SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Thursday, February 26, 2009

KENAPA TIDAK BOLEH MASUK SARAWAK?


Kenapa kebanyakkan pemimpin PR di halang masuk ke SARAWAK?adakah BN sudah takut?tindakkan yang sebegini sebenarnya akan lebih memburukkan imej BN itu sendiri. Pada sesi PARLIMEN semalam MP BATANG SADOR telah mengatakan"rakyat sarawak tidak perlu di ajar tentang perpaduan,kami semua telah lama hidup sebumbung di bawah BN".Ini adalah kenyataan yang bongkak dan pengecut.Kenapa perlu halang?jika kita merasakan semua tindakkan ke atas RAKYAT SARAWAK itu betul kenapa perlu halang.Mungkin BN SARAWAK SUDAH KEPANASAN.Melihat sambutan luar biasa orang SARAWAK terhadap program PR menyebabkan BN terus gelisah.Melihatkan keadaan RAKYAT SARAWAK di pendalaman sungguh menyedihkan,apabila mengenangkan propaganda BN yang mengatakan SARAWAK MAJU adalah retorik .BN telah memerintah negeri SARAWAK TELAH LAMA namun tiada apa yang perlu di banggakan yang ada cuma KONTRAK untuk kroni-kroni KM SARAWAK.


PR membawa suatu acuan politik cara baru yang dapat di terima oleh seluruh rakyat MALAYSIA.Kita menolak politik perkauman yang sempit.Khususnya parti PKR yang menghidangkan acuan politik cara baru dan meruntuhkan tembok perkauman.Rakyat SARAWAK telah lama di perbodohkan oleh pemerintah BN.JANGAN TERKEJUT JIKA PR MEMERINTAH SARAWAK..LAWAN TETAP LAWAN.

Monday, February 23, 2009

GAMBAR INI CERITAKAN SEGALANYA





Pertama kali aku sebagai seorang insan yang waras merasa sedih akan melihat gambar ini.Sedih bukan kerana NIZAR keluar dari rumah rasmi tetapi sedih kerana UMNO TERLALU HINA DAN TAMAKKAN KUASA.Sehingga sanggup membelakangi perlembagaan,jika peraturan boleh di gilis apa pula nasib rakyat di bawah .Adakah masih ada harapan untuk di harapkan kepada KERAJAAN BN ini?Jawapannya semstinya tidak dan selamanya tidak untuk BN
UMNO terlalu tamak dan gila kuasa,sememangnya kuasa itu berhantu.
Manusia jIKA mendapat kuasa selalunya ia akan lalai dan bangga.Ini yang kita tidak mahu TERJADI kepada mana-mana pemipin yang mewakili PR atau parti politik di dlam PR sekali pun. Kerana kuasa orang yang sepatutnya masih kekal sebagai MB tetapi di nafikan demi KUASA.Di rampas dengan cara kotor lagi di hina tetapi BN masih tersenyum sampai ke telinga.
Negeri PERAK sebenarnya sedikit untung kerana MB HARAM ini adalah bekas reformasi 1998.Jadi ini bermaksud yang menjadi MB pun pernah derhaka kepada UMNO.Tidak hairan la jika PM KE 6 ini adalah orang yang pernah derhaka dan ketika ini menentang UMNO.ADAKAH NAJIB PERNAH BERPALING TADAH DARI UMNO?jika jawapannya tidak,maka orang lain lah yang akan menjadi PM KE 6.
Semoga kejadian ini menjadi satu sejarah politik PERAK dan MALAYSIA.Kita boleh cerita kepada ank cucu kita nanti bahawa UMNO lah yang gila kuasa.Biar anak cucu kita tidak pernah lihat lambang UMNO,jika mereka ingin melihat lambang UMNO pergilah ke MUZIUM PURBA.


Sunday, February 22, 2009

PDRM SEMAKIN MAJU




imej from bagindareformasi.blogspot.com

Ini mungkin kereta polis yang terbaru,model MITSUBISHI EVO 10.Semoga dengan kereta baru ini pihak polis dapat menangkap penjenyah dengan cepat dan tuntas.Pada bulan MAC ini para perasuah akan berkumpul di KUALA LUMPUR.Untuk memilih siapa yang akan menjadi ketua perasuah,timbalan ketua perasuah dan exco perasuah.

PANASSSSSSSSSSSSSSSS....


Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas pihak berkuasa kastam menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students.""Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.Berita mengenai kejadian ini tidak dilaporkan oleh media massa arus perdana di negera ini.Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik."Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini. - Greenboc (link)dipetik http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/02/anak-pengerusi-sprm-ditangkap.html

Saturday, February 21, 2009

NAMA BARU (MACC)

Adalah dimashorkan kepada seluruh rakyat bahawa Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) kini dikenali sebagai “Malaysian Agency for Car and Cows” (MAAC ).Menurut Saudara Lim Kit Siang dalam blog beliau, nama ini diubah kerana badan rasuah ini kelihatan telah begitu cekap dan amat dinamik sekali dalam hal memintas lembu dan menangkap kereta.Lembu dan kereta telah di takrif oleh MACC sebagai penjenayah rasuah numero uno. Lembu-lembu dan kereta-kereta mengikut MACC sedang mengamalkan perangai rasuah yang tidak terhingga. Rasuah ini boleh memandulkan perkembangan ekonomi global.Justeru rakyat saentero negeri diberitahu jika ternampak lembu naik kereta atau kereta naik lembu sila laporkan dengan segera kepada lembaga lembu ini.(TT)

MENGAPA PERLU CALON YANG KALIS RASUAH?


Sebut sahaja mengenai calon aku fobia.Bukan fobia takut nak kempen tetapi takut nak melihat siapa calon.Pada PRU 12 pengalaman cukup bermakna mengenai calon.Berbagai tektaik di gunakan untuk menaikkan wakil sesetengah kumpulan untuk di calonkan.Sekarang tiba masa untuk menentukan calon PRK BUKIT SELAMBAU dan BUKIT GANTANG.Sikap pelobi-pelobi kadang-kadang sungguh memualkan dan nak termuntah.Ada yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat nak jadi calon tercapai,sehinggakan ada pula sanggup menipu.Ada pula yang sanggup menipu mengenai kelulusan MASTER,siap kerja macam-macam hingga mempunyai banyak sumber kewangan pencen.MENGAPA PERLU CALON KALIS RASUAH?ini kerana selepasPRU 12 sememangnya ada masalah yang timbul.Sejauh mana kebenaran kita tidak pasti tetapi kita perlu berhati-hati dalam isu ini.Kita perlu menjaga nama parti yang utama.Jika kita memilih calon yang mempunyai rekod yang tidak baik ia akan memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada parti dan juga kerajaan negeri .Calon yang mempunyai prinsip serta ketahanan dan telah diuji layak untuk menjadi calon.Ketika PRU 12 calon-calon yang di ketengahkan di KEDAH oleh PR TERUTAMANYA BANYAK YANG TURUN DARI GUNUNG.Bermaksud calon yang selama ini hanya melihat tetapi tidak bersama dalam perjuangan.Melihat dari gunung yang tinggi tanpa bersama-sama berusaha dan berjuang.Apabila calon-calon dari gunung ini telah menang, menimbulkan masalah.Calon yang mempunyai prinsip perjuangan selalunya tidak menimbulkan masalah,yang masalahnya calon yang datang dari gunung.Terdapat juga sesetengah pihak yang terlalu mengambil pendekatan kroni(cabel)untuk menaikkan seseorang calon khussunya di KEDAH.Golongan ini terdiri daripada golongan yang dahulu di dalam UMNO masuk PKR.Kebanyakkannya mereka ini berada di saluran satu dan dua ketika pilihanraya.Akhir sekali cabel makan tuan ini yang menarik,apabila berlaku masalah calon mereka buat hal, semua buat tak tahu dan cuci tangan dan buat-buat bodoh tak tahu.Kini calon untuk N25BUKIT SELAMBAU perlu di teliti ,faktor KALIS RASUAH cukup penting untuk memenangkan PR kali ini.Tidak kira calon INDIA atau MELAYU tetapi yang utama dan penting KALIS RASUAH dan jangan terlalu cabel(kroni).Rakyat melihat semua faktor untuk memilih pemimpin, pemimpin haruslah peka tentang masalah ini.Kita sebagai orang bawahan tetap akan melaksanakan tanggungjawab yang di amanahkan.LAWAN TETAP LAWAN.

Thursday, February 19, 2009

HARI-HARI YANG MEMENINGKAN NAJIB TELAH BERMULA

Bermulalah episod seorang MB 786 di gantung.Bukan di hukum gantung tetapi di gantung dari menghadiri SIDANG DUN NEGERI PERAK selama 18 bulan,manakala EXCO-EXCO perasan telah di gantung selama 12 bulan.Ini yang di namakan senjata makan tuan.Segala taktik dan penipuan BN di chekmate oleh speaker DUN PERAK dengan satu tindakkan sahaja.Sememangnya bodoh apabila hendak menggulingkan sesuatu kerajaan tak pastikan terlebih dahulu kuasa speaker DUN.Hukuman ini termaktub di dalam undang-undang DUN PERAK.Speaker menjalankan tugas mengikut undang-undang bukan cacamerba macam BN LAKUKAN.Malu lah jawabnya,hendak jalankan tugas nanti di baling kasut oleh rakyat PERAK.Kan susah,begitulah jika pakar strateginya adalah berasal dari PEKAN PAHANG.Dengar khabar pula ADUN BOTA dan JELAPANG MAHU MELETAKKAN JAWATAN.Fuhhhh caya la beb mintak-mintak la benar belako.Ada pula berita mengatakan ROMBONGAN UMNO akan mengadap RAJA MUDA untuk membubarkan DUN PERAK.Dahulu UMNO yang tak nak bubar DUN sekarang pergi merayu pulak.MB 786 pun di gantung dari sidang DUN,inikan nak bubar DUN pulak macam mana nie.Pening orang PERAK yang UMNO nie.Kes altantuya pula akan di putuskan sama ada SIRUL dan AZILAH bersalah atau tidak.Ini satu keadaan yang sungguh mendebarkan bagi ISTERI ROSMAH.Keadaan sekarang PAK LAH relaks saja,dari satu sumber bahawa buku lawatan PAKL LAH dan atur program untuk PAK LAH BERLANJUTAN HINGGA BULAN 8 2009.Ini sungguh menarik,siapa MB KE 6 jika bukan NAJIB?KHAIRY KE?atau orang senegeri dengan PAK LAH.Ini antara perkara yang merimaskan ISTERI ROSMAH untuk di lalui di dalam satu dua bulan akan datang.PRK BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU juga MERESAHKAN ISTERI ROSMAH.Ini semua akan menjadi kayu pengukur prestasi ISTERI ROSMAH untuk melayakkan menjadi PM KE 6 MALAYSIA.Sama-sama kita lihat apa akan jadi pada bulan 3 nanti.

Wednesday, February 18, 2009

ADAKAH AKAN ADA AKTIVITI KELUAR PARTI?

Di dalam kemeriahan kita berkempen,kita semua jangan lupa akan ada aktiviti keluar parti.Sejarah pilihanraya kecil di MALAYSIA akan ada individu atau kumpulan keluar parti.Selalunya AKTIVITI ini di lakukan di tengah-tengah kehangatan berkempen dengan tujuan mengendurkan semangat para petugas dan moral AHLI PARTI.Taktik-taktik sebegini pada masa sekarang sebenarny sudah basi kerana keluarlah seramai mana pun selalunya parti yang di tinggalkan akan menang.Banyak kejadian keluar parti beramai-ramai ketika PRK berlaku.Antara PRK yang saya ingat adanya aktiviti keluar parti iaitu PRK INDRA KAYANGAN tahun 2001.Aktiviti keluar parti,ahli PARTI KEADILAN NASIONAL(sekarang PARTI KEADILAN RAKYAT) masuk umno.Walaupun yang menyertai UMNO adalah seorang tetapi individu tersebuat mempunyai jawatan di dalam PKN PERLIS dan di amanahkan untuk mengepalai jentera PKN PERLIS ketika itu.Selepas itu pula PRK PERMATANG PAUH 2008.Menariknya ketika itu yang keluar parti bukan dari negeri PULAU PINANG tetapi dari KEDAH.Jumlah yang keluar PARTI PKR agak ramai dan melibatkan beberapa bahagian PKR di kedah.Di fahamkan orang yang mengepalai proses keluar parti ketika itu telah di pecat dari PKR sebelum pengistiharan tersebut.Pengistiharan keluar parti tersebut di lakukan di SUNGAI PETANI.Terbaru ketika PRK KUALA TERENGGANU melibatkan ahli pas keluar masuk UMNO.Kejadian keluar parti atau aktiviti katak selalunya terjadi ketika prk di mana-mana tempat,tambah pula jika prk tersebut melibatkan PARTI KEADILAN RAKYAT.Kini dua bukit akan di adakan prk.Tidak termasuk prk BUKIT LANJAN.Menjadi kebiasaan kerusi N 25 BUKIT SELAMBAU kemungkinan besar akan di tandingi PKR.Adakah akan ada aktiviti KELUAR PARTI?adakah yang keluar parti nanti adalah individu atau berkumpulan?adakah individu yang keluar parti ini adalah individu yang bertaraf ADUN?mahu pun EXCO?.Segala persoalan ini akan terjawab selepas penamaan calon pada 29 MAC 2009. Jika berlaku juga ia menjadikan satu catatan sejarah baru untuk arena politik tanah air.

PEMUDA MIC SELAR MUKHRIZ MAHATHIR

Kenyataan CALON KETUA PEMUDA UMNO MUKHRIZ MAHATHIR mengatakan kerusi DUN BUKIT SELAMBAU haruslah diberikan kepada UMNO.Kenyataan itu membuatkan KETUA PEMUDA MIC PULAU PINANG iaitu saudara SURESH kurang senang.Suresh berkata jika CALON UMNO yang di letakkan, maka hak orang india hilang dan kerusi itu tradisi milik MIC.Suresh mengadakan sidang media di GELUGOR PULAU PINANG sebentar tadi.Begitulah BARISAN NASIONAL yang mempunyai parti komponen yang berasakan KAUM.Maka perkara ini telah menimbulkan masalah.Berbeza sama sekali dengan PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum di MALAYSIA.Di dalam PKR ada orang MELAYU,CINA,INDIA,SIAM,KADAZAN,MURUT,BAJAU,MELANAU dan lain-lain lagi.Bermakna setiap calon yang di ketengahkan oleh PKR ia mewakili komposisi semua kaum dan tidak tertumpu kepada sesuatu kaum.Ini politik cara baru yang memerlukan tolak ansur dan persefahaman yang tinggi.Dalam BARISAN NASIONAL UMNO untuk melayu,MCA untuk orang cina dan MIC untuk orang india,kan masalah macam ini.Sememangnya rakyat perlu tolak cara politik acuan BARISAN NASIONAL yang ternyata gagal di dalam membentuk minda mesyarakat MALAYSIA supaya tidak perkauman

Monday, February 16, 2009

TERDESAK..

UMNO dan BARISAN NASIONAL terlalu terdesak dalam keadaan sekarang.Beberapa tindakka mereka mencerminkan mereka dalam keadaan tiada isu dan peluru untuk menembak PR.Sekarang timbul isu gambar bogel EXCO SELANGOR pulak.Sehinggakan hak privacy di gunakan.Selepas YB HALIMAH di fitnah di tangkap khalwat ini pula BABAK BOGEL telah bermula.Di internet belambak skandal2 anak menteri dan VVIP di dedahkan tiada pulak ada yang nak hebohkan.Carilah isu yang lebih matang untuk memusnahkan musuh sekali pun.Rakyat akan melihat betapa jijiknya UMNO dan BARISAN NASIONAL untuk mendapatkan kuasa.

Sunday, February 15, 2009

BLOGGERS DI TAHAN POLIS

Dua member Bloggers Network adalah diantara yang ditahan di Kuala Kangsar tadi kerana mengedar risalah.
Mereka ialah Alfa Berlian dan Bikir Perak. Seorang lagi wanita yang ditahan ialah Ketua Wanita PKR Bahagian Kuala Kangsar, Puan Rosmina Hamdan dan Meor Johari bin Meor Abu Bakar, Bekas Ketua AMK Bahagian Kuala Kangsar

Saturday, February 14, 2009

TEKANAN TERBARU PR

POLIS RAMPAS BUNTING,BACKDROP,TUTUP SUIS PEMBESAR SUARA DAN SURAI ORANG RAMAI SEMASA KEMPEN JOM SERTAI PAS DI ALOR STAR PETANG TADI.HARAKAH..

BN semakin cemas,hari ini selepas MPT PKR R SIVARASAH di halang memasuki SARAWAK.Dalam beberapa jam selepas itu PARTI PAS KEDAH pula menerima tekanan.Adakah ini antara tekanan sebelum NAJIB RAZAK menjadi PM?

BN SARAWAK CEMAS

Peguam Sivarasa ketika ini sedang tersangkut di Lapangan Terbang Kucing Serawak.Ahli Parlimen Subang dari Pakatan Rakyat ini telah di tahan dalam perjalanan beliau ke Kucing untuk urusan guaman.Pihak imigrisen telah TIDAK membenarkan Sivarasa masuk ke Serawak atas arahan kerjaan negeri. ( TT)

INI MENUNJUKKAN BARISAN NASIONAL SECARA KESELURUHAN TELAH CEMAS DAN GENTAR UNTUK MENGAHADAPI PAKATAN RAKYAT.LAWAN TETAP LAWAN

SIAPA YANG KEMARUK KUASA??

Siapa yang kemaruk kuasa?soalan ini wajar di tujukan kepada NAJIB RAZAK.Semakin hari semakin tamak untuk berkuasa.Ketika DSAI mengatakan pada 16 sept 2008 akan ada Peralihan kuasa kerajaan MALAYSIA,Selepas itu keluarlah suara-suara sumbang yang mengatakan sesiapa yang melompat parti pengkhianat amanah rakyat.Sekarang siapa yang masih berusaha untuk beli ADUN atau MP PR?jawapannya NAJIB RAZAK yang kemaruk nak berkuasa hingga melanggar perlembagaan.Ini jelas menunjukkan UMNO sendiri cakap tak serupa bikin.Hari ini di fahamkan usaha UMNO untuk memujuk ADUN PKR supaya menyertai BN di PERAK masih berjalan.Ketika DSAI mengatakan ada LIST MP yang akan menyertai PR,terus di bawa lari ke TAIWAN semua MP SABAH dan SERAWAK.DSAI menjemput MP BN dengan hanya berpegang kepada prinsip tanpa ada sogokkan seperti yang di lakukan oleh UMNO.

Pada bulan MAC 2009 NAJIB di janjikan peralihan kuasa akan berlaku.Adakah ini akan menjadi realiti?memandangkan NAJIB di palit dengan bermacam masalah dan kes.ADAKAH YANG DIPERTUA AGONG AKAN PERKENAN PERLANTIKAN NAJIB?kuasa melantik PERDANA MENTERI terletak di tang YANG DI PERTUAN AGONG bukan di tangan UMNO dan BARISAN REPUT.Biarpun PRK BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU di heret ke awal bulan APRIL tetapi bolehkan kita bayang kan.Jika PAK LAH meneruskan kerjaya SEBAGAI PM tanpa menyerahkan kepada NAJIB apakah keadaan jentera BN KETIKA PRK nanti??Semestinya kumpulan yang menyokong NAJIB AKAN KECEWA(FRUST MENONGGENG).KITA TUNGGU MUNGKIN PERKARA INI AKAN BERLAKU.

Friday, February 13, 2009

SAH...BUKAN NAJIB PM MALAYSIA YANG KE 6

Seperti yang telah dicanangkan ke seantero dunia, bulan Mac ini adalah bulan terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bergelar Presiden UMNO. Keputusan beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO adalah muktamad. Nama beliau tidak dicalonkan untuk jawatan tersebut. Ini bermakna Datuk Seri Najib telah memenangi jawatan itu tanpa bertanding.Ralibnya, (saya pinjam perkataan yang sering digunakan oleh sahabat saya, Allahyarham Pak Hussin Yaakob seorang pejuang kemerdekaan tanahair) seorang presiden UMNO adalah Perdana Menteri Malaysia. Jadi Datuk Seri Najib adalah bakal Perdana Menteri Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi.Petang tadi saya berbual dengan seorang kawan, seorang arkitek. Dia baru pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat firmanya. Selepas mesyuarat itu, dia berbual dengan seorang developer, yang juga seorang ahli politik. Developer itu memberitahunya, belum tentu Perdana Menteri selepas Abdullah bersara nanti adalah Datuk Seri Najib.Untuk tidak menampakkan kenaifannya tentang politik, dia mengiakan sahaja kata-kata developer itu. Tetapi dalam hatinya tertanya-tanya, bolehkah seorang Presiden UMNO itu tidak dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan UMNO adalah parti utama dalam Barisan Nasional.Petang tadi dia mengajukan persoalan itu kepada saya. Saya katakan kepadanya, saya pun tidak tahu mengenai perkara itu tetapi perlantikan Timbalan Perdana Menteri saya tahu, ianya tidak semesti dari Timbalan Presiden UMNO. Tun Hussein Onn semasa dilantik menjadi Perdana Menteri telah melantik Tun Dr. Mahathir sebagai timbalannya sedangkan Tun Dr. Mahathir bukan Timbalan Presiden UMNO.Developer itu memberitahu kawan saya, kuasa melantik Perdana Menteri adalah di bawah kuasa Yang DiPertuan Agung. Dengan keadaan Datuk Seri Najib yang dibelenggu bermacam-macam tuduhan yang belum dibersihkan, developer itu memberitahunya, tidak mungkin Yang DiPertuan Agung akan memperkenankan perlantikannya sebagai Perdana Menteri.Kalau bukan Datuk Najib yang dilantik, siapa yang akan jadi Perdana Menteri?, saya bertanya.Menurut kawan saya itu, developer itu memberitahunya Datuk Seri Abdullah akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga Yang DiPertuan Agung habis tempuh perkhidmatannya.Kalau begitu, Najib tak ada "chance" lah nak jadi PM, kerana masa itu dah sampai PRU ke 13. Perdana Menteri masa itu mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mungkin Tuan Guru Nik Aziz.Bagaimamapun perkara ini biarlah kawan saya Andy Young yang mengulasnya kerana beliau arif pasal undang-undang dan perlembagaan.

cis.....derhakalah kamu

Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu. Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut. Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah. Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu. Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja. Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah. Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan. Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)

BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG

SPR telah menetapkan hari penamaan calon bagi PRK BUKIT SELAMBAU dan BUKIT GANTANG pada bulan MAC.Proses pengundian pula pada bulan APRIL,ia sememangnya sudah di jangka.Kenapa hujung bulan MAC BARU PENAMAAN CALON?kerana UMNO akan bersidang untuk menentukan hala tuju parti REPUT samaada terjun ke dalam sungai atau dalam loji pembentongan.Sememangnya SPR akan lebih kepada UMNO untuk memastikan BN cemerlang ketika PRK.Kenapa hujung bulan MAC BARU PENAMAAN CALON?kerana pada pertengahan MAC 2009 berlaku peralihan kuasa PAK LAH KEPADA NAJIB(MAT MONGGOL).ADAKAH NAJIB BERJAYA JADI PM??tunggu je la.Ini semua menjadikan PRK di tarik ke hujung untuk memastikan UMNO succes DI DALAM AGENDA PENTING MEREKA.Cuba kita bayangkan jika PRK di lakukan sebelum perhiumpunan UMNO?MESTI CELARU PUNYA JENTERA UMNO.Ada yang nak kempen diri sendiri ada yang nak kempen untuk PARTI.Jadi semangat pemimpin UMNO lebih kepada kempen diri sendiri ini yang menyebabkan PRK DI ADAKAN SETELAH SELESAI SEMUA AGENDA UMNO.Bijak bijak.............

