SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, December 30, 2009

PANASSSSS........


Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, di mana pejabat SPRM Selangor terletak, pada 16 Julai lalu selepas disoalsiasat sepanjang malam hingga ke Subuh oleh SPRM.

Mendiang disiasat berkenaan tuntutan RM3,000 kerana pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Memetik laporan-laporan terdahulu, tindakan SPRM itu adalah sebahagian daripada komplot atau konspirasi Umno-BN yang mahu menjatuhkan kerajaan PR di Selangor dengan membabitkan pemimpin-pemimpin PR di negeri itu.Tujuh lagi kes membabitkan exco dan pegawai mereka, kebanyakannya dari DAP juga sedang disiasat SPRM.

Namun pelbagai laporan yang dibuat kepada suruhanjaya itu, yang membabitkan pemimpin Umno-BN, termasuk mantan Menteri Besar Khir Toyo yang didakwa memiliki rumah ala-Bali bernilai lebih RM20 juta, menjadi ’sunyi’ dan ’sepi’ dalam peti simpanan SPRM.

Teoh mati pada hari yang sama beliau sepatutnya berkahwin dengan tunangnya yang mengandung tiga bulan.

Dalam keterangan pertama Pornthip di hadapan koroner, Azmil Muntapha Abas Oktober lalu, pakar forensik Thailand itu yakin 80 peratus kematian Teoh kerana dibunuh.

Beliau membuat rumusan itu berdasarkan gambar menunjukkan tanda bulatan merah pada tengkuk mendiang yang menjadi petunjuk Teoh dicekik. Kesan jari juga dilihat pada tengkuk mangsa.

Pornthip juga menyatakan dengan tegas, Teoh juga didera kerana ada kesan luka pada dubur mangsa akibat tusukan objek keras.

Di samping itu, tegas Pornthip tiada tanda-tanda akibat jatuh pada tengkorak kepala Teoh, sebaliknya lebih mirip kepada dipukul dengan kuat.

Selain Pornthip, autopsi kedua itu juga disaksikan oleh pakar patologi, Prof Dr Peter Vanezis dari Pusat Sains Forensik Cameron, United Kingdom bagi pihak SPRM, serta Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar.

Autopsi dilakukan oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor. -FMT

Monday, December 28, 2009

KERAJAAN MALAYSIA DALAM KETAKUTAN


Kes kehilangan enjin jet F-5E baru-baru ini telah menjadikan banyak pihak tertanya-tanya: mengapa beriya-iya benar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan tidak akan ada "cover-up" terhadap siasatan kes berkenaan.

Ini ikuti pula dengan kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail bahawa beliau memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," kata beliau.

Uniknya, dengan usaha yang dilihat masih untuk melindungi pihak tertentu, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyatakan tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM). Sebaliknya beliau menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat", katanya.

Pihak Amerika Syarikat telah meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM dua tahun lalu.

Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana membabitkan isu keselamatan.

Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

Kecurian itu dipercayai didalangi orang dalam syarikat penyenggaraan pesawat dan skuadron tersebut.

Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara I, Sungai Besi manakala enjin kedua sebaik sahaja meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara.

Ia dipercayai dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 4 Ogos 2008.

Jika Malaysia gagal untuk menyediakan laporan lengkap terhadap kehilangan jet enjin tersebut sepertimana yang diminta oleh pihak berkuasa Amerika, Malaysia akan menjadi negara yang diperhatikan.

Maka itu Najib, Gani Patail dan Zahid kini terpaksa seorang demi seorang keluarkan kenyataan tentang komitmen kerajaan membongkar kes itu, bukan untuk rakyat Malaysia mendengarnya, tetapi untuk AS!

Ada petunjuk Kerajaan Malaysia dalam ketakutan di dalam hal ini.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru kepada rakyat Malaysia. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, maka tahun 2009 akan melabuhkan tirainya manakala menandakan permulaan bagi tahun 2010. Adalah menjadi kebiasaan, menjelangnya tahun yang baru, kita akan memperbaharui tekad dan keazaman demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Sepanjang tahun ini kita menyaksikan akibat buruk kesan dari krisis kewangan yang melanda dunia. Malaysia dan rakyatnya tidak terkecuali dari menerima kesan tersebut. Episod ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung setiap dari kesalahan dan kecuaian, bukan sahaja oleh mereka yang berada di Wall Street ataupun tempat lainnya, malahan juga untuk bermuhasabah kesilapan serta kecuaian kita sendiri. Ini mengingatkan saya kepada karya Charles Dickens yang terkenal; A Christmas Carol.

Watak Ebenezer Scrooge yang tamak dan sering menindas pekerjanya dikunjungi Ghost of Christmas Past, Ghost of Christmas Present dan Ghost of Christmas Yet To Come selepas tujuh tahun kematian rakan kongsinya. Karya Dickens itu sewajarnya menjadi peringatan bahawa ketamakan, pemborosan dan penindasan hanya membawa keburukan. Pun demikian ianya juga membawa maksud Perubahan tidaklah mustahil. Scrooge yang tamak haloba itu, pada pengakhiran novel tersebut berubah menjadi seorang yang berperikemanusiaan dan sanggup untuk membetulkan kesalahannya.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, December 17, 2009

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA...

TAHNIAH DI UCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA KERANA MERANGKUL PINGAT EMAS DI SUKAN SEA LAOS.SEBENTAR TADI PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA MENEWASKAN VIETNAM 1 0.KEJAYAAN INI MENAMATKAN PENANTIAN 20 TAHUN NEGARA MALAYSIA UNTUK MERAIH PINGAT EMAS DI DALAM ACARA BOLA SEPAK.

HIDUP HARAPAN

RAKYAT PERLU BANGKIT MNENTANG GST

Rakyat Malaysia disaran menentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang nyata terang-terangan menindas rakyat. Hal ini ditegaskan oleh ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan akhbarnya hari ini.

Menurut beliau, rakyat tidak kira apa ideology, agama, bangsa dan budaya harus bersatu dalam menyatakan bantahan dan menggesa Kerajaan Pusat menghentikan usaha mereka untuk memperkenalkan GST ini.

“Orang Umno, MCA, MIC, PAS,PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat,” jelas Sofi.

Beliau yang juga ADUN PAS Bukit Katil pasti GST ini akan membebankan rakyat walaupun kerajaan telah membuat pelbagai janji manis. Kerajaan menabur janji yang rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini sekiranya ia dilaksanakan kelak.

“Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup tergamak mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut,” jelas Sofi lagi.

Beliau sebagai berkata, sehingga kini Kerajaan Pusat masih gagal memberi alas an yang kukuh mengapa GST ini perlu dilaksanakan. Kebanyakkan pemerhati politik beranggapan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk ‘merompak’ duit rakyat secara terhormat tanpa memikirkan penderitaan rakyat.

Kerajaan sebelum ini bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan. Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.

“Persoalannya adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga. Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat,” tegas Sofi.

Terdahulu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah telah membentangkan rang undang-undang di Dewan Rakyat. Bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan Mac 2010.

Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.

ERA PAKATAN

RM600,000 DIKIRIM BUAT ROSMAH DI DUBAI


Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.

Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.

Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.


Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.

Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.

Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.

MKINI

CUKAI OH CUKAI

CUKAI AKAN SAMPAI – JAWABNYA LAWAN

Undang baru untuk mencukai 4% warga telah mula di baca pagi ini di Parlimen.

Satu ketika dahulu negara banyak duit.

Tetapi telah dibazirkann dengan membuat KLCC, Litar Sepang, F1, Monsoon Cup, Formula One , kapal selam, Altantuya, Sukhoi, stadium runtuh, hospital bocor, sekolah rahai dan seribu satu macam kerenah untuk merembat dana negara.

Yang terbaru Formula One : semuanya projek merembat duit rakyat !

Hari ini kerajaan telah habis duit.

Cara terpnatas : kenakan cukai.

Semua rakyat – kecik besar tua muda – tahun hadapan
jika membeli apa saja akan kena cukai 4%.

Justeru dari sekarang mulakan kempen GST = Ganyang Sampai Terbarai

GST BILL TABLES , FIERCE DEBATES EXPECTED

KUALA LUMPUR, Dec 16 — The government today tabled a law to introduce a controversial Goods and Services Tax (GST) which it says is necessary to broaden the tax base but the opposition claims will be a burden on ordinary Malaysians.

Under the proposal, the government is looking at a GST rate of four per cent.

Debate on the Bill will proceed next year. The government is expected to go on a major exercise next week to campaign for GST by explaining to the public the rationale for introducing the new tax.

The tabling of the GST Bill, however, did not proceed smoothly as Pakatan Rakyat (PR) lawmakers, who are opposed to its implementation, tried their best to delay proceedings.

Teluk Intan DAP parliamentarian M. Manoharan stood to object, saying that there were many other Bills left unresolved but his objection was shot down by Deputy Speaker Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar.

tt

Saturday, December 12, 2009

DEMO AMK PULAU PINANG


Kira-kira 30 anggota PKR mengadakan protes secara aman di luar Masjid Jamek Seberang Jaya di Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.


Protes tersebut, yang diketuai Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut mereka, prosiding Mahkamah Syariah boleh berjalan serentak dengan prosiding di mahkamah sivil.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua umum PKR itu telah menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan 'satu lagi plot' kerajaan terhadapnya.


Shamsul membidas menteri di jabatan perdana menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Datuk jamil Khir Baharum yang dilaporkan berkata perbicaraan di Mahkamah Syariah hanya boleh diadakan selepas selesai perbicaraan kes liwat Anwar di mahkamah sivil.

Ketua AMK itu mendakwa, kenyataan Jamil tersebut - ketika menjawab soalan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat - adalah menghina Mahkamah Syariah.

Menurutnya, jawapan menteri itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Mahkamah Syariah setaraf dengan mahkamah sivil.

Wednesday, December 9, 2009

SAH UMNO PARTI PERKAUMAN.....

Mantan Perdana Menteri mengakui UMNO adalah sebuah parti perkauman.

Pengakuan itu dibuat tatkala beliau menyerang-balas kenyataan Menteri di jabatan Perdana Menreri, Mohd Nazri Abd Aziz.

“Nazri menuduh saya sebagai rasis, betul kerana saya mempertahankan kursus BTN (Biro Tata Negara) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang Melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus Biro Tata Negara (BTN) bersifat perkauman,” kata Mahathir.

Pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia 2009 bertajuk “Peluang dan Cabaran Daripada Perspektif Media dan Perniagaan” semalam, Dr Mahathir berkata, Nazri perlu meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman.

“UMNO adalah parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum Melayu.

Saya cadangkan agar beliau keluar UMNO untuk membuktikan yang beliau antiperkauman. Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang Melayu,” katanya.

Bekas Perdana Menteri berkata, BTN berfungsi dengan baik cuma segelintir yang tidak memahami nilai positif yang boleh dijayakan dalam kursus itu terutama untuk membangunkan negara.

“Setakat pengetahuan saya, tiada kepincangan dalam BTN, malah sebahagian besar modul adalah sesi penerangan mengenai sejarah negara kita. Isu BTN diperbesar-besarkan pembangkang dan menjadikan isu ini sebagai mainan politik semata-mata,” katanya.

Serang-menyerang diantara kedua-dua pemimpin UMNO itu juga telah diberikan sampukan oleh Timmbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

"Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

GREENBOC

Tuesday, December 8, 2009

DREBAR MB HARAM DI CEKUP

Sang cengkerik bertanya pula:
Macamana serbuan dan tangkapan yang dibuat oleh pihak penguatkuasa JAIP terhadap drebar Zambry yang sedang syok minum minuman keras bersama rakan-rakan disebuah pub tetapi kesnya diletak dibawah polis pula?

Ada juga cubaan untuk melepaskannya daripada tangkapan malam itu juga. Tetapi pegawai Jaip tetap bertegas untuk membawa drebar Zambry dan rakan-rakannya kepejabat untuk diambil keterangan.

Tetapi malangnya, terdapat 'tangan-tangan ghaib' yang telah menyelamatkannya daripada didakwa oleh JAIP terhadap kesalahannya meminum arak. Bukankah perbuatan itu bermakna menyalahgunakan kuasa?

Sang cengkerik bertanya lagi:
Minum arak ini sudah sebati dengan orang-orang Melayu ke? Minum arak macam minum coca-cola saja ke? Mereka-mereka yang hidup disekeliling pemimpin kerajaan haram ni kebal daripada undang-undang ke? Mungkin pengikut dan penyokong kerajaan haram ini yang mereka anggap bebal? Ataupun memang mereka bebal kerana tetap menyokong walaupun tahu bagaimana perilaku pemimpin-pemimpin kerajaan haram yang mengamalkan 'Amal Munkar Nahi Maaruf' berbanding dengan kerajaan DAP di negeri Pulau Pinang yang membawa prinsip 'Amal Maaruf Nahi Munkar'.WARTA SG RAPAT

PARLIMEN SIASAT SETPOL NAJIB

Parlimen hari ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan seorang ahli parlimen PKR bahawa beliau "dihalang" setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dewan itu semalam.

Penubuhan jawatankuasa khas itu dibuat ekoran usul tergempar Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang menggesa supaya tindakan diambil terhadap Datuk Shafie Abdullah kerana mengganggunya.

Bercakap kepada pemberita selepas usul itu diluluskan, Wee berkata, beliau telah didatangi setiausaha politik perdana menteri di lobi Parlimen sejurus selepas beliau membangkitkan isu yang membabitkan individu berkenaan dalam satu perbahasan.

Semalam, Wee mendakwa Shafie campur tangan dalam pelbagai keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyifatkanya sebagai "menteri de facto Wilayah Persekutuan".

"Selepas berbahasan tersebut, saya keluar dan menemui beberapa pegawai Wilayah Persekutuan apabila tiba-tiba seorang lelaki mendekati saya," kata Wee, sambil berkata lelaki itu kelihatan marah dan bersikap biadap terhadapnya.

Katanya, lelaki berkenaan bertanya mengapa namanya dibangkit dalam persidangan Dewan Rakyat.

Wee berkata pada mulanya dia tidak mengenali lelaki itu sehinggalah selepas dia melihat tanda nama yang dipakainya.


mkini

ANUAR ZAIN?


Memecah sunyi lama tak buat posting dengan posting yang bertajuk sensasi....

Membaca tajuk sudah tentu semua membayangkan ada Menteri membela artis seksi dengan beri kereta mewah.....itulah persepsi ramai bila baca tajuk ....

tapi kali ini lain...

petikan dari laman Umno



Ribut dan kalut ! Tabloid Suara Keadilan mendedahkan ada Menteri Kanan yang telah menghadiahkan kereta mewah kepada seorang artis lelaki. Menteri Kanan juga seorang lelaki dikatakan memberi kereta mewah tersebut dan ini menimbulkan banyak spekulasi. www.selamatkanumno.blogspot.com turut bertanya kepada kawan-kawan media siapa Menteri Kanan itu dan siapa artis terbabit.


TERKEJUT – menurut rakan media – Menteri Kanan itu adalah Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan artis itu adalah Anuar Zain kata rakan media. Alamat – kita tidak mahu meneruskan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin sebelum PKR meneruskan spekulasi tersebut. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi itu tidak merosakkan Umno tambahan ini melibatkan Menteri Kanan – saudara Perdana Menteri – dah la Perdana Menteri penuh dengan spekulasi dan tuduhan penglibatan dengan kes Altantuya, SU Politiknya dengan rasuah, rakan baiknya Razak baru terbebas dari tuduhan membunuh, ini saudaranya pula dikatakan terlibat dengan skandal bagi Anuar Zain kereta mewah.

chegubard

JUMPA MB KEDAH



Hari ini dalam sejarah hidup AMK KEDAH membuat kunjungan hormat ke atas MB KEDAH YAB DAUK SERI AZIZAN ABD RAZAK di kediaman beliau.Pada mulanya rasa tak percaya apabila di beritahu tarikh untuk bertemu MB KEDAH,oleh kerana sebelum ini sudah beberapa kali di tunda dengan maslaah yang tidak dapat di elakkan.Bagi saya sebagai anak muda merasakan pertemuan ini sesuatu yang positif dari sudut politik dan KERAJAAN NEGERI KEDAH.Di dalam program kunjungan hormat tersebut wakil AMK KEDAH juga merupakan KETUA AMK KEDAH SAUDARA SAIFUL IZHAM RAMLI telah menyerahkan memorandum kepada MB KEDAH.

Antara perkara yang disebutkan di dalam memorandum tersebut,ia berkisar mengenai pendapat dan cadangan daripada anak muda untuk memantapkan KERAJAAN PR KEDAH.Termasuk soal pendidikan,PBT dan lain-lain lagi.Cuma yang tak berapa best sebab lupa bawak camera hehehee,guna camera talipon je la...belasah je la labu....

hidup harapan

Saturday, December 5, 2009

ADUHAI....ADUN ANGKAT LUNAS.....

Pemimpin politik di MALAYSIA hari ini kebanyakkannya mempunyai masalah untuk berbincang.Tidak kiralah apa jawatan sekali pun.Selepas itu jikan ingin berbincang atau berjumpa perlu ada protokol,jika protokol ini menyenangkan rakyat tak mengapa tetapi lebih kepada syok sendiri.Bab protokol bukannya tidak bagus untuk di laksanakan,cuma ia perlu di sesuaikan dengan keadaan.Sebagai contoh satu kumpulan ingin berjumpa dengan seorang YB di kawasan tertentu,setelah berbincang dengan orang perantara maka di tetapkan tarikh.Setelah di persetujui dan makin hampir dengan tarikh tersebut di tundanya dengan beberapa alasan,selepas itu di tundanya lagi untuk pertemuan yang berikutnya dan yang terakhir kena buat surat pula baru boleh jumpa.Semua itu mengambil masa hampir dua bulan.Ini yang di namakan protokol membawa rebah dan menyusahkan.Yang peliknya pihak yang ingin berjumpa adalah rakan di dalam PR itu sendiri,perkara yang hendak di bincangkan juga adalah masalah rakyat.

Sudahla wahai pemimpin politik yang terlalu protokol berlebihan,kadang-kadang menggunkan protokol untuk mengelakkan berhadapan dengan rakan dalam PR dan juga rakyat.Bagaimana hendak bekerjasama jika asyik mengelak.Kepada ADUN MERBAU PULAS yang merupakan ADUN ANGKAT LUNAS janganlah terlalu memberi alasan sehinggakan rakan kita di dalam PR itu sendiri menyimpan prasangka yang tidak baik.Ini tidak menguntungkan sesiapa dan rakyat,cubalah faham dan selami perasaan orang yang ingin berkerja untuk rakyat,jangan menghukum rakan kita kerana perbuatan orang lain.PARTI tidak salah yang salah hanyalah pemimpin yang merosakkan parti itu sendiri.Terlalu banyak perkara untuk di bincangkan,kenapa harus mengelak dan terus mengelak.Kini DUN LUNAS sudah ada PENYELIA,tugas ADUN ANGKAT antaranya menerangkan fungsi dan cara untuk bergerak membantu rakyat.Adakah itu menjadi masalah......

Marilah bercakap benar walaupun tidak di benarkan,jangan hanya berkata-kata tetapi tindakkan yelllekkkkk....

pemuda padang serai

BERSARA AWAL.....

Datuk Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan timbalan ketua pesuruhjaya itu berikutan permohonan bertulis Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.

Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai penggantinya, katanya dalam satu kenyataan.

mkini

Thursday, December 3, 2009

KERAJAAN KEDAH DOK TUNGGU APA......

Kerajaan NEGERI KEDAH masih kabur di dalam pendekatan terhadap isu BTN(BIRO TATA NEGARA)hal ini perlu di pandang serius oleh kerajaan negeri KEDAH,memandangkan ada kakitangan kerajaan yang di hantar mengikuti kursus BTN.Tidak salah jika mengikut apa yang di lakukan oleh KERAJAAN SELANGOR dan PULAU PINANG.Sudah jelas sememangnya BTN menerapkan sifat perkauman yang tinggi di kalangan peserta.

UMNO akan menggunakan setiap jentera yang mereka perolehi untuk meracuni pemikiran anak muda dan amsyarakat MALAYSIA.Penuntut UNIVERSITI seluruh MALAYSIA menjadi satu kemestian mengikuti kursus BTN dengan alasan untuk membina diri dan sebagainya.Bukan setakat pelajar universiti tetapi orang perseorangan yang memesuki sesuatu persatuan yang pro KERAJAAN juga akan di hantar untuk mengikuti BTN.Janganlah ego di dalam mengambil tindakkan demi menyelamatkan rakyat kedah terus di belenggu sifat perkauman.

BTN merupakan agen jangka masa panjang kerajaan BN untuk merosakkan minda rakyat serta memburukkan PAKATAN RAKYAT.Ternyata program ini hanyalah menguntungkan UMNO dan bukannya RAKYAT serta negara.Biarpun apa alasan kerajaan BTN tetap merosakkan minda rakyat.KERAJAAN KEDAH perlu cepat membuat keputusan di dalam hal ini....JANGAN CHEROYYYYY

SIASAT PROKSI NAJIB TERLIBAT UBAH AKUAN BALA



Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.

Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam.

"Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.

"Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang.

"Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.


Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin (foto atas, berkaca mata), yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube.

"Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.”

Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

MKINI

Tuesday, December 1, 2009

ONE SUGAR ONE MALAYSIA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan bahan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu, katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP SM Mohamed Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini. BERNAMA

BN:BARANG NAIK

BERSEDIA SEBARANG KEMUNGKINAN


Negara MALAYSIA bakal mendapat malu dengan tindak tanduk institusi kehakiman hari ini.Pada sebelah pagi tadi DSAI hadir di dalam prosiding membatalkan tuduhan liwat dan mendapatkan bukti di MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA.Keputusan HAKIM seperti telah di duga iaitu terus menetapkan tarikh perbicaraan pada tahun hadapan bulan JANUARI 2009.Pihak pembelaan gagal mendaptkan bukti dan hakim terus menetapkan tarikh sebut kes,sememangnyanya lawak dan nampak bodoh.

Semestinya pelik apabila pihak pembelaan tidak di berikan bukti yang di ketengahkan,tak pernah terjadi kejadian selawak ini.Rancangan pihak yang berkepentingan berada di landasan.Segala kemungkinan bleh terjadi selepas ini.Mungkin DSAI tidak dipenjarakan tetapi beliau akan di denda melebihi 2 ribu ringgi MALAYSIA dan hilang kelayaakn sebagai AHLI PARLIMEN dan juga UNTUK BERTANDING di dalam PRU 13.Kita dapat menduga apa yang mereka rancang dengan harapan PR akan kucar kacir ketika PRU 13.Lihatlah apa yang berlaku pada PRU 11 2004,BA tersungkur dan PKR hanya tnggal satu kerusi PARLIMEN SAHAJA.

Sekarang apa tindakkan MP-MP PR terutama MP PKR? sibuk beli kereta baru lagi?nak tambah rumah baru?jika berlaku sesuatu kepada DSAI baru kita dapat lihat yang mana intan dan yang mana kaca.Bersedialah sebarang kemungkinan....

RANCANGAN JAHAT BERJALAN

Rancangan jahat Peguam Negara Tan Sri Abd Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan nampaknya tidak dapat dibendung apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonan untuk menggugurkan pertuduhan liwat yang dikemukakan terhadapnya di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.

Mahkamah menetapkan 25 Januari hingga 25 Februari depan untuk perbicaraan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan , 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.

Ramai para peguam menyifatkan keputusan mahkamah hari ini jelas merupakan satu episod malang di dalam institusi kehakiman kerana pihak defenden sebenarnya telah berjaya untuk membuktikan wujudnya keraguan yang menasabah sedangkan pihak pendakwa pula gagal untuk membuktikan sebarang asas yang kukuh bagi mengesahkan wujudnya kes liwat seperti yang dituduhkan.

Dalam pada itu Anwar menyatakan rasa kesal dengan tindakan hakim menetapkan tarikh perbicaraan walaupun permohonannya mendapatkan bahan bukti untuk menyiapkan pembelaan beliau masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Hakim telah menetapkan perbicaraan dengan membelakangkan sama sekali rayuan kami bersabit perkara ini,” Anwar memberitahu pemberita.

“Beliau seharusnya menghormati keputusan yang dibuat sendiri untuk memberikan kami dokumen berkenaan dan memberi masa kepada Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini,” tambah Anwar.

Mohd Zabidin sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pendakwaraya selaras dengan peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun keputusan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, Mahkamah tinggi pagi tadi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pendakwaan liwat yang dihadapi beliau.

Anwar berkata, keputusan tersebut menjadikan kes berkenaan sebagai kes pertama dalam sejarah kehakiman yang menyaksikan mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan.

“Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah di mana mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan yang menunjukan tiada kesan liwat," katanya.

GB

Monday, November 30, 2009

ADA ORANG KUAT SELAIN EZAM




DUA ORANG KUAT PKR SERTAI UMNO - melayau

Awang Mumin Awang Marali dan Ketua Pemuda bahagian itu yang juga Setiausaha Pemuda PKR negeri, Faizal Julaili hari ini mengisytiharkan keluar dari parti itu dan menyertai Umno.

Kedua-dua ‘orang kuat’ PKR Papar itu menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Papar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail di dua majlis yang berbeza, dekat sini.
KAH KAH KAH…

woit….ADA LAGI ORANG KUAT PKR… kah kah kah..

kah kah kah… TAK HABIS HABIS LAGI… kah kah kah…

kah kah kah… INGATKAN ORANG KUAT PKR HANYA MAT EZAM DENGAN MAT LOKMAN…. kah kah kah…

kah kah kah… RUPA RUPA NYA ADA DUA EKOR LAGI…. kah kah kah…

woit… BILA AGAKNYA ZUL NORDIN NAK TINGGALKAN PKR DAN MASUK JADI AHLI GEROMBOLAN….kah kah kah..

woit… NAK TANYA SIKIT… DUA EKOR INI KUAT APA?.... kah kah kah..

kah kah kah... KUAT BADAN TAK GUNA... KONTOL KECIL... kah kah kah

nota:
papar ini dimana?
pepet kita tahu
kalau dua ekor ini kauat pepet memang tepat kah kah kah

tt

MENGAKU JUGA AKHIRNYA....

Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan hari ini bahawa kabinet telah bersetuju untuk merombak semula Biro Tata Negara (BTN) ekoran tekanan yang meningkat supaya program itu dihentikan, yang mana ia dilihat oleh banyak pihak sebagai alat untuk menyebarkan propaganda perkauman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa Ketua Setiausaha Negara telah diarahkan untuk melakukan perubahan BTN.

Nazri, yang bercakap di lobi Parlimen hari ini, menyatakan mesyuarat kabinet yang baru lalu mengesahkan untuk menghapuskan ko-kurikulum BTN yang menurut beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Perdana Menteri sendiri, melihat ia sebagai destruktif dan bersifat perkauman.

“Kita bersrtuju untuk merombak semula BTN kerana ko-kurikulunnya bertentangan dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib Razak,” tambahnya.

Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.

Ulasan GB

Akhirnya tindakan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang tepat. Tahniah MB Selangor dan KM Pulaua Pinang. Dan kita hairan dengan sikap penulis-penulis pengampu dari akhbar media massa arus perdana yang begitu giat mempertahankan BTN.

Begitu juga dengan bebrapa orang kuat UMNO yang begitu mempertahankan BTN diantaranya termasuklah Timbalan perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan.

Ketiga-tiga pemimpin UMNO totok dari Johor itu amat dikenali sebagai pemimpin ultra-Melayu yang terlalu rasis. Dan ketiga-tiga itu tidak diperlukan dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara Malaysia.

PULAU PINANG IKUT JEJAK SELANGOR

Selang beberapa hari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengambil keputusan melarang pegawainya mengikuti program Biro Tata Negara (BTN) hari ini kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau tidak nampak ada keperluan untuk pegawai kerajaan negeri berkenaan menjalani program tajaan Barisan Nasional itu yang disifatkannya sebagai propaganda politik semata.

Kata beliau program itu dianjurkan hanya untuk kepentingan BN bagi mempengaruhi pegawai kerajaan termasuk penuntut institusi pengajian tinggi awam atau swasta menyokong BN.

Guan Eng berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pegawai kerajaan yang pernah mengikuti program BTN ia tidak lebih dari saluran proses doktrinisasi BN bagi melahirkan fenomena perkauman yang melampau.

Beliau berkata kenyataan pemimpin Umno yang cuba menepis dakwaan keputusan kerajaan Selangor itu adalah semata-mata untuk mengaburi mata semua pihak terhadap BTN.

Wednesday, November 25, 2009

MANA WARTA KEDAH?

Kerajaan NEGERI KEDAH hari mempunyai satu akhbar yang di uruskan oleh PENERANGAN KEDAH bagi menerangkan apa yang di lakukan oleh KERAJAAN NEGERIKEPADA RAKYAT KEDAH.Surat khbar tersebut di khabarkan akan di terbuitkan seminggu sekali dan di serahkan kepada SELURUH PBT dan PEJBAT DAERAH untu di agijhkan kepada rakyat KEDAH dengan percuma.Surat khabr yang di beri nama 'WARTA KEDAH' ini secara kesuluruhannya menceritak perjalanan pentadbiran negeri dan apa yang di lakukan oleh KERAJAAN NEGERI dan MB KEDAH.

Sampi ke saat ini saya percaya masih ada yang tidak mengetahui apa itu WARTA KEDAH dan bagaimana rupa surat khbar tersebut.Tindakkan penerangan KEDAH yang terdiri daripada individu-individu 3 PARTI PR ini gagal menguruskan serta mengedarkan WARTA KEDAH dengan bijak.KENAPA TIDAK SERAHKAN KEPADA SEMUA KETUA KAMPUNG SELURUH KEDAH?yang di serahkan hanya kepada PBT seluruh kedah,mahu dapat pula KAKITANGAN PBT yang pro UMNO KARAT, semestinya ia akan di tongsampahkan WARTA KEDAH ITU.Ini adalah instrumen penting di dalam proses penerangan,jangan buat kerja melepaskan batuk di tangga.Apa salahnya WARTA KEDAH ini di letakkan di masjid-masjid dan juga tempat tumpuan ramai.Mujur ada INTERNET BERJAYA MENYELESAIKAN MASALAH MAKLUMAT.Tetapi pak cik-pak cik dan makcik bedah di kampung bukannya ada INTERNET,surat khabarlah INTERNET MEREKA.Mahu pulak kiblat mereka UTUSAN MELOYA dan berita hairan lagi susah.Penerangan kedah perlu aktif di dalam memikirkan cara untuk mengagih WARTA KEDAH agar ia sampai ke tangan makcik bedah dan pakcik mat dol di kampung.Tolanglah kreatif untuk membantu KERAJAAN NEGERI KEDAH.

TOLONGLAH SEBARKAN WARTA KEDAH AGAR IA DAPAT DI MANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN....

KETUA KAMPUNG OH KETUA KAMPUNG

Setelah KEDAH berjaya di rampas oleh PR daripada tangan BN,PR telah melantik MKK(MAJLIS KETUA KAMPUNG) sebagai perantaraan rakyat dan kerajaan negeri KEDAH.Bukan hanya di kampung sahaja adanya MKK walhal di taman-taman perumahan juga di wujudkan ketua kampung yang di gelar KETUA KAMPUNG KOMUNITI.Maka setiap kampung di lantik seorang wakil samaada ahli PAS,PKR atau DAP dengan harapan mereka ini boleh membantu KERAJAAN NEGERI.Di tambah pula baru-baru ini KEDAH di landa bencana banjir,ketika inilah KETUA KAMPUNG perlu berfungsi sebagai jambatan untuk menghulurkan sumbangan KERAJAAN NEGERI kepad mangsa banjir.Ketua kampung bukan setakat menjadi tukang cop borang tetapi sebagai mata dan teling untuk PR dan juga KERAJAAN NEGERI KEDAH itu sendiri

Secara realitinya hari ini kelihatan KETUA KAMPUNG mahupun KETUA KAMPUNG KOMUNITI masih tercari-cari cara untuk menjalankan tugas.Tugas KETUA KAMPUNG bukan sekadar meminta bantuan tetapi juga sebagai satu entiti yang melancarkan program serta menguruskan segala mak nenek permohonan di dalam kawasan kampung tersebut.Tetapi yang mengecewakan dan meyedihkan KETUA KAMPUNG tidak mempunyai borang untuk mengambil data penduduk ataupun untuk membantu mangsa bencana mendapatkan bantuan.SIAPAKAH HARUS DI PERSALAHKAN?apabila di tanya kenapa tidak ada borang khusus,jawapannya SAYA TAK TAHU.Huyyyooooo sudah 2 tahun jadi KETUA KAMPUNG tak ada sebarang borang dan juga tidak tahu cara untuk memohon apa2 bantuan.

Selepas itu ada pihak yang cuba memperbetulkan keadaan dengan mengambil inisiatif sendiri membuat borang sementara,yang menyedihkan ada di kalangan KETUA KAMPUNG mengatakan borang ini salah dan tidak boleh di gunakan,dan boleh di report kepada polis.KETUA KAMPUNG PAS marah sebab ada ahli PKR cuba menyelesaikan masalah.Apala bengap sangat wahai ketua kampung oi...itu inisiatif bagi menyelesaikan masalah dan menyimpan data untuk di hantar pihak yang berwajib supaya dapat bantuan,ada pula yang dengki .Masalah apabila ketua kampung yang di lantik terlalu ortodog dan slow.Masalah rakyat tidak selesai juga,bising pula apabila tak dapat elaun. Tetapi keja tak buat.

Cubalah kerajaan negeri memberi tunjuk ajar kepada KETUA-KETUA KAMPUNG yang bermasalah,jangan hanya makan elaun buta saja.Jangnan jadikan jawatan untuk bermegah-megah, sekiranya tidak mampu buat keja serahkan kepada yang mampu.Apabila KETUA KAMPUNG lesu dan mandom bagaimana nak mengetahui apa yang di lakukan KERAJAAN NEGERI sedangkan KETUA KAMPUNG TIDAK MEMAINKAN PERANAN.Perkara ini perlu dianggap serius dan jangan terlepas pandang.KETUA KAMPUNG perlu faham fungsi dan tugas mereka sebelum menjadi KETUA KAMPUNG,jangan biarkan JKKP mengambil tugas KETUA KAMPUNG.Faedah akan di perolehi oleh UMNO bukannya PR.

Jawatan ketua kampung ini seharusnya di lantik di kalangan aktivis parti dan juga orang tempatan kawansan tersebut,jangan pula di lantik ahli umno kononnya untuk berbuat baik,sedangkan UMNO tidak pernah hendak berbuat baik kepada kita

Monday, November 23, 2009

GEMPAR........UST NASA MASUK WAD


Timbalan Presidn PAS Ust. Nasharuddin Mat Isa telah dikejarkan ke Intitut Jantung Negara (IJN) pagi ini selepas mengadu sakit dada ketika menghadiri sidang Parlimen.

Ahli Parlimen Bachok ini dilihat dibawa dengan kerusi roda kira-kira 11.45 pagi tadi ke kereta beliau.

Beliau diiringi oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan bekas Setiausaha Agung Datuk Kamaruddin Jaafar..

Bercakap kpada pembrita kemudiannya, Mahfuz menyatakan Nasharuddin mrasa sakit di dada sebelah kanannya.

"Setelah mengadu kesakitan itu, beliau telah di bawa ke klinik Parlimen dan menjalani pemeriksaan electrocardiogram (ECG), di mana doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Nasharuddin yang juga ahli parlimen Bachok, kemudiannya dirujuk ke IJN.

SATU LAGI PRK DALAM MASA KURANG 100 HARI SELEPAS BN MENANG DI BAGAN PINANG

MAHKAMAH ARAHKAN SPR ADAKAN PILIHANRAYA KECIL DALAM TEMPOH 60 HARI DARI 16 NOV DAN KERUSI DUN KOTA SEPUTIH DIISTIHARKAN KOSONG.PR SEPAKAT SOKONG CALON PAS BERTANDING..SK

CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI HALANG OLEH GEROMBOLAN......PANASSSSSSSSS


CERAMAH ANWAR DI HENTIKAN

Ceramah Saudara Anwar Ibrahim di Batu 31 Kg. Ayer Manis Kulai telah diberhentikan setelah 10 minit Anwar berucap. Polis telah memberi kata dua. Keadaan tegang telah berlaku kerana pemuda gerombolan telah mengadakan tunjuk persaaan ditempat yang sama.

Pergaduhan telah tercetus. Pihak gerombolan telah melaung-laungkan slogan Pengkhianat dan Kaki Bontot.

Untuk menenangkan keadaan Saudara Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk membatalkan ceramah pada jam 10.30 malam.

Seramai hampir 5000 warga Johor dari pelbagai pelusuk telah datang untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Hanya dua pemimpin Pakatan Rakyat yang sempat berceramah – Saudara Tian Chua dan pemimpin Pas Saudara Mazlan Alimin.

Orang ramai - warga Kulai dan Johir - yang datang untuk mendengar ceramah ini merasa amat kecewa. Majoriti yang datang hendak mendengar ceramah ini adalah ahli gerombolan sendiri. Ini kerana Kulai adalah sarang dan kubu gerombolan.

Awalnya pihak polis telah pun memberikan permit untuk ceramah pada malam ini.

Beberapa hari sebelum ceramah ini dibuat pihak gerombolan telah cuba melakukan sabotage. Kain rentang dan poster -menentang ceramah ini - telah kelihatan bertaburan di kawasan Kulai.

Angkatan Muda Johor esok – Isnin – akan membuat laporan polis tentang kes ini. Menurut sumber AMK, kelihatan pihak polis telah di tekan oleh seorang gedebe gerombolan yang bernama Adam Hamid yang mengakui dirinya sebagai ketua gerombolan Kulai. ( Wartawan TT Johor)

BERITA AWAL

BERITA DARI JOHOR: UMNO BERTINDAK BANGSAT (Bt 31 Kg Ayer Manis Kulai)

Nampaknya UMNO Johor semakin terdesak, sepanjang malam semalam kami AMK Johor terpaksa berjaga sepanjang malam akibat perangai KEJI UMNO, mereka membuat operasi menggantung benner yg tertulis dengan perkataan dan ayat kotor dengan niat ingin mensabotaj Program PKR yg bakal berlagsung esok. AMK johor keseluruhannya telah menurunkan hampir 30 benner yg digantung oleh PEMUDA balaci UMNgOk ni.

Namun dengan semangat tabah dan menghoramati tatasusila politik di negara Malaysia ini, AMK Johor mangambill keputusan utk tidak membuat kacau di dalam sepanjang urusan mereka mengantung benner tersebut.
AMK Johor bertindak menurunkan semua benner tersebut setelah semua PEMUDA balaci UMNgOk ini selesai memasangnya.

Namun AMK Johor berbesar hati menyerahkan semula benner ini semua kepada mereka jika mereka mahu. Kepada PEMUDA balaci UMNgok kalu kamu anak meLAYU?!! bole datang ke Kem AMK untuk ambil semula semua benner2 tersebut.

Malam ini sekali lagi kami AMK johor akan berjaga utk memastikan kerja terkutuk UMNgOk haram jadah ni dapat di kawal.

Mereka juga dijangka akan menggerakkan 1 demostrasi BODOH membantah lokasi program PKR yg dijadualkan esok. Ternyata mereka cukup takut dengan gelombang yg bakal menhanyutkan mereka di Johor ini. Lokasi yg dimaksudkan adalah tanah milik individu seluas 6 ekar yg bakal di gunakan utk program ceramah pada malam selepas selesai Konvensyen PKR Johor esok.

AMK Johor juga akan berdepan dengan demonstrasi bodoh UMNgOk pada esok hari. Kami akan terus BERJUANG..UMNO.!!mari kita berentap dengan adat dan tatasusila politik..

Apabila pengishtiharan perang dilaungkan, kami akan LAWAN, bila kami LAWAN, kami akan LAWAN sampai MENANG…

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Ketua Penerangan AMK Cabang Batu Pahat

Sunday, November 22, 2009

BEKAS PRESIDEN PRM DI PELAWA SERTAI PKR

Selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN dengan ini mempelawa Saudara Hassan Karim untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat. Sejarah dan pengalaman perjuangan beliau amat berguna jika digabungkan dengan tenaga muda dalam KEADILAN demi merialisasikan perjuangan yang lebih besar demi kepentingan rakyat terbanyak.

Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim meletakkan jawatannya berikutan usul beliau agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat ditolak.
Keputusan meletkkan jawatan itu dibuat Hassan dalam satu surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agong PRM, Koh Swe Yong baru-baru ini.

Kongres Nasional PRM kali ke-41 pada 15 November dii Kuala Lumpur baru-baru ini menolak cadangan Hassan agar PRM memohon menyertai Pakatan Rakyat.

Cadangan itu dibuat oleh Hassan melalui Ucapan Dasar Presiden. Hassan telah menjadi Presiden PRM selama 5 tahun dan lebih 31 tahun sebagai ahli PRM.

(Gambar: Hassan letak jawatan Presiden PRM untuk bersama Pakatan Rakyat)

PRM dihidupkan semula oleh Hassan dan para penyokongnya selepas pimpinan PRM sebelum itu, Dr Syed Husin Ali dan rakan-rakannya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN).

Pergabungan antara PRM dan PKN telah membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Baru-baru ini, Dr Syed Husin telah dilantik sebagai senator oleh Dewan Negeri Selangor.

"Saya tiada pilihan lain sebagai seorang pemimpin yang bermaruah melainkan satu pilihan sahaja iaitu meletak jawatan sebagai Presiden PRM, ahli Jawatankuasa Pusat dan semua jawatan saya di dalam parti berkuatkuasa serta merta," kata Hassan dalam suratnya itu.

Hassan juga mengambil keputusan untuk meninggalkan PRM ekoran peristiwa tersebut.

"Memandangkan saya ingin memberi kerjasama dan sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dan tidak mahu tindakan-tindakan saya itu nanti akan menjejaskan kedudukan dan pendirian pimpinan PRM maka saya dengan hati yang amat berat mengambil keputusan meninggalkan Parti Rakyat Malaysia yang saya sayangi ini dengan berkuatkuasa serta merta juga," tulis Hassan dalam surat yang dihantar kepada media itu.

BEDAH SIASAT TEOH BEN HOCK BERMULA...

Bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock mula dilakukan di Hospital Sungai Buloh tengahari ini.

Ia dimulakan selepas pelbagai proses imbasan dilakukan oleh pakar patologis terbabit.

Proses bedah siasat itu dijangka memakan masa tiga hingga lima jam untuk disiapkan.

Hadir menyaksikan bedah siasat itu dilakukan ialah pakar patologis dari Britain yang mewakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Peter Vanezis dan pakar patologis dari Thai, Dr Porntip Rajanasunand dari Thailand.

Dr Porntip tiba di hospital tersebut kira-kira jam 8.45 pagi manakala pakar di Britain itu pula tiba kira-kira lima minit kemudiannya.

Pihak media tidak dibenarkan menghampiri kawasan jabatan forensik dan mereka berkumpul di kawasan letak kereta yang terletak berdepan dengan jabatan tersebut.


Sementara itu, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu media bahawa bedah siasat tersebut bermula jam 1 tengahari.

Menurutnya, pagi ini proses imbasan dan x-ray dilakukan ke atas mayat Teoh, yang digali semula semalam.

"Proses tersebut dijangka mengambil masa kira-kira tiga hingga lima jam. Diharapkan, ia dapat diselesaikan petang ini.

Bedah siasat tersebut dilakukan oleh Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang memberitahu inkues kematian Teoh bahawa mangsa membunuh diri.

Seorang lagi pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat tersebut.

Dr Porntip, seorang pakar patologi terkemuka, yang bertugas dengan Jabatan Kehakiman Thailand sebelum ini memberitahu inkues yang sama bahawa berdasarkan foto dan bedah siasat pertama, ada kemungkinan punca kematian Teoh adalah homisid dan 20 peratus bunuh diri.

Veneziz (kanan) pula terkenal dengan penyiasatannya terhadap punca kematian Puteri Diana.

Keluarga Teoh dan dua adik beradiknya turut berada di hospital tersebut.

Mereka tiba pada kira-kira jm 9 pagi dan kemudian melakukan upacara sembahyang berhampiran jabatan forensik di situ.

Menurut Gobind, keluarga Teoh mahu mengkebumikan semula mayat mendiang esok dan polis juga telah menyatakan persetujuan mereka.

Walaupun petugas media tidak dibenarkan menghampiri jabatan forensik, tetapi keluarga Teoh, dari masa ke semasa, menyampaikan maklumat terkini dan foto kepada pihak media.

