SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, May 21, 2009

ISTIHAR HARTA EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH.


Merujuk kepada masalah yang di timbulkan kebelakangan ini mengenai RUMAH EXCO NEGERI KEDAH YB USTAZAH AISYAH GHAZALI merangkap ADUN MERBAU PULAS.Saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan KEDAH mengikut jejak langkah KERAJAAN SELANGOR.Iaitu mewajibkan setiap EXCO KERAJAAN NEGERI supaya mengistiharkan harta masing-masing.Pengistiharan tersebut harus di buat dan di tulis sendiri oleh EXCO tersebut.Tujuannya kita mengistiharkan harta kita supaya mengelak dari pada masalah seperti yang di hadapi ADUN MERBAU PULAS KEDAH.

Mulut tempayan kita boleh tutup,inikan pula mulut manusia.Persoalan persepsi juga di timbulkan oleh pihak yang sentiasa mencari silap PAKATA RAKYAT KEDAH.Hanya membuat kenyataan dari BLOG KEDAHLANIE tidak memadai,kenapa tidak istihar HARTA SEMUA EXCO?masalah yang bakal di hadapi telah jelas tindakkan segera perlu di ambil.Hari ini ADUN MERBAU PULAS di serang,mungkin selepas ini ADUN LUNAS?jalan terbaik istihar sahaja harta EXCO KERAJAAN NEGERI seperti KERAJAAN SELANGOR LAKUKAN.

Rumah sebesar itu sebenarnya bukan masalah besar,ada lagi rumah pemimpin UMNO lagi besar dari itu tetapi keadaan sekarang tidak sesuai dengan pemandangan seperti itu.Khabarnya rumah tersebut di besarkan dengan tujuan menempatkan pusat khidmat di RUMAH ADUN ITU SENDIRI.Selepas ini berbagai andaian akan timbul dengan penjelasan tersebut.Kalau tidak silap setiap ADUN ada peruntukkan untuk pusat khidmat,benar kah?jika betul kenapa tidak di adakan pejabat yang sempurna dan mudah untuk di kunjungi oleh rakyat?Jarang PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT BUAT DI RUMAH.Banyak mata yang melihat dan banyak telinga yang mendengar.

1 comment:

Anonymous said...

patut dah lama buat dulu sebelum menang macam2 janji lepas dah dapat buat2 lupa pulak tu le yg kata 2x5 gak