SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Wednesday, April 13, 2011

N 05 DEMAK LAUT KETINGGALAN?

Hari ini masuk hari yang ke 3 saya di SARAWAK,bertugas di DUN N 05 DEMAK LAUT di dalam PARLIMEN SANTUBONG.Jumlah keseluruhan pengundi di dalam DUN DEMAK LAUT sekitar 10 ribu sahaja,jika di lihat mengikut pecahan kaum orang MELANAU majoriti dengan 90 peratus berbanding CINA,IBAN dan DAYAK dengan hanya 10 peratus.

Calon yang di ketengahkan PARTI KEADILAN RAKYAT seorang calon yang profesional dan mempunyai pakej untuk memenuhi kratirea seorang wakil rakyat iaitu ALI HOSSEN B ABANG.Di pihak BARISAN NASIONAL pula di khabarkan seorang yang terkenal iaitu seorang DOKTOR.Biar apapun kreteria calon yang di ketengahkan isu dan gerak kerja mempunyai peranan dan kesan yang kuat untuk menentukan kemenangan di tambah pula dengan gelombang PERUBAHAN yang di lakukan oleh KAUM DAYAK semestinya boleh di ambil kesempatan oleh orang MELANAU turut melakukan perubahan.Jika di ikuti laporan-laporan yang di perolehi dan gambar-gambar sambutan setiap ceramah anjuran PR di kawasan BANDAR KUCHING,SIBU,MIRI dan lain-lain memperlihatkan perubahan dan kejutan sememangnya bakal berlaku

Suasan di DUN DEMAK LAUT ini tidak sama seperti yang berlaku di bandar-bandar besar,tetapi ia menampakkkan peningkatan berbanding sokongan dan respond yang di terima ketika PRN 2006 yang lalu.Kawasan KG tidak lagi boleh di kartegorikan sebagai kawasan GELAP mahupun KELABU bagi KEADILAN, kerana ia amat berbeza dengan sebelum ini.Penerimaan orang kg seperti di KG SEJINGKAT dan KG MUARA TEBAS kelihatan seakan-akan ada sinar harapan untuk KEADILAN menang di PETI UNDI tersebut.Termasuk juga dengan kawasan-kawasan peti undi yang lain seperti BAKO,TEBUAN MELAYU,PINGGAN JAYA dan beberapa kawasan yang lain juga tidak mengecewakan.

Berbaki 4 hari petugas-petugas perlu melipatgandakan usaha untuk mengekalkan momentum sehingga hari pengundian.Segala usaha keras pastinya akan membuahkan hasil...

HIDUP HARAPAN

2 comments:

Demak Laut Lad said...

Assalamualaikum..

Saya nak buat pembetulan.

Sebenarnya, majoriti pengundi di sini adalah Melayu BUKAN Melanau. Tetapi statistik dia buat Melayu/Melanau. Kami pun tak faham kenapa dia buat macam itu. Bahasa Melayu dan Bahasa Melanau sangat jauh berbeza, ada pun yang jati Melanau di sini mungkin kurang daripada 5% jumlah pengundi keseluruhan. Tetapi kesilapan sering dilakukan oleh blogger dari semenanjung adalah, membuang terus perkataan Melayu daripada Melayu/Melanau. Kami tidak rasis tetapi kami tidak mahu dihilangkan identiti bangsa kami. Oh ya. Taib Mahmud itu berbangsa Melanau.

Harap dibuat pembetulan dalam penulisan yang akan datang. Hanya kerusi-kerusi DUN di Bahagian Mukah dan satu di Bintulu sahaja yang betul-betul majoriti Melanau.

Penyokong tegar PBB biasanya orang Melanau. Sokongan orang Melayu sudah goyah. Pemuda PBB dipandang sepi oleh pemuda-pemudi Melayu di sini. Boleh dikatakan DUN ini merupakan salah satu heartlands of Sarawakian Malays. Sekadar pemberitahuan, Tanah Melayu di Borneo bermula dari Ketapang, Kalbar sehingga Kabong di Sarawak.

Good luck to PR...you have 1 vote from me.

Anonymous said...

Assalamualaikum

PKR boleh menang di DUN ini. Tolong kerja keras...jangan sesekali leka. Jangan tertipu dengan jumlah bendera BN kerana, duit mereka banyak jadi boleh pasang banyak bendera...tapi bendera BN sekarang tidak sebanyak bendera BN pada PRN 2006. Signal sudah ada untuk berubah...jadi gandakan usaha.