Dalam satu perkembangan berkaitan, Gobind mendakwa, sekumpulan individu yang tidak dikenali mengekori Dr Porntip sejak semalam dan menggesa mereka supaya tampil ke hadapan.

"Sejak petang Jumaat, beberapa buah kereta mengekori beliau balik ke hotel dan kemudiannya ke tanah perkuburan di Semenyih semalam (tempat mayat Teoh digali semula)," katanya.

Menurutnya lagi, sejak itu, pihak polis telah menugaskan beberapa anggotanya memantaunya sejak dimaklumkan mengenainya semalam.

MKINI

Saturday, November 21, 2009

UMNO KEDAH BERKOCAK?

UMNO kedah di khabarkan terbelah dua,bermaksud di dalam UMNO KEDAH terdapat dua kem dan mempunyai dua kepala(pemimpin).Tetapi di nafikan oleh KETUA BAHAGIAN AS iaitu AHMAD BASHAH.Jangan nak harap la utusan meloya dan tv3 menyiarkan berita ini secara terperinci.Akibat daripada pepecahan ini ada pula yang memeberi cadangan supaya TUN MAHATHIR di lantik untuk menerajui UMNO KEDAH.Sememangnya lawak apabila kedengaran nama TUN MAHATHIR,ini mencerminkan bahawa UMNO KEDAH masih mengharapakn CHEK DET untuk menyelesaikan masalah.

Mengaku sajalah UMNO KEDAH terbelah dua kan lebih mudah,satu kem SHAFEI AFDAL satu lagi kem BEKAS MB MAHATHIR KHALID.Gunalah slogan apa pun'BN MENANG RAKYAT SENANG' jangan jadi'BN MENANG RAKYAT SEMAK'.Semestinya MAHATHIR KHALID kurang senang melihat SHAFEI AFDAL menerajui UMNO KEDAH sedangkan beliau bukannya onak jati kedah tetapi orang SABAH.Ia di datangkan khas oleh PM ONE MALAYSIA kononnya untuk memulihkan UMNO KEDAH yang sudah hilang taring,tetapi UMNO KEDAH akan terus berpecah hingga pilihanraya ke 13,maka mudahlah PR membenam UMNO.Kenapa masih mengharapkan TUN MAHATHIR?ini memperlihatkan UMNO ketandusan pemimpin untuk memimpin PARTI UMNO di masa akan datang.Sememangnya UMNO SUDAH REPUT bersama umurnya yang sudah lanjut berbanding PKR yang baru berusia 10 tahun,tidak hairanlah jika PKR ada masalah sikit-sikit.

Macam budak-budak umur 10 tahun bergaduh,orang akan berkata budak-budak macam tu la.TaPi yang bergaduh parti yang sudan 50 tahun bergaduh semestinya nampak huduh.Bila
orang tua yang bergaduh orang akan berkata'tak malu ka dekat anak-anak,dah tua-tua nak gaduh buat apa'.Masalah MCA SEMAKIN HARI SEMAKIN RUMIT,bila ada pandangan di katakan pula sindiran heheeh.Parti pun sudah tua,macam itulah ragam dan rencah sesebuah parti di penghujung usia.Bagi saya MCA HARUS BERPECAH DUA,satu kumpulan masuk PAS satu kumpulan masuk DAP,BOLEH KA MACAM TU?mestila tak boleh masuk PAS.Suruh LIOW TIONG LAI jadi PRESIDEN KELAB PENYOKONG PAS...hahahaha boleh ka lagu tu....

PR perlu bijak mengambil kesempatan supaya UMNO dapat di tewaskan pada pru13.Dalam keadaan mereka berkocak dalam diam,PR pula jangan berkocak sama nanti rugi,sementara BN PENING REMBAT SAJA.Serang dan terus menyerang untuk memastikn BN dapat di petiaiskan untuk di jadikan bahan sejarah untuk anak cucu....

HIDUP HARAPAN

Friday, November 20, 2009

KEPUTUSAN KOTA SEPUTEH....

The Kuala Lumpur High Court Appellate and Special Powers division has fixed Monday to decide on former Kota Siputeh assemblyperson Abu Hasan Sarif and the Election Commission 's stay application. mkini...

PANASSSSSSSSSSSS............

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkani Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Mohamed Nazim Razak itu dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas pegawai polis Cawangan Khas itu - yang pernah menjadi pengawal peribadi Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Sebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam sebelum bertolak ke luar negara.

"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.

Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan kontroversi.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. BALA SUDAH SAMPAI…. kah kah kah..

kah kah kah... DARI MANA BALA INI DATANG...kah kah kah..

kah kah kah… BILA NAK BUAT KENDURI TOLAK BALA…. kah kah kah..

woit… INI BUKAN SAJA SUAMI ISTERI… INI DAH JADI TIM ANAK BERANAK…. kah kah kah..

nota:
ciiiis…. durhaka kau baruma !

tt

MOST FEARED BY NAJIB

SPRM JANGAN PANAS PUNGKOQ..


Hari ini keputusan MAHKAMAH TINGGI mengarahkan supaya SPRM tidak menyoal siasat atau menjalankan prosuder siasat yang melibatkan suspek atau saksi selepas waktu pejabat.Bermakna ia perlu di lakukan sekitar jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja.Itu adalah ketetapan yang di putusan oleh mahkamah tinggi,SPRM perlu patuh di atas arahan mahkamah.Ia bersangkutan dengan kes kematian TEOH BEN HOCK yang hangat di perkatakan dan menjadi mesteri sehingga saat ini.

Pada malam tadi berkokoklah semua tangan dan kaki SPRM mepersoalakan keputusan mahkamah.Antara persoalan yang di timbulkan adalah KENAPA MAHKAMH MASUK CAMPUR HAL SPRM?ini boleh diaggap menghina keputusan mahkamah,tapi yakin dan percaya tidak ada apa tindakkan akan di kenakan ke atas individu yang kritik KEPUTUSAN TERSEBUT.Kenapa SPRM PERLU PANAS PUNGKOQ?takut rahsia terbongkar?.Masalahnya sekarang apabila SPRM menyoal suspek sehingga lewat malam ia semestinya mendatangkan persoalan,siasat apa sampai lewat malam?tidak ada waktu siang untuk siasat?dah ada yang mati selepas di soal siasat!di siasat sehingga pagi,akhirnya TEOH BEN HOCK di temui mati di atas bumbung PLAZA MASALAM,ia juga banggunan yang menempatkan pejabat SPRM SELANGOR.

Semestinya menjadi satu isu besar sedangkan SPRM BUKANNYA POLIS yang boleh melakukan sewenang-wenangnya ke atas suspek ataupun saksi.Sebagai contoh AHLI MAJLIS KAJANG yang mendakwa ia di pukul dan di kenakan tindakkan yang tidak sewajarnya ketika proses siasatan.Kelihatan SPRM kebal dan tidak ada salah,wal hal hari ini yang banyak di siasat hanya pemimpin politik PR dan hanya ikan bilis yang di dakwa dari pihak kerajaan,adakah itu bukan double standard namanya.

Demi untuk menjaga kredebliti SPRM itu sendiri ia semestinya di cuci daripada di pandang sebagai pihak yang berat sebelah.SPRM haruslah di lihat sebagai sebuah badan yang betul-betul bebas dan adil,bukannya adil kepada BN sahaja seharusnya adil kepada semua pihak.Malas nak cerita kes-kes yang belum di siasat oleh SPRM tetapi hanya sekadar ingin melihat SPRM itu bergerak sebagai RUPA SPRM yang sebenar dan bukannya sebagai parti komponen BN.

HIDUP HARAPAN

Thursday, November 19, 2009

BOM PETROL UNTUK PEGUAM BALA


Beberapa bom petrol dibaling ke rumah seorang peguam terkemuka, dipercayai ada kaitan dengan 'wawancara' dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang disiarkan dalam Youtube baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam bekas presiden Majlis Peguam, Manjeet Singh Dhillon - yang kini berada di London bersama keluarganya - berkata rumahnya di Damansara itu dibaling bom petrol pada jam 7.20 malam tadi.

Kebakaran yang berlaku telah merosakkan dinding garaj rumahnya. Laporan polis dipercayai telah dibuat oleh rakan-rakannya berhubung kejadian tersebut.

Menurut Manjeet, insiden itu mungkin satu "amaran dan ancaman" terhadapnya dan keluarganya ekoran kehadirannya dalam satu rakaman wawancara dengan Balasubramaniam baru-baru ini.

Katanya, mereka yang membuat ancaman tersebut gagal menghargai peguam yang mempunyai peranan dalam melaksanakan tugas profesional mereka.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, beliau hadir di wawancara tersebut sebagai peguam Americk Sidhu, yang mewakili Balasubramaniam dalam membuat akuan bersumpah pertamanya.

Katanya, kehadirannya dan peranannya dalam wawancara itu adalah untuk memastikan integriti dan wawancara itu dilakukan secara sukarela.

Manjeet menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan dengan mana-mana puak atau parti politik.

mkini

YB PKR BARU TERJAGA DARI MIMPI...

