SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, July 30, 2008

SEJARAH PENUBUHAN HOSPITAL PUSRAWI

Hospital PUSRAWI Sdn Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Rawatan Islam Sdn Bhd didaftarkan sebagai sebuah syarikat pada 10 Januari 1984 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 2.5 juta dan modal berbayar sebanyak RM 200,000. Pengasas dan Lembaga Pengarah pertama ialah:-
PengerusiTuan Haji Hussein bin Mohd Rejab
AhliDr. Kamaruddin bin AhmadDr. Suhaimi bin Haji Abd. HalimTuan Haji Fahro Rozi bin Mohdi
PUSRAWI telah memulakan perkhidmatan klinik pesakit luar di Wisma Baitulmal pada Jun 1984. Perkhidmatan pesakit dalam dimulakan sebulan kemudian dengan 14 katil. Dalam tahun 1985 jumlah katil meningkat ke 41 katil. PUSRAWI telah dirasmikan pada 25 Januari 1985, oleh Y.B. Datuk Sharir bin Abdul Samad, Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan yang juga merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.Tahun 1984 hingga 2005 telah banyak menyaksikan pencapaian yang membanggakan di Hospital PUSRAWI di Jalan Ipoh. Pada bulan Oktober 2000, Hospital PUSRAWI di Jalan Tun Razak telah mula di bangunkan bagi menunjukkan peranan dan tanggungjawab yang cemerlang dalam konteks merealisasikan penubuhan Hospital yang menerapkan nilai-nilai Islam. Kejayaan yang utama ialah dalam memperkukuhkan sistem pengurusan bagi menjamin wujudnya kepercayaan dan keyakinan pelanggan, menyediakan peralatan perubatan dengan teknologi terkini dan pakar klinikal dalam pelbagai bidang kepakaran untuk terus memajukan wawasan PUSRAWI.

No comments: