SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, January 9, 2009

CERAMAH DSAI DI KUALA TERENGGANU

Kempen PRK P36 KUALA TERENGGANU telah masuk hari yang ke 3,program pada malam pertama kempen iaitu ceramah perdana yang membariskan DSAI,HJ HADI,LIM KIT SIANG dan juga beberapa pimpinan PR.Di dada akhbar kelmarin mengulas isi kandungan ceramah DSAI pada malam tersebut dengan mengatakan DSAI menggunakan isu PALESTIN sebagai bahan kempen dan ceramah.Komen daripada TIMB PM macam biasa la mengatakan itu tiada kaitan dengan PRK KUALA TERENGGANU.

Persoalan sekarang bukannya isu tersebut sesuai atau tidak di KUALA TERENGGANU tetapi ia berkait rapat dengan cara pemerintahan KERAJAAN BARISAN NASIONAL hari ini.Cuba kita fikirkan kenapa KERAJAAN HARI INI masih menerima duta dari PALESTINE dari parti FATAH?kenapa KERAJAAN tidak iktiraf HAMAS?kita perlu hormati keputusan rakyat palestin kerana mereka telah memilih HAMAS untuk menerajui PALESTINE.Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita menyokong FATAH sedangkan FATAH kalah ketika pilihanry yang lalu.Kita lihat bagaimana reaksi PM PALESTINE MAHMOUD ABBAS dari FATAH yang tidak meyokong pejuang PALESTINE malahan hanya menyalahkan HAMAS seolah2 FATAH suka GAZA di serang.

Persepsi rakyat kepada kerajaan akan berubah setelah rakyat mengetahui bahawa KERAJAAN BARISAN NASIONAL tidak iktiraf HAMAS walaupun pada luaran nampak macam setuju namun ia hanya kosmetik di dalam masih mengiktiraf FATAH.FATAH secara terang seolah2 menyokong tindakkan ISRAEL, MALAYSIA JUGA lebih condong kepada FATAH dalam masa yang sama FATAH CONDONG KEPADA ISRAEL.Isu PALESTIN bukan isu baru namun kekesalan kita tertumpu kepada DUNIA ARAB yang membisu seribu bahasa.

Ada sumber mengatakan DSAI juga pernah adakan hubungan dengan AMERIKA dan juga AMERIKA pernah menyokong DSAI dalam isu reformasi dan liwat 10 tahun yang lalu.Bagi saya AMERIKA beri pendapat dan sokongan kerana ketika isu KERAJAAN MAHATHIR secara terang terangan mencabuli hak asasi manusia dan telah menzalimi DSAI,AMERIKA menyokong atas dasar hak sebagai rakyat yang bebas dan layak mendapat perbicaraan yang adil,mengenai hubungan dengan AMERIKA ia sememangnya perkara biasa tambah pula DSAI satu ketika pernah menjadi pensyarah jemputan di GEORGETOWN UNIVERSITI,tapi kita perlu ingat DSAI bukan tunduk kepada semua tindakkan AMERIKA termasuk tindakkan menyerang IRAQ.BN akan guna isu DSAI agen AMERIKA sehingga hari ini tiada bukti atau gambar pernah di tunjukkan kepada media.Adakah MALAYSIA TIDAK PERNAH ADA HUBUNGAN DENGAN AMERIKA?bukti banyak pertemuan NAJIB dan DONALD RUNSFEL.sebenarnya BN sudah tiada isu untuk menyerang PR melainkan isu peribadi yang akan di mainkan.Tunggu ulasan mengenai PRK KUALA TERANGGANU setiap hari apabila saya sampai di sana 12 JAN 2009.

No comments: