Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Saturday, May 23, 2009
SELESAI PENAMAAN CALON PRK PENANTI
Selesai sudah proses penamaan calon di IKBN BUKIT MERTAJAM.Menyaksikan pertandingan 4 penjuru di antara CALON PKR DR MANSOR OSMAN dan 3 calon bebas.Calon bebas terdiri dari pada AMINAH ABDULLAH,NAI KHAN ARI dan bekas calon bebas PRK BUKIT GANTANG KAMARUL RAMIZU IDRIS.Sementara itu kertas pencalonan SABRI OTHMAN sebagai calon bebas di tolak oleh SPR kerana masalah teknikal.
Proses pencalonan bermula jam 8 pagi dan selesai pukul 12 tengah hari.Kehadiran sekitar 3 ribu orang memberi sokongan kepada calon PKR DR MANSOR OSMAN.Jumlah kehadiran penyokong PAKATAN RAKYAT merosot akibat daripada tindakkan BARISAN NASIONAL tidak meletakkan calon menyebabkan suasana tidak sepanas yang di harapkan.
Walaubagaimanapun proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan penyokong bersurai tanpa sebarang masalah yang tidak di ingini berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment