Kasihan rasanya mendengar keluhan kerajaan2 negeri mengenai kereta rasmi para exco2 iaitu proton perdana V6 exc banyak meragam,yang tu rosak yang ini pun rosak itu agaknya luahan beberapa exco kerajaan negeri sama ada dari BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.Ideologi politik sememangnya berbeza tetapi bab GEAR BOX untuk kereta PROTON PERDANA V6 kebanyakkannya sependapat.Kita sememangnya mengakui bahawa kereta proton perdana mempunyai masalah gear box yang memeningkan para makenik seluruh MALAYSIA tetapi apa pun masalah kereta ini dia tetap kereta nasional kita semua,mahu tidak mahu itu lah yang kita ada,seperti juga sukan contohnya bola sepak negara kita punya liga bola sepak tidak sehebat liga JEPUN atau EPL tetapi itulah yang kita ada mahu tidak mahu terpaksa juga kita tonton di tv atau di stadium.Macam itu jugalah mengenai kereta perdanav6 tak baik sekiranya kita terlalu memperlekehkan kereta nasional kita sendiri malahan kita tidak menggunakanya jangan CONTOHI KERAJAAN MAT SAID kerana mereka ini boleh di label sebagai kerajaan terhegeh hegeh,nak menunjuk kepada rakyat di kampung dengan kereta mewah MERCEDEZ E200 KOMPRESOR mereka yang sebenarnya di bayar oleh rakyat.Jika kakitangan kerajaan sendiri tidak mempertahankan kereta nasional kita siapa lagi nak mempertahankan kereta keluaran negara kita sendiri takkan kita nak suruh presiden ZIMBABWE guna kereta proton perdana V6,semestinya exco kerajaan negeri menggunakannya.Kos penyelenggaraan yang tidak masuk akal iaitu menukar gear box sebuah kereta proton perdana V6 berharga RM69000,HARGA PROTON PERDANA BARU SEKITAR RM90000 ADAKAH TIDAK MASUK AKAL WARAS KITA harga sebuah gear box bernilai hampir sebuah kereta perdan v6 baru.Ini semua kos penyelenggaraan kerajaan TERENGGANU!gear box di kedai potong rasanya baru RM 2500 tak sekali pasang la jika sekali pasang mungkin sekitar RM3000 lebih,kan membazir namanya.Kerajaan KELANTAN pula merungut tentang masalah proton perdana v6,mungkin selepas ini kerajaan negeri patut guna kenderaan dari keluaran PERODUA sebab kos rendah dan juga jimat minyak.Begitulah para pemimpin di MALAYSIA yang kita cintai.
No comments:
Post a Comment