SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH

Saturday, January 31, 2009

ADA AHLI UMNO TAK SETUJU DENGAN SPRM

Pemuda Umno Padang Serai menyifatkan siasatan SPRM "tidak tepat pada masanya", lebih-lebih lagi hampir dengan pemilihan parti, Mac ini...tukar tiub


Ini yang dinamakan ORANG YANG TAK NAK PEMBAHARUAN,kenapa orang UMNO terlalu takut kepada SPRM?kerana kebanyakkan AHLI UMNO ada yang terlibat dengan rasuah(politik wang)tindakkan SPRM buat masa ini baik bagi saya tanpa mengira masa dan ketika.Jika benar inginkan perubahan beginilah caranya tetapi jangan sampai ke tahap ini sahaja dan saya percaya banyak lagi yang perlu di siasat termasuk calon PRESIDEN,TIMB PRESIDEN dan NAIB-NAIB PRESIDEN UMNO.Bukan mustahil kita akan lihat banyak perwakilan akan di batalkan dan mungkin jua akan ada calon NAIB PRESIDEN akan gugur dari pencalonan.BAGUS SUNGGUH SPRM,SIAPA DI BELAKANG MEREKA HAAAAAAAAAAA...TAH2 PAK LAH mana tahu kan

Friday, January 30, 2009

SINAR PAKATAN RAKYAT

Alhamdulillah, kejutan 8 Mac 2008, Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, kebangkitan Dayak Sarawak (termasuk penyertaan YB Gabriel Adit) dan kini dengan keberanian YB Dato’ Nasaruddin bersama Keadilan tambah meyakinkan kita bahawa perubahan pasti berlaku, inshaallah.
Namun kita harus terus istiqamah dan waspada dengan muslihat pihak penguasa. Perhatikan cara mereka memutarkan kes jenayah terhadap A. Kugan dengan imbasan pertelagahan kaum, penguasaan media dan keangkuhan nada suara mereka.
Arakian, berwaspadalah dengan tekanan atau keganasan baru, ugutan dan sogokan. Pimpinan dan aktivis yang lemah atau punyai masalah akan menjadi tumpuan kalangan tersebut. Kita sudah mara jauh dari kegetiran pengalaman dilanyak dan dibantai oleh sang penguasa zalim lebih satu dasawarsa lalu. Ketika itu kita mampu bertahan. Dan kini kita diminta bersabar, istiqamah dan berjuang ditahap akhir dengan pecutan pantas, berhikmah dan yakin.

ANWAR IBRAHIM

SEKIRANYA UMNO BUBAR KE MANA AHLI UMNO MAHU PERGI?

Saya percaya cara terbaik untuk memartabatkan dan memperkukuhkan Islam dan bangsa Melayu ialah dengan membubarkan UMNO. Sekaligus saya menyeru supaya semua ahli dan pimpinan UMNO supaya menyertai Parti Islam Semalaysia (PAS).
Sekiranya cadangan ini diterima, PAS yang mempunyai 24 Ahli Parlimen akan menambah kedudukannya sebanyak 89 Ahli Parlimen. Ini akan menjadikan Ahli Parlimen PAS berjumlah 113 orang, sekaligus membolehkan PAS membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (sebanyak 112). Dengan sokongan Ahli Parlimen PKR seramai 31 orang (21 beragama Islam) maka PAS akan boleh membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti yang selesa

ZUL4KULIM...MP PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR)KULIM BANDAR BHARU

Wednesday, January 28, 2009

UMNO ASYIK TK MENGAKU KELEMAHAN

UMNO satu parti yang dikatakan akan bertahan sehingga kiamat,itu yang selalu di maksudkan oleh sesetengah orang UMNO,hanya UMNO mampu takbir negara parti lain tak boleh dan tak layak.Sekarang tengok apa yang jadi secara realitinya rakyat dah MUAK DAN MENUGAI akan PARTI UMNO INI.Saya tak nak mengatakan PRK PERMATANG PAUH atau KUALA TERENGGANU memberi isyarat tetapi ketika PRU 12 LAGI BN dan UMNO tidak di terima.Apabila ada ADUN UMNO sertai PR mula lah mengatakan ADUN itu khianat la apa la,UMNO tak pernah lihat diri mereka sendiri atau bertanya MENGAPA ADUN itu sertai PR itu lebih baik.Tak pernah nak merendah diri atau menghormati demokrasi langsung.Kita ada hak sekiranya tidak yakin dengan PARTI yang di dokong maka tak salah ADUN BOTA bertindak keluar dari UMNO kerana beliau sudah tidak yakin lagi.MENGAKU SAJALAH UMNO DI PENGHUJUNG USIA....tapi kalau UMNO KIOK TAK BEST JGK,nanti anak cucu kita nak tengok parti pengkhianat orang melayu dan islam tak da pulak,ada baik nanti kita muziumkan UMNO di JOHOR untuk tatapan anak cucu kita lagi 20 ke 30 tahun ke hadapan.

Tuesday, January 27, 2009

UMNO PERAK KEPANASAN

Tajul Rosli akan letak jawatan.Berita terus tersebar - akan ada lagi Adun dan Ahli Parlimen yang akan meninggalkan gerombolan.Isteri Rosmah Mansor sedang menerima tekanan hebat. Telah mula kedengaran desas-desus di kalangan gerombolan sendiri yang mahu Abdullah Badawi meneruskan pimpinan.Parti Pas secara resmi telah meminta Abdullah Badawi terus menjadi PM walau pun bukan ketua gerombolan. Ku Li, pemimpin Orang Asli dari Gua Musang dan bercita-cita besar untuk menjadi ghurkha gerombolan telah juga meminta Abdullah Badawi terus menjdi PM.Jong pecah you kenyang. Kapal pecah di Selat Melaka rokok keretek tak sampai di Chow Kit. TUKAR TIUB

Monday, January 26, 2009

LOMPAT JANGAN TAK LOMPAT

Gempar hari ini katanya ada seorang lagi DUN PERAK akan menyertai PR khususnya PKR(PARTI KEADILAN RAKYAT).Tapi hingga jam 5 petang tidak ada sebarang berita susulan mahupun berita lompat2 ini.Sejak semalam cerita ADUN BOTA menghiasi dan menjadi bualan pakcik-pakcik dan abang-abang di kedai kopi mahupun kedai nasi kandaq.Hari ini kita tidak mengetahui siapa yang akan mengikut jejak langkah ADUN BOTA ini,mengikut sumber yang separuh di percayai ADUN yang berikutnya JUGA DARI PERAK ,yang pastinya kawasan ADUN ini tidak jauh dengan NEGERI KEDAH..SAMA2LAH KITA FIKIRKAN SIAPA GERANGANNYA

Sunday, January 25, 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA


Selamat menyambut tahun baru cina kepada masyarakat TIONGHUA seluruh MALAYSIA.Di dalam suasana ekonomi yang suram seharusnya berjimat cermat adalah satu cara yang terbaik di dalam kita berbelanja sempena perayaan tahun baru cina kali ini.Kali ini masyarakat TIONGHUA menyambut tahun baru di dalam tahun LEMBU yang membawa makna kemakmuran,Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai buat seluruh rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua di Malaysia.

ADUN BOTA MASUK PKR

ADUN BOTA PERAK
Sebentar tadi saya menerima sms daripada suarakeadilan mengatakan bahawa ADUN BOTA iaitu DATO' NASARUDIN BIN HASHIM telah menyertai PKR.Ini menunujukkan bahawa BARISAN NASIOANAL khususnya UMNO SUDAH DI PENGHUJUNG USIA,dengan kemasukkan ADUN BOTA ke dalam PARTI PKR ia menguatkan lagi pemerintahan PAKATAN RAKYAT yang di terajui oleh MB PERAK DATO SERI IR NIZAR.Ini kemenangan moral untuk PAKATAN RAKYAT didalam perjalanan ke PUTRAJAYA. Mungkin selepas ini akan ada pula MP BN akan menyertai PAKATAN RAKYAT dalam masa terdekat...jump jump jump

Saturday, January 24, 2009

SALAH SIAPA???


SALAH SIAPA SERING DI TANYA

SALAH MEREKA ATAU KAU O.....
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan Ananthan dalam tahanan polis, sebagai kes bunuh.
Difahamkan siasatan sedang dijalankan.
Awal hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata satu siasatan penuh akan dijalankan terhadap kematian Kugan.
Menurutnya, siasatan terperinci akan dijalankan walaupun laporan bedah siasat mendapat Kugan mati kerana terdapat cecair dalam paru-parunya.
Bercakap kepada pemberita di Kuching, Musa berkata pihak polis tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kes kematian Kugan.
Kugan ditahan di Kajang pada 15 Januari lalu berhubung kes kecurian kereta. Lima hari kemudiannya, dia meninggal dunia ketika disoal siasat di Balai Polis Taipan, Subang Jaya.
Kematiannya telah mencetuskan bantahan awam menyebabkan keluarganya menangguhkan pengkebumiannya untuk melakukan bedah siasat kedua.
Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa diadidera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.
Mayatnya kini berada di Pusat Perubatan University Malaya. Difahamkan polis enggan membenarkan keluarganya melakukan bedah siasat kedua

BARU PANGGIL ULAR LIDI....


Baru panggil ular lidi ke SPRM bila nak panggil ular-ular sawa?Sejauh mana ketelusan SPRM mengenai dakwaan mereka terhadap beberapa kerat ular lidi UMNO kita belum pasti lagi.Dato NORZA ZAKARIA dipanggil ke pejabar SPRM dan di ambil keterangan selama 8 jam,selepas itu pula NAIB KETUA BAHAGIAN dan beberapa AJK BAHAGIAN tertentu di dalam negeri pahang di tambah pula yang d cekup ada yang bergelar GURU dan kontraktor.Yang menariknya SPRM telah menyerbu sebuah rumah AHLI UMNO ketika AHLI2 UMNO TERSEBUT SEDANG BERMESYUARAT(meeting).Sungguh cekap dan BERANI SPRM ini sehinggakan tempat MESYUARAT UMNO dan perbincangan di dalam mesyuarat itu juga di ketahui SPRM sungguh cekap lagi tuntas SPRM ini.Sekarang mari kita semua tunggu adakan SPRM ini akan memanggil ular-ular sawa UMNO ini pula beri keterangan,janagn asyik tangkap ular lidi sahaja tangkap sama ular-ular sawa yang besar-besar atau ular sawa yang di import dari MONGGOL.................IA

Friday, January 23, 2009

KERAJAAN PRIHATIN

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Sungai Udang dan Kampung Benteng, Segambut di sini, kesal dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membincangkan sebab kediaman mereka dirobohkan sebelum disuruh berpindah ke flet Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh. “Saya tinggal di sini sejak 38 tahun lalu dan menyedari kawasan ini yang didiami kira-kira 300 penduduk adalah tanah milik kerajaan, namun tiada perbincangan dilakukan untuk arahan mengosongkan rumah yang dibina atas tapak bekas lombong ini. Dua jentolak, tiga trak dan kira-kira 20 anggota DBKL memasuki dua kampung berkenaan kelmarin untuk melakukan kerja merobohkan 17 buah rumah yang sudah diberikan notis pindah. Beberapa penduduk kelihatan bertindak menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah mereka yang didiami sejak 40 tahun lalu. Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).woit…. ni ada jentolak ada fru macam pernah tengok dalam cnn dan bbc…..kah kah kahwoit…. ini di mana ni?..... ini di gaza ke …. atau di hebron…..kah kah kah…woit… segambut rupa rupa nya …. kah kah kah… ingat di israel….. kah kah kah…woit…. tanah ni nak di rampas nak bagi siapa?..... kah kah kah….kah kah kah…. bila nak buat malam segambut di dewan bahasa dan petaka?.... kah kah kah.......................

SUMBER:TUKAR TIUB

NORZA KE............


Desas desus bertiup kencang bahawa MPT UMNO yang akan di DAKWA OLEH SPRM adalah DATO NORZA ZAKARIA,adakah benar??tak dapat di pastikan.Sama-samalah kita tunggu apa akan jadi lagi 2 hari,siapakah gerangannya

Thursday, January 22, 2009

LEMBU PULAK DAH....


Semalam (GERAK) satu pertubuhan yang di asaskan oleh mamat EZAM ini telah membuat laporan kepada SPRM ke atas MB SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM mengenai pembelian lembu.Dakwaan yang kononnya MB SELANGOR ini menggunakan wang kerajaan negeri SELANGOR

Untuk membeli 46 ekor LEMBU ketika hari raya korban tempoh hari.Selepas itu pula lembu2 itu di agihkan kepada 46 buah surau sekitar BANDAR TUN RAZAK.Aku pun naik heran kerana beli lembu pun nak jadi kan isu juga,untuk pengetahuan semua TAN SRI KHALID tu tak mungkin dia guna duit kerajaan NEGERI kerana DUIT DIA SENDIRI PUN BANYAK sebelum masuk arena politik TAN SRI KHALID sememamngnya orang yang boleh di katakan kaya kerana hasil usha perniagaan dalam pada waktu yang sama pula kita kema faham bahawa SETIAP ADUN DI MALAYSIA ADA ELAUN KERAIAN,jumlah sekitar rm5000 ke atas untuk dun dan MP lebih lagi.Kenapa lembu 46 ekor nampak jet sukhoi dengan kapal selam tak nampak?sudahlah mamat ezam oi hg dah tak laku lagi macam dulu2 selepas kotak surat pun yang hang dok wayang...sudin sudin...................

Tuesday, January 20, 2009

ADAKAH OBAMA SAMA SAJA?


Pada hari ini akan termaktub di dalam sejarah dunia PRESIDEN AMERICA pertama berkulit hitam berdarah AFRICA dan juga pernah tinggal di INDONESIA dalam beberapa tahun ketika kanak2.BARACK OBAMA di pilih menjadi PRESIN AMERICA yang ke 44 menang pada bulan NOVEMBER 2008 menewaskan calon RUBUPLICAN JOHN MCCAIN dengan undian yang jauh meninggalkan calon pilihan BUSH.OBAMA dari parti DEMOKRAT telah menempa nama di persada dunia dengan anggapan bahawa beliau mempu merubah tanggapan dunia mengenai AMERIKA yang selama ini di benci oleh kebanyakkan negara di dunia.Keakraban AMERIKA dan ISRAEL sememangnya tiudak boleh di nafikan malah semua orang sudah mengetahui bahawa AMERIKA sememangnya pro YAHUDI,adakah kehadiran obama dapat mengurangakn dakwaan itu?.Saya pernah mendapat email yang menunjukkan OBAMA sedang menjalankan upacara agama bangsa YAHUDI di ISRAEL ketika beliau berkempen namun bagi saya itu bukan satu benda yang mengejutkan kerana kita sedia maklum betapa akrabnya YAHUDI dan AMERIKA,ketika YAHUDI tiada negara maka AMERIKA lah yang membantu dan menyokong penubuhan negara ISRAEL di PALESTINE sehingga rakyat PALESTIN di usir keluar dan YAHUDI merampas tanah rakyat PALESTINE.Sama-samalah kita menunggu adakah OBAMA sama saja....