SAIFUL BUKHARI TENAT,AKIBAT SUMPAH


Akhirnya beliau kini dipercayai semakin tenat dan menderita akibat penyakit misterinya. Apakah gara-gara “sumpah laknat” akibat mengaku diliwat oleg Anwar itu agaknya?. Sebelum ini kami pernah mendedahkan beliau berubat ke serata ceruk kampung untuk memulihkan penyakitnya.
Hinggalah beliau terpaksa bertemu dengan seorang Tabib di Sungai Petani Kedah dan diarahkan oleh tabib terbabit agar Saiful memohon maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim atas keterlanjurannya itu. Jika beliau akan menderita hingga ke hari tua. Wang berjuta yang diperolehi hasil habuan jadi “pelakon tambahan” itu akhirnya tiada bernilai lagi di dunia ini. Saiful bakal kehilangan segal-galanya nanti.
Pengakuannya di TV baru-baru ini yang beliau tidak sakit adalah “lakonan semata-mata”. Mungkin ketika itu “sakitnya agak reda” sedikit dan beliau boleh berjalan seperti biasa. Maklumlah, setelah berpuluh-puluh tabib dan bomoh mengubatinya, maka mungkin ketika itu beliau boleh bangun dan bergerak untuk seketika dan muncul bertemu media kononnya beliau sihat. Jika benar beliau sihat, kenapa harus “menghilangkan diri” serta takut berada di khalayak ramai. Sudah pasti orang akan bersimpati kepadanya.
Namun kini, Saiful sebenarnya “malu pada diri sendiri”, takut untuk keluar, takut untuk muncul di mana-mana serta takut pada “bayang-bayang sendiri”. Apakah ini caranya orang yang menjadi “mangsa”, sebaliknya Anwar yang dituduh itu pula lebih ceria, berani, serta nampak yakin dengan pertuduhan yang dibuat terhadapnya. Maka itu, sekarang fahamlah kita “siapa yang fitnah siapa sebenarnya” dalam kes liwat ini.
Dan semalam, kami menerima panggilan dari “kaum kerabat Saiful Bukhari” sendiri yang mengesahkan bahawa beliau sebenarnya memang sedang menderita sakit misteri pada “Anu”nya. Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya.
Jika benar bagai dikata, maka ternyatalah kini Saiful juga mungkin telah terkena tempias “sumpah laknatnya” itu. Bahkan tindakan JAKIM memecat Imam Ramlang Porigi yang menjadi saksi sumpah laknat itu juga bakal mengundang padah yang lebih besar kepada Saiful. Dia bukan sahaja akan dimakan sumpah, malah turut dihina dan dicaci sepanjang zaman.
Masalahnya disini, Saiful tidak dibenarkan berubat di mana-mana hospital sekalipun. Ini kerana mereka semua takut dengan apa yang berlaku seperti di Pusrawi dulu berulang kembali. Akhirnya kini saiful dibiarkan “terkapar-kapar dalam kelemasan”. Mungkinkah beliau juga akan “hilang” terus dari muka bumi ini tanpa sebarang berita?.
Tambahan pula kesnya ini dipercayai melibatkan orang-orang penting dalam negara kita. Tekanan buat Saiful kini, menderita dan terus menderita atau cari jalan keluar dan buat pengakuan secara terbuka yang beliau dipaksa untuk melaksanakan perancangan terkutuk ini !![Kami amat yakin ada pihak-pihak tertentu sekali lagi akan mengarahkann Saiful untuk membuat pengakuan yang beliau “sihat walafiat” dalam masa terdekat ini. Soalnya disini, yang sakit itu adalah “anunya”. Maka apakah beliau berani menunjukkan anunya pula untuk membuktikan beliau tidak sakit. Setakat muncul sekejap di sidang, kemudia balik rumah kembali menderita semua orang boleh lakunnya.
Maka itu, kami sekali lagi menasihatkan Saiful agar memberanikan diri untuk memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keterlanjuran beliau selama ini. Apakah beliau sanggup terus hidup menderita pada usia yang semuda itu? Wang berjuta kini sudah tidak bernilai lagi bila Allah menarik balik kesihatan yang ada dalam diri kita. Beringatlah sebelum terkena!.
http://pahangdaily.blogspot.com/2009/02/eksklusif-gara-gara-sumpah-laknat.html

Thursday, February 12, 2009

ANTARA DUA BUKIT

Di antara dua bukit,bukit manakah yang menjadi pilihan NAJIB RAZAK untuk bertapa.Melihat kepada senario politik sekarang adalah lebih sesuai NAJIB bertapa di BUKIT GANTANG.BUKIT GANTANG memperlihatkan PRK PARLIMEN berbeza BUKIT SELAMBAU menjurus kepada pemilihan atau PRK DUN dalam negeri KEDAH.Peluang yang di nanti-nantikan oleh RAKYAT PERAK telah tersedia hanya menunggu tiupan wisel untuk memulakan pertarungan atau perjuangan untuk mengembalikan demokrasi yang telah di rogol.Kita tunggu bukit mana yang menjadi pilihan untuk betapa.

Tuesday, February 10, 2009

PARLIMEN BUKIT GANTANG DAN ADUN CHANGKAT JERING

Berita kematian MP BUKIT GANTANG iaitu ROSLAN SHAHARUM membuatkan aku terkenang kembali ketika menjejakkan kaki ke DUN CHANGKAT JERING.Di dalam ke meriahan berkempen pada PRU 12 seorang sahabat telah menelefon mengajak aku ke CHANGKAT JERING untuk berceramah.Pelik juga kenapa aku di ajak ke CHANGKAT JERING sedangkan aku di KEDAH sedang berkempen di DUN KULIM.Akhirnya aku bersama abang aku dan seorang lagi kawan pergi juga ke CHANGKAT JERING.Kami bertolak maghrib dan sampai di kawsan CHANGKAT JERING sekitar jam 9 malam,ketika itu kawan aku menghubungi seorang hamba allah yang terkenal sekarang dan menjadi bahan maki penyokong pakatan rakyat.Kami menunggu calon DUN CHANGKAT JERING untuk di bawa ke tempat ceramah.Aku tidak ingat nama kampung yang di bawa. Kami di bawa ke BILIK GERAKKAN utama PKR DUN CHANGKAT JERING oleh calon tersebut.Sempat juga aku menunaikan hajat yang telah lama aku tahan dari TOL JURU.Calon DUN CHANGKAT JERING menaiki sebuah jip berwarna silver dan hijau jika tak silap.Jika di nilai dari segi LUARAN sememangnya CALON CHANKAT JERING itu layak sebagai calon.Muka calon DUN CHANGKAT JERING sama seperti sekarang berkacamata,rambut pun dah beruban tapi kemas.

Tiba di tempat ceramah kami di beritahu CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG pun akan turut serta berceramah.Kampung yang kami masuk itu adalah kampung yang menjadi kubu kuat UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.Hadirin yang datang boleh di bilang dengan jari kaki,boleh dikatakan tak ada orang.Suasana sunyi kampung itu di pecahkan dengan lagu PARTI KEADILAN RAKYAT di mainkan.Ketika dalam perjalanan sebelum sampai tempat ceramah aku melihat banyak rumah yang ada di dalam kampung itu meletakkan bendera DACING atau BENDERA UMNO, itu menandakan kawasan gelap macam ZAMBRY MAMAK BENDAHARA.Kami berceramah tanpa hadirin kerana hampir tiada orang jika ada pun 20 orang tak sampai,mugkin yang lain hanya dengar dari dalam rumah.Kami tetap berceramah dan juga CALON DUN CHANGKAT JERING juga berceramah.

Selepas itu CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG pun tiba dan beliau turut berceramah.Jika di lihat dari segi kehadiran ceramah pada malam itu kami dapat rasakan susah untuk menang di kawasan itu.Kuasa tuhan adalah segala-galanya maka DUN CHANGKAT JERING dan PARLIMEN BUKIT GANTANG di menangi oleh calon pembangkang.Istimewanya adalah CALON DUN CHANGKAT JERING adalah KAPT (B)OSMAN JAILU dan CALON PERLIMEN BUKIT GANTANG adalah ROSLAN SHAHARUM.Masalah yang berlaku di PERAK ini ia menjadi dekat dengan hati kerana aku dan kawan-kawan terlibat di dalam kempen untuk memenangkan PKR dan PAS ketika itu.Walaupun kami hanya terlibat hanya satu malam tetapi tempat yang kami turun berceramah PETI UNDI di situ menang walaupun ceramah pada malam itu hampir tiada sambutan.Dalam keadaan sekarang ADUN yang meninggalkan PR adalah ADUN CHANGKAT JERING dan MP BUKIT GANTANG JUGA MENINGGAL DUNIA KELMARIN. Berceramah bersama ADUN CHANGKAT JERING dan MP BUKIT GANTANG hanya tinggal kenangan untuk di ceritakan kepada anak cucu aku akan datang.Kini semua itu sudah berlalu.

Monday, February 9, 2009

HIMPUNAN MENJUNJUNG KASIH

Ramainyeeeeeeeeeeeeeeee...hampir-hampir 2 juta setengah orang

MP BUKIT GANTANG MENINGGAL DUNIA

MP BUKIT GANTANG ROSLAN SHAHAROM MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN SAKIT JANTUNG.AL FTIHAH

EXCO BARU NEGERI PERAK


KE MANA LETAKNYA JAMALUDIN RADZI DAN OSMAN JAILU?INILAH BARISAN EXCO YANG AKAN MENGANGKAT SUMPAH ESOK HARI..

