SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Friday, February 13, 2009

SAH...BUKAN NAJIB PM MALAYSIA YANG KE 6

Seperti yang telah dicanangkan ke seantero dunia, bulan Mac ini adalah bulan terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bergelar Presiden UMNO. Keputusan beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO adalah muktamad. Nama beliau tidak dicalonkan untuk jawatan tersebut. Ini bermakna Datuk Seri Najib telah memenangi jawatan itu tanpa bertanding.Ralibnya, (saya pinjam perkataan yang sering digunakan oleh sahabat saya, Allahyarham Pak Hussin Yaakob seorang pejuang kemerdekaan tanahair) seorang presiden UMNO adalah Perdana Menteri Malaysia. Jadi Datuk Seri Najib adalah bakal Perdana Menteri Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi.Petang tadi saya berbual dengan seorang kawan, seorang arkitek. Dia baru pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat firmanya. Selepas mesyuarat itu, dia berbual dengan seorang developer, yang juga seorang ahli politik. Developer itu memberitahunya, belum tentu Perdana Menteri selepas Abdullah bersara nanti adalah Datuk Seri Najib.Untuk tidak menampakkan kenaifannya tentang politik, dia mengiakan sahaja kata-kata developer itu. Tetapi dalam hatinya tertanya-tanya, bolehkah seorang Presiden UMNO itu tidak dilantik sebagai Perdana Menteri sedangkan UMNO adalah parti utama dalam Barisan Nasional.Petang tadi dia mengajukan persoalan itu kepada saya. Saya katakan kepadanya, saya pun tidak tahu mengenai perkara itu tetapi perlantikan Timbalan Perdana Menteri saya tahu, ianya tidak semesti dari Timbalan Presiden UMNO. Tun Hussein Onn semasa dilantik menjadi Perdana Menteri telah melantik Tun Dr. Mahathir sebagai timbalannya sedangkan Tun Dr. Mahathir bukan Timbalan Presiden UMNO.Developer itu memberitahu kawan saya, kuasa melantik Perdana Menteri adalah di bawah kuasa Yang DiPertuan Agung. Dengan keadaan Datuk Seri Najib yang dibelenggu bermacam-macam tuduhan yang belum dibersihkan, developer itu memberitahunya, tidak mungkin Yang DiPertuan Agung akan memperkenankan perlantikannya sebagai Perdana Menteri.Kalau bukan Datuk Najib yang dilantik, siapa yang akan jadi Perdana Menteri?, saya bertanya.Menurut kawan saya itu, developer itu memberitahunya Datuk Seri Abdullah akan terus menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga Yang DiPertuan Agung habis tempuh perkhidmatannya.Kalau begitu, Najib tak ada "chance" lah nak jadi PM, kerana masa itu dah sampai PRU ke 13. Perdana Menteri masa itu mungkin Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mungkin Tuan Guru Nik Aziz.Bagaimamapun perkara ini biarlah kawan saya Andy Young yang mengulasnya kerana beliau arif pasal undang-undang dan perlembagaan.

No comments: