SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Saturday, May 23, 2009

SEJARAH BARU BAKAL TERCIPTA.

Tinggal beberapa jam lagi proses pnamaan calon N12 PENANTI akan di adakan.Jala akan mula di tutup tepat pukul 6 pagi untuk memudahkan proses penamaan calon.Bendera PKR sudah tersergam indah menghiasi jalan menuju ke TEMPAT PENAMAAN CALON DI IKBN BUKIT MERTAJAM.Sudah pasti puluhan ribu penyokong pakatan rakyat akan memenuhi jalan ke IKBN BUKIT MERTAJAM.

Susana yang sememangnya akan menjadi ganjil dengan ketiadaan penyokong UMNO dan BARISAN NASIONAL.Mungkin penyokong BARISAN NASIONAL tetap akan datang tetapi tidak mengenakan pakaian lambang DACING.Semestinya mereka mengharapkan keajaibban CALON-CALON bebas untuk mengalahkan PKR kali ini.

AMINAH ABDULLAH dan SOBRI antara calon bebas yang akan menghiasi proses pencalonan pagi nanti.Khabarnya ada seorang lagi calon bebas akan bertanding menjadikan EMPAT PENJURU semuanya.Pelancong-pelacong politik nampaknya sudah tiba dan tunggu masa untuk melancong di 9 JDM seluruh PENANTI.

Pagi nanti suatu susana dan pemandangan yang tak terduga akan berlaku,di mana tida bendera UMNO dan BARISAN NASIONAL di kibarkan di IKBN BUKIT MERTAJAM.

No comments: