SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, July 23, 2008

SUARA HATI AHLI BAWAHAN PAS

Dalam keadaan Pas bersama Pakatan Rakyat hanya menunggu masa untuk menguasai Putrajaya, terdapat beberapa pimpinan Pas yang menjadi 'pengkhianat' untuk menggagalkan rancangan yang berkenaan.
Kenapa Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Dr Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali sanggup berbuat demikian? Isu ketuanan Melayu, mendakwah Umno dan sebagainya yang dihujahkan oleh mereka hanyalah untuk menguatkan hujah dangkal mereka semata-mata.
Mereka berlima orang ini perlu bersedia dengan jawapan kerana kami ahli-ahli Pas di peringkat bawahan ini akan ke Muktamar Pas di Ipoh tidak lama lagi.
Dan kami akan pastikan Tuan Guru Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Dato Dr Haron Din, Dato Harun Taib dan Dato Mustafa Ali kalah dalam Pemilihan Pas tahun hadapan!
Kiriman Saiful SUMBER MARHAEN......

No comments: