpulan mahasiswa itu, Mohd Hafizuddin M Noor berkata, pengaruh pro-Mahasiswa meningkat di kampus itu dengan pertambahan tiga lagi kerusi, berbanding 23 kerusi pada tahun lalu. Menurutnya, calon yang menang itu, termasuk 12 kerusi di kampus UIA Kuantan, diumumkan oleh wakil jawatankuasa pilihan raya kampus masing-masing di setiap fakulti. Baki lima kerusi merupakan kerusi untuk calon antarabangsa. UIA merupakan kubu terakhir yang dimenangi oleh pro-Mahasiswa. Sebelum ini mereka memenangi pilihan raya di kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengundian semula hari ini dijalankan selepas keputusan pada hari pengundian 25 September digantung ekoran masalah teknikal apabila jumlah undi direkodkan melebihi jumlah mahasiswa keluar mengundi. -mk

BUKAN TALIFON PINTAR YANG ANAK MUDA MAHU.....

Anak muda hari ini di lihat seperti lubuk emas oleh UMNO,dahulu anak muda langsung tidak di pandang oleh umno sehinggakan satu ketika anak muda di lihat ekstrem dan juga memberontak.Kini keadaan sudah berubah,apabila umno hampir habis nyawa barulah umno perasan bahawa anak muda perlu untuk memenangkan mereka.Tapi sayang,semuanya sudah terlambat bagi umno sebab orang muda rata2 sudah condong kepada PR yang di lihat sebagai KERAJAAN BARU bakal mengagantikan KERAJAAN BARISAN NASIONAL
UMNO berusaha untuk memenangkan hati orang muda, sehinggakan BAJET 2013 yang di bentangkn oleh NAJIB RAZAK memberi keutaman kepada orang muda.Pada mulanya rasa seperti tidak percaya tetapi realitinya UMNO baru sedar dari mimpi.Anak muda di gula2kan dengan rebet rm200 untuk pembelian talifon pintar dan juga BRIM RM 250 kepada ank muda yang belum berkahwin tetapi semuanya akan di mulakan tahun depan. Dari luar memanglah di lihat baik kepada orang muda tetapi apa yang di berikan hanyalah retorik politik pancing undi yg sama sekali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada ank muda.Untuk talifon pintar berapakah harganya?semestinya rm1000 ke atas,jika rebet rm200 anak muda masih perlu mengeluarkan paling sedikit rm 800..berapa ramai anak muda yang mampu beli talifon pintar?selepas itu pula bukan semua kedai yang di benarkn untuk menguruskan rebet tersebut dan bukan semua talifon pintar boleh di beli di kedai-kedai biasa malah kerajaan akan menetapkan kedai yang tertentu untuk berurusan pembelian.Maksudnya talifon pintar perlu di beli daripada kedai tertentu dan bukan semua kedai talifon di malaysia,pakej paksaaan adalah anak muda perlu melanggan talian tetap,prabayar tidak di terima. Siapa yang untung dalam keadaan ini?pihak yang untung semestinya kedai talifon dan syarikat telekomunikasi,ia boleh meningkatkan hasil jualan,namun siapa yang bersusah payah mengeluarkan duit?berapa ramai anak muda yang mampu mengeluarkan rm800 untuk beli talifon pintar? UMNO gagal mengetahui apakan yang ANK MUDA mahukan.... Apa yang ank muda mahukan?anak muda mahukan peluang pekerjaan yang banyak bukannya di kuasai warga asing,lihat berapa ramai graduan yang masih gagal mendapat pekerjaan yang sesuai dan tidak kurang juga yang menganggur.Anak muda perlu rumah apabila sudah berumah tangga,lihat sekarang harga rumah semakin hari semakin meningkat.Semestinya anak muda akan rasa terbeban apabila gagal membeli rumah.Anak muda mahukan harga kereta di turunkn supaya mereka mampu untuk membeli kereta yang berkualiti. NAJIB terlalu lemah zahir dan batin untuk menyelesaikan masalah anak muda.Mungkin umno sengaja buat-buat tidak faham masalah orang muda.Anak muda adalah cermin masa depan sesebuah negara.Negara itu akan berjaya jika anak mudanya berjaya namun sebaliknya negara itu akan musnah juga kerana anak muda HIDUP ANAK MUDA HIDUP HARAPAN