Hari raya aidiladha hampir tiba,bermakna sudah sampai waktu dan ketikanya para YB-YB akan menderma ataupun menyumbang untuk menjayakan program korban.Sudah menjadi lumrah apabila tibanya hari raya korban ia semestinya bersangkut paut dengan aktiviti korban.Ini sudah menjadi acara wajib apabila hari raya haji atau korban maka banyaklah lembu dan kambing di jadikan korban.

Kepada YB-YB yang merasakan tanggungjawab untuk bersedekah kepada rakyat,amat baik ia di lakukan ketika ini.Selain itu pula kepada YB-YB yang terasa hati dengan teguran DSAI tempoh hari maka faham-faham sajalah.Ikhlas atau tidak itu saya tak tahulah,cuma yang saya dapat rasakan selepas teguran pedas oleh DSAI ketika konvensyen PKR PULAU PINANG terdapat beberapa YB yang sudah mula membuat coverup untuk menyelamatkan kerusi.Mungkin baru sedar dari mimpi indah sehinggakan lupa tanggungjawab kepada rakyat di bawah.Sudah ada janji-janji untuk menghadiahkan lembu kepada masjid-masjid untuk di jadikan korban,tapi janji saja tunainya belum tentu.Ada pula yang politikkan lembu,janji nak bagi selepas itu tak jadi bagi pulak..nasib-nasib.Lembu pun jadi bahan politik hhehehe.

Dah kena warning baru la pakat-pakat nak tunjuk muka di kawasan masing-masing,bukan apa takut tak boleh bertanding sekali lagi almaklumlah ada yb yang takut kalah sekali lagi lepas tu kumpul harta siap-siap,bila orang bawah tanya 'YB TAK ADA BANTUAN APA KA UNTUK MANGSA BANJIR,YB JAWAB...PARLIMEN ADA APA? kesian orang yang bertanya.Itulah YB contoh di muka bumi MALAYSIA ini.YB yang macam itu memang tak perlu ada di dalam PR,memang benar kata DSAI kalau tak boleh ikut dasar parti boleh keluar masuk UMNO.PKR di tubuhkan atas dasar prinsip bukan meterial serta di pertahankan dengan semangat.Boleh di tunjukan jalan keluar kepada YB-YB PAKATAN yang erogan dan juga kedekut untuk bantu rakyat,jangan sampai nak belanja ais krim pun berkira,lihat kereta mercedes,talifon dua biji rumah hebat tapi nak belanja ais krim berkira hehhhee.Menyesal di sini pilih di sana.

Bak kata pepatah'sapa makan cili dia rasa pedas' masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan dan persepsi masyaratakat kepada kita.Persepsi rakyat itu penting perlu kita tangani, jika tidak di ambil peduli kita akan menerima padah.

HIDUP HARAPAN

Wednesday, November 18, 2009

SPR PERLU AKUI KUASA SPEAKER


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat seolah-olah mahu menegakkan benang yang basah untuk mempertahankan kerusi wakil rakyat Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berkata, sebagai sebuah suruhanjaya yang mengendalikan pilihan raya di negara ini, SPR sepatutnya tahu mengenai udang-undang yang termaktub dalam DUN.

"Kita harus faham keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini juga berdasarkan kepada peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Jadi saya memang tak memang faham bila SPR buat keputusan bahawa tiada perlunya membuat pilihanraya kecil. Kerana ini menunjukkan yang pegawai SPR memang tidak mengikut peraturan mesyuarat dan juga undang-undang yang termaktub dalam dewan undangan negeri", kata Teressa.

Tambahnya, pilihan raya kecil yang baru memang tepat pada masanya memandangkan sikap sambil lewa bekas ADUN Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif dengan tidak menghadiri sidang DUN.

"Tapi bekas ADUN Umno ini dia memang tidak kisah langsung untuk hadir sidang DUN Kedah. Jadi bagi saya tibalah masanya kita untuk tukar wakil rakyat", tambahnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menegaskan bahawa SPR bertindak secara tidak rasional dan keputusan suruhanjaya harus dibatalkan.

Meskipun tidak menolak SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh, namun Alizatul berpendapat, kuasa yang dimiliki oleh SPR tidak dapat mengatasi kuasa Speaker.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Keputusan Mahkamah itu juga disambut baik, Setiausaha Politik Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari.

"Saya rasa keputusan itu mahkamah yang dibuat menunjukkan keputusan speaker dewan undangan Negeri Kedah merupakan tindakan yang betul kerana beliau tidak hadir selama dua penggal berturut-turut tanpa sebarang kebenaran daripada speaker".

"Saya daripada awal lagi patut SPR tahu kuasa speaker dan semalam mahkamah memutuskan memang ada kuasa speaker. Mana-mana ADUN yang tidak hadir selama enam bulan berturut-turut, maka kuasa speaker untuk memastikan keputusan tersebut". -TVS

KALAU BERANI JANGAN BUAT RAYUAN

Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.

Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan “tergantung” pengesahan Menteri Besar di Perak.

Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.

Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.

Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.

Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.

Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.

Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.

Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.

KALAU BERANI JANGAN BUAT RAYUAN

Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.

Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan “tergantung” pengesahan Menteri Besar di Perak.

Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.

Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.

Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.

Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.

Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.

Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.

Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri.

Tuesday, November 17, 2009

BN DI BANTU SPR UNTUK MERAYU

BN akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh susulan kegagalan wakil rakyatnya Datuk Abu Hassan Sarif hadir dua persidangan DUN berturut-turut.

"(Keputusan) ini proses mahkamah. Kita terima keputusan mahkamah dan kami akan bertindak mengikut keperluan.

"Jika boleh merayu, kita akan merayu. Kita mulakan dari situ," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, yang juga pengerusi BN, diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengumumkan kekosongan tersebut dan seterusnya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu pilihan raya kecil di kerusi itu.

Keputusan julung kali itu juga menyebabkan penyandangnya, seorang ADUN Umno, dihalang daripada menghadiri persidangan DUN yang bermula hari ini.

Dalam sidang media selepas merasmikan seminar Bio-Malaysia 2009 di Kuala Lumpur pagi ini, Najib bagaimanapun enggan menyentuh persediaan BN menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di situ.

"Apa sahaja yang mahkamah putuskan, kita kena ikut," katanya.

Mahkamah mengambil keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Semakan itu difailkan pada 1 Oktober lalu selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan di Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya yang sah.

Speaker memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa wakil rakya BN itu bukan lagi seorang ADUN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan – pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini – seperti peruntukan perlembagaan negeri.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah agar satu pilihan raya kecil diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika seseorang ADUN tidak menghadiri mesyuarat dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya golongan Melayu.

Permohonan untuk menangguhkan keputusan berkenaan akan didengar Jumaat ini.

MKINI

KEPALA BATAS JADI ANAK TIRI

Parlimen Kepala Batas diwakili oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. Semasa menjadi Perdana Menteri, parlimen ini dilimpahi dengan pelbagai projek dan pembangunan sesuai sebagai statusnya kawasan diwakili Perdana Menteri.

Namun sebaik sahaja, Pak Lah melepaskan jawatannya sebagai PM segala peruntukan yang diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke 9 telah diditarik balik.Perkara ini didedahkan oleh Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.

Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.

"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.

Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.

Apa motif pembatalan peruntukan ini? Adakah alasan kegawatan ekonomi menjadi alasan untuk menghalalkan tindakan Kerajaan Persekutuan ini yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak? Jika itu alasannya mengapa kawasan Pak Lah yang menjadi sasaran sehingga ditarik segala peruntukan tetapi tidak di kawasan parlimen lain?Adakah ini sebagai ganjaran membalas 'jasa' Pak Lah selama ini menjadi Perdana Menteri? Adakah penarikan peruntukan ini di luar pengetahuan Najib yang juga selaku Menteri Kewangan? -angkasanuri

Monday, November 16, 2009

DUN KOTA SEPUTEH DI ISTIHAR KOSONG.OPSSSS ADA RAYUAN JANGAN LUPA HAAAA

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan membuka laluan kepada pilihan raya kecil jika penyandangnya dari Umno, Datuk Abu Hassan Sarif gagal dalam rayuannya.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR.

DUN Kedah akan bersidang esok untuk meluluskan bajet kerajaan PAS negeri itu.

Abu Hassan boleh memfailkan rayuan. Permohonan lisannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman mahkamah itu tidak dibenarkan hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah akan mendengar permohonan formalnya Jumaat ini.

Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.

Abu Hassan mendapat 8,160 undi manakala Ismail mendapat 7,665 undi.

BALA.....




Masih ingat tentang cerita yang kami siarkan pada 7 October yang lalu…yang bertajuk Penjual Karpet, Tukang bawa beg Rosmah dan banyak lagi? Kalau dah lupa, ini sebahagian dari ceritanya.


Tetapi saya berminat dengan hanya seorang daripada pengarah/pemegang saham yang bernama Deepak…berumur 37 tahun, masih bujang, dan cukup tampan untuk diambil berlakun dalam filem Bollywood.