FUHHH........PRK LAGI

ADUN BUKIT SELAMBAU yang juga EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH telah meletakkan jawatan sebagai WAKIL RAKYAT kawasan DUN BUKIT SELAMBAU di dalam PARLIMEN MERBOK.Perletakkan jawatan tersebut berlaku susulan ugutan yang di terima beliau dari musuh politik(umno) ke atas diri beliau dan juga keluarganya.ARUMUGAM A/L VENTARAGO telah memenangi pilihanraya pada 8 MAC 2008 MENGALAHKAN CALON BARISAN NASIONAL.Pada awalnya ARUMUGAM bertanding atas tiket calon bebas tetapi berlaku masalah teknikal menyebabkan calon PKR hilang kelayakkan untuk bertanding menyebabkan DSAI terpaksa pergi berjumpa ARUMUGAM di BUKIT SELAMBAU untuk memberitahu bahawa RAKYAT BUKIT SELAMBAU PERLU MENYOKONG ARUMUGAM demi menjatuhkan dan menumpaskan BARISAN NASIONAL,dengan itu ARUMUGAM menang dan ia di lantik sebagai EXCO KERAJAAN KEDAH,dalam pada waktu yang sama juga ARUMUGAM telah menyertai PKR.Sekarang kerusi DUN BUKIT SELAMBAU kosong maka akan berlaku PRK dalam masa 60 hari.EPISOD PENING NAJIB YANG TERBARU..SILAP MATA SIAPAKAN INI..

Sunday, February 8, 2009

TEORI PELIK,TAPI.............OK JUGAK

dihantar melalui email oleh xxxSultan ada kata pada Nizar, Allah bersama orang yang sabar....Nizar ada kata, pertolongan Allah semakin hampir....Dari sudut positif, dan pada pendapat teman.......Sultan dipaksa buat keputusan ini......pada masa yang sama, Sultanbenarkan Nizar tidak letak jawatan, kerana Sultan hendak Nizar cabarkeputusan ini di Mahkamah, kerana itu adalah satu2nya cara yangterbaik....Kenapa selepas Sultan jumpa Nizar bagitau yang baginda tak perkenanbubar dewan, Nizar bagitau kat wartawan cakap Alhamdulillah, positif.Kenapa selepas Nizar mohon untuk derhaka, tiada sebarang kenyataanbalas dari Istana?? Sultan boleh jer arahkan Nizar ditangkap ataubuang negeri...boleh jer Sultan arahkan Nizar kosongkan kediamanMB....Mungkin sampai harinya, kebenaran akan terserlah....dan pada masa tubarulah kita tahu kebijakan Sultan buat keputusan ini....walaupunbaginda dipaksa, baginda tahu yang keputusan ini boleh dicabar diMahkamah dan sebagai seorang yang amat arif tentang undang2, bagindatahu yang keputusan ini akhirnya akan berpihak pada NIzar...Perasan tak....Anuar buat press conference semalam...takder punperkataannya kecam keputusan Sultan...dia hanya bagitau yang tindakanBN ni "Biadap".....biadap pada saper??? fikirkanlah.....mungkin diapun telah diberi penjelasan oleh NIzar apa yang terjadi dan apa yangperlu dibuat....Ini hanya pendapat teman....dan buat masa ni, walau pun temanbanyakmerapu sebelum ni, pendapat ni la yang teman akanpegang.....Sultan buat begitu tentu ada sebabnya, kita perlu bersabar,pertolongan Allah semakin hampir.....

Saturday, February 7, 2009

SAY NO TO ZAMBRY


KEBERANIAN NIZAR DI PUJI..

Keberanian MB PERAK yang sah DATO SERI NIZAR JAMALUDIN harus di puji kerana belaiu berpegang kepada prinsip dan perlembagaan tubuh negeri PERAK,dalam keadaan sekarang NIZAR masih menjadi MB PERAK yang sah di sisi undang-undang tubuh negeri PERAK.Walaupun BN telah melantik MB PERAK yang baru iaitu ZAMBRI ABD KADIR ia tidak sedikit pun menjejaskan nizar dalam pada itu juga segala kerja dan urusan NEGERI PERAK tetap di teruskan seperti biasa,contohnya kelmarin NIZAR tetap pergi ke pejabat beliau.Hari ini mesyuarat EXCO KERAJAAN PERAK YANG SAH telah memutuskan beberapa perkara yang membabitkan KERAJAAN PERAK itu sendiri.Saya memuji sikap NIZAR kerana tidak berganjak dan juga mendapat sokongan daripada pemimpin PR supaya tidak melepaskan jawatan MB PERAK.Betapa kebuloqnya UMNO untuk menjadi MB PERAK walaupun terpaksa berselindung di sebalik institusi SULTAN PERAK,UMNO telah mengheret PIHAK ISTANA untuk melaksanakan agenda NAJIB yang tak sabar untuk menjadi PERDANA MENTERI.Adakah SULTAN MIRZAN AKAN MENERIMA NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI?samalah kita tunggu masanya akan tiba.

REFORMASI KE 2

Reformasi Kedua di Kuala Kangsar
Petikan Telaah Politik Sat Feb 07, 09 6:16:25 am MYT
Setelah lebih sepuluh tahun reformasi berkaitan pemecatan Anwar Ibrahim, kali ini berlaku peristiwa seumpamanya berkaitan pemecatan tidak sah Nizar Jamaluddin.
Iklan





Jika gelombang reformasi tahun 1998 berlaku di Kuala Lumpur kemudian merebak ke seluruh negara, reformasi kali ini berlaku di Kuala Kangsar dan bakal merebak ke seluruh Perak, malah mungkin ke seluruh negara. Sekiranya reformasi sebelum ini kerana tidak puas hati dengan Dr Mahathir Mohamad, reformasi kali ini disebabkan tidak puas hati dengan Sultan Perak dan pimpinan Umno. Yang sama, kedua-dua reformasi itu tercetus disebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak terhadap ketidakadilan.
Dalam reformasi tahun 1998, Dr Mahathir yang mengukir nama baiknya hampir 18 tahun sekali tersalah tindakannya, nama beliau menjadi busuk dan dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.
Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.
Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.
Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.
Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.
Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.
Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.
Perkataan-perkataan yang dilempar kepada Dr Mahathir, kini dilemparkan pula kepada Sultan Azlan. Sambutan 25 tahun baginda di atas takhta telah dicemari dengan kemarahan rakyat. Sepanjang 25 tahun baginda dihormati, kali ini rakyat tidak lagi menghormati baginda malah dicaci nista oleh mereka.
Dalam artikel kami yang lalu, kami telah menyatakan kalau Sultan Perak memilih untuk untuk menerima pandangan BN, maka sejarah hitam akan terpalit dalam 25 tahun pemerintahan baginda. Rakyat sekarang bukan lagi rakyat yang tidak bijak. Mereka telah mendapat ilmu setaraf dengan baginda, malah mungkin lebih.
Rakyat hari ini telah menolak propaganda media sebagaimana yang dilakukan dalam pilihan raya umum dan dua pilihanraya kecil yang lalu. Mereka telah mendapat berita dari pelbagai sumber.
Minda politik mereka telah beranjak kepada minda politik kelas pertama seperti di negara maju. Golongan yang sebaya dengan Baginda Sultan Perak ramai yang telah kembali menemui Allah, justeru rakyat baginda sekarang benar-benar telah berubah.
Peringatan yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, supaya Sultan Perak meneliti keputusan baginda supaya selaras dengan kehendak rakyat seharusnya diberi perhatian. Sekiranya tidak peristiwa yang berlaku hari ini adalah natijahnya. Lebih daripada itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Mursyidul Am PAS, kemungkinan sistem beraja di negara ini akan turut menjadi sejarah sebagaimana yang telah berlaku di negara-negara lain.
Tindakan baginda dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk di kalangan vateran Umno sendiri seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Demikian juga dengan SUHAKAM, turut mempertikaikan pembentukan kerajaan BN yang tidak sah ini.
Reformasi kali kedua ini mewarisi semangat reformasi kali pertama. Rakyat bangun menyatakan bantahan atas ketidakadilan. Kali ini mereka tidak mempedulikan siapa, kerana jelas kemarahan mereka ditujukan kepada Sultan Perak selain daripada pimpinan Umno.
Biarpun media massa memainkan peranan untuk mengelirukan rakyat bahawa Nizar dan penentang keputusan Sultan ini sebagai derhaka, hari ini telah diterima umum derhaka kepada kezaliman itu sesuatu yang mulia.
Zaman feudalisme dunia dan negara ini telah lama berlalu. Sekiranya Hang Tuah dan Hang Jebat menjadi calon Menteri Besar Perak sekarang, rakyat hari ini akan memilih Hang Jebat.
Sebagaimana propaganda media memburuk Anwar dan mewajarkan tindakan Dr Mahathir semasa reformasi 1998 tidak ditelan oleh rakyat, maka dipercayai propaganda media pada kali ini juga tidak akan berkesan.
Betapa lagi kalau Pakatan Rakyat bertindak bijak sepertimana tindakan mereka tahun 1998 yang lalu. Kalaupun kerajaan haram BN tidak tumbang, nama pemimpin mereka termasuklah nama Istana Perak akan terus buruk di mata rakyat.
Hari ini bukan sekadar zaman feudal telah berlalu, tetapi zaman politik perkauman juga hampir tamat. Faktor ini akan menjadikan reformasi kali kedua ini mungkin lebih berjaya. Cuma mungkin bahangnya hanya dirasai di Perak tidak di negeri yang lain. - telaahpolitik.blogspot.com_

KENYATAAN KU LI

KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri. Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa. “Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba. “Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil. Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan”. “Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah. “Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan. ”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.

TAK HILANG CUMA BERCUTI.......

Sewaktu desas-desus BN cuba menumbangkan Kedah selepas kejayaan di Perak, seorang exco kerajaan negeri V Arumugam dikatakan "tidak hilang, sebaliknya sedang bercuti".
"Beliau bercuti lima hari. Kalau tidak salah saya, bermula Khamis, semalamlah," kata Dr Hamdan Mohamed Khalib. Exco sukan dan kesenian itu bagaimanapun menafikan rakannya di majlis mesyuarat negeri itu mengambil cuti sakit seumpama dua bekas exco Perak, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu sebelum memutuskan keluar PKR dan menyokong BN.
Ditanya lokasi percutian exco perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Kedah itu bercuti, Dr Hamdan bekata beliau difahamkan tempatnya di dalam negara. Wakil rakyat PAS itu diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina hari ini yang mendakwa Arumugam (foto) tidak boleh dihubungi – dan keadaan membuka ruang spekulasi kemungkinan wakil rakyat PKR Bukit Selambau akan melompat parti.
Laporan itu menyemarakkan lagi cakap-cakap bahawa Arumugam akan meninggalkan PKR bagi melengkap projek merampas kuasa di negeri itu seperti yang dilakukan BN di Perak minggu ini.
Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Hamdan berkata kerajaan Kedah masih dapat menghubungi Arumugam setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Dawai itu berkata, cubaan membeli Adun-adun Pakatan di negeri itu bermula sejak awal apabila gabungan PAS-PKR-DAP itu menumbangkan BN dalam pilihanraya umum lalu. Bagaimanapun, tambah beliau, usaha itu "tidak pernah berjaya sampai sekarang".
Dr Hamdan turut menafikan terdapat usaha mengurung Adun mereka sama ada daripada PKR atau DAP bagi mengelakkan mereka melompat kepada BN. Usaha Malaysiakini menghubungi Arumugam setakat ini tidak berjaya.
Sementara itu, ahli parlimen PKR Padang Serai, N Gobalakrishnan juga menafikan kehilangan Adun Bukit Selambau. "Semalam saya ada cakap dengan dia. Dia orang yang ada prinsip dan tahu bahawa PKR dan Pakatan mempunyai prinsip," katanya, juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR. Sehubungan itu, beliau percaya Arumugam akan terus bersama Pakatan dan tidak akan melompat ke parti lawan. Ditanya sama ada kegagalan Arumugam hadir dalam perasmian daerah baru Pokok Sena semalam merupakan tanda beliau akan melompat parti, Gobalakrishnan menjawab ringkas: "Saya pun tidak datang."
Isnin lalu, Arumugam melaporkan kepada polis dengan dakwaan ada tawaran wang dan ugutan agar meninggalkan PKR, termasuk terhadapnya, keluarga dan pegawainya. Semalam, di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, Pakatan Rakyat di Kedah mengadakan satu mesyuarat tergempar membincangkan perkembangan di negeri jirannya itu. Gabungan tersebut diura-urakan mengawal ketat beberapa Adun yang dianggap "berisiko tinggi" untuk melompat parti.
Malaysiakini difahamkan wakil-wakil rakyat yang dispekulasikan itu – Tan Wei Xu (Bakar Arang), Mohd Radzhi Salleh (Lunas) dan Lim See Nee (Kulim) – kini diletakkan dalam pengawasan rapi kepemimpinan Kedah dan Pakatan

WEB DYMM SULTAN PERAK DI TUTUP

WEB DYMM SULTAN PERAK DI TUTUP HARI INI,SATU LAGI SEJARAH AKAN BERLAKU DI DALM NEGARA MALAYSIA DAN NEGERI PERAK APABILA SULTAN PERAK DI BAWA KE MAHKAMAH,IA DI AKUI OLEH KARPAL SIGH MALAM TADI.PAKATAN RAKYAT PULA AKAN MENCABAR PENUBUHAN KERAJAAN BARU PERAK DI BAWAH DR ZAMBRI JELAGA ABD KADIR.DARI SEKARANG SUASANA POLITIK DI PERAK AKAN BERUBAH DAN SENTIASA DI DLAM KEADAAN TERUMBANG AMBING..TUNGGU APA AKAN JADI KEPADA DUA ORANG ADUN BEBAS YANG DI HADAPAK KE MAHKAMAH ATAS KES RASUAH DAN SOGOKKAN SEKS..TUNGGGUUUUUUUUUUUUUUUUU.

Friday, February 6, 2009

Selama ini patik amat menyanjung tinggi institusi beraja. Tetapi hari ini patik amat kecewa. sebagai melayu yang tok nenek patik seorang pejuang, maaf, sampai bila-bila patik tak akan percaya pada manusia yang bergelar raja dan sultan yang diamanahkan menjadi ketua yang adil.Kami rakyat jelata tak seistimewa golongan raja, ibarat mentimun, digolek durian luka, tergolek atas durian pun luka. Cuma diakhirat besok kami mengharapkan pengadilan yang seadil-adilnya.Buat pertama kali hari ini , airmata patik membasahi bumi tanpa patik sedari, di manakah lagi tempat kami rakyat marhaen mengadu nasib di bumi melayu ini. Thursday, February 5th 2009 - 07:27:54 AM

sumber:marhaen


INI ANTARA KOMEN YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU PELAWAT DYMM SULTAN PERAK..

MB BARU PERAK


MB BARU PERAK,SELESAI MENGANGKAT SUMPAH JAM 4 PETANG SEBENTAR TADI...BERJANGGUT,MULUT BERJELAGA,RAMBUT TAK BANYAK DAH,KETURUNAN MAMAK,ADUN PANGKOR...ACARA MEMBALAS DENDAM AKAN BERMULA..

MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR

SELEPAS SOLAT JUMAAT RAKYAT MEMBUAT DEMONTRASI DI HADPAN MASJID DAN MENGAHALANG KEMASUKKAN DEF2 TERHORMAT KE ISTANA KUALA KANGSAR..FRU SEPERTI BIASA MELEPASKAN GAS PEMEDIH MATA,KIRA2 6000 ORANG MENYERTAI PERHIMPUNANA TERSEBUT.HADIAH UNTUK RAKYAT PERAK PENCABULAN HAK DAN GAS PEMEDIH MATA...BOLEH SABAR LAGI KA??????????

SALINAN SURAT MB PERAK KEPADA SULTAN AZLAN SHAH

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-LahPaduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin JamaluddinMenteri Besar Perak Darul Ridzuan

Thursday, February 5, 2009

GAME OVER.....MACAM MANA DENGAN KERAJAAN KEDAH???

Berakhir sudah satu episod yang bersejarah telah tercatat di dalam dunia politik MALAYSIA hari ini.Tumbangnya kerajaan pakatan rakyat PERAK dengan cara yang cukup menyayatkan hati.Walaupun tiada kematian ataupun pertumpahan darah tetapi ia menjadi satu suasana yang tidak akn tenteram di negeri-negeri yang tidak mempunyai majoriti 2/3,termasuk KEDAH dan SELANGOR.Sehingga kini telah kedengaran hingga ke WEB MALAYSIAKINI bahawa kerajaan KEDAH PANIK dengan keadaan yang berlaku di PERAK.Pastinya kecewa rakyat PERAK yang memangkah PR ketika 8 MAC,hak mereka dirampas sebegini rupa sungguh tidak beradap. Boleh di anggap BN ini PENAKUT!Ketika 16 sept di hebahkan PR akan mengambil MALAYSIA,maka bunyi suara2 UMNO mengatakan lompat melompat ini tidak baik dan sesiapa yang melompat adalah pengkhianat amanah rakyat sama juga orang menerima mereka yang lompat,SEKARANG SIAPA YANG PENGKHIANAT AMANAH RAKYAT?BN ini sememangnya tidak cakap tak serupa bikin.Keadaan di kedah masih suspend di harap tiada ADUN atau EXCO pula akan hilang,kita tak boleh mengurung atau menyekat kebebasan mereka untuk ke mana-mana mereka ingin pergi tetapi KERAJAAN KEDAH PERLU PANTAU dan apabila sudah nampak anasir UMNO atau BN telah masuk dan menggoncangkan BATU 9 atau WISMA DARUL AMAN maka cepat-cepat lah pergi ke ISTANA ANAK BUKIT.Satu sumber yang di ketahui kerajaan kedah akan bertahan hingga 15 FEB 2009 sahaja,HARAP PERKARA INI TIDAK BETUL.Ini satu ujian sebelum KITA MENDAPAT PUTRAJAYA.LAWAN TETAP LAWAN

MASA UNTUK BUKTIKAN KITA INI PEJUANG..

Hari ini 5 hb FEB 2009 akan tercatat sejarah di dalam hidup saya yang lahir pada tahun 1984 menhadapi suatu keadaan politik yang tidak menentu,pertama kali dalam hidup sebuah KERAJAAN NEGERI akan bertukar tangan tanpa di adakan pilihanraya.Seingat saya pada 1998 ketika itu saya tingkatan 2 melihat suasana politik kurang tenteram juga cuma ia berbeza dengan hari ini.Ketika 1998 hanya berkisar mengenai pemecatan DSAI dari kerajaan dan UMNO ia tidak melibatkan acara lompat melompat seperti sekarang.Bertuah rasanya dapat merasai keadaan yang tidak menentu walaupun saya bukan berada di negeri PERAK tetapi ia juga memberi kesan kepada seluruh penyokong PR mahupun ahli PARTI POLITIK di dalam PAKATAN RAKYAT.

Menunggu siang hari 5 hb FEB 2009 di rasakan cukup lama.ia akan mencatat satu sejarah baru di dalam lanskap politik MALAYSIA memperlihatkan TPM MALAYSIA ketika ini KALUT untuk merampas PERAK,berjaya atau tidak ia terletak di tangan TUANKU SULTAN PERAK untuk menentukan adakan di istiharkan BN kerajaan baru ataupun SULTAN PERAK membuat keputusan untuk membubarkan DUN PERAK.Semua ini akan terjawab siang hari nanti cuma kita sebagai penyokong,simpatisen,aktivis reformasi dan ahli2 PR supaya terus berdoa agar kuasa di tentukan oleh rakyat melalui PILIHANRAYA umum negeri PERAK.

Di sini terselit banyak pengajaran untuk PR,terutamanya MENGENAI PEMILIHAN CALON,PENGAGIHAN JAWATAN.dan juga hubungan sesama PARTI PR agar saling bertolak ansur dan hormat menghormati sesama ADUN.Kita juga tidak mengetahui apa yang ada di dalam hati ADUN-ADUN yang keluar dari PR,mungkin sedikit menyesal atau terpaksa berbuat demikian, tidak pun ketika ini mereka telah tidur menanti untuk di lantik sebagai EXCO KERAJAAN BN di PERAK.Pada ketika kita menunggu keputusan dari SULTAN PERAK jangan pula kita menyalahkan mana-mana pihak apabila ini berlaku,JIKA NAK SALAHKAN MAT MONGGOL itu saya setuju tetapi menyalahkan pemimpin MANA-MANA parti di dalam PR itu adalah bagi saya tidak wajar,masa sekarang kita cek balik kesilapan dan kealpaan kita di dalam menguruskan PR,ia perlu di ambil iktibar oleh negeri PR lain seperti KEDAH,SELANGOR,PULAU PINANG dan KELANTAN.

Menyentuh mengenai NEGERI KEDAH yang berotensi mengikut jejak langkah PERAK,dalam hal ini PR KEDAH KHUSUSNYA perlu peka dan mengesan perkara-perkara yang dapat meruntuhkan PR KEDAH SEGERA MENGATASINYA.Perkara yang sebegini perlu di ambil berat oleh MB KEDAH.Sudah ada kedengaran dan desas desus mengatakan akan ada ADUN lompat di kedah tak tahu dalam acara apa mungkin lompat bergalah.Sindrom ADUN gagal di kesan harus di elakkan kerana BN cukup mahir dalam ilmu hilang menghilangkan ini tidak mahu menular di KEDAH,mungkin sudah kedengaran di harap ia tidak berlaku,ketika ini lah hendak membuktikan kita berjuang untuk kebebasan dan pembaharuan atau kerana duit ringgit.Walaupun ada di kalangan ADUN PR di kedah mempunyai HUTANG,hutang ini berlaku ketika ADUN ini tidak menajadi WAKIL RAKYAT lagi tetapi perkara sebegini akan menggangu kerana BN khususnya UMNO akan tawar menawar dengan sejumlah wang yang banyak, sedikit sebanyak akan mengugat kesetian seseorang ADUN,ini masanya jika ADUN itu sebagai pejuang rakyat atau pun tidak.SEMOGA KEDAH KEKAL UTUH DI BAWAH PR,jika kelihatan kurang utuh dan bergoyang bubar sahaja DUN KEDAH kita berentap semula untuk mendapat mandat dari rakyat,mungkin para-para AHLI MAJLIS TIDAK SUKA KERANA TAKUT HILANG JAWATAN.SIAPA TAHU MUNGKIN MINGGU INI HARI TERANHIR SEBAGAI AHLI MAJLIS.SEMOGA KEPUTUSAN SULTAN PERAK MEMBERI KELEBIHAN KEPADA PR..LAWAN TETAP LAWAN.

HIMPUNAN SELAMATKAN KERAJAAN PR PERAK

Sebaran Media5 Februari 2009
Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini (5 Feb)
Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.
Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:
“Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan.”
Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan

Wednesday, February 4, 2009

DUN PERAK BUBAR HARI INI?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut. Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda. Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas buat masa sekarang.Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN. Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi

SAMBAR HELANG

LEBIH 10 tahun dulu, kem Pemuda UMNO dibom pada jam 2 pagi. Anak-anak muda yang sedang tidur ketika itu dibawa masuk ke dalam beberapa buah lori sebelum dicampakkan di beberapa lokasi -- termasuklah di kebun kelapa sawit -- di sekitar kem di Ulu Kenas, Perak itu. Ada yang memakai seluar tanpa baju. Ada juga yang berkain pelikat dan t-shirt saja. Pendek kata, semuanya sehelai sepinggang. Tanpa wang. Tanpa apa-apa bekalan.Dalam gelap malam itu, mereka diarahkan untuk menyelamatkan seorang ketua yang disembunyikan di Kuala Kangsar, Bandar Diraja. Mereka terpaksa berjalan kaki merentasi kebun dan kampung. Apabila haus, mereka singgah dan meminta segelas air dari orang kampung. Perjalanan dari Ulu Kenas ke Kuala Kangsar penuh dengan ranjau dan duri.Beberapa orang terpaksa terjun ke sungai yang mengalir deras apabila diserbu musuh. Basah dan bercalar badan. Sekitar Asar, barulah kesemua berjaya menyelamatkan ketua mereka. Di tengah-tengah hujan, mereka bersama-sama ketua tersebut berjalan kaki dari Kuala Kangsar pulang ke kem di Ulu Kenas.Di tengah-tengah hujan lebat di Ulu Kenas, salah seorang daripada mereka menadah tangan berdoa. Mengalir air mata kesemua di situ. Dan mereka berpelukan antara satu sama lain sambil menangis teresak-esak.Keesokan harinya, Timbalan Presiden UMNO datang bagi menyampaikan amanat. Tidak ada protokol. Tidak ada bunga manggar. Tidak ada sambutan. Dia datang, masuk ke dewan dan terus menyampaikan ucapan. Tidak ada kata-kata aluan. Tidak ada VIP.Selepas ucapan itu, Timbalan Presiden memeluk erat Ketua Pemuda UMNO dengan cukup lama; seolah-olah tidak ada apa-apa pun yang dapat memisahkan mereka.Hari ini, Timbalan Presiden UMNO itu menjadi Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh. Manakala Ketua Pemuda UMNO itu adalah calon Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datoh. Ahli-ahli Pemuda UMNO yang menjalani latihan "Ops Sambar Helang" itu juga berpecah kepada dua. Sebahagian dalam UMNO, manakala sebahagian lagi dalam PKR.Persaingan "menyelamatkan ketua" berulang lagi. Kali ini bukan lagi dalam latihan, tetapi adalah realiti. Ia boleh menukar tangan sebuah kerajaan negeri seperti yang pernah berlaku di Sabah dulu. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai ops menukar kerajaan di Sabah dulu tentunya tahu bahawa itu bukanlah mustahil.Kedua-dua pihak tahu strategi masing-masing. Mereka boleh menjangkakan percaturan pasukan lawan. Kalau saya yang tak aktif politik ini pun dapat membacanya, inikan pula mereka yang berada di medan pertempuran.Adakah Kerajaan Negeri Perak akan bertukar tangan? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Saya tidak dapat menjawabnya. Dari semasa ke semasa saya mendengar "khabar angin" orang itu dan orang ini akan melompat parti. Oleh kerana saya bukanlah seorang wartawan, maka saya tidak melaporkannya di blog ini. Saya hanyalah seorang pemerhati yang berminat menganalisis strategi yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak.Bagaimanapun, apa yang sedang berlaku sekarang hanya melariskan Panadol Actifast -- ubat sakit kepala -- di Perak. Seorang kawan bergurau, "Panadol Actifast dah habis di Ipoh