Tuesday, October 2, 2012

TURUNKN HARGA KERETA

Bermula 24 Ogos 2012, pasukan “Turunkan Harga Kereta” dari KEADILAN akan mula menjelajah tempat-tempat terpilih di Lembah Klang dan seluruh negara sebagai sebahagian dari Jelajah Turunkan Harga Kereta. Selain mengedarkan risalah dan pelekat kereta kempen di tempat-tempat ini, pimpinan KEADILAN akan turut sama menaiki kereta rasmi ini dan menyampaikan penerangan kaedah menurunkan harga kereta yang dicadangkan KEADILAN. KEADILAN juga akan mengadakan forum “Turunkan Harga Kereta” yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bharu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Kuching bermula 2 September 2012 untuk menerangkan dengan lebih terperinci mekanisme menurunkan harga kereta. Maklumat lanjut bagi setiap forum akan diumumkan dari semasa ke semasa di laman Facebook kempen. KEADILAN yakin desakan menurunkan harga kereta adalah satu tuntutan yang disokong sebahagian besar rakyat Malaysia. Logo kempen yang dipilih dipastikan tidak melambangkan unsur politik supaya semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan politik boleh bersatu dan bersetuju bahawa masanya telah tiba untuk memastikan harga kereta di Malaysia tidak membebankan rakyat. Kami menyeru semua rakyat Malaysia membantu promosi kempen ini dengan menghiasi laman Facebook dan Twitter mereka dengan logo “Turunkan Harga Kereta” bermula hari ini. YB NIK NAZMI NIK AHMAD PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

NAJIB KECUT SEMALAM

Anwar bidas PM tiada di dewan ketika bajet dibahas. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas perdana menteri yang tiada di Dewan Rakyat sewaktu beliau membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu. "Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang," kata Anwar sewaktu memulakan perbahasannya sekitar jam 11.40 pagi tadi. Menurut Anwar, Najib sebaliknya hanya membiarkan penyokong-penyokong kerajaan mempertahankan bajet itu. Namun tambahnya, mereka bukan anggota jemaah menteri, tidak tahu perangkaan yang dipetik mereka sendiri dan hanya bergantung kepada statistik yang diberikan Jabatan Statistik Negara. Beliau berkata demikian sewaktu membidas MP Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mencelah dan mendakwa kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang jauh lebih banyak daripada cukai dikutip dari negeri-negeri Pakatan. "Permatang Pauh (Anwar) boleh persoal angka-angka ini tetapi ia datang daripada Jabatan Statistik," katanya. Anwar kemudian menjawab yang statistik sentiasa boleh dimanipulasi dan dibohongi. "Tidak benar pendapatan Selangor kurang daripada belanjawan. Ia tidak logik dari segi ekonomi, dari mana wang itu diperolehi?" kata Anwar. -mk

Sunday, May 27, 2012

BILA PROGRAM TAK BERKAT INI JADINYA............

Satu tragedi berlaku di Himpunan Sejuta Belia sekitar jam 12.30-2.00 pagi tadi iaitu di dalam acara Drag Racing anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi. Penganjur rasmi perlumbaan drag race telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan. Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal. Sementara itu pemandu kereta berkenaan telah lari dan belum dapat dikesan. Dilaporkan juga acara untuk motorsikal yang dijadualkan berlansung hari ini dibatalkan ekoran tragedi tersebut. Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan di Putrajaya yang dikatakan mempunyai 500 aktiviti yang disediakan membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan selama lima hari sambutan yang berakhir hari ini. Dengan menyindir aktiviti Perhimpunan BERSIH, Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara ini tidak boleh bergantung harap masa depannya kepada belia yang ‘demo crazy’ (gila berdemonstrasi). Sekarang Najib perlu jawab apa yang berlaku? Sekarang hukum kebenaran membuktikan siapa yang sebenarnya "crazy" sehingga secara terang dan nyata, berlaku kemalangan yang menyebabkan kecederaan parah?

HARGA KERETA AKAN MURAH JIKA PR MEMERINTAH MALAYSIA...

Bercakap soal dasar automatif negara saelalaunya kita akan membayangkan harga kereta yang mahal dan harga alat ganti yang melambung naik.Ini berikutan kegagalan kerajaan di dalam mengurus dsar automatif negara dengan baik.Walaupun negara kita mempunyai kereta nasional namaun ia hanya indah khabar dari rupa..Ketika DR MAHATHIR melancarkan proton saga,gegak gempita negara dengan terhasilnya proton saga.Pernah terbaca majalah GILA GILA,ada satu ruangan menunjukkan kereta PROTON SAGA menggunakan tin milo sememaangnya lucu dan saya ingat hingga hari ini majalah GILA-GILA. Hari ini harga kenderaaan di MALAYSIA jauh lebih mahal berbanding harga kenderaan di negara jiran,janganlah di bandingkan dengan harga di negara teluk seperti oman dan lain-lain.Sakit jiwa rakyat MALAYSIA jika semua mengetahui betapa mahalnya harga kenderaaan di MALAYSIA ketika ini. Cukai eksais di kenakan cukup tinggi oleh kerajaan.Malaysia menjual sebuah kereta PERODUA VIVA dengan nilai RM30K lebih dan tidak termasuk PERODUA VIVA yang aksesorinya lebih mungkin meningkat lagi 4k.Dasar automotif kerajan yang membebankan rakyat menyebabkn rakyat tiada pilihan walaupun harga kenderaan itu tinggi.Cukai sehingga 80 peratus di kenakan ke atas sesebuah kenderaan menyebabkn rakyt terdesak untuk memiliki kenderaan dan akhirnya rakyat terpaksa beli kenderaaan dengan harga yang menyiksakan. Bayangkan jika sebuah kenderaan ansuran bulanannya rm350 sebulan dan perjanjian 9 tahun dengan pihak bank sudah pasti rakyt yang berpendapatan rm1500 sebulan gagal untuk memiliki kenderaan tersebut,Jika memilik kereta tersebut nescaya kehidupan menjadi susah kerana gaji tidak mencukupi.Itu tidak termasuk kerosakkan kereta tersebut dan akhirnya kereta tidak dapat di baiki dengan baik kerana ansuran mahal boleh menyebabkan kemalangan.Bayangkan sebuah perodua viva SEBELUM DI KENAKAN CUKAI LEH KERAJAAN HANYA BERHARGA SEKITAR RM20K LEBIH SAHAJA..apabila di campur dengan cukai yang di kenakan harganya meningkat naik sehingga 80 pertus dari harga asal.Rakyat yang sepit untuk memenuhi keperluan keluarga terpaksa membeli kereta dengan harga yang gila,kerajaan untung atas angin rakyat menderita. Di antara menifesto PR pada pru 13 yang akan datang,PR akan menitik beratkan dasar automotif untuk kebaikan kepada rakyat.KERAJAAN PR akan pastikan cukai eksais ataupun harga AP di kurangkan agar rakyat dapt menikmati harga kereta yang murah dan tidak terbeban.Kerajaan PR akan kaji sistem cukai kenderaaan agar rakyat terbanyak dapat memiliki kereta sekurang-kurangnya PERODUA VIVA YANG BERILAI RM25K dan ansuran bulan serendah rm200 sahaja setiap bulan.Ini bukan angan-angan kosong kerana ia juga dapat membantu pasangan yang baru berumah tangga untuk membeli kereta dan menikmati keselesaaan hidup.Inilah di antara menifesto KERAJAAN PR jika di berikan peluang untuk memerintah MALAYSIA,,tak termasuk turn harga petrol serta merta mahupun menghapuskan TOL. Dasar ini yang di impikan oleh rakyt dan bukannya dasar yang mengkayakn kroni tertentu sahaja.Apa pun ABU... HIDUP HARAPAN...

Wednesday, May 23, 2012

BERANIKAH NAJIB DAN ZAHID KE PERANCIS??

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disapina agar datang ke Mahkamah Perancis untuk memberikan keterangan.Peguam Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang baru pulang dari Perancis, Fadiah Nadwa Fikri berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada mahkamah Perancis tentang saksi-saksi yang akan dipanggil itu. Turut disenaraikan sebagai saksi adalah bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan isterinya, Mazlinda. Mahkamah Perancis sedang menyiasat dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat oleh syarikat Perancis. “Bila kami berjumpa dengan hakim pada 16 Mac lalu, kami telah serahkan senarai saksi yang perlu disapina agar datang ke mahkamah. “Kami memberikan nama Najib Razak, Zahid Hamidi and Razak Baginda,” kata Fadiah dengan dalam ceramahnya di Third Mile Bazaar, Kuching, Ahad lepas, lapor Free Malaysia Today. Apabila kesnya difailkan di Perancis, Zahid berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh. Namun, baru-baru ini, selepas namanya disebutkan sebagai saksi, Zahid berkata, beliau keberatan untuk pergi ke sana kerana tidak ada dana yang cukup untuknya. “Siapa akan membayar kos penerbangan dan hotel saya di Perancis,” soal Zahid. Fadiah dalam ceramahnya berkata, rakyat Malaysia sedia membayar kos penerbangan dan hotel Zahid di Perancis asalkan beliau sedia memberikan keterangan. Menurut beliau, jika mereka enggan datang menjadi saksi selepas sapina dikeluarkan, mahkamah akan mengeluarkan notis sekali lagi. Jika gagal hadir juga, mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap untuk memaksa mereka hadir. “Dan jika mereka gagal lagi, Interpol (International Police) boleh mengeluarkan amaran dan boleh ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Perancis,” kata Fadiah dipetik. Sementara itu, rakyat Malaysia mula memberikan respon ke atas laporan ini dengan berkata mereka sedia menyumbang untuk membolehkan mereka berdua (Najib dan Zahid) menjadi saksi. “Saya akan menyumbangkan RM1.00 dari wang yang saya cari dengan susah payah untuk menampung kos mereka. Jika tak cukup, saya boleh tambah RM1.0 lagi,” kata Cheong Seng Keong. Namun katanya, “Saya tidak mahu menyumbang untuk kondom mereka.”

KJ JUARA PUSING

Selesai sudah DEBAT RAFIZI VS KHAIRI,tanggapan saya kali ini meleset sekali apabila KHAIRI mengeluarkan hujanh penafian dan gagal menjawab bebeapa soalan yang di ajukan oleh RAFIZI.Mungkin inilah benih UMNO yang terbaik terdapat di malaysia.Jika saya sebagai mahasiswa ketika ini nescaya saya akan UNDI PR pada PRU 13 nanti. Khairi terang-terang gagal mengemukan data yang jelas kemana duit petronas di belanjakan ketika ZAMAN PAK LAH BADAWI,sememangnya malaang sungguh KETUA PEMUDA UMNO ini.Biarpun KHAIRI kelihat segak berpakaian namun apa yg di tuturkan lebih kepada penafian dan serangan ke atas DSAI walhal tajuk perdebatan PTPTN bukannya DSAI. Tidak terkejut sebenarnya keadaan ini kerana di dalam siber terutama FB sememangnya AGEN UMNO apabila berdebat selaalunya gagal menjawab soalan yang di utarankan tidak hairanlah jika KHAIRI juga bersikap sedemikian... IKAN BILIS DI TEKAN JERUNG DI BIARKAN HIDUP HARAPAN

Tuesday, May 22, 2012

HOT

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetuskan berita dengan didakwa di mahkamah, bekas peguam cara negara II Mohd Yusof Zainal Abiden juga mendapat perhatian apabila mewakili orang yang didakwanya dalam perbicaraan 'liwat' II. Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata tiada masalah peribadi antaranya dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara. Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani. "Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya. "Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari. -mk Tuduhan bermotif politik, Anwar minta dibicara KUALA LUMPUR 22 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atasnya di bawah Akta Perhimpunan Aman bermotif politik. “Pertuduhan bertujuan politik dan saya minta dibicarakan,” kata Anwar selepas pertuduhan dibacakan. Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi. Bekas peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini. Namun, hari ini, beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II tersebut. -KD

