SALAH SIAPA SERING DI TANYA
SALAH MEREKA ATAU KAU O.....
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.
Difahamkan siasatan sedang dijalankan.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.
Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapat Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.
Bercakap kepada pemberita di Kuching, Musa berkata pihak polis tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes kematian Kugan.
Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.
Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua.
Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa diadidera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.
Mayatnya kini berada di Pusat Perubatan University Malaya. Difahamkan polis enggan membenarkan keluarganya melakukan bedah siasat kedua

No comments:
Post a Comment