Syarikat tersebut didaftarkan sepuluh tahun lalu pada 26 Ogos 1999. Akaun terakhir yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat pada 24 November 2006 menunjukkan syarikat tersebut mempunyai aset berjumlah hampir RM90 juta, tanggungan keseluruhan kira-kira RM67 juta, dan jumlah simpanan yang lebih daripada RM12 juta.



Pendapatan syarikat pada tahun 2005 adalah RM122 juta dan keuntungan melebihi RM7 juta. Tapi jangan lupa, keuntungan RM7 juta itu adalah jumlah rasmi ataupun keuntungan yang diisytiharkan. Tidak ada syarikat di Malaysia mengisytiharkan jumlah keuntungan yang sebenarnya.Oleh itu, berdasarkan pendapatan berjumlah RM122 juta, anda boleh mengagak jumlah keuntungan sebenar ataupun keuntungan sebenarnya mungkin beberapa kali lebih tinggi daripada itu.



Tetapi itu adalah akaun pada tahun 2005, kira-kira empat tahun lalu. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut sejak empat tahun kebelakangan ini, yang disembunyikan dari pengetahuan umum? Jangan terkejut, kalau jumlahnya mencapai ratusan juta ringgit.



Baca seterusnya disini…



Okay..dengan pengenalan tersebut, sekarang adalah masa untuk menyambung cerita tentang Penjual Karpet yang bernama Deepak Jaikishan dan mendedahkan apakah kenakalan yang telah dilakukannya.



Deepak Jaikishan diamanahkan untuk menjaga bekas seorang pegawai polis yang menjadi penyiasat bebas yang bernama P. Balasubramaniam. Masih ingat tentang Bala? Bala merupakan individu yang telah menandatangani Akuan Bersumpah yang mensabitkan Najib tun Razak dengan Altantuya Shariibuu.



Beberapa jam selepas Bala mendedahkan Akuan Bersumpahnya semasa sidang media pada 3 Julai 2008, dia didapati hilang. Pada hari berikutnya, dia menandatangani Akuan Bersumpah kedua yang bercanggah dengan Akuan Bersumpah pertama yang dibuat pada hari sebelumnya. Selepas itu, dia terus hilang selama-lamanya.



(Baca PI Bala missing, says nephew oleh The Star, 5th July 2008).



Perlu diingatkan, saya juga pergi ke Rawang untuk menemui sepupu Bala, R. Kumaresan, seperti yang disebut dalam laporan berita tersebut.



Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ialah, semasa Bala memberikan sidang media sebelum waktu makan tengahari pada 3 Julai 2008, beberapa orang pegawai keselamatan telah pun berada dihadapan rumahnya di Rawang. Mereka kemudiannya menculik keluarganya.Dan ketika Bala sedang menimkati makan tengahari, seorang yang bernama ASP Suresh telah menelefon beliau untuk berjumpa. Bala juga diberitahu bahawa keselamatan keluarganya terancam sekiranya dia enggan bertemu.


Sebenarnya, Bala sedang makan tengahari bersama saya pada masa beliau mendapat panggilan telefon tersebut.


Dan saya tahu apa yang terjadi terutamanya apabila saya melihat Bala tiba-tiba menjadi pucat dan panik. Dan sudah tentu ‘mereka’ tahu yang saya mengetahui apa yang berlaku dan itulah sebabnya mengapa mereka membuat keputusan untuk menangkap saya juga.



Selepas Bala menandatangani Akuan Bersumpah kedua (yang bercanggah), mereka melarikan dia keluar dari negara ini dan menyembunyikan beliau di India. Deepak kemudiannya membayar RM50,000.00 sebulan kepada Bala sebagai bayaran untuk tidak berkata apa-apa.



Bala sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Sama ada RM50,000.00 dan ‘persaraan’ di India atau menerima akibat seperti Altantuya. Dan dia juga perlu memikirkan tentang keluarganya…dan sudah semestinya wang lebih baik dari C4.



Dan apabila semuanya selesai, Deepak merasakan bahawa dia dan ‘Wanita Pertama’ sudah boleh hidup aman selama-lamanya tanpa apa-apa masalah.



Tetapi mereka tidak mengetahui bahawa Bala hanya menunggu masa yang sesuai untuk membalas balik. Dan sekarang, dia kembali menyerang dan telah keluar untuk memberitahu apa yang sebenarnya berlaku sejak dia menandatangani Akuan Bersumpah pertama, dan diikuti dengan Akuan Bersumpah kedua pada hari berikutnya….16 bulan lalu.



Hari ini, kami akan menunjukkan kepada anda sebahagian kecil dari apa yang didedahkan oleh Bala. Ya…hanya sebahagian kecil. Dan banyak lagi akan didedahkan dalam beberapa bulan akan datang. Dan semuanya benar-benar menjejaskan mereka yang terlibat.



Buat sementara waktu, sehingga bahagian yang paling menarik yang akan didedahkan, biarlah kita membiarkan Seri Perdana di Putrajaya dalam keadaan saspen.Dan apabila tiba masanya kita mendedahkan semuanya, tidak seorang pun rakyat Malaysia yang akan percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan Altantuya.



Sebagai pembuka bicara, marilah kita tengok beberapa salinan cek dibawah yang dibayar oleh Penjual Karpet kepada Bala. Sekiranya Bala menandatangani Akuan Bersumpah palsu… seperti yang didakwa oleh mereka… mengapa mereka perlu menyembunyikan Bala di India dan membayarnya RM50,000.00 sebulan?



Sebenarnya, mereka perlu melakukan semua ini kerana Akuan Bersumpah pertama yang ditandatangani oleh Bala adalah BENAR. Dan itulah sebabnya mengapa mereka perlu menyembunyikanya.



Ya..Penjual Karpet sudah pasti akan menghadapi masalah selepas ini dan tunggulah…sehingga semua pendedahan ini berakhir.

Selamat malam Putrajaya, dimana jua anda berada.


(Artikel diatas adalah terjemahan dari artikel asal Remember the Carpetman cum Bagman cum Toyboy story? tulisan Raja Petra seperti yang tersiar di Malaysia Today)



Oleh Penterjemahan PERAKEXPRESS.COM

EZAM ADA SIMPAN BUKTI-CHEGU BARD


Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin menggesa bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor mendedahkan bukti gejala rasuah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Badrul berkata, ketika Ezam masih bersama di Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), mereka telah menemui beberapa bukti mengenai gejala rasuah Nor Mohamed dan beberapa individu penting dalam kepimpinan negara.

Menurutnya, tetapi selepas penemuan itu, Ezam telah dijatuhkan hukuman penjara dan bukti itu berada di bawah simpanannya ketika itu.

“Selepas dibebaskan, isu itu telah didiamkan dan selepas Ezam menyertai UMNO pada 2008, dia terus mendiamkan diri.

“Sekiranya beliau seorang pemimpin yang bebas rasuah, dia perlu berani untuk mendedahkan bukti itu kepada khalayak ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat Cabang PKR Bahagian Tasek Gelugor, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya yakin Ezam masih menyimpan bukti lengkap mengenai salah laku Nor Mohamed yang kini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ketika diminta mengulas mengenai jenis salah laku yang dilakukan oleh Nor Mohamed, Ezam berkata, salah laku berunsur rasuah itu dilakukan ketika Nor Mohamed masih lagi bersama Bank Negara dan juga selepas itu.

“Kini, saya mencabar Ezam untuk mengemukakan bukti itu daripada terus berdiam diri dan menipu rakyat,” katanya. -SH

Sunday, November 15, 2009

Wednesday, November 11, 2009

BANJIR DI KG PERMATANG DURIAN DAN KG NAGA LILIT LUNAS

Semalam di KG PERMATANG DURIAN dalam kawasan DUN LUNAS mengalami bencana alam iaitu banjir,di fahamkan air sungai mula melimpah selepas hujan yang berlarutan hampir sehari reda dan ketika itulah air mula memenuhi jalan dan kawasan kampung PERMATANG TOK DIK.Tidak ketinggalan juga KG NAGA LILIT turut terlibat didalam banjir tersebut.Ketika ini banjir mulai surut, bermula petang tadi sehingga kini cuaca boleh di katakan baik dan tidak hujan.

Ketika PRU12 UPU KG NAGA LILIT dan PERMATANG DURIAN menunjukkan keputusan yang baik memihak kepada PKR.Pada PRU11 2004 kawasan tersebut juga di menangi oleh PKR,menunjukkan kawasan ini kebanyakkannya penyokong tegar PKR dan PAS.Tetapi semenjak ADUN KATAK LUNAS telah berhijrah ke BEBAS tidak dapat di pastikan tahap sokongan mereka selepas ini.Di saat begini sememangnya ADUN kawasan tersebut perlu datang untuk melihat masalah rakyat,tetapi apakan daya dah jadi bebas.Mujurlah ada ADUN ANGKAT USTAZAH AISYAH yang merupakan ADUN MERBAU PULAS di tambah pula apabila PKR melantik DR HAIRUDIN B.HASYIM sebagai penyelia DUN LUNAS,sedikit sebanyak dapatlah rakyat mengadu hal dan tak kurang juga yang menyumpah dan memaki ADUN BEBAS.