Rakyat sudah semakin matang dan semakin bersedia untuk berdepan dengan umno dan kelicikan mereka.Tetapi satu "setback" terbesar dan terpenting kepada rakyat sekiranya DSAI dihantar kembali ke penjara atas kesalahan yang cukup jelas direka reka oleh umno.Untuk itu,rakyat juga harus bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan yang terburuk ini
SEMARAK REFORMASI
LAGU SELOKA KEDAH
Friday, April 15, 2011
PULUHAN RIBU HADIRI GRAND FINALE PKR
Kebangkitan rakyat Sarawak melawan pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kali ini adalah sejarah yang belum pernah berlaku. Itulah yang dinyatakan dengan yakin oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program malam tadi. “Tidak pernah terjadi dalam sejarah Sarawak sebelum ini yang rakyat bangkit untuk membuat perubahan.
“Kita bukan hanya mahu gantikan kerajaan, tetapi kita mahu ubah sistem yang rosak oleh pentadbiran BN,” katanya pada satu program Grand Finale di sini, malam tadi.
Dilaporkan berpuluh ribuan penduduk setempat bersesak-sesak hadir bagi mengikuti ceramah Anwar di Bandar Baru Semariang, Kuching malam ini dengan ramai terpaksa meletakkan kereta sejauh 2 kilometer dan berjalan kaki ke tempat ceramah.
Buat pertama kali, rakyat Sarawak dengan yakinnya telah menunjukkan sokongan jitu melawan BN yang selama ini mendominasi pemerintah negeri itu tetapi gagal menangani dan membela kebajikan rakyat walaupun Sarawak antara negeri terkaya di Malaysia. BN Sarawak dikatakan mempunyai pemimpin kanan yang terkaya melebihi daripada pendapatan rasmi sebagai pemimpin negeri yang amat tidak munasabah.
Sebelum ini,parti pembangkang baik parti kelahiran negeri itu mahupun yang beribu pejabat di Semenanjung Malaysia sukar bertapak di negeri itu tetapi kini, segala-galanya berubah berdasarkan perkembangan politik semasa di Sarawak kebelakangan ini.
Acara itu adalah program kemuncak anjuran PKR yang turut menampilkan tokoh dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pada program itu, Anwar turut memperkenalkan calon-calon Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang, Tupong, Pantai Damai dan Demak Laut.
“Inilah pimpinan yang kita tampilkan. Kita bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi kita sudah buktikan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat,” kata Anwar.
Terdahulu, Anwar turut berceramah di Borneo Development Centre (BDC) Kuching, Bazar Serian di pekan Serian, Saadon Jaya dan pekan Asajaya yang semuanya mendapat sambutan hebat dari segenap lapisan etnik di Bumi Kenyalang itu.
Elaun pemimpin tempatan dinaikkan 200% jika PR memerintah
Sementara itu pada lewat petang semalam, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian berjanji bahawa jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya negeri Sarawak, elaun pemimpin tradisional dan masyarakat tempatan akan dinaikkan sehingga 200 peratus.
Menyatakan kenaikan elaun itu selaras kos sara hidup masa kini, beliau berkata, elaun mereka akan naik kepada RM1,350 bagi tuai rumah, RM1,500 (penghulu), RM1,700 (pemancha) dan RM2,000 (temenggong).
“Kita berjanji jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Sarawak, sumbangan dan peranan pemimpin masayarakat tempatan dan tradisional akan lebih dihargai,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu adalah sebanyak RM900 bagi tuai rumah atau 200 peratus, penghulu (RM1,050 atau 183 peratus), pemancha (RM1,250 atau 112 peratus) dan temenggung (RM 1,600 atau 66 peratus).
BN didakwa akan gagal bentuk kerajaan
Sementara itu, Barisan Nasional diramal tumbang di Sarawak dengan hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya negeri itu, 16 April ini.
Malah, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan kalah dikerusi yang dipertahankannya di DUN Balingian.
Demikian hasil satu kaji selidik yang dilakukan Zentrum Future Studies, satu pusat penyelidikan bebas yang mengkaji isu sosial, politik dan ekonomi di masa depan.
Menurut hasil kajian tersebut, Pakatan Rakyat diramal berjaya memperoleh 31 kerusi, bebas 4 kerusi dan Parti Kebangsaan Sarawak, yang juga menentang BN sebanyak 15 kerusi dalam pilihan raya kali ini.
Kajian tersebut juga mendapati, Taib Mahmud hanya memperoleh 34 peratus sokongan di DUN Balingian, berbanding lawannya, Datuk Salleh Jafaruddin, yang juga sepupunya sendiri iaitu sebanyak 38 peratus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment