SEMARAK REFORMASI

LAGU SELOKA KEDAH


Tuesday, March 24, 2009

BUKTI BARISAN NASIONAL NAZAK

Bukti semakin jelas BARISAN NASIONAL SEMAKIN NAZAK.Pada malam kelmarin rakyat BUKIT SELAMBAU telah di mandikan dengan air asid secara percuma.Tanpa ada belas kasihan WATERCANON di halakan kepada orang ramai yang menghadiri ceramah.Kehadiran seramai 10 ribu orang betul-betul mengancam kedudukan BN untuk menang di BUKIT SELAMBAU.Tanpa ada perbincangan atau amaran kepada orang ramai yang berada di tempat ceramah FRU terus melepaskan AIR ASID kepada orang ramai,selepas itu pula di lepaskan GAS PEMEDIH MATA sehinggakan masuk ke dalam kedai-kedai makan yang berhampiran.

Bertempiaran orang mencari perlindungan,mujur jasa baik tuan kedai di kawasan tersebut memberi garam untuk meredakan kesakitan mata dan tekak kerana terhidu GAS PEMEDIH MATA.BARISAN NASIONAL tidak dapat menerima kekalahan di KEDAH,maka rakyat yang di marahinya.Di dalam kekalutan mencari perlindungan,terdapat makcik-makcik tua yang tidak berdaya melarikan diri menyebabkan mereka hamir pengsan dan ada yang muntah.Rakyat di layan sebegini rupa tanpa ada belas kasihan.Marilah kita sama-sama ranapkan BARISAN NASIONAL,SEMOGA PAKATAN RAKYAT MENANG HATRIK IAITU MENANG DI BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG DAN BATANG AI.

Saturday, March 21, 2009

PERLU RASIONAL

Melihat kepada keputusan yang di buat oleh PKR meletakkan S MANIKUMAR sebagai calon PRK N25 BUKIT SELAMBAU telah mendapat bantahan dan kritikan.Fenomena sebegini semestinya sudah di duga.Kita sebagai pejuang perlu rialistik dengan kehendak semasa dan politik.Apa yang berlaku di PERAK sedikit sebanyak menjadikan ia semakin panas di BUKIT SELAMBAU.Pengkhianatan yang di lakukan oleh OSMAN JAILU dan JAMALUDIN menyebabkan sesetengah pihak fobia dan takut berlaku di KEDAH.Jika di lihat dari aspek senioriti sememangnya dua individu terbabit telah lama bersama PKR dari awal penubuhan PKN.Jelas bahawa orang lama atau baru bukan persoalan tetapi roh perjuangan yang penting.Calon hanya sekadar perantaraan atau agen agenda perubahan.

Peranan yang di mainkan oleh sebilangan kumpulan dan individu menyebabkan perasaan ketidakpuasan hati mengenai calon meluap-luap.Di sampai itu sikap pelobi-pelobi yang kecewa,maka ia akan mengucar kacirkan jentera demi untuk memuaskan hati.Ini adalah satu tindakan yang sepatutnya di hindari.Ada juga fitnah-fitnah yang berlaku dan di gembar gemburkan untuk memburukkan pihak yang lain adalah tidak wajar di lakukan.

Keadaan sedikit panas ketika ini kerana adanya ugutan untuk menutup bilik gerakkan dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kita sebagai pejuang perlu lebih rasional dan realistik di dalam membuat sesuatu keputusan.

Tuesday, March 17, 2009

BERJUANG WALAUPUN IA MENYAKITKAN

Berjuanglah walaupun ia menyakitkan,ungkapan ini amat berguna ketika zaman demokrasi hampir malap semula.Perjuangan tidak semestinya berakhir dengan kemenangan,walaupun perjuangan itu suatu sifat yang harus di puji tetapi ia perlu di selami atau di sulami dengan keimanan.Bagi seorang yang muslim,kita termaktub iaitu kepercayaan kepada ketentuan allah tuhan yang maha esa.Tetapi kenapa adanya orang islam itu sendiri keluar dari landasan perjuangan apabila sinar kemenangan semakin jauh?Kerana ia perlukan keimanan dan keyakinan dan berpegang kepada(yang benar tetap benar).

Perjuangan akan berlaku apabila ada penentangan yang melampaui batas.Timbul rasa marah dan benci kepada sesuatu benda atau individu menyebabkan berlakunya perjuangan.Konsep perjuangan ini luas iaitu perjuangan kemerdekaan,perjuangan cinta,perjuangan demokrasi,perjuangan untuk terus hidup dan banyak lagi perkara yang perlukan perjuangan dan pengorbanan.Apabila adanya perasaan marah maka bermula dari situ akan berlaku perjuangan.Perjuangan adalah asas di dalam kehidupan dan asas keinginan.Rasa keinginan yang mendalam akan ada perasaan ingin berjuang untuk mendapatkan sesuatu.Sebagai contoh di MALAYSIA,kebanyakkan pejuang demokrasi berteraskan parti politik masing-masing.Mereka berjuang melalui PARTI POLITIK kerana ia ke arah demokrasi.Sistem kehakiman yang tidak adil di MALAYSIA,kita memerlukan pejuang yang ingin menegakkan keadilan demi menyelamatkan MALAYSIA.Ini di antara pejuangan yang popular di MALAYSIA.Perjuangan untuk MERUNTUHKAN REJIM BARISAN NASIONAL adalah suatu perjuangan.