CERAMAH PERDANA SOLIDARITI UMMAH BERSAMA PALESTINE



Ceramah solidariti ummah bersama PALESTINE di adakan di SUNGAI PETANI KEDAH.Program tersebut bertempat di perkarangan MASJID AR-RAHMAN(MASJID PEKAN) SUNGAI PETANI pada 16 hb JAN 2009 jam 9 malam.Di dalam pada masa yang sama kutipan derma untuk membantu saudara kita di PALESTINE juga di adakan, RM6464.50 berjaya di kumpulkan dan di serahkan kepada wakil PALESTIN iaitu saudara ISMAIL.Program ini hasil inisiatif oleh AMK KEDAH,DEWAN PEMUDA PAS KEDAH dan TERAS.

Monday, January 19, 2009

HADIAH TAHUN BARU KEPADA BARISAN NASIONAL


Hadiah yang cukup bermakna kepada BN sudah pun di perolehi pada 17 hb jan 2009,ini merupakan hadiah yang cukup bernilai dan bersejarah tak mungkin di lupakan petugas dan juga para pengampu orang kaya BN sampai bila2.Sepatutnya BN tidak mendapat hadiah tahun baru dengan cara begini tetapi memandangkan calon yang di ketengahkan sememangnya gedebe maka hadiah itu paling layak.Bukan setakat calon yang gedebe MB TERENGGANU juga gedebe. Melihatkan poster MB,NAJIB dan juga WAN FARIB seakan2 mereka ini adik beradik,cuma kulit MB sedikit kelabu mungkin selalu main di tepi pantai.Aku berada di KUALA TERENGGANU selama 6 hari selama itulah mata aku ini asyik melihat wajah NAJIB,MAT SAID dan WAN FARID sedikit pula gambar PAK LAH.Kalau nak kira handsome PAK LAH YANG PALING KACAK itu hakikat cuma di sini menimbulkan macam2 andaian.Dari segi kehangatan kempen janganlah kita samakan seperti PRK PERMATANG PAUH kerana PRK P 036 ada keistimewaan yang tersendiri sehinggakan kadang2 rasa macam tak ada PRK tetapi suasana itu berubah sedikit apabila tiba malam 17 hb di sebabkan kehadiran penyokong dari luar telah masuk ke KUALA TEENGGANU merubah suasana sedikit panas walaupun tiupan angin timur masih ada.

Secara keseluruhan perjalanan kempen kurang memuaskan hati kerana PAS TERENGGANU serta PKR TERENGGANU masih terbawa2 taktik lama tetapi adakalanya KETUA AMK TERENGGANU FARIZ MUSA cuba menghangatkan suasana usaha begeni sungguh saya minati, pujian harus di berikan kepada keseluruhan jentera AMK MALAYSIA yang senentiasa mahukan keadaan yang panas dan tegang.Tidak hairan kenapa PKR TERENGGANU lemah ia terjadi di sebabkan pemimpin di atas perlu melihat ke bawah dan jangan sombong,ia berlaku kepada kumpula saya sendiri yang langsung tidak dihormati oleh PPN TERENGANU.PAS TERENGGANU pula seperti biasa style lama rentak lama dan juga lagu lama yang dimainkan tetapi syukur pengundi cina menyebelahi PR kali ini.Kemenangan ini bukan kerana PAS sahaja tetapi IA MELIBATKAN SELURUH PARTI PR di dalam usaha memenangakan PR di wakili oleh PAS,masakan PAS BOLEH BERSENDIRIAN JIKA TIDAK DI BANTU OLEH PKR dan DAP.Ini jelas apabila kehadiran DSAI pada 4 hari terakhir menampakkkan sedikit peningkatan dari segi peratus dan sumber tertentu bahawa PR leading pada kadar 57% 43% kadar itu kian berkurangan apabila DSAI pulang awal pada jam 4.30 PETANG 16 HB JAN 2009 MENURUN SEHINGGA 51% 49%.Sehinggan hari pengundian rating itu kekal sehingga 12 tengah hari, jika peratus keluar mengundi 80% ke atas PR akan kalah tetapi peratus keluar undi hanya 79% INI MENUNJUKKAN PENGUNDI HANTU GAGAL MENGUNDI MENGIKUT PERANCANGAN.Majoriti 2631 memberi gambaran bahawa sememangnya rakyat sudah TOLAK BN masuk ke dalam sungai bersama BIG MAMA tenggelam .

Untuk ABD WAHID B ENDUT di ucapkan tahniah di atas kemenangan anda,terima kasih juga kepada seluruh jentera PR iaitu PKR,PAS dan DAP di dalam memenangkan PR di PRK P 036 KUALA TERENGGANU.

Saturday, January 17, 2009

SELESAI TEMPOH KEMPEN

Tiada apa yang mampu di ungkapkan sekarang hanya doa yang dapat di lakukan,segala usaha dirasakan terbaik telah di lakukan menampakkan tidak cukup untuk kita menang.Terus terang saya katakan dalam keadaan ini kita ketinggalan namun siapa tahu keputusannya siang nanti.Faktor kemeriahan di pondok panas juga akan memainkan peranan ketika hari pengundian walau apa pun kita perlu optimis di dalam perjuangan.Sekiranya kita mengalami kekalahan jadikan ia sebagai pengajaran yang berguna di masa2 akan datang.Terutamanya pengajaran harus di ambil oleh PAKATAN RAKYAT NEGERI TERENGGANU di dalam mengurus dan merangka strategi menghadapi pilihan raya umum atau kecil sekali pun.

Friday, January 16, 2009

MASIH 50 50

Esok hari pengundian PRK P 036 KUALA TEENGGANU bermula,segala tohmahan atau isu yang di ketengahkan akan di terjemahkan pada esok hari.Suasa yang pelik berlaku kelmarin erana tiada kelibat VVIP BN sekitar KUALA TERENGGANU,adakah mungkin mereka sudah tahu akan keputusan PRK ini.Melihat kepada keghairahan para penyokong sememangnya sejuk cuma hanya strategi yang berkesan dapat mengatasi kesejukan tiupan angin timur,indictor yang boleh di jadikan panduan iaitu pada sebelah malam ini kita akan dapat menilai kemenangan tahap pertama bermula dari tengah malam ini.Sejak semalam kemasukan penyokong dari luar sudah ketara dan juga kemasukan pengundi hantu BN telah masuk lebih awal.Sebelah pagi hari ini DSAI telah mengadakan dialog bersama penduduk di DUN BANDAR di dalam kawasan bandar KUALA TERENGGGANU sambutan yang baik di berikan tetapi tidak sehebat PRK PERMATANG PAUH tetapi penduduk KUALA TERENGGANU boleh di kartegorikankan HALF URBAN memandangkan persekitaran agak ketinggalan di beberapa tempat sedangkan TERENGGANU negeri yang mempunyai hasil MAHSUL BUMI yang banyak.Kempen yang di jalankan oleh PASTI PAS seperti biasa dan masih menggunakan cara tradisional tanpa ada pembaharuan,ia dapat di lihat dari gerak kerja yang mereka lakukan masih di tahap dulu jadi tidak menjadi persoalan mengapa TERENGGANU hanya mendapat 8 kerusi DUN satu PARLIMEN.Bantuan dari PARTI PKR dan juga DAP dapat membantu untuk memenangi hati pengundi bukan MELAYU jika di harapakn PAS mungkin dah lama down,terlalu banyak yang tidak boleh menyebabkan kempen susah untuk di gerakkan secara menyeluruh..SEMOGA KEMENANGAN MILIK PR

Thursday, January 15, 2009

MENGAPA PKR TERENGGANU MASIH TENGGELAM PUNCA?

PKR TERENGGANU pada ketika ini masih dibayangi oleh rentak PARTI PAS di dalam berkempen,kita semua sedia maklum bahawa PKR adalah satu PARTI khusus kepada mana2 kaum tetapi ia terbuka kepada semua komposisi kaum namun kita lihat sehingga hari yang ke lapan tempoh berkempen di dalam PRK KUALA TERENGGANU melihatkan seolah2 PKR tiada identiti.Terus terang saya katakan bahawa PKR TERENGGANU masih di takok lama dan tidak berani menonjolkan imej PKR itu sendiri.MENGAPA TAKUT UNTUK TONJOLKAN IMEJ PKR?terlalu banyak perkara yang tidak boleh,itu dan ini tak boleh.Adakah selama ini kita mengikut peraturan kita boleh mengekalkan pemerintahan TERENGGANU di bawah PAS PADA 1999-2004.Masalah lagu yang di mainkan oleh beberapa petugas PKR KEDAH ketika sebelum ceramah sebelah malam mendapat teguran katanya bising,atau kalau nak mainkan lagu boleh tetapi nasyid.Nasyid tak salah cuma kita berada di dalam DUN BANDAR satu kawasan yang komposisi kaum bercampur MELAYU dan CINA jadi apa salahnya kita mainkan lagu yang boleh mendekatkan mereka dengan PKR mahupun tempat ceramah,jika kita mainkan lagu nasyid mungkin kaum CINA tak akan hampir dengan ceramah PKR di KUALA TERENGGANU.KebetulanPKR ada lagunya bertajuk ARUS PERJUANGAN,adakah salah petugas PKR KEDAH memainkan lagu tersebut,sedangkan bermula penamaan calon sehingga 10 hb tidak ada ceramah yang di adakan di pejabat PPN TERENGGANU,selepas itu AMK KEDAH khususnya di arahkan supaya mengadakan ceramah di situ bermula pada 11 hb sehingga hari jumaat barulah tempat itu mendapat tumpuan,PPN TERENGGANU perlu tahu identiti PARTI PKR bukan di bayangi rentak PAS.

Wednesday, January 14, 2009

SEKITAR PRK KUALA TERENGGANU


























































































































































LARANGAN TERBARU

Larangan menampal poster calon2 yang bertanding di PRK P 036 di kereta2 adalah suatu peraturan yang bodoh dan juga penakut,arahan yang di keluarkan oleh SPR menampakkkan bahawa BARISAN NASIONAL di ambang kekalahan.Bermacam2-macam peraturan baru yang di gubal sempena PRK KUALA TERENGGANU,sikap SPR yang menjadi pak turut pemerintah di dalam membuat peraturan adalah mengecewakan rakyat.Suasana di KUALA TERENGGANU KURANG MERIAH kerana peraturan peraturan yang di kenakan menjejaskan kemeriahan PRK.Sepanjang hidup saya selama 2o tahun ini tidak pernah sekali pun PRK yang sebegegini suram di campur pula angin yang sentiasa bertiup menambahkan kesuraman.Tiada kenderaan yang membawa bendera,tiada hiruk pikuk dengan hon kereta,tiada semangat nak buat kerja kadang2 rasa.Nampaknya cubaan mengagalkan suasana yang semestinya milik PR berjaya di lakukan.Hanya tinggal 2 hari sahaja untuk berkempen maka usha gigih penting untuk memenangkan hati pengundi KUALA TERENGANU,walaupun ada kalanya kita tidak sependapat di dalam beberapa hal tetapi kita TETAP PR.

Tuesday, January 13, 2009

BERTA TERBARU DARI KUALA TERENGGANU

Berita terbaru di terima bahawa MB TERENGGANU telah mengarahkan bilik gerakkan DAP di tutup.Kejadian berlaku di dalam kawasan DUN WAKAF MEMPELAM.Sikap yang di tunjukkan oleh MB TERENGGANU ini menggambarkan sikap yang penakut dan merasakan BARISAN NASIONAL terancam.Berita terbaru akan menyusul.........

KUALA TERENGGANU


Kedatangan aku di sambut dengan hujan dan ombak laut china selatan,tiba di KUALA TERENGGANU sekitar jam 9.oo malam,keadaan kenderaan yang di naiki mengalami kerosakkan menyebabkan pergerakkan perlahan melalui jalan2 yang berbukit seperti di GRIK dan juga TASIK BANDING yang menghubungkan PERAK dan KELANTAN.Perjalanan yang memakan masa 7 jam itu agak memenatkan tetapi mengenangkan suasana kempen yang dingin menyebabkan perasaan ingin membantu jentera pilihanraya supaya lebih meriah dan panasssss.Petang ini baru bermula aktiviti kempen pilihanraya bagi diri aku di PRK P 36 KUALA TERENGGANU.

Friday, January 9, 2009

CERAMAH DSAI DI KUALA TERENGGANU

Kempen PRK P36 KUALA TERENGGANU telah masuk hari yang ke 3,program pada malam pertama kempen iaitu ceramah perdana yang membariskan DSAI,HJ HADI,LIM KIT SIANG dan juga beberapa pimpinan PR.Di dada akhbar kelmarin mengulas isi kandungan ceramah DSAI pada malam tersebut dengan mengatakan DSAI menggunakan isu PALESTIN sebagai bahan kempen dan ceramah.Komen daripada TIMB PM macam biasa la mengatakan itu tiada kaitan dengan PRK KUALA TERENGGANU.

Persoalan sekarang bukannya isu tersebut sesuai atau tidak di KUALA TERENGGANU tetapi ia berkait rapat dengan cara pemerintahan KERAJAAN BARISAN NASIONAL hari ini.Cuba kita fikirkan kenapa KERAJAAN HARI INI masih menerima duta dari PALESTINE dari parti FATAH?kenapa KERAJAAN tidak iktiraf HAMAS?kita perlu hormati keputusan rakyat palestin kerana mereka telah memilih HAMAS untuk menerajui PALESTINE.Ini menunjukkan bahawa kerajaan kita menyokong FATAH sedangkan FATAH kalah ketika pilihanry yang lalu.Kita lihat bagaimana reaksi PM PALESTINE MAHMOUD ABBAS dari FATAH yang tidak meyokong pejuang PALESTINE malahan hanya menyalahkan HAMAS seolah2 FATAH suka GAZA di serang.

Persepsi rakyat kepada kerajaan akan berubah setelah rakyat mengetahui bahawa KERAJAAN BARISAN NASIONAL tidak iktiraf HAMAS walaupun pada luaran nampak macam setuju namun ia hanya kosmetik di dalam masih mengiktiraf FATAH.FATAH secara terang seolah2 menyokong tindakkan ISRAEL, MALAYSIA JUGA lebih condong kepada FATAH dalam masa yang sama FATAH CONDONG KEPADA ISRAEL.Isu PALESTIN bukan isu baru namun kekesalan kita tertumpu kepada DUNIA ARAB yang membisu seribu bahasa.

Ada sumber mengatakan DSAI juga pernah adakan hubungan dengan AMERIKA dan juga AMERIKA pernah menyokong DSAI dalam isu reformasi dan liwat 10 tahun yang lalu.Bagi saya AMERIKA beri pendapat dan sokongan kerana ketika isu KERAJAAN MAHATHIR secara terang terangan mencabuli hak asasi manusia dan telah menzalimi DSAI,AMERIKA menyokong atas dasar hak sebagai rakyat yang bebas dan layak mendapat perbicaraan yang adil,mengenai hubungan dengan AMERIKA ia sememangnya perkara biasa tambah pula DSAI satu ketika pernah menjadi pensyarah jemputan di GEORGETOWN UNIVERSITI,tapi kita perlu ingat DSAI bukan tunduk kepada semua tindakkan AMERIKA termasuk tindakkan menyerang IRAQ.BN akan guna isu DSAI agen AMERIKA sehingga hari ini tiada bukti atau gambar pernah di tunjukkan kepada media.Adakah MALAYSIA TIDAK PERNAH ADA HUBUNGAN DENGAN AMERIKA?bukti banyak pertemuan NAJIB dan DONALD RUNSFEL.sebenarnya BN sudah tiada isu untuk menyerang PR melainkan isu peribadi yang akan di mainkan.Tunggu ulasan mengenai PRK KUALA TERANGGANU setiap hari apabila saya sampai di sana 12 JAN 2009.

Thursday, January 8, 2009

MISI ISRAEL



Bermula pada 27 hb DIS 2008 darah penduduk islam palestin murah dan tiada nilai,sehingga hari ini angka korban mencecah 600 orang meninggal dunia dan 2 ribu yang cedera,dalamkeadaan sera kekurangan penduduk palestin meneruskan kehidupan.Krisis kemanusian mungkin kan berlaku,enario politik di sana di antar HAMAS dan FATAH ada cerita yang menariknya.Menyentuh mengenai PERDANA MENTERI PALESTIN iaitu MAHMOD ABBAS yang tiada sebarang ulasan mengenai serangan puak ISRAEL LAKNATULLAH atau memberi kata2 semangat kepada penduduk GAZA KHUSUSNYA.Sikap FATAH seolah2 menyebelahi AS dan israel di curigai oleh rakyat mereka sendiri.Berbeza pula denganpemimpin HAMAS iaitu ISMAIL HANIYEH yang lantang mengecam ISRAEL dan memberi amaran kepada tentera yahudi itu.Mesir semula seperti yang kita tahu tidak mahu membuka sempadan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat palestin,seolah2 mesir bersekongkol dengan ISRAEL.AMERIKA seperti biasa menyokong tindakkan israel yang di anggap tindakkan mempertahankan diri sendiri,kita tidak merasa pelik sekiranya AMERIKA menyokong ISRAEL kerana mereka berdua sememangnya adik beradik dahulu pun IARAEL dapat bertapak di bumi PALESTIN dengan bantuan AMERIKA.Ketika ADOLF HITLER bertindak menghapuskan KAUM YAHUDI AMERIKA yang membela PUAK YAHUDI ketika itu,tindakkan HITLER sememangnya tepat kerana puak YAHUDI satu kaum yang khianat dan tidak bleh di buat saudara.Ada satu kenyataan mengatakan HITLER ingin menghapuskan puak YAHUDI ini kerana beliau ada merujuk AL QURAN yang menegatakan kaum YAHUDI kaum yang tidak boleh di percayai namun sejauh mana benar kita tidak pasti,namun tindakkan HITLER ketika sebenarnya tepat kalau boleh biar puak YAHUDI INI PUPUS di dunia ini.Pda pandangan saya selain daripada niat ISRAEL nak menghancurkan GAZA mahupun KUMPULAN HAMAS ia juga ada misi yang tersendiri iaitu jika kita semua sedar bahawa bermula tarikh 27hb DIS 2008 serangan ISRAEL ke GAZA dari situ harga petrol nak semula,sehingga kini harga petrol naik semula pada paras 40USD KE ATAS.Sedangkan sebelum PALESTIN DI SERANG HARGAN PETROL MENJUNAM,ini menunjukkan ISRAEL memonopoli pasaran MINYAK khususnya di eropah cuba kita fikir apabila ISRAEL SERANG PALESTIN maka stok simpanan minyak akan bertambah dan dan juga pertrol akan menjadi sukar di perolehi di ASIA BARAT khususnya kerana kebimbangan akan berlaku peperangan,jadi syarikat2 besar akan stokkan semua ini untuk persediaan ini menyebabkan secara automatik harga petrol turut akan melambung naik.Inilah di antara misi ISRAEL untuk memulihkan industri petrol yang kebanyakkannya di kuasai orang YAHUDI.


Tuesday, January 6, 2009

CALON PAKATAN RAKYAT P36 KUALA TERENGGANU

Proses penamaan calon telah selesai,sekarang waktu untuk kempen habis habisan.Pertandingan 3 penjuru di antara PR,BN dan BEBAS,walaupun kita sedia maklum kehadiran calon bebas hanya menjadi pengcau tapi tetap ada kesan kepada dua calon lagi.Keputusan PRU12 memperlihatkan betapa besar kesan terhadap parti yng dominan kerana adanya calon bebas,contoh paling hampir iaitu ketika MAD SABU bertanding pada PRU12 yang lalu menunjukkan kesan calon bebas menjadi penyumbang kekalahan pada PRU12 di KUALA TERENGGANU.Pada sebelah waktu pagi 4 kertas pemohonan calon di serahkan kepada SPR namun calon dari AKIMmenarik diri di saat akhir menyebabkan menjadi hanya 3 calon yang bertanding pada peringkat awalnya ada 4 calon,keputusan AKIM yang agak mengejutkan atau telah di rancang namun ia tetap menjadi petunjuk akan keputusan pilihanraya kecil kali ini.Alasan yang di berikan PARTI AKIM iaitu wadah perjuangan mereka dan PAS sama sahaja,mungkin agak lucu tetapi itulah yang di namakan politik yang penuh taktik.Malam ini akan di adakan ceramah sana sini jadi sama2lah kita tunggu apa akan berlaku pada hari pertama berkempen.

Monday, January 5, 2009

PERLAWANAN AKAN BERMULA

Esok adalah hari penamaan calon P36 KUALA TERENGGANU di adakan,proses itu akan di adakan di stadium negeri kuala TERENGGANU bermula jam 9 pagi.Kemungkinan besar akan ada pertandingan 4 penjuru di antara BN,PR,AKIM dan BEBAS.Di atskertas tidak menampakkan mana2 parti yang mempunyai kelebihan,masing2 tidak menunjukkan konfiden walaupun ia menjadi kayu pengukur di antara BN dan PR.Calon PR di wakili oleh parti PAS menamakan ADUN WAKAF MEMPELAM sebagai taruhan malahan menjadi tumpuan.Kemelut untuk menamakan CALON oleh PARTI PAS sehingga menimbulkan spekulasi mengatakan bahawa PARTI PAS bermasalah di dalam menentukan CALON.Dengan ketiadaan DSAI esok ketika proses penamaan calon ini akan membuatkan media ARUS BN akan mengatakan DSAI mungkin tidak setuju akn calon yang di pilih,isu ketidakhadiran DSAI ketika penamaan calon juga akan di mainkan oleh TV1 dan TV3 yang semestinya menjadi agen propaganda BN.Sebentar tadi pula KETUA AMK TERENGGANU saudara FARIZ MUSA di tangkap polis ketika menampal poster di K TERENGGANU,perkembangan seperti ini akan menaikkan rating untuk menarik orang luar atau penyokong dari luar datang ke K TERENGGANU.K TERNGGANU agaksepi dengan kontrovesi sebelum penama calon namun apabila berita penangkapan itu tersebar mungkin sekrang penyokong banyak yang sudah bertolak ke TERENGGANU.Pagi esok suasana di padang stadium semestinya hangat bukan setakat hangat terik mentari di tambah pula bahang di antara penyokong PR dan BN,walaubagaimanapun suasananya tidak sehebat PERMATANG PAUH yang pasti.Petunjuk kemenangan akan bermula esok kerana dari segi moral petugas akan bergantung kepada proses penamaan calon esok hari.Adakah sasaran akan tertumpu kepada NAJIN TUN RAZAK seperti mana yang berlaku di pilihanraya kecil IJOK,walaupun kali ini bukan calon dari PKR tetapi tenaga jentera PKR TETAP DI TAGIH.Mari kita tunggu apa yang terjadi esok pagi.................

Friday, January 2, 2009

KM SERAWAK PENGECUT

Berita yang di kira baru di ketahui iaitu 7 individu di blacklist oleh imegresen untuk menghalang individu terbabit masuk ke NEGERI SARAWAK.Ini jelas menunjukkan TAIB MAHMUD sudah merasa tekanan dan pergerakkan PR di sarawak, jangan terkejut satu hari dalam masa terdekat ADUN PKR PADUNGAN juga ada kemungkinan DI HALANG daripada masuk ke nagerinya SARAWAK.Tindakkan yang terdesak ini membuktikan bahawa SARAWAK JUGA AKAN TUMBANG kepada PR khususnya PKR,kesedaran penduduk pribumi amat merisaukan TAIB MAHMUD serta kuncu2nya.Individu yang di halang iaitu DSAI,LIM KIT SIANG,TOK GURU NIK AZIZ,GOBALA KRISNAN,AZMIN ALI dan juga SAIFUDIN di halang daripada memasuki SARAWAK.Pada saat ini rakyat akan sedar kenapa SARAWAK ada hak untuk halang,kenapa?apakah undang2 yang di gunakan?sehinggakan SARAWAK MENGGUNAKAN kuasa UNTUK MENGHALANG SESEORANG WARGA NEGARA KE NEGERI KE SATU NEGERI YANG LAIN.Cuba kita fikir kenapa SARAWAK ada kuasa lakukan sebegini??

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009




















































SUKA DUKA 2008



Selamat menyambut tahun baru 2009 kepada seluruh rakyat MALAYSIA,tahun 2008 sudah berlalu maka lembaran baru di buka pada hari ini mengharapkan seluruh rakyat MALAYSIA lebih tabah menghadapi tahun 2009.Pastinya kita berdepan masalah kemelesetan ekonomi seluruh dunia walaupun timb perdana menteri masih menafikan bahawa MALAYSIA akan menerima kesannya.Kita menuntut agenda perubahan terus di lakukan demi kesejateraan kita bersama.Permulaan 2009 kita seharusnya mempunyai azam dan iltizam baru untuk merealisasikan agenda HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA,2008 MENYAKSIKAN TEMBOK keegoan pemerintah BN runtuh tetapi PR perlu lebih berkeja keras untuk memberi khidmat kepada rakyat jangan asyik di buai kemenangan.Sekarang masa untuk bekerja kepada rakyat dan menunaikan janji ketika berkempen pilihanraya umum.Kritikkan pedas dari media khususnya TV1 dan TV3 namun ia seharusnya di ambil sebagai pengajaran dan pengalaman .Suka dan duka pada tahun 2008 di harap di jadikan pelajaran yang berguna kepada semua.SELAMAT TINGGAL 2008 ,SELAMAT DATANG 2009.