SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, February 10, 2009

PARLIMEN BUKIT GANTANG DAN ADUN CHANGKAT JERING

Berita kematian MP BUKIT GANTANG iaitu ROSLAN SHAHARUM membuatkan aku terkenang kembali ketika menjejakkan kaki ke DUN CHANGKAT JERING.Di dalam ke meriahan berkempen pada PRU 12 seorang sahabat telah menelefon mengajak aku ke CHANGKAT JERING untuk berceramah.Pelik juga kenapa aku di ajak ke CHANGKAT JERING sedangkan aku di KEDAH sedang berkempen di DUN KULIM.Akhirnya aku bersama abang aku dan seorang lagi kawan pergi juga ke CHANGKAT JERING.Kami bertolak maghrib dan sampai di kawsan CHANGKAT JERING sekitar jam 9 malam,ketika itu kawan aku menghubungi seorang hamba allah yang terkenal sekarang dan menjadi bahan maki penyokong pakatan rakyat.Kami menunggu calon DUN CHANGKAT JERING untuk di bawa ke tempat ceramah.Aku tidak ingat nama kampung yang di bawa. Kami di bawa ke BILIK GERAKKAN utama PKR DUN CHANGKAT JERING oleh calon tersebut.Sempat juga aku menunaikan hajat yang telah lama aku tahan dari TOL JURU.Calon DUN CHANGKAT JERING menaiki sebuah jip berwarna silver dan hijau jika tak silap.Jika di nilai dari segi LUARAN sememangnya CALON CHANKAT JERING itu layak sebagai calon.Muka calon DUN CHANGKAT JERING sama seperti sekarang berkacamata,rambut pun dah beruban tapi kemas.

Tiba di tempat ceramah kami di beritahu CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG pun akan turut serta berceramah.Kampung yang kami masuk itu adalah kampung yang menjadi kubu kuat UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.Hadirin yang datang boleh di bilang dengan jari kaki,boleh dikatakan tak ada orang.Suasana sunyi kampung itu di pecahkan dengan lagu PARTI KEADILAN RAKYAT di mainkan.Ketika dalam perjalanan sebelum sampai tempat ceramah aku melihat banyak rumah yang ada di dalam kampung itu meletakkan bendera DACING atau BENDERA UMNO, itu menandakan kawasan gelap macam ZAMBRY MAMAK BENDAHARA.Kami berceramah tanpa hadirin kerana hampir tiada orang jika ada pun 20 orang tak sampai,mugkin yang lain hanya dengar dari dalam rumah.Kami tetap berceramah dan juga CALON DUN CHANGKAT JERING juga berceramah.

Selepas itu CALON PARLIMEN BUKIT GANTANG pun tiba dan beliau turut berceramah.Jika di lihat dari segi kehadiran ceramah pada malam itu kami dapat rasakan susah untuk menang di kawasan itu.Kuasa tuhan adalah segala-galanya maka DUN CHANGKAT JERING dan PARLIMEN BUKIT GANTANG di menangi oleh calon pembangkang.Istimewanya adalah CALON DUN CHANGKAT JERING adalah KAPT (B)OSMAN JAILU dan CALON PERLIMEN BUKIT GANTANG adalah ROSLAN SHAHARUM.Masalah yang berlaku di PERAK ini ia menjadi dekat dengan hati kerana aku dan kawan-kawan terlibat di dalam kempen untuk memenangkan PKR dan PAS ketika itu.Walaupun kami hanya terlibat hanya satu malam tetapi tempat yang kami turun berceramah PETI UNDI di situ menang walaupun ceramah pada malam itu hampir tiada sambutan.Dalam keadaan sekarang ADUN yang meninggalkan PR adalah ADUN CHANGKAT JERING dan MP BUKIT GANTANG JUGA MENINGGAL DUNIA KELMARIN. Berceramah bersama ADUN CHANGKAT JERING dan MP BUKIT GANTANG hanya tinggal kenangan untuk di ceritakan kepada anak cucu aku akan datang.Kini semua itu sudah berlalu.

No comments: