SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Saturday, May 23, 2009

SELESAI PENAMAAN CALON PRK PENANTI














Selesai sudah proses penamaan calon di IKBN BUKIT MERTAJAM.Menyaksikan pertandingan 4 penjuru di antara CALON PKR DR MANSOR OSMAN dan 3 calon bebas.Calon bebas terdiri dari pada AMINAH ABDULLAH,NAI KHAN ARI dan bekas calon bebas PRK BUKIT GANTANG KAMARUL RAMIZU IDRIS.Sementara itu kertas pencalonan SABRI OTHMAN sebagai calon bebas di tolak oleh SPR kerana masalah teknikal.

Proses pencalonan bermula jam 8 pagi dan selesai pukul 12 tengah hari.Kehadiran sekitar 3 ribu orang memberi sokongan kepada calon PKR DR MANSOR OSMAN.Jumlah kehadiran penyokong PAKATAN RAKYAT merosot akibat daripada tindakkan BARISAN NASIONAL tidak meletakkan calon menyebabkan suasana tidak sepanas yang di harapkan.

Walaubagaimanapun proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan penyokong bersurai tanpa sebarang masalah yang tidak di ingini berlaku.

SEJARAH BARU BAKAL TERCIPTA.

Tinggal beberapa jam lagi proses pnamaan calon N12 PENANTI akan di adakan.Jala akan mula di tutup tepat pukul 6 pagi untuk memudahkan proses penamaan calon.Bendera PKR sudah tersergam indah menghiasi jalan menuju ke TEMPAT PENAMAAN CALON DI IKBN BUKIT MERTAJAM.Sudah pasti puluhan ribu penyokong pakatan rakyat akan memenuhi jalan ke IKBN BUKIT MERTAJAM.

Susana yang sememangnya akan menjadi ganjil dengan ketiadaan penyokong UMNO dan BARISAN NASIONAL.Mungkin penyokong BARISAN NASIONAL tetap akan datang tetapi tidak mengenakan pakaian lambang DACING.Semestinya mereka mengharapkan keajaibban CALON-CALON bebas untuk mengalahkan PKR kali ini.

AMINAH ABDULLAH dan SOBRI antara calon bebas yang akan menghiasi proses pencalonan pagi nanti.Khabarnya ada seorang lagi calon bebas akan bertanding menjadikan EMPAT PENJURU semuanya.Pelancong-pelacong politik nampaknya sudah tiba dan tunggu masa untuk melancong di 9 JDM seluruh PENANTI.

Pagi nanti suatu susana dan pemandangan yang tak terduga akan berlaku,di mana tida bendera UMNO dan BARISAN NASIONAL di kibarkan di IKBN BUKIT MERTAJAM.

Friday, May 22, 2009

BOLEH PERCAYA KA NIE?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sama sama menyatakan bahawa Barisan Nasional akan bertanding di pilihanraya kecil Manik Urau di Kelantan. Mereka berkata demikian di dua majlis berasingan Jumaat. Menurut Najib BN bertanding kerana kekosongan itu akibat kematian ADUN PAS kawasan itu dan ia adalah mengikut perlembagaan.-22/9/2009

LAGI PRK

Dikhabarkan pada pagi ini Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar)telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Laporan penuh disini.

Lagi Pilihanraya akan menyusul selepas PRK N12. Kelantan pula bakal menjadi pentas pertarungan.

Al-Fatihah..

Thursday, May 21, 2009

TEMPAT PENAMAAN CALON YANG BARU.

Penamaan Calun akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara pada 23 Mei 2009 (Sabtu).Sebelum ini PADA PRU 13 ia di adakan di MAKTAB TENGKU BAINUN.

Semua penyokong Parti Keadilan Rakyat diminta berkumpul di Bilik Gerakkan Mengkuang Semarak bermula jam 7:30 pagi pada 23 Mei 2009.

Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang, Sdr Mustafa Kamal meminta supaya semua penyokong Pakatan Rakyat hadir bersama-sama bagi mengiringi calun ke Pusat penamaan calun. Semua yang hadir diminta memberikan kerjasama dengan Petugas yang telah dilantik bagi memastikan keselamatan sewaktu proses penamaan tersebut.

Para Penyokong diingatkan supaya tidak membuat sebarang provokasi semasa proses tersebut.

Maklumat ke IKBN
- Susur Keluar dari BKE di Maktab Perguruan Tengku Bainun
- Peta Ke kawasan akan dipaparkan selepas diperolehi.

ISTIHAR HARTA EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH.


Merujuk kepada masalah yang di timbulkan kebelakangan ini mengenai RUMAH EXCO NEGERI KEDAH YB USTAZAH AISYAH GHAZALI merangkap ADUN MERBAU PULAS.Saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan KEDAH mengikut jejak langkah KERAJAAN SELANGOR.Iaitu mewajibkan setiap EXCO KERAJAAN NEGERI supaya mengistiharkan harta masing-masing.Pengistiharan tersebut harus di buat dan di tulis sendiri oleh EXCO tersebut.Tujuannya kita mengistiharkan harta kita supaya mengelak dari pada masalah seperti yang di hadapi ADUN MERBAU PULAS KEDAH.

Mulut tempayan kita boleh tutup,inikan pula mulut manusia.Persoalan persepsi juga di timbulkan oleh pihak yang sentiasa mencari silap PAKATA RAKYAT KEDAH.Hanya membuat kenyataan dari BLOG KEDAHLANIE tidak memadai,kenapa tidak istihar HARTA SEMUA EXCO?masalah yang bakal di hadapi telah jelas tindakkan segera perlu di ambil.Hari ini ADUN MERBAU PULAS di serang,mungkin selepas ini ADUN LUNAS?jalan terbaik istihar sahaja harta EXCO KERAJAAN NEGERI seperti KERAJAAN SELANGOR LAKUKAN.

Rumah sebesar itu sebenarnya bukan masalah besar,ada lagi rumah pemimpin UMNO lagi besar dari itu tetapi keadaan sekarang tidak sesuai dengan pemandangan seperti itu.Khabarnya rumah tersebut di besarkan dengan tujuan menempatkan pusat khidmat di RUMAH ADUN ITU SENDIRI.Selepas ini berbagai andaian akan timbul dengan penjelasan tersebut.Kalau tidak silap setiap ADUN ada peruntukkan untuk pusat khidmat,benar kah?jika betul kenapa tidak di adakan pejabat yang sempurna dan mudah untuk di kunjungi oleh rakyat?Jarang PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT BUAT DI RUMAH.Banyak mata yang melihat dan banyak telinga yang mendengar.