TERKINI..KES BERSIH 3.0

Mahkamah Majistret Kuala Kumpur di Jalan Duta sebentar tadi telah menetapkan 2 Julai 2012 tarikh perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka dan hakim Mahkamah Sesyen, Mahmud Abdullah bersetuju bahawa ikat jamin sebanyak RM 500 dikenakan kepada tiap-tiap seorang bagi pertuduhan pertama iaitu melanggar perintah majsitret hadir dan berhimpun semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang dikeluarkan pada 26 April 2012. Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan, ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin persendirian. Paling mencuri tumpuan adalah kehadiran bekas Timbalan Pendakwaraya semasa Anwar menghadapi perbicaraan Fitnah Liwat 2, Mohd Yusof Zainal Abiden yang bertindak sebagai peguambela Anwar. Turut mewakili Anwar adalah ahli parlimen Jelutong, Karpal Singh. Sementara Azmin diwakili oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Latheefa Koya mewakili CheguBard. Anwar bersama dengan isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9 pagi. Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah. Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun. Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April. Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Monday, May 21, 2012

DEBAT RAFIZI VS KHAIRY JAMALUDIN..ESOK MALAM JGN LUPA..

DSAI AKAN DI DAKWA ESOK...

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali akan didakwa esok berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. Satu kenyataan pejabat Azmin menyebut beliau menerima writ saman untuk hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Kanun Keseksaan. Beliau diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi esok. Writ saman tersebut diterima oleh Hilman Idman yang merupakan pegawai Khas Azmin di Tingkat 1, Ibu Pejabat PKR Damansara. Menurut writ saman tersebut, Azmin dituduh melanggar Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama. Dia dituduh bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April. Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka. Notis itu juga menyatakan keengkaran mereka dan penyokong BERSIH 3.0 yang lain mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut. Oleh itu, beliau dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574). Dalam notis yang berasingan, Azmin dituduh menyertai protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2912. Dengan itu, Azmin dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama. Difahamkan Anwar juga menghadapi tuduhan yang sama. Ini menjadi mereka orang pertama yang akan didakwa di bawah Perhimpunan Aman 2012 yang luluskan baru-baru in. Sementara itu, ketua kakitangan di pejabat Anwar - Ibrahim Yaacob - mengesahkan ketua umum PKR itu telah menerima notis tersebut pada jam 2.40 petang. "Datuk Seri di ibupejabat parti di Merchant Square pada masa polis disampaikan notis itu pada jam 2.40 petang. Beliau (Anwar) berada di dalam mesyuarat dan perasan telah diterima oleh saya," katanya dalam jawapan SMS kepada Malaysiakini. Menurutnya, terdapat dua pertuduhan berasingan - (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) seksyen 188 dibaca bersama dengan seksyen 109 dan 34 dan (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) Seksyen 4(2) (c) dan Seksyen 4(3). "Kita akan jumpa mereka di mahkamah...," tegas Ibrahim Seorang lagi yang telah menerima notis yang sama ialah aktivis PKR Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard. Ketika berita ini ditulis, kandungan notis tersebut masih belum dapat disahkan. Sementara itu, menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Ketua Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan bahawa Anwar, Azmin dan Chegubard akan didakwa esok.

Sunday, May 20, 2012

DEMONTRASI AMAN DI JPN KULIM

Pagi tadi sekitar jam 10 PAGI di hadapan JPN(JABATAN PENDAFTARAN KULIM) diadakan demontrasi aman.Ia berikutan isu IC MERAH yang melibatkan kaum india.Masalah ini berlaku kerana birokrasi JPN melambatkan proses mendapatkan IC biru dah sah sebagai warganegara MALAYSIA.NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT N SURENDREN telah hadir menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama. Masalah seperti ini merupakan masalah yang serius melibatkan warga emas KAUM INDIA terutamanya.Mereka yang gagal mendapat IC BIRU menimbulkan masalah kepada mereka sehingga mereka ini buykan lagi WARGANEGARA MALAYSIA tetapi hanya memegang IC MERAH yang merupakan PENDUDUK SEMENTARA. Masalah ini sering berlaku terhadap KAUM INDIA,tidak ketinggaalan juga sebilangan ORANG MELAYU juga menghadapi MASALAH IC MERAH. hidup harapan

Saturday, May 19, 2012

GELOMBANG UAI

Fenomena UIA sedang menular ketika ini di seluruh malaysia.Walaupun sy tidak bersempatan ke GURUN semalam tetapi kehangatan sambutan terhadap cermah agama oleh USTAZ AZHAR IDRUS sememangnya menakjubkan.Kalah org berpolitkik bercermah kehadiran mencecah puluhan ribu.Biarpun latar belakang hadirin yang hadir bermacam2 fahamn politk,namun ia menggambar rakyat pada hari ini dahaga satu kefahaman islam yang jelas dan juga seorang tokoh ulama yang seakan-akan neutral.Berbeda dengan perspektif orang politik yang semestinya akan menggabungkan elimen tertentu untuk mendapat political millage. Apa pun kehadiran UAI ini menggemparkn MALAYSIA tetapi tidak di hebohkn oleh TV3 SUKU dan seangkatan dengannya.TV3 tidaka kan memebri liputan yang meluas kepada UAI kerana ada juga komen beliau menghentam kepimpinan NAJIB RAZAK,ini yang tinyak menyedapkan hati para pemimpin UMNO.Nescaya pemimpin UMNO kedah juga tahu akan kehadiran UAI semalam.Di kahbarkan 3 km dari SURAU PERWAJA terdapat satu program lagi yang menjemput beberapa kumpulan nasyid.Program tersebut di adakan pada tarikh dan waktu yang sama CERAMAH UAI berlangsung.Ini mungkin percubaan mengurangkan jumlah kehadiran orang ramai. UMNO KEDAH pastinya tidak tidur lena kali ini,ia kerana kehadiran yang mencecah 30k rata2nya penduduk di dalam negeri kedah dan kebanyakkannya penyokong PR.Jika kita masih ingt ketika zaman MAHATHIR memeirntah selepas DSAI di pecat,masakan ada tempat kuliah yang pelik semstinya di serbu ataupun ustaz2 di soal siasat polis,sehinggakan SAR juga menjadi mangsa ketika itu.Cuba kita bayangkan jika UAI terkenal di ZAMN MAHATHIR MEMERINTAH nescaya UAI akan turut di soal siasat dan sebagainya,dengan kehadiran orang ramai yang terlalu ramai semestinya merisaukn pimpinan UMNO.Tapi apakan daya najib lagi risau KES SCOPINE di MAHKAMAH PERANCIS.Najib tak sempat untuk berfikir perkara yang belaku di dalam MALAYSIA,nak harapkan MUHYIDDIN?TPM sendirpun harap NAJIB bungkus sekali dengan rosmah. Rumusannya di sini rakyat negeri kedah mempunyai asas agama yang baik dan ini akan menyukarkan UMNO untuk merampas semula KEDAH dari TANGAN PR...kita merancang tuhan juga merancang..tapi perancangan allah sebaik-baik perancangan.
hidup harapan

Asas FGVH Lemah, IPO Didorong Politik Bukan Ekonomi

KEADILAN mengulangi pendirian kami bahawa FELDA kini adalah terlalu dipolitikkan. Berdasarkan analisis terkini, kami percaya bahawa IPO ini didorong oleh politik dan bukannya berdasarkan kekukuhan kewangan FGVH. Kami merujuk kepada laporan semalam dari Wall Street Journal mengenai IPO FGVH, di mana kebimbangan telah dibangkitkan mengenai keuntungan FGVH kerana profil pokok kelapa sawit yang tersangat teruk. Pada amnya, sesuatu syarikat akan cuba IPO di bursa apabila ia berada dalam kedudukan yang kukuh (untuk mendapatkan penilaian maksimum) atau apabila masa hadapan kewangan syarikat tersebut adalah ternampak sangat cemerlang. Bisnes FGVH bukanlah berada didalam kedudukan yang kukuh dan masa hadapan untuk pertumbuhan yang tinggi adalah sangat terhad. Prospektus IPO mendedahkan bahawa kedudukan sebenar FGVH di dalam pengurusan perladangan adalah memang lemah. Pada asasnya, profil umur pokok sawit FGVH mendedahkan bahawa lembaga pengarah FELDA tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada pengurusan penanaman pokok. Sangat mengejutkan adalah 53% daripada pokok-pokok sudah tua, 31% muda dan tidak matang dan hanya 16% pokok sawit pada tahap matang perdana. Bayangkan sebuah syarikat yang berprestasi hanya pada tahap 16% daripada potensi sebenarnya membuat percubaan IPO. Sebagai perbandingan am, sebuah ladang yang sihat diurus dengan baik akan mempunyai profil pokok berusia 7% pokok tua, dan 15% muda dan belum matang dan 78% matang perdana. FGVH perlu menanam balik dan menunggu selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum majoriti pokok pokok sawitnya menjadi matang perdana. Jadi jika anda membeli saham FGVH pada hari ini, kemungkinan besar anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum FGVH pulih ke tahap pengurusan perladangan yang baik. Oleh demikian, jika pada asasnya FGVH memang tidak bersedia untuk IPO kerana pengurusan ladang yang lemah, mengapa pula Kerajaan dan FELDA tergesa-gesa untuk menyenaraikan? FELDA dan kerajaan perlu menjawab mengapa mereka begitu gila sangat mengejar IPO ini. Adakah IPO ini sebenarnya satu corporate exercise yang didorong politik dan disokong oleh lembaga pengarah yang kual berpolitik? Adakah dorongan utama bertujuan untuk memperkayakan bank, dan penasihat, pengarah-pengarah FELDA dan juga untuk menyediakan pembayaran durian runtuh kepada peneroka untuk membeli sokongan politik di dalam pilihan raya yang akan datang? IPO FGVH adalah satu IPO yang sebesar RM10.2 billion, ianya yang kedua di dunia tahun ini dan pihak bank dan penasihat kepada IPO ini akan untung yuran berpuluh-puluh juta ringgit. KEADILAN menuntut dari FELDA dan kerajaan satu pendedahan yang terperinci mengenai yuran-yuran yang bakal diterima oleh pihak bank dan penasihat, hasil daripada IPO ini yang tidak masuk akal. WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PELABURAN DAN PERDAGANGAN 16 MEI 2012

Thursday, May 10, 2012

BUKU CERITA KAK WAN BERADA DI PASARAN

Buku yang bertajuk CERITA KAK WAN yang telah di bukukn boleh dapatkan daripada saya,buku ini berkisar kisah kehidupan DATIN SERI WAN AZIZAH dari kecil sehingga hari ini.Suka dan duka melalui detik mencabar DSAI di penjarakan juga di ceritakan di dalam buku tersebut... Hasil jualan ini juga akan di gunakan sebagai dana PRU 13 yang bakal tiba tidak lama lagi.. Jika berminat hubungi saya 012 4419349(WAN)...........KHIDMAT POS TURUT DI GUNAKAN KEPADA PELANGGAN YANG DI LUAR KAWASAN...

Monday, April 30, 2012

MANGSA KEKEJAMAN POLIS...

WAJAH MANGSA KEKEJAMAN POLIS......LIHATLAH

Inilah yang di namakan negara kuku besi,guna polis untk mempertahan kan kuasa.Rakyat di layan sebegini sedangkn pemimpin umno yang rasuh masih bebas.Ini bukti kekejaman pihak polis ke ats peserta demontrasi bersih 3.0.Pemuda ini datang ke KL dengan niat yang baik dan tidak sedikit pun menyimpan hasrat untuk bertumbuk mahupun bertempur dengan pihak polis,namun inilah yang beliau terima.Media arus perdana tidak menyiarkn berita ini yang ada hanya berita polis di pukul....Inilah negara tercinta MALAYSIA TANAH AIRKU...

Wednesday, April 11, 2012

BAJU BERSIH 3.0...SEDIA MENERIMA TEMPAHAN




HARGA MENARIK,JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI ATAU SMS KE NO 012 441 9349....


Hasil jualan semua akan di gunakan untuk menampung kos ke perhimpunan BERSIH 3.0....

hidup harapan

Friday, March 23, 2012

Saturday, February 25, 2012

Thursday, February 2, 2012

PARTI 'KITA' BELI POLISI INSURANS AWAL

Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.
“(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.


“Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang,” katanya.

Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.



Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.

KL TO DAY

Sunday, January 22, 2012

Saturday, January 21, 2012

BUAH LIMAU DAN KAD UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA


Hari ini berlangsung program penyerahan buah limau di sekitar PARLIMEN PADANG SERAI.Program bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir jam 12 tengahari.Program tersebut di hadiri oleh KETUA AMK KEDAH dan SENATOR SAIFUL IZHAM RAMLI.Tujuan program sebegini di lakukan kerana ia memupuk semangat persaudaraan di antara masyarakat dan PARTI KEADILAN RAKYAT.Walaupun buah tangan yang diberikan tidak seberapa jika hendak di bandingkan dengan apa yang di berikan oleh UMNO BARISAN NASIONAL,namun ia cukup menunjukkan bahawa PARTI KEADILAN RAKYAT sentiasa dekat dengan hati rakyat.

Episod duka dan hitam yang di tinggalkan ADUN LUNAS dan MP PADANG SERAI telah mengkhianati pengundi PR tetapi tidak sedikit pun melemahkan JENTERA PARTI KEADILAN RAKYAT di PARLIMEN PADANG SERAI khususnya JENTERA AMK PADANG SERAI.Berbekalkan BUAH LIMAU dan KAD UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU CINA program hari ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

HIDUP HARAPAN

Fitnah II: Rayuan AG bukti penganiayaan politik terhadap Anwar- peguam

KUALA LUMPUR 20 Jan: Peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata, tindakan peguam negara memfailkan notis rayuan terhadap keputusan kes fitnah II, membuktikan penganiayaan politik terhadap ketua pembangkang itu.

Beliau mengulas keputusan Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat, 9 Januari lalu.

Dalam satu kenyataan segera lewat petang tadi, Sankara berkata beliau belum secara rasmi dimaklumkan perkara itu oleh pihak pendakwa.

“Bagaimanapun jika benar, maka itu adalah paling disesali dan kejam kerana hakim perbicaraan telah menyatakan dengan ringkas, dalam keputusannya yang bukti penting (perbicaraan) sudah “diusik “.

“Maka asas kes pendakwaan sudah termusnah, menyebabkan sebarang rayuan, tidak kira berapa kali, adalah satu tindakan terakhir dan sia-sia.

“Nampaknya ia adalah satu kes penganiayaan politik terhadap Anwar dan bukan tujuan pendakwaan,” tegas beliau.

Tarik balik notis rayuan

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran mendesak Tan Sri Abdul Ghani Patail menarik balik notis rayuan tersebut.

Ini kerana katanya, tindakan itu jelas berniat jahat dan dibuat atas arahan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Jika mereka enggan menarik balik, mereka (Umno-BN) bakal berdepan mala petaka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana rakyat sudah muak dengan kezaliman Umno dan Najib terhadap Anwar,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Beliau juga berkata rayuan itu menunjukkan konspirasi berterusan Najib terhadap Anwar menjelang PRU akan datang.

“Sudah pasti kita mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ghani ini,” katanya lagi.

Pada 9 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman berkata beliau mendapati tidak ada bukti yang menyokong keterangan Saiful.

Keputusan itu disambut baik badan-badan perundangan di Malaysia dan luar negara, serta dialukan oleh pemimpin dan masyarakat antarabangsa.