Tuesday, February 3, 2009

INDAHNYA DUNIA POLITIK

Indahnya dunia politik kepada manusia yang bernasib baik mahupun murah rezeki di dalam politik.Ada juga menjadi mangsa politik hingga tidak mampu lagi berpolitik dengan cara yang telus dan demokrasi.Politik adalah satu cara mendapatkan kuasa untuk memerintah di dalam sesebuah pertubuhan mahupun negara,di dalam dunia sekarang bidang politik di lihat sebagai satu cara ataupun kaedah untuk mendapat kuasa,jika kuasa dapat di genggam maka ia akan menjadi indah tetapi jika tidak berjaya ia akan menyalahkan dunia politik.Sememangnya kuasa itu berhantu tambah pula kuasa politik sememangnya berhantu dan dapat mengubah sikap sesorang itu sekelip mata berubah,sebagai contoh apabila calon pilihanraya berkempen ke hulu ke hilir dalam keadaan itu calon tersebut banyak benda yang di tidak tahu,tetapi keesokkannya apabila ia sudah menang ia akan tahu segalanya walaupun sebenarnya ia tidak tahu(bodoh sombong).Ini yang di katakan indah dan berhantu kepada yang menang di dalam dunia politik,menyalahkan dunia politik apabila kalah.

fuh.....JANGAN CEPAT MELATAH BEB

Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.
Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!
Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!
Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!
Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.
Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!SaifulAhli Majlis Pimpinan TertinggiParti Keadilan Rakyat

Monday, February 2, 2009

ADUN BUKIT SELAMBAU DI UGUT

Kenyataan AkhbarYB Arumugam a/l Vengatarakoo,Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman2hb Februari, 2009Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya. Sekian, terimakasih,Arumugam a/l Vengatarakoo,Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

PENGAJARAN KEPADA INDIVIDU YANG SUDAH BERADA DI STARTING GRID

Pengajaran dan peringatan kepada mereka-mereka yang ada hati nak mlompat mahupun secara paksa atau rela hati,kejadian yang berlaku di PERAK cukup untuk merimaskan perut pendokong reformasi mahupu penyokong PR.Tak kurang juga sms YANG saya terima seolah-olah menyalahkan PKR apa yang berlaku kerana 2 EXCO yang bermasalah itu dari parti PKR.Ia belum cukup mencerminkan kesalahan harus di letakkan kepada PKR,ia harus di perincikan terdahulu sebelum membuat sesuatu keputusan menyalahkan mana2 pihak.Timbul cerita di PERAK maka berlarutan pula ke negeri jiran tetangga PERAK sebelah utara,uniknya apa yangberlaku di KEDAH ini bukan satu yang nak lompat mungkin lebih dari dua yang akan lompat,harap tak jadi la!JIKA IA BERLAKU JUGA MAKA AKAN ADA PRK DI SELATAN KEDAH mungkin PRK LUNAS akan berulang.Dalam keadaan sekarang mungkin niat insan-insan ini terbantut apabila mengenangkan mereka pernah menandatangani surat aku janji seperti 2 EXCO PERAK.Bersiap siaga ke BEHRANG dan CHANGKAT JERING.

Sunday, February 1, 2009

BERITA TERKINI..............

Dua ahli dewan undangan Perak - Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang diberitakan kini berada di Pekan, Pahang akan berhenti.Surat berhenti dari menjadi wakil rakyat telah mereka tanda tangani ketika mereka mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing pada bulan March lalu.Surat berhenti ini ada di dalam simpanan kerajaan Perak.Pilihanraya Kecil akan diadakan di kedua-dua tempat ini untuk menggantikan kerusi yang telah di kosongkan...TUKAR TIUB

SUDAH 5 HARI DUA EXCO PERAK DI CULIK

IPOH, 1 Feb: Kerajaan negeri Perak menuduh kemungkinan besar dua anggota Exco mereka 'diculik' oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk menggugat kerajaan negeri itu.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin berkata, kedua-duanya sudah lima hari hilang dan tidak menyertai mesyuarat Exco terakhir minggu lalu.
Kenyataan ini dibuat beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak pagi ini bagi membincangkan kehilangan kedua-duanya sejak lima hari lalu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar ketika dihubungi berkata, jika kedua-duanya menyertai BN sekalipun, kerajaan Pakatan di Perak masih kekal.
"Kita masih majoriti satu kerusi. Kalau BN berjaya mendapatkan seorang lagipun, kerajaan Perak akan kekal sebagai kerajaan minoriti sehinggalah ia dijatuhkan melalui sidang Dewan Undangan Negeri," katanya kepada Siasah.
Bagi beliau, dengan mood yang ada pada rakyat sekarang, agak pelik tindakan Umno mahu membeli kedua-dua Exco itu.
Ini kerana, walaupun kedua-duanya boleh dipujuk dan dibeli dengan isu dakwaan rasuah yang mereka hadapi tetapi langkah itu tidak akan menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan kerana Umno memerlukan sekurang-kurangnya tiga Adun untuk menjadikannya majoriti dalam Dun Perak.
"Untuk mendapatkan yang ketiga memang sukar bagi Umno sekarang tambahan dengan mood yang ada di kalangan rakyat negara ini.
"Lainlah kalau Umno bertindak begitu semata-mata untuk membalas dendam ekoran penyertaan (Datuk) Nasarudin (Hashim) ke PKR," kata Kamarudin.
Sementara itu, ramai tidak yakin Umno akan berusaha mendapatkan kedua-dua Exco itu menyertainya kerana jika Umno berbuat demikian terlalu jelas caranya iaitu memberikan janji untuk tidak mendakwanya di mahkamah ekoran dakwaan rasuah ke atas mereka berdua.
"Umno sudah buruk dengan isu rasuah. Jika dia cuba dapatkan kedua-dua Exco itu, semakin jelaslah kepada rakyat Umno memang rasuah dan peranan SPRM akan dipertikaikan," kata seorang penganalisa politik.
Namun, dengan (Datuk Seri) Najib (Razak) sendiri memimpin Umno Perak dia akan berbuat apa sahaja untuk menaikkan semula moral ahli-ahli Umno yang jatuh teruk sekarang, katanya lagi.
Posted by Siasah at 8:09 PM

BANTAHAN PPSMI


ADA YANG MENANTI UNTUK LOMPAT

Sekiranya berlaku kemasukkan DUA EXCO PERAK ini ke dalam UMNO ADAKAH KERAJAAN PR AKAN TUMBANG?dari segi matematiknya belum lagi kerana PR ada kelebihan satu kerusi lagi namun ia bergantung kepada keadaan,jika DATO NASA kembali ke pangkuan UMNO maka jatuhlah KERAJAAN PR PERAK.Melalu sumber yang di ketahui dalam keadaaan sekarang ada 3 ADUN UMNO bersedia bila-bila masa untuk masuk PKR,jika benar dua EXCO PERAK masuk UMNO akan ada 3 ADUN UMNO sertai PKR dalam pada masa yang sama.Cuba kita sorotkan kembali,ada pun benar 2 EXCO ini hendak ,ingin dan sudah pasti ingin sertai UMNO kenapa sudah 3 hari berita ini di sebarkan masih TIDAK ADA berita atau pengumuman?Ini sudah masuk hari yang ke empat.Adakah NAJIB terperangkap?terperangkap jika 2 EXCO PERAK masuk UMNO TAPI DALAM MASA YANG SAMA 3 ADUN UMNO MASUK PKR,jadi keja sia-sia DUA EXCO itu sertai UMNO,KELEBIHAN 4 KERUSI KEPADA PR.Ini yang di namakan POLITIK yang penuh dengan taktik dan strategi amat sukar di ramal.Sekarang MASING-MASING MENUNGGU TINDAKKAN seterusnya,apa yang menggagalkan UMNO apabila DATO NASA ADUN BOTA menyertai PKR menyebabkan plan NAJIB tidak menjadi,ini yang berlaku.Tidak mungkin UMNO AKAN MELENGAHKAN PENGISTIHARAN 2 EXCO PERAK MASUK UMNO,pasti ada masalah menyebabkan perkara itu tak berlaku.DSAI dan NAJIB MASING-MASING punya pengalaman dan strategi kita tunggu apa akan jadi siang nanti....suspend...................