Tetapi sekarang, kenapa pejuangan di anggap extreme?memang benar perjuangan menyakitkan kepada mereka yang tidak ikhlas..

Wednesday, March 11, 2009

PELOBI..

Bahang kempen pilihanraya semakin terasa,semakin banyaklah pelobi-pelobi calon kepanasan dan tidak keruan.Di dalam minda pelobi-pelobi calon hanya memikirkan sekiranya calon aku dapat bertanding apa aku dapat?berapa projek aku boleh dapat?tidak kira lah PRK BUKIT GANTANG,BUKIT SELAMBAU atau BATANG AI.Sikap pelobi ini adakalanya menjelekkan atau memualkan rasa macam nak muntah.Ada pelobi sanggup menganjurkan DINNER semata-mata untuk melobi calon pilihan mereka.Sedangkan DINNER tersebut terpaksa menelan kos yang tinggi.Bukan hanya pelobi dari BARISAN NASIONAL bahkan dari PR juga mempunyai pelobi seperti ini.MENGAPA INI TERJADI?

Jawapannya adalah sekiranya calon pilihan mereka di pilih selepas itu menang mereka akan mendapat projek.Itu antara jawapan yang utama tetapi mungkin juga ada jawapan lain yang lebih sesuai.Di AMERIKA SYARIKAT sekarang kumpulan-kumpulan pelobi telah di tolak oleh PRESIDEN BARRACK OBAMA kerana ia merimaskan.UMNO sekali pun sememangnya ada kumpulan-kumpulan pelobi yang menangguk di air yang keruh.Ketika ini di dalam PR sedikit sebanyak tunas pelobi telah beranak,jangan di biarkan sehingga satu tahap nasi dah jadi bubur.

Bermula minggu hadapan pelobi-pelobi calon akan tidur tak lena makan pun tidak kenyang kerana keputusan calon mana yang lebih layak akan di ketahui.Perasaan kumpulan pelobi-pelobi yang tewas sebelum mengundi ini akan menjadi frust menonggeng.Selepas itu pula tiada semangat berkempen untuk calon yang di pilih, disebabkan calon bukan dari kumpulan mereka.Ini yang di katakan keburukkan menjadi pelobi amatur kerana kurang strategi dan ilmu melarikan mesyuarat menyebabkan kecundang.Sebelum keputusan siapa calon untuk BUKIT SELAMBAU,BUKIT GANTANG mahu pun BATANG AI para pelobi sekalian bersedia untuk kecundang.Jangan salahkan pimpinan tetapi fikir sejenak.Kenapa aku jadi pelobi,CUMA TIDAK SALAH MENCUBA.

Kepada kumpulan yang tidak melobi,kalian terus bekerja tidak kisah siapa calon yang di pilih.Yang penting parti yang di dokong menang dan berjaya.Kepada pelobi di luar sana GOOD LUCK.

Friday, March 6, 2009

SILAP MATA SIAPAKAH INI?

Silap mata siapakah ini?soalan ini berlegar-legar kerana pendedahan terbaru menegnai pembunuhan ALTANTUYA.Biarpun bermacam andaian di buat tetapi spekulai itu akan terjawab pada bulan APRIL 2009.Pendedahan sebuah akhbar perancis yang menceritakan saat-saat ALTANTUYA di bunuh,dan juga menceritakan kronologi pembunuhan tersebut.Detik-detik yang sukar di alami oleh ALTANTUYA memberi suatu mimpi buruk kepada keluarga SHARIBUU SEETIV.Di katakan ALTANTUYA di tembak di muka sebelum di letupkan amat menyedihkan dan menyayatkan hati.Kita sebagai sesama manusia yang punya sifat kemanusian bukan kebinatangan tidak tergamak untuk melakukannya.Tetapi individu yang terlalu mengikut arahan tergamak melakukannya.

Pendedahan mengenai syarikat yang berurusan untuk membeli kapal selam amatlah mengejutkan.Sebelum ini raja petra pernah di tahan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa ROSMAH MANSOR terlibat dalam pembunuhanALTANTUYA.Ini pededahan dari luar negara dan berbeza skripnya.Kini dunia lauar mengtahui apa yang apa yang berlaku di MALAYSIA.Kita tunggu apa akan jadi pula selepas ini.

Thursday, March 5, 2009

Subuh...


Selamat pagi,hari ni aku bangun awal sebab ada urusan seri paduka baginda.Dah lama rasanya aku tak pergi masjid sembahyang subuh,tadi rekod baru la tahun 2009 ini.Seingat aku dah setahun aku tak p masjid sembahyang subuh.Bila aku masuk saja masjid aku lihat banyak pakcik-pakcik dan tok wan-tok wan.Masa aku sekolah dahulu pak cik-pak cik tu jugak yang aku lihat di masjid(10 tahun yang lalu).Tetapi di sini aku merasakan sedikit kelainan kerana banyak muka pak cik-pak cik yang baru aku tak pernah nampak sebelum ini.Waktu MAGHRIB ada jugak aku p masjid tapi jarang aku lihat muka pakcik-pakcik ini.Bila di fikirkan semula kenapa aku jarang lihat muka mereka,jawapannya ialah,kerana aku dah lama tak pergi solat subuh di masjid.Itu yang aku tak pernah lihat muka pakcik-pakcik tadi.Semoga selepas ini aku selalu melihat muka mereka ketika subuh.