SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Monday, November 23, 2009

CERAMAH ANWAR IBRAHIM DI HALANG OLEH GEROMBOLAN......PANASSSSSSSSS


CERAMAH ANWAR DI HENTIKAN

Ceramah Saudara Anwar Ibrahim di Batu 31 Kg. Ayer Manis Kulai telah diberhentikan setelah 10 minit Anwar berucap. Polis telah memberi kata dua. Keadaan tegang telah berlaku kerana pemuda gerombolan telah mengadakan tunjuk persaaan ditempat yang sama.

Pergaduhan telah tercetus. Pihak gerombolan telah melaung-laungkan slogan Pengkhianat dan Kaki Bontot.

Untuk menenangkan keadaan Saudara Anwar Ibrahim telah bersetuju untuk membatalkan ceramah pada jam 10.30 malam.

Seramai hampir 5000 warga Johor dari pelbagai pelusuk telah datang untuk mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Hanya dua pemimpin Pakatan Rakyat yang sempat berceramah – Saudara Tian Chua dan pemimpin Pas Saudara Mazlan Alimin.

Orang ramai - warga Kulai dan Johir - yang datang untuk mendengar ceramah ini merasa amat kecewa. Majoriti yang datang hendak mendengar ceramah ini adalah ahli gerombolan sendiri. Ini kerana Kulai adalah sarang dan kubu gerombolan.

Awalnya pihak polis telah pun memberikan permit untuk ceramah pada malam ini.

Beberapa hari sebelum ceramah ini dibuat pihak gerombolan telah cuba melakukan sabotage. Kain rentang dan poster -menentang ceramah ini - telah kelihatan bertaburan di kawasan Kulai.

Angkatan Muda Johor esok – Isnin – akan membuat laporan polis tentang kes ini. Menurut sumber AMK, kelihatan pihak polis telah di tekan oleh seorang gedebe gerombolan yang bernama Adam Hamid yang mengakui dirinya sebagai ketua gerombolan Kulai. ( Wartawan TT Johor)

BERITA AWAL

BERITA DARI JOHOR: UMNO BERTINDAK BANGSAT (Bt 31 Kg Ayer Manis Kulai)

Nampaknya UMNO Johor semakin terdesak, sepanjang malam semalam kami AMK Johor terpaksa berjaga sepanjang malam akibat perangai KEJI UMNO, mereka membuat operasi menggantung benner yg tertulis dengan perkataan dan ayat kotor dengan niat ingin mensabotaj Program PKR yg bakal berlagsung esok. AMK johor keseluruhannya telah menurunkan hampir 30 benner yg digantung oleh PEMUDA balaci UMNgOk ni.

Namun dengan semangat tabah dan menghoramati tatasusila politik di negara Malaysia ini, AMK Johor mangambill keputusan utk tidak membuat kacau di dalam sepanjang urusan mereka mengantung benner tersebut.
AMK Johor bertindak menurunkan semua benner tersebut setelah semua PEMUDA balaci UMNgOk ini selesai memasangnya.

Namun AMK Johor berbesar hati menyerahkan semula benner ini semua kepada mereka jika mereka mahu. Kepada PEMUDA balaci UMNgok kalu kamu anak meLAYU?!! bole datang ke Kem AMK untuk ambil semula semua benner2 tersebut.

Malam ini sekali lagi kami AMK johor akan berjaga utk memastikan kerja terkutuk UMNgOk haram jadah ni dapat di kawal.

Mereka juga dijangka akan menggerakkan 1 demostrasi BODOH membantah lokasi program PKR yg dijadualkan esok. Ternyata mereka cukup takut dengan gelombang yg bakal menhanyutkan mereka di Johor ini. Lokasi yg dimaksudkan adalah tanah milik individu seluas 6 ekar yg bakal di gunakan utk program ceramah pada malam selepas selesai Konvensyen PKR Johor esok.

AMK Johor juga akan berdepan dengan demonstrasi bodoh UMNgOk pada esok hari. Kami akan terus BERJUANG..UMNO.!!mari kita berentap dengan adat dan tatasusila politik..

Apabila pengishtiharan perang dilaungkan, kami akan LAWAN, bila kami LAWAN, kami akan LAWAN sampai MENANG…

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Ketua Penerangan AMK Cabang Batu Pahat